CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: safriehalim

[Tempatan] Puas hati dengan penjelasan Tuan Nadir dan CGM

[Copy link]
Post time 25-7-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 25-7-2021 02:21 AM
Berjalan2 kat 2-3 medsos, baca secara rawak komen2. Balik2 ulang2 20 juta dan pasal resit belanja. 2 ...

Kan
Nampak kan?
N profile tu semua fake
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-7-2021 01:18 AM
Ya lawyer tp sekarang dia AG. Xsangka pulak dia rakan kerja kawan saya!

Chuols dpp tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 25-7-2021 10:50 AM
Ya sis. Sari dua ni mmg nk buat autodebit terus. Bagus la dpt publisiti meluas tentang perjalanan  ...

Hehe iols sejujurnya xsokong hamas ke apa ke. Tp kesian dgn yg terkesan dengan kemelut. Yg susah nak hidup dsb.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 25-7-2021 11:58 AM
Klu sumbangan ke gcm boleh pengecualian cukai x?

Kaka tak pasti brp min derma utk dpt resit pengecualian cukai. Kang free2 nk ngecheck lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 25-7-2021 12:27 PM
Yg dewasayu bg tab kat Sabah.. Jadi makcik iols derma.. Supaya ramai pelajar dapat tab utk guna ke ...

Omg 20k mak cik u bagi

Perghh
Pastu dewasayur sebut saya bagi??
Macam duit dia

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 25-7-2021 12:31 PM
Omg 20k mak cik u bagi

Perghh

Lebih kurang byk tu.. Makcik tak bgtau figure betul...dia mmg jenis x bagi infaq sikit2...sebab tu Allah swt murahkan rezeki dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 25-7-2021 12:25 PM
Dia confuse dgm myaqsa defender..

Myaqsa defender mmg ada 20 juta tapi tu gabungan ngo2 ke pale ...

Nak ke si dewabit tu collab dgn MAD dgn sikap beliau terpaling saya..saya..dan saya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg dr dulu x brapa gemar dgn sikap acah poyo si ceprice, nmun aku melihat, dr budk acah poyo ni la, Allah hntr teguran kpd tim ebit dan ngo2 yg lain, isu ini dpt diliht dr konteks yg lebih luas, bukn berkenaan ebit dan nadir semata... ambillah ibrah kpd sesiapapun yg terlibat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 25-7-2021 11:01 AM
Well....
Meols setuju dgn chuols

Bodohnya yg si muhamad tu. Beginilah manusia suka spin untuk fit dia punya naratif. Orang lain xleh ada opinion lain dari dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 25-7-2021 11:25 AM
Berani la sangat nak suruh si Alipp yg katanya ada 'standard' sendiri untuk scrut tuhhh... Penyata ...

Ada baca Si Alif ckp kena ikut cara dia la audit.. lbh kurang mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 25-7-2021 12:28 PM
Kan
Nampak kan?
N profile tu semua fake

Yup, lama2 perati baru perasan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 25-7-2021 11:45 AM
Smlm tgk post2 lama dia tu.. ada satu post...  bermula dgn ayat ni "4 hari sy menangis..... bidada ...

Hahahah. murah betul harga airmata dia. Menyampah dgn ayat2 dia. Entah bini dia pun tak amik kisah..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh,, kena beklog dari awal.. Banyak sngt benang kena baca ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
awekjepun replied at 25-7-2021 09:17 AM
Kenapa dgn sambutan ni? Aku memang berminat  sgt dgn kisah bangsa yg hilang ni.

Beberapa tahun lepas ada gempar2, tup bila viral , krik krik terus.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:59 PM | Show all posts
aku bukan nak sokong sapa sapa..tapi bila si Nadir tu buat selepas UEL buat penerangan..mestilah si Nadir tu buat lebih baik..completed kan. Aku harap isu ni segera selesai baik Nadir atau UEL mahupun Caprice...berdamailah demi islam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 25-7-2021 12:01 PM
Well....
Meols setuju dgn chuols

Adoi lah mamat ni punyer fb statement , terburai gelak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 25-7-2021 04:12 AM
Kalau EL tak sibuk2 ke Gaza, takde isu macam ni timbul....
Sibuk benar nak ke Gaza bila kat Msia ma ...

Nampaknya ko ni x ambil tahu Perjuangan pembebasan Palestin.. pembebasan Palestin satu Jihad setiap umat Islam..

Tolong sedara, jiran pun d alu-alukan..

Tapi wajib cakna keadaan saudara Islam yang di tindas walau d mana mereka berada...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 25-7-2021 12:44 PM
mmg dr dulu x brapa gemar dgn sikap acah poyo si ceprice, nmun aku melihat, dr budk acah poyo ni la, ...

Ya , cap ni jumpy sikit. But manusia bila2 masa boleh berubah. Jahat boleh jadi baik, baik tiba2 jadi jahat.

Asbab si badboy cap ni macam2 benda terbongkar. Sedikit sebyk kena terima kasih juga pada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikediss replied at 25-7-2021 01:03 PM
Nampaknya ko ni x ambil tahu Perjuangan pembebasan Palestin.. pembebasan Palestin satu Jihad setia ...

Betul tu. Selagi palestine tak bebas selagi tu umat islam seluruh dunia terjajah lagi2 terjajah minda.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-7-2021 11:24 AM
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10224304212087941&id=1083076552

Berbulu airmata ebeli ...

aiols  copy paste kat sini. Buat tatapan forumers yg takde fb.


Apa yang saya belajar dari Townhall Cinta Gaza Malaysia?

