Originally posted by jelebu at 16-1-2008 03:16 PM
buah cempedak masak di pekan
pekan pendek kawat berduri
lama tak masuk berpantun sakan..
Apa khabar semua saudari-saudari.....
waktu petang ramai penjaja
jual air sirap tanpa ada gula
saudari2 di sana sini sihat saja
saudara di sana bagaimana pula?
Originally posted by jelebu at 18-1-2008 09:50 AM
Makan gula buah melaka
melaka dekat kuala pelita
saya disini sihat sejahtera
Mrs masarju pun lama tak dgr berita........
tuan kedai namanya Karim isterinya pula bernama Rahmah berita dari ku tak sempat nak kirim hamboii...happynya tuan rumah
Originally posted by jelebu at 15-2-2008 04:40 PM
sayang seribu kali sayang
Buah pisang masak dikaki
rindukan masarju malam dan siang
entah2 masarju dah berlaki.....
pergi ke Pekan naik Suzuki singgah sekejap digerai Noni awak kata kita sudah berlaki? ehh..awak mana tahu berita ni??