|
morning all.... ari ni jalan lengang. cuti skolah lg |
|
|
|
|
|
|
|
owh.. cik tripo x cekgu roper nyer..
patut la jawapan skema.. ada gaya menjawab sokla ...
muffins Post at 22-5-2011 13:09
ye aku ni takat cikgu terompah saja, sebab tu lah jadi cikgu kat sekolah cina saja layaknya. aku suka menulis sekali panjang tak suka pendek-pendek, tapi di forum sebegini kalau nak cepat naik level perlu posting sesingkat mungkin bukan?. tak mengapalah bukan itu pun aku nak kejar, asalkan dapat meluangkan masa dan menambah ilmu dan info dah cukup kan. kat sekolah tak lah pandai mana sekadar masuk kelas corot saja, tapi betul lah tu dapat skor 4 tapi bukan 4.0 tapi 4/10 sebegitu tahap gred D.
banyak juga tempat makan di sekitar klang, klang, banting dan sekitar aku dah pergi, nak review pasal makanan ni tak pandai sangat tapi sekadar review dari citarasa sendiri pandai lah maklumlah citarasa orang kan lain-lain. ada juga cuba belajar macam mana nak letak gambar tersebut, tapi entah mana silapnya asyik gagal saja buatkan aku bosan. tak mengapa lepas ni aku cuba fahamkan selok belok cara nak meletak gambar tu kat forum, tapi meletak gambar melalui gambar yang ada di internet aku dah boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
map dr umah fins ke umah cik tripo..
muffins Post at 26-5-2011 22:14
terima kasih letakkan gambar peta ni, aku rasa lebih 15 minit sebab banyak sangat lampu isyarat nak pergi ke tempat kamu tu. perkiraan saya sekitar 7 lampu isyarat yang perlu saya tempuhi, sekiranya 1 lampu isyarat 2 minit didarab dengan 7 dan 14 minit itu di lampu isyarat saja tak termasuk kesesakkan sekitar andalas, depan hospital, depan jusco bukit tinggi dan juga susur keluar lebuhraya kesas. aku belum berpeluang lagi sampai ke tempat kamu ini, nanti kamu rekemen lah apa yang menarik dan perlu aku tahu terutama tempat makan, bersejerah dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.. Hai~ terperasan thread ni.. Iols pun asal , lahir , menetap kat Klang sampailah skrg
Cuma ...
psstt Post at 27-5-2011 01:40
walaikumsalam cik/en psstt, aku pun pernah mengajar di melaka tapi tak lama dalam 1 tahun sebegitu saja. bagi aku suasana klang dan melaka hampir setara saja, terutama aku dulu di tanjung kling memang seakan bandar port klang saja. kecuali di klang ni memang mahal terutamanya bab makanan sebab dah macam harga kat kuala lumpur, tapi jujur aku dah mula menyesuaikan diri dan menyukai bandar bukit tinggi dan klang sebab suasana dan makanannya. kalau di melaka terkenal dengan asam pedas dan masakkan pedasnya, di sini terkenal dengan nasi ambeng, pecal dan banyak restoren ala barat dan siam yang betul-betul sedap dan menyelerakan. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih ye cik nanie, aku dah bookmarks link tu untuk rujukkan nanti. kebetulan semalam aku baru saja menjamu selera di sekinchan ikan bakar di bandar botanik yang beru dibuka seminggu, pelanggannya memang berduyun ramainya tak kira bangsa. aku berkesempatan pergi lewat malam sekitar 10.30 p.m, pada masa tu pun orang masih ramai dan que pelanggan masih panjang nak tunggu meja kosong. aku pergi bertiga saja dan ambil menu ikan sembilang, ikan kembung dan ikan pari bakar, 3 bungkus nasi lemak dan 3 gelas teh o ais limau. harganya memang mahal sebab untuk menu sebanyak itu saja semuanya berharga rm 70 sebegitu, harga ikan sembilang dan kembung rm 10 / ekor manakala ikan jenis lain rm 100 / 1 kilogram. tapi memang menghairankan orangnya tetap ramai, mengenai rasanya entah lah bagi aku yang biasa makan makanan laut di melaka seperti alai dan umbai harganya terlalu overrated saja. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih ye cik nanie, aku dah bookmarks link tu untuk rujukkan nanti. kebetulan semalam aku ...