Jika memakai topi juruaudit,

1. Saya sungguh gembira melihat 1 NGO kecil cukup berani, bersedia dan berkeyakinan membentangkan kunci kira-kira dan dokumen-dokumen sokongannya kepada khalayak 1 Malaysia untuk dibaca, dinilai dan dinasihati.

2. Apa saja dokumen sokongan hitam putih adalah 'makanan' untuk juruaudit. Jika kalian 'kenyangkan' mereka dengan 'makanan' itu, maka diamlah dia. Sebagai CEO CGM, Tuan Nadir dilihat sangat well-verse membentangkan dokumen-dokumen kecil seperti project paper, laporan akhir projek, dokumen tender terbuka pek makanan dll yang menunjukkan beliau bukan saja macro manage malah micro manage pasukan CGM. Fact and evidence based, bukan cakap kosong, itu yang juruaudit suka lihat.

3. Bercakap-cakap, beremosi panjang-lebar, tanpa fact and figure adalah sesuatu yang tidak menguntungkan. Lagi banyak 'goreng' lagi banyak yang akan ditangkap oleh telinga & mata juruaudit. Dari satu penemuan membawa kepada penemuan yang berikutnya.

4. Keterbukaan dan kesediaan CGM mempelawa sesiapa saja yang berminat ke premis mereka semasa LIVE tadi untuk melihat sendiri dokumen-dokumen sokongan adalah satu mesej jelas bahawa pihak pengurusan CGM sangat positif, bersedia dan telus untuk disemak-imbang.

5. Syarat wajib untuk NGO berdaftar dengan ROS adalah menghantar penyata tahunan kepada ROS untuk disemak. Tapi bagi tahun 2020, CGM memilih untuk menambah nilai kepada gerak kerja pengurusan NGO mereka iaitu membuat audit ke atas akaun NGO mereka. Satu penambahbaikan bonus yang juruaudit suka untuk lihat dan dengar.

6. Daripada awal diperkenalkan pasukannya, menunjukkan mereka bekerja berpasukan dan ada pembahagian tugas masing-masing. Tuan Nadir sebagai CEO CGM konsisten bahasakan diri sebagai 'kami' bukan 'saya'. Elemen yang juruaudit senang untuk lihat, top management yang bertanggungjawab terhadap pasukan dan kerja-kerja seliannya.

Namun jika saya memakai topi sukarelawan NGO pula,

1. Jujur, saya melihat CGM telah meletakkan standard kerja yang tinggi untuk NGO-NGO lain contohi, tak kiralah samada NGO kecil mahupun besar. CGM, satu NGO kecil, namun kecil-kecil cili padi. Namanya kurang tular di kalangan rakyat Malaysia sebelum ini tapi sangat professional, kemas dan tersusun gerak kerjanya. Data-data, aktiviti-aktiviti,  gambar-gambar dan segala dokumentasi dipaparkan secara kemas, sistematik dan teratur. Townhall secara live seperti ini pun barangkali perintis, pertama kali dibuat di kalangan NGO untuk membentangkan kunci kira-kiranya secara telus untuk tontonan rakyat 1 Malaysia. Hikmahnya dari kemelut ini, CGM telah menjadi penunjuk jalan untuk NGO-NGO kecil lain turut sama belajar memperbaiki sistem kerja masing-masing.

2. CGM dilihat sentiasa bersedia. Sebelum orang persoalankan lagi mereka sudah menghantar laporan kepada ROS tanpa culas setiap tahun. Untuk NGO yang berdaftar di bawah ROS, bukanlah wajib dibuat audit akaun mereka, cukup sekadar menghantar penyata tahunan. Tapi untuk tahun 2020 sebelum diminta orang awam lagi, CGM sendiri sudah memilih untuk membuat audit akaun mereka.

3. CGM telah meletakkan satu benchmark pengurusan gerak kerja NGO yang membanggakan rakyat Malaysia di luar negara. Pengajarannya, meskipun entiti NGO hanyalah bersifat gerak kerja sukarelawan, bukan profit oriented,  namun begitu kita tak boleh menjadikannya satu kerja yang ala-kadar sahaja.

4. Jiwa besarnya CGM tidak lari daripada fokus utamanya,'customer first' iaitu rakyat Palestine. Dengan kemelut yang berlaku,  boleh saja mereka diamkan diri tapi CGM terus  move forward tanpa menoleh ke belakang. Ibrahnya untuk pengerak NGO,  tak boleh mudah patah semangat, jangan lari fokus dan tak boleh buat separuh jalan walau macam mana hebat pun halangan yang mendatang.

5. CGM buktikan mereka bekerja sebagai satu gerabak pasukan. Waktu berkerja pun satu pasukan. Ketika polemik ini lagi kuat mereka mendepaninya secara satu pasukan, sokong menyokong dan saling menguatkan. Itu pelajaran mahal untuk semua pengerak NGO, semua sukarelawan.

Cukuplah itu saja antara coretan juruaudit cabuk yang baru 13 tahun berkecimpung dalam bidang audit dan baru 7 tahun bertatih sebagai sukarelawan NGO. Mohon jangan tulis yang bukan-bukan. Saya bukan siapa-siapa. Dan bukan mengapi-apikan atau mengadu-domba sesiapa. Sekadar berminat dengan sesi townhall tadi yang banyak memberi nilai tambah untuk muhasabah dan fokus belajar perbaiki diri sendiri.

Kemelut ini pasti ada hikmah, ujian berbalut hadiah!
Kalau bukan untuk mereka,  pasti untuk kita.

#tenangtenangsajalah
#belajarterusbelajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.233753 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list