CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

PART 2. kisah benarku..U Trust Public Mutual

 Close [Copy link]
Post time 13-1-2008 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 11-1-2008 08:57 AM
SALAM...

Sapa nak ikut saya jalan jalan.,...

18 jan - Bali...si tam99 dan wife ikut sekali...

...


Sis baru je balik dr BALI ptg td.  Penat tp overall, good trip. 4days, 3 nites tak cukup.  Kena stay there 1 minggu, baru lah boleh cover byk tempat.  Sis suka Ubud, next time kena stay kat Ubud. Byk tempat2 seni kat Ubud, tak cukup masa utk round semua.
Dah buat arrangement ke?  Kalau nak guna supir yg Sis guna tu, let me know.  Very good driver, org Islam kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2008 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by frapamocha at 13-1-2008 11:08 PM


Sis baru je balik dr BALI ptg td.  Penat tp overall, good trip. 4days, 3 nites tak cukup.  Kena stay there 1 minggu, baru lah boleh cover byk tempat.  Sis suka Ubud, next time kena stay kat U ...


hard Rock Hotel tu, jauh ke dengan Ubud Sis..?
and saya dan Tam99 rasa, perlu supir tu...bagaimana calculation dan arrangement dia..

tapi kalau ikutkan, saya nak ke sana, nak beriihat rihat saja..malas nak jalan jalan,,
tapi mesti orang rumah, desak utk jalan jalan shopping....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by arep at 13-1-2008 01:21 PM
sy kat ampang.. sory xbgtau awal2.. terlupa lak.. agent yg nak tukar kat area umh sy tu dah ade dah tp yg duk jauh tu kesian lak.. sy rse bole kautim ngn die kan.. cmne ye..



pandai2 lah kau arep...
lagi satu, agent location tak penting, dengan adanya tech telco, after sales service yang penting ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 08:29 AM | Show all posts
salam to all univest group consultants,,

mulakan hari isnin yang indah ini dengan planning yang cukup teratur...

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 09:05 AM | Show all posts
muningggggggggg

tahniah sheffy sbb pass dgn cemerlang nya. excited sungguh dia.....hehe

esok ptg leh dtg kelas yee......buat arrangement cepat2. kena byk belajar nih n once dpt code terus wat sales sementara semangat tgh kobar2 nih. hehe

boss...checking i mana??????

hock rock hotel tuh kat kuta tepi pntai boss.....nak ke ubud dlm sejam gak kot. kalau boss taknak jln2...setakat nak soping, suh jek wife u n wife muzar jln2 sendiri sbb HRH tuh betul2 dlm bandar kuta..sume soping area walking distance jek. ada satu kedai jual2 brg hiasan rumah area2 situ...mmg murah2 giler.....n lawa2 lak tuh. mmg leh giler sekejab ler
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 09:07 AM | Show all posts

Reply #725 Jelita's post

org pompuan......huhauhauahuahuhhuhuh


weh ko mesti lapor kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2008 09:43 AM | Show all posts
Nampaknya Univest trip ke Laos terpaksa divert ke Phuket...ramai orang nak mandi pantai...

Jel, ko recommend lah hotel mana...yang berada tengah2 antara pantai dan bandar...

Trip akan dibuat pada awal April, Insya Allah...
pada qualifiers yang belum bagi Passport no, cepat bagi sebelum 15 Jan 2008....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #725 Jelita's post

Jel,
Hari Sabtu depan, my wifey dan Boss punya wifey akan pergi shopping...kami akan pergi mencuci mata di mana2 kedai kacamata tepi pantai Kuta...hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2008 09:53 AM | Show all posts
Pasaran saham dan pilihan raya

PASARAN saham tempatan mempamerkan prestasi yang menakjubkan sepanjang minggu lalu apabila penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) berjaya mencatat rekod tertinggi dalam sejarah selama empat hari berturut untuk melambung melepasi paras 1,500 mata.

Ramai peniaga dan pelabur tempatan khususnya pelabur runcit mengatakan bahawa aliran meningkat di pasaran saham ketika ini berkait rapat dengan pilihan raya umum yang bakal di adakan.

Namun begitu, tahukah anda bahawa pertalian antara kenaikan pasaran saham dan pilihan raya adalah agak longgar.

