|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
kesian kat Dahlia, dah la dia tgh pembawak budak..mesti la dia sedih.huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
perasan x hengat si sarah...
yg amir pon agak2 la nk tolong pon...
ni rela biarkan wife dirve jauh2... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tgk Amir memujuk Dahlia.
Sarah ni blm tahu sape Dahlia ni...ada yg kena dgn puan pai ayam ni |
|
|
|
|
|
|
|
lia dah pandai lari...
jenuhlah amir nak memujuk lepas nie...
gila meroyan agaknya si sarah tu... :@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
harap sgt anak bongsu puan sri salbiah tue aja kak j tue ckop2.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk amir pujuk lia..lia kna ajar sarah..perasan!! |
|
|
|
|
|
|
|
apelah amir ni.buat tak tau sudah si sarah tu.ni malah sibuk kasihan aje.tak fikirkan pulak perasaan dahlia yang lagi sensitif tu... |
|
|
|
|
|
|
|
x der n3 ke ari nie |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh..Amir..awat la baik hati sgt. Biar la si sarah tu..tau la dia selesaikan mslh dia sendiri. saje je Si Amir ni cari nahas nga Dahlia. Sarah pun satu...sudah2 la jadi parasit...cuba la terima kenyataan yg ko tu x berjodoh ngan Amir. Iskhhhh..buat org geram jer...grrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
juna cepat la sambung..................semua dah geram kat sarah tu........ |
|
|
|
|
|
|
|
xde lagi...
kena tinggal jejak jari la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 11-5-2011 23:01
sori kalau dua tiga N3 terakhir ni mcm tunggang langgang
akak kelamkabut sbb nak habis cepat
.....................................................................................................................
Amir menggumam sendirian sepanjang perjalanan ke KK. Sarah memang menyusahkan aku! Drama Queen ! Reaksi Sarah bila Amir sampai betul betul di luar jangkaan. Aku tak boleh bagi muka kat perempuan itu lagi. Mana letak maruah dia sebagai seorang perempuan dan ibu pada dua orang anak? Sedap sedap saja peluk aku di khalayak ramai. Over sungguh! Kalau sedih sekalipun, sedarlah diri sikit. Awak tu perempuan Melayu Islam. Aksi nya mesti jadi buah mulut jiran tetangga. Patutlah orang pandang serong pada janda. Sebab nila dua tiga titik, rosak susu sebelanga.
Hujan lebat memaksa dia berhenti di kawasan rehat Tapah. Dia meregang tubuh yang lenguh.. Secawan kopi dan semangkuk mee sup menjadi alas perut. Tak lama lagi sampai lah ke KK, boleh pekena laksa. Sambil menunggu dia menelefon Puan Sri Sabihah sekadar untuk memberitahu keberadaan nya. Manalah tahu kalau Mummy tiba tiba nak datang ke rumah untuk jenguk Lia. Tak sempat dia bermukadimah, suara ibunya sudah melengking.
“ Amir Muzaffar! Where are you?”
“ Mir nak pergi KK. Hujan lebat jadi Mir berhenti sekejap kat Tapah.”
“Apa yang Mummy dengar pasal kamu dengan Sarah? Mir tak sedar kah yang Mir dah ada isteri? Apa lagi yang Mir cari? Tak cukup baik ke Dahlia tu? Tak cukup cantik kah dia?Kalau Mir masih cintakan si Sarah, apa pasal kahwin dengan Lia. Kesian anak orang.” Sergah Puan Sri Sabihah.
Alamak! Kalau Mummy dah guna nama penuh aku maknanya dia betul betul marah. Siapa pula bawa cerita ni?Mesti kerja kakak kakak Melodi kat ofis Perkasa. Dasar wartawan gossip wannabe! Semua nak di tambah perisa Ajinomoto.
“ Mummy, jangan lah dengar gossip dari orang di ofis. Dia orang tu dah tak ada kerja lain. Baik kita buat VSS, and get rid of the excess staff. Tak produktif langsung, bebankan syarikat saja.”
Darah Puan Sri Sabihah naik ke kepala. Nak mengelak lah tu. Anak aku ni memang nak kena!
“ Mir, jangan tukar topic. Betulkah Sarah dah pindah ke KL dan selalu datang jumpa Mir? Kenapa Mir masih nak layan dia? Mummy tak suka! Masa jumpa dia dengan mak dia di Mekah dulu, Mummy cuma nak minta maaf. Bukan nak pelawa dia jadi menantu. Jangan bagi muka kat dia.” Sangkaan Puan Sri Sabihah tepat sekali namun Amir terpaksa berdalih. Aku tahu lah macam mana nak handle Sarah.
“ Please lah Mummy. Don’t jump to the wrong conclusion. Sarah bukan selalu datang jumpa Mir, cuma sekali dua saja. Itupun sebab nak ucap terimakasih pada Mir..”
