|
liya................mana kau menghilang |
|
|
|
|
|
|
|
mesti family Fareez nak merisik ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
family fareez nak merisik liya lah tu..... sukanya.....{:1_137:}
moga bersatu hdknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat sambung liya... tak tertahan gelora di hati..... |
|
|
|
|
|
|
|
penantian ini amat menyeksa & menyusahkan ruang utk bernafasssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mulanya
Bagaimana harus aku mulakan bicara dengan mama. Mungkin mama akan faham perasaanku ini. Tentang Luqman. Hasil siasatan Dr Firdaus dan rakannya. Aku tidak boleh memendam semuanya didalam hatiku. Petang itu, usai solat Asar, aku menghampiri mama yang mula sibuk menyediakan persiapan makan malam nanti. Katanya hendak masak nasi minyak kegemaran keluarga. Daging sudah pun di atas dapur. Sekarang Cuma sedang mengupas timun dan bawang untuk dibuat acar.
Aku meringankan tangan mengambil pisau lalu mengupas bawang satu persatu. Suasana hening seketika, yang terdengar Cuma desiran daging didalam periuk.
'Mama.... macam mana kalau Sue dah buat siasatan tentang Luqman dan dapati ada keraguan pada Luqman?'
'Macam mana tu? Mama tak faham lah..' tangan mama ligat memotong timun.
'Kawan Sue ada yang belajar dekat tempat Luqman.. Sue dah minta dia tolong tanyakan hal Luqman mama'
'Habis macam mana? Apa dia cerita pada kamu?' mama terhenti seketika dari memotong timun.
'Dia kata, Luqman dah nikah dengan perempuan mat saleh..' aku meluahkan satu persatu.
'Eh, betul ke ni Sue?, nikah kawin ni jangan buat main-main Sue?' Mama nampak panik seketika. Tapi mujur juga masih memotong seperti biasa.
'Dia nikah dengan perempuan muallaf kat sana pas tu dah ada anak sorang..' nada sebak kembali berulang dalam dadaku. Mama terus berhenti dari memotong timun dan membasuh tangannya.
'Sudah nikah? Habis tu kenapa pula dia sanggup nak sunting Sue? Mama tak faham lah?'
'Iye mama, tapi Sue tak telefon lagi dengan dia, minta kepastian'
'Padan lah hati mama rasa macam berat ajer. Rasa lain macam je, bila kamu balik tiba-tiba kat rumah ' Mama meraih bahuku.
'Sabar lah sayang, tentu ada hikmah di sebaliknya. Baik Sue telefon dulu tanya hal Luqman. Kalau betul, terpulang lah pada Sue nak teruskan atau tidak. Lebih baik tidak pad a mama. Mama tak mahu anak mama jadi insan kedua yang merosakkan rumah tangga orang lain' |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by liya71a at 21-7-2010 16:47
Luahkannya dari dalam dadamu.
Aku terharu dengan kata-kata dari mulut mama. Betul-betul prihatin tentang hal diriku. Sudah tentu begitu perasaannya, bila hanya anaknya seorang, yang ini lah satu-satunya, dan mana mungkin dia melepaskan sebagai isteri kedua.
'Ye ma, memang nak telefon ni.' Aku meraih iphone dari atas meja, lalu mendail nombor Luqman di Australia.
'Assalamualaikum' aku segera mengucap salam bila terdengar nada dail di angkat.
'Waalaikumussalam, sayang' Luqman terus menjawab. Kenapa Luqman masih memanggil aku sayang, sedangkan dia sudah pun berpunya. Oh, hati ini tetapkanlah.
'Sue nak tanya abang. Ada sesuatu yang sangat merunsingkan tentang Siti Mariam' aku berhenti sejenak, menarik nafas. Berfikir untuk menuturkan ayat-ayat dengan betul. Mama Cuma memerhati dari jauh. Selepas mendail tadi, aku terus duduk di anjung rumah.
'Siti Mariam binti Abdullah, muallaf tu isteri abang?' Pendek tapi padat. Tepat pada sasarannya. Jawablah ya atau tidak wahai Luqman yang pernah ku sayangi.
'Mmmm. Sayang sekali, jawapan nya Ya... tapi... bukan seperti yang Sue gambarkan okay?' Luqman merayu di seberang sana.
'Tak perlu jelaskan lebih lanjut. InsyaAllah, esok Sue akan pulangkan semua barang-barang yang abang dah beri, termasuk iphone ni. Terimakasih atas segala yang kita kongsikan bersama. Assalamualaikum'
'Tapi...' aku sudah memutuskan talian. Terasa remuk redam hatiku ini. Bagai ditusuk duri yang sangat tajam. Aku bingkas bangun, mengambil tudung yang tersangkut di atas kerusi, mencapai beg tangan dan kunci kereta mama yang tersangkut di dinding.
'Ma, Sue nak gi pantai batu buruk sekejap ya. Pinjam kete mama ye? Maaf la ma, tak dapat nak tolong kat dapur. Ma, dia dah mengaku ma...' aku sebak, tapi masih mampu menahan air mata.
'Tak pe la, Sue, pergi lah.. tapi balik awal sikit ye? Lepas Isya' keluarga kawan tu nak datang' Mama tersenyum walaupun disebalik wajahnya menyimpan seribu kekesalan.
Masuk sahaja di dalam kereta MyVi mama, empangan air mataku sudah tidak dapat tertahan lagi. Aku menangis sepuas-puasnya. Selang beberapa minit, aku memulakan enjin dan berlalu menuju ke Pantai Batu Buruk. Petang yang indah, aku perlu menenangkan perasaanku. Kenapa Luqman? Kenapa buat aku begini? Kenapa tidak biarkan sahaja aku sendiri, tidak perlu memberi harapan padaku, tetapi akhirnya kau yang menghancurkan harapan ini. Ya Allah, ujian apakah yang kau sendang uji aku ini. Ya Allah, kau berikanlah aku jalan keluar dari kemelut perasaan aku sendiri. Ya Rabbi, kau lah yang Maha Besar Lagi Maha Mengetahui. Aku merintih sepanjang perjalanan yang tidak sampai 10 minit itu. |
|
|
|
|
|
|
|
family fareez nak merisik liya lah tu..... sukanya.....
moga bersatu hdk ...
cewey2 Post at 21-7-2010 16:13
pembetulan, intan sue bukan liya hishhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
minta2 betul la fareez n family nk meminang intan.
biar terubat luka dihati intan...
sabar intan, masih ada yg mengharap tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 728# liya71a
apsal kete myVi intan ada kt kG...
bukan ker dia balik KG naik flight ...??? |
|
|
|
|
|
|
|
sian SUE... Farezz cepat la sambar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply liya71a
apsal kete myVi intan ada kt kG...
bukan ker dia balik KG naik flight ... ...
kendOS Post at 21-7-2010 16:36
ha ah la, lupa la plak.. jap edit balik, kasi kete ayah dia pun myvi itam gak |
|
|
|
|
|
|
|
pembetulan, intan sue bukan liya hishhhhh
liya71a Post at 21-7-2010 16:23
tersilap pulak....hi...hi..hi.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ar kendOS... alert! |
|
|
|
|
|
|
|
aik! bukan blk naik flight ke?...
camne tetiba ada MYVI lak nie... :re: |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum balik ni ada lg kan liya? biar lena tidur malam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
MyVi mama papa dia.. hihihihih.. tu la over xcited nak citer dia nangis tu! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|