Jika diteliti pergerakan pasaran saham negara ketika pilihan raya pada masa lalu, ternyata trend pasaran adalah lebih menjurus kepada kedudukan semasa dan jangkaan pertumbuhan ekonomi serta syarikat-syarikat di bursa saham.

Ketika pilihan raya 1982, fundamental ekonomi secara amnya lemah seperti yang digambarkan oleh kedudukan pasaran saham ketika itu.

Kebanyakan syarikat terutamanya dari sektor perladangan dan perlombongan mengalami pertumbuhan perolehan yang malap.

Menjelang pilihan raya 1982, pergerakan pasaran tempatan tertekan dan dipengaruhi oleh kelemahan pada pasaran serantau seperti Hong Kong dan Singapura.

Prospek global juga diselubungi oleh krisis petroleum, ketegangan geopolitik global berikutan perebutan kepulauan Falkland dan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

IKKL pada penutup minggu ke-13 sebelum pilihan raya itu adalah di paras 365.13 mata berbanding 318.51 mata pada minggu pilihan raya. Pasaran terus terjejas selepas pilihan raya 1982.

Pada pilihan raya 1986, kedudukan ekonomi Malaysia bertambah kukuh setelah pulih dari pertumbuhan perlahan berikutan kemelesetan ekonomi dunia.

Malaysia baru menjadi tumpuan pelabur asing apabila kedudukan ringgit yang lemah ketika itu berjaya menarik kemasukan dana asing terutamanya dari Jepun dan Taiwan ke dalam sektor pilihan seperti perusahaan elektrik dan elektronik.

Aktiviti pengkorporatan agensi dan jabatan kerajaan giat berlangsung serta peningkatan bursa-bursa utama dunia yang lain juga turut menyumbang kenaikan pasaran tempatan.

IKKL meningkat dari 169.83 mata pada minggu ke-13 sebelum pilihan raya kepada 209.54 pada penutup minggu pilihan raya.

Walaubagaimanapun, pasaran tempatan susut sedikit sebanyak 2.7 peratus pada minggu terakhir sebelum pilihan raya, sebelum merekodkan peningkatan berterusan selepas pilihan raya.

Pada penutup minggu ke-13 atau tiga bulan selepas pilihan raya, IKKL telah mencatatkan peningkatan sejumlah 22.2 peratus.

Ketika pilihan raya 1990, keadaan pasaran agak bercampur-campur di sebalik pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan prestasi perolehan syarikat-syarikat tersenarai juga cemerlang.

Namun begitu, pasaran saham dipengaruhi masalah global seperti penaklukan Kuwait oleh Iraq yang membawa kepada tercetusnya Perang Teluk, di samping krisis politik di Soviet Union.

Senario

IKKL berada di paras 507.24 mata sebulan sebelum pilihan raya dan susut kepada 476.79 mata pada penutup minggu pilihan raya.

Pada pilihan raya 1995, senario ekonomi Malaysia tahun tersebut amat baik dengan pertumbuhan pada kadar 9.8 peratus.

Selain itu, tiada isu-isu domestik yang membimbangkan, lantas memastikan peratusan kemenangan lebih besar Barisan Nasional.

Aktiviti pembinaan projek-projek mega yang giat berlangsung dan kemasukan dana-dana asing dalam memastikan pasaran saham berada pada paras tertinggi.

Pasaran merekodkan peningkatan lebih 100 mata, dalam masa tiga bulan sebelum pilihan raya kembali lemah pada minggu terakhir pilihan raya.

Ketika pilihan raya 1999, Malaysia baru pulih dari Krisis Kewangan Asia 1997, dan kedudukan BN khususnya UMNO agak tertekan dengan isu perpecahan.

IKKL susut dari 764.79 mata tiga bulan sebelum pilihan raya kepada 745.91 pada penutup minggu pilihan raya.

Peningkatan IKKL selepas pilihan raya 1999 juga sememangnya turut dibantu oleh pemulihan ekonomi selepas kemelesetan pada 1998.

Namun begitu, pada pilihan raya 2004, IKKL berjaya melonjak melepasi paras 900 mata, tertinggi dalam tempoh empat tahun di catat pada minggu terakhir sebelum pilihan raya.

Walaupun ekonomi global terganggu seketika berikutan serangan wabak selesema burung, pelabur terus yakin dengan keupayaan kepimpinan Perdana Menteri baru, justeru merangsang keyakinan pelabur tempatan dan asing.