“ Kenapa dia nak berterimakash dengan Mir?” potong Puan Sri Sabihah
“ Mir tolong dapatkan kerja untuk dia di KL”
“ HA???? Kamu dah kena ubat guna guna ke? Ya Allah! Lia tu tengah mengandung anak Mir tau tak? Yang kamu pergi cari nahas tu kenapa ?” Bingit suara Puan Sri Sabihah
Amir menjauhkan handphone dari telinga. Nasib baik aku bukan berada depan Mummy. Kalau tak harus kepala aku kena tunjai.
“ Sabarlah Mummy. Nanti blood pressure naik lagi. Jangan nak smash Mir je. Sarah dah bosan kerja dengan Petronas di Kerteh. Mummy tahulah, di sana orang asyik mengata dia. Mir cuma tolong pass resume dia kat kawan Mir. Tak salahkan tolong kawan lama? Bukan Mir ada niat serong. I am very happy with Lia. Mummy jangan risau lah. Mir tak teringin pun nak pasang spare. Sumpah!” Haillaa… mak aku ni ingat aku budak kecik lagi kah. Kalau dah dapat Haagen Dasz takkan Paddle Pop yang dah kena gigit pun aku nak balun.
Amarah Puan Sri Sabihah mula reda.
“ Mir, duduklah di KK dua tiga hari. Mummy rasa Lia sunyi. Takkan Mir tak ada masa nak bawa dia pergi honeymoon? Just because she is pregnant, doesn’t mean you cannot go”
“ Memang Mir plan nak surprise kan dia. Cuma Mir tunggu sampai pregnancy lebih 3 bulan. Mir nak bawa dia pergi Paris minggu depan.”
“ Baguslah tu. Jaga dia baik baik. Bukan senang mengandung anak pertama. Tambah pula dia tak ada emak. Kakak pun jauh. Tak ada siapa dia nak luahkan masaalah. Walaupun Mummy ada, tapi tak sama. Jangan biar emosi dia terganggu.”
Sayang sungguh Mummy pada Dahlia. Menantunya itu pandai bawa diri dan pandai mengambil hati. Kalau aku gaduh dengan Lia, Mummy mesti sokong Lia.
“ Ya..ya… Mummy. Hujan dah berhenti, Mir nak drive. Nanti malam sangat sampai rumah Babah.” Entah berapa saman yang aku akan dapat. Pecut … Amir… pecut.
Lega rasa Amir bila kereta melepasi papan tanda Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Akhirnya dia berjaya hubungi bapa mertuanya. Dia kaget bila dapat tahu yang Babah sihat dan tak ada apa masaalah di kampung. Kenapa Dahlia tiba tiba pulang? Adakah dia cuba sorokkan sesuatu dari aku? Kalau dia merajuk, apa pula puncanya. Nanti aku interrogate dia. Amir terus memandu ke arah pekan. Walau kepenatan, senyum spontan terukir di bibir bila ternampak Toko Buku Nilam. Banyak kenangan terindah dia bersama Dahlia di situ. Kalau dapat anak perempuan aku nak namakan dia Nur Nilam… eh, macam nama anak M Nasir pula. Keretanya di perlahankan bila melalui kawasan tebing sungai. Sekali lagi dia tersenyum bila teringat waktu makan aiskrim dengan Lia. Itulah kali pertama dia meluahkan perasaannya. Walaupun kena rejek tapi aku tak pernah putus asa. What Amir wants, Amir will get.
“ KRREEEEEEKKKKK!” Brek di tekan. Darahnya berderau melihat kereta Myvi Dahlia tersadai di tebing jalan di kelilingi orangramai. Peluh sejuk merenik di dahi. Nafasnya sudah tidak sekata. Amir berlari ke arah kelompok manusia yang sedang membantu mengeluarkan penumpang dari kereta. Cermin pecah bersepah dan bahagian depan remuk. Ya Allah! Kau lindungi lah Dahlia
“ Ada accident. Teruk juga nampak gaya” Seorang lelaki mengucapkan kata kata yang tak ingin di dengar. Amir terasa seolah jantungnya di rentap dari paksi. Bau darah menyucuk hidung. Tapi mungkin itu bukan Dahlia. Secubit rasa optimis masih bersisa.
“ Pakcik, ini kereta sedara saya. Siapa accident?” Seorang wanita yang baru sampai bertanya. Itu Suriani, anak sulung Usu, Amir kenal. Degupan jantungnya terhenti.
“ Anak Cikgu Zul” Dunia Amir terus gelap. Dia terjelopok di tepi jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
kak juna... xnak jd apa2 kat dahlia.. plazz..x sanggup... |
|
|
|
|
|
|
|
alahaiiii..jangan la jadi apa2 kat lia n kandungan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
TIDAAAAAAAAAAK!!!!!!!!
tue bkan lia tue..
yg accident tue daniel..daniel kan tgh cuti skrang.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahaiiii..jangan la jadi apa2 kat lia n kandungan dia...
asyriqa Post at 11-5-2011 23:26
asyriqa... nmpaknya..kte beramai kena la berdoa semoga lia n kandungan selamat..x abis2 dugaan menimpa lia kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
ciannyer lia.. ciannyer amir.. ni sarah punya pasal la ni:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|