tripo-X Post at 7-6-2011 17:34
ade pasan gak...siap ade banner kate nye dato' ct yg rasmikan. xpenah pegi lg tp rase nye takkan pegi sbb harga nye yg mahal
lg best pegi mkn kat muara. |
|
|
|
|
|
|
|
jln2 singgah2 thread demi thread akhirnya ku bersua ngan thread khas orang Klang ..
SALAM semua .. ...
airuszzdy Post at 5-6-2011 23:23
salam perkenalan juga cik/en airuszzdy, kamu ni level adik bukan saja kamu tapi semua dalam thread klang ni rasanya. andalas tu memang kawasan yang sesak kan, terutamanya kalau ada pasar malam tapi aku tak pernah lagi pergi ke pasar malam sekitar klang ni setakat ni sebab masalah ni. shah alam tu di seksyen berapa ye, andalas pun ada jalan pintas nak ke shah alam kan? hari tu aku ada termasuk jalan yang tembus ke padang jawa dan juga ke lebuhraya lksa. aku bekerja di bukit rimau memang dekat saja dengan rumah di taman puteri, tapi kalau nak cepat kena bayar rm2.20 lah. kalau dah terlambat tu aku bayar saja tapi kalau terawal tu aku redah saja laluan pintas melalui jalan kebun tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ade pasan gak...siap ade banner kate nye dato' ct yg rasmikan. xpenah pegi lg tp rase nye takkan ...
nanie Post at 7-6-2011 17:47
aku tak perasan pula ada artis rasmikan restoren tu, sebab aku tak tengok pun lagi signboard tu sebab dapat parking pun perlu menapak 50 meter sebegitu. sampaikan rakan-rakan aku tak jadi nak makan kat situ, maklumlah kebetulan kamu parking berdekatan dengan dominos bandar botanik. anggapan aku ramai yang makan kat dominos tu adalah mereka-mereka yang kecewa dan tak sanggup nak menunggu que yang panjang di restoren sekinchan tu, tapi entah macam mana akhirnya kami kiasu saja tungu que menunggu 15 minit sebegitu. itu tak termasuk lagi que memilih ikan dan makanannya sampai, semuanya hampir 45 minit tapi tak mengapalah sesekali kan seronok juga. |
|
|
|
|
|
|
|
ade pasan gak...siap ade banner kate nye dato' ct yg rasmikan. xpenah pegi lg tp rase nye takkan ...
nanie Post at 7-6-2011 17:47
setakat ni aku dah pergi tiga buah restoren makanan laut di sekitar port klang, iaitu di muara, bagan hailam dan cendana di pulau indah. berdasarkan citarasa dan lidah aku, di bagan hailam lagi sedap berbanding restoren yang aku dah sebutkan tadi. untuk harga di cendana pulau indah lagi murah sebab harga untuk semua jenis makanan laut adalah setara iaitu rm45 / 1 kilogram, berbanding di muara dan bagan hailam sekitar rm 50-60 / 1 kilogram begantung pada jenisnya. minggu ini aku dah rancang nak mencuba makanan laut di pulau indah di taman laguna park atau di sekitar restoren port klang, tapi ada juga teman nak bawa aku ke sekitar kuala selangor dan kemudian menaiki sampan melihat kelip-kelip tapi semunya belum dirancangkan lagi. nanti kalau rancangannya menjadi aku akan berikan sedikit review dari sudut citarasa aku, sebab citarasa ini semuanya subjektif kan. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni aku dah pergi tiga buah restoren makanan laut di sekitar port klang, iaitu di muara, ...