慒enomena tersebut menyaksikan peningkatan besar-besaran IK hampir 167 mata atau 22.6 peratus sejak 1 Oktober 2003 hingga penutup minggu .

Kesimpulannya, pilihan raya semata-mata tidak mampu menjanakan aliran meningkat di pasaran saham, namun ia perlu disokong oleh banyak faktor luaran dan dalaman lain.

Antaranya termasuk keadaan ekonomi semasa Malaysia; kedudukan ekonomi dunia; prestasi bursa-bursa utama dunia; faktor di luar kawalan lain seperti situasi geopolitik dunia dan sebagainya.

Dalam perspektif semasa, ekonomi Malaysia berkedudukan kukuh dengan jangkaan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus dan 6.0 peratus pada tahun ini dan tahun 2009.

Di samping itu, pelbagai aktiviti pembangunan telah dirancang menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan dan wilayah pembangunan ekonomi bakal menampan daripada menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global.

Pasaran tempatan agak istimewa kali ini kerana memiliki syarikat gergasi perladangan iaitu Sime Darby Bhd. dan IOI Corporation Bhd.

Peningkatan harga minyak sawit ekoran peningkatan permintaan sebagai bahan makanan dan komponen bahan bakar bio bagi menggantikan minyak mentah memberi manfaat kepada pasaran tempatan.

Selain itu, aktiviti transformasi syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang bermula pada tahun 2004 juga telah membuahkan hasil dengan kedudukan kukuh syarikat-syarikat tersebut dari segi kewangan dan strategi perniagaan pada ketika ini.

Oleh demikian, persepsi bahawa kenaikan pasaran saham semasa hanya disebabkan pilihan raya adalah kurang tepat kerana banyak elemen besar lain termasuk kekukuhan ekonomi dan syarikat tempatan yang menyokong peningkatan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #725 Jelita's post

TQ K.Jel!

InsyaAllah, esok saya p class! Tumpang k.jel boleh?  Keta kena bagi husband pakai......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #730 syeffy's post

leh jek sheffy.....dtg la mid valley nih lps abis keje...lps tuh zass g bangsar sama2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #727 tam99's post

phuket ekkk??

book awal2 weii.......air asia amik flight aje kan??

nnti aku check hotel yg best2.....camtuh aku pun join sekali la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:42 AM | Show all posts
brother kirawang...
ye ker minimum inv per year 50k utk jadi agen,
bukan 30k ker..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:46 AM | Show all posts

Reply #731 Jelita's post

Wookey, esok petang bila nak p sana, saya call k! C U........
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 11:11 AM | Show all posts
Boss,

Tajuk Motivational Talk esok minta ubah kepada:

FACING THE FUTURE CHALLENGES:
CHANGE THE MINDSETS OF UT AGENTS
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 11:13 AM | Show all posts
banyak nya hotel kat phuket nih...poning paler nak survey satu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by Jelita at 14-1-2008 11:13 AM
banyak nya hotel kat phuket nih...poning paler nak survey satu2

Holiday Inn Phuket atau yg berdekatan dengannya.
My friend kata kat sini, senang, boleh shop, nak makan senang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 14-1-2008 08:17 AM


hard Rock Hotel tu, jauh ke dengan Ubud Sis..?
and saya dan Tam99 rasa, perlu supir tu...bagaimana calculation dan arrangement dia..

tapi kalau ikutkan, saya nak ke sana, nak beriihat rih ...


Duk kat Hard Rock Hotel mcmana nak berehat atau nak ber-relax? Tu kat tempat happening, kat center of Kuta. Kalau Amran gi, elok duk kat situ. Org duk kat situ, mlm diorang tak tido. Kuta crowded siang,mlm. Tp kalau suka happening2, best jugak jln  mlm2 kat situ. Siang lengang sbb semua tak bangun tido lagi.

Contact supir Ismi Yanto - Sis dah hantar contact no.

Very good driver. Islam tu yg penting.  Nanti dia kasi good rate, mention my name.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 11:45 AM | Show all posts
boss, boleh bagi saya no fon dsolution tak?
thnx
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by ocimaru at 14-1-2008 10:42 AM
brother kirawang...
ye ker minimum inv per year 50k utk jadi agen,
bukan 30k ker..



itu dulu....sekarang 2008 onward..50K..

sepatutnnya kuota atleast  200K...yang tak perform, terminated terus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.195827 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list