tripo-X Post at 7-6-2011 18:01
slalo gak g bagan hailam. dekat d'selat pon ok gak. |
|
|
|
|
|
|
|
sabtu lepas aku berkesempatan pergi ke pantai morib di banting, sangat cantik pantai morib tu tak seperti apa yang aku dengar sebelum-sebelum ni. sebab ramai mengatakan pantai morib tu kotor dan busuk, selain itu pernah terbaca di blog mengenai sekumpulan beruk dan kera yang menyerang pengunjung pantai. alhamdulillah sangkaan aku meleset sebab pantainya memang ceria, aku hampir 3 jam melepak di satu kiosk sambil melayari internet dan menghirup air jus dingin dalam suasanayang sangat tenang dan damai. |
|
|
|
|
|
|
|
slalo gak g bagan hailam. dekat d'selat pon ok gak.
nanie Post at 7-6-2011 18:03
restoren d'selat tu aku ada perasan masa memandu dua minggu lepas, restoren tu berada di tengah-tengah antara pekan port klang dengan sekitar tanjung gila bukan?. lain kali aku akan usulkan pada rakan-rakan lain, ialah makanan laut ni tak boleh pergi selalu sebab kosnya sangat mahal. makan bertiga atau berempat saja dah boleh cecah rm150 sebegitu dan kadang kala ianya lebih, sebulan 2 kali dah cukup rasanya sebab sejak tinggal di klang 2 bulan setengah ni berat badan pun dah naik banyak. takut pula selepas ni duit gaji banyak dileburkan untuk mencari ubat pelangsingan pula, tapi itulah klang syurga makanan dan tiada yang lain melainkan makanannya saja. |
|
|
|
|
|
|
|
morninggggg |
|
|
|
|
|
|
|
credit:
ni la banner tu
nanie Post at 8-6-2011 09:25
tak sangka pula artis ternama seperti siti tu ada masa luangkan masa rasmikan restoren ikan bakar sebegini saja, aku sangat hormati tentang sikap rendah diri beliau itu walaupun personal aku tidak meminati beliau. lokasi ikan bakar skinchan ini sangatlah strategik, kalau kita nak pergi membeli belah ke jusco bukit tinggi dari bandar klang akan ternampak signboard besar bercahaya restoren ini. tapi kalau dari lebuh raya kesas mungkin sedikit sukar, tapi dengan iklan besar-besaran sepertinya di internet dan melibatkan nama artis tersohor satu iklan yang sangat bagus. aku juga ada terbaca yang pemilik restoren ini dah bergelar jutawan dan berumur 33 tahun sebegitu, pernah terbaca biografi beliau yang hanya berbekalkan sijil spm untuk berjaya dan sekaligus bergelar jutawan muda. |
|
|
|
|
|
|
|
org klang ade rase gegar ke? pening kepale |
|
|
|
|
|
|
|
org klang ade rase gegar ke? pening kepale
nanie Post at 14-6-2011 12:05
aku tak terasa apa-apa pun semalam, kebetulan aku berada di tingkat 3 paling atas bangunan sekolah pada masa kejadian. maka kelas di jalankan seperti biasa saja, ada juga bertanyakan hal itu pada rakan sekerja yang lain. jawapan mereka semua sama tiada ada apa-apa berlaku, tahu pun kejadian itu melalui sms rakan-rakan dengan bermacam khabar angin disertakan. perkara (khabar angin) ini yang buat aku kadang-kadang naik meluat dengan orang kita, ada saja khabar angin mengatakan menara kl retak dan sebagainya begitulah perangai dajal orang kita yang menyalah gunakan teknologi untuk kepuasan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
sape tau developer mana yang nak buat rumah tepi sijangkang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
malam ollsss
lama dh tak jengah umah klang |
|
|
|
|
|
|
|
kasik uppp
jenguk2 sementara nanie gi vacation katanye |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|