CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Makcik.Kiah

[Tempatan] No. 730 "Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu

[Copy link]
Post time 27-6-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 27-6-2021 11:48 AM
Iols pun pelik, groceries sampai rm300 seminggu tapi ada masa takde beras? Dengan org bagi macam2  ...


Mesti ada yg dah derma duit kat dia baca newspaper ni, terkesima.  Derang sendiri pun maybe catu makan dan api air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 27-6-2021 10:53 AM
Ooo patut la..
Anak2 nya pandai speak mandarin?
Kelebihan kat situ

dlm agama juga ajar kita tentang
7 tahun kemarau 7 tahun subur
tu yg pentingnya
to manage your expectation
Nabi kita melarang hidup berhutang pun

ibu mana takmo beri anak yg terbaik dear?
kalo dulu dah terbiasa chilis tonyromas
skrg biasakan diri dgn burger ramly
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 27-6-2021 04:34 PM
Yes, yg tu. Bukan main lagi kata sepupu dia difitnah. Lepas tu suami arwah guna ayat, "Maafkanlah  ...

bak link dear
dah tak follow selepas dia viral tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
So..beringat lah..idup X selalu kat atas
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 27-6-2021 04:34 PM
Yes, yg tu. Bukan main lagi kata sepupu dia difitnah. Lepas tu suami arwah guna ayat, "Maafkanlah  ...

hahaha sama la masa arwah tu ada. Kan dia ckp sape yang ada bagi duit kat dia suruh dm. Bila dah dm dia blok.Hampeh betul.
Ada yg dia reply kat org yg terjah fb dia. brp ribu awak bagi. Perghhhh kurang asam.
Sampaikan dia meninggal pun org tak caya. Adik ipar dia yang masuk dlm fb kai aburn tu ckp betul dah meninggal and mintak maaf kat semua.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-6-2021 10:45 AM
psl aku tau beban & heavy tanggungjawab aku tak mau anak. korang pula meratib anak itu rezeki bera ...

Saya agree dengan Peterpan17. If tak mampu nak bela anak, better jangan ada anak.
Mampu bukan segi material je tapi juga mentally and didikan. If rasa hanya mampu bagi kasih sayang kat spouse je and tak rasa nak spend time didik anak2, better jangan beranak, nanti menzalimi anak kat dunia dan diri sendiri kat akhirat.

Tapi bab rezeki tu, apa saya faham anak2 (yang dididik dengan sempurna dan penuh kesih sayang dalam kapasiti masing2) tu bukan rezeki ibu ayah kat dunia. Tapi rezeki ibu ayah kat akhirat. Sebab hanya doa anak2 saje yang dapat bantu ibu ayah kat akhirat nanti selain amal (yang ni payah sebab kadang amal tak ihklas ke, ada riak sikit ke, etc) dan sedekah (easy).
So bukanlah maksud beranak ramai akan jadi kaya raya di dunia walaupun tak mustahil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 27-6-2021 05:54 PM
hahaha sama la masa arwah tu ada. Kan dia ckp sape yang ada bagi duit kat dia suruh dm. Bila dah d ...

Yang arwah ramai dok post dalam ni ni, scam public ke? So sebenarnya dia sakit ke tak? Bila berlaku ni? Last2 meninggal bulan sebab kanser le?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 27-6-2021 09:04 AM
kalau genuine kes kita mmg wajar viral & bagi pancing.
Tp kalau dah sense ala2 scammer takkan nk em ...

Setuju..kena siasat juga..zakat pun dah tolong, kejiranan pun ada tolong, lebihnya acik suzzane kena usaha..

Tengok macam kes acik suzzane ni macam masalah pengurusan kewangan..

Opismate iols keje drebar, umur baya2 acik suzzane keje PJ. Anak 5, wife surirumah, boleh beli flat dekat taman medan dulu2. N cukup makan pakai..

Masa susah ni x boleh memilih makan, memilih kerja..

Tengok seleranya besar walaupun #heartattactsurvivor, #mencarikeje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2021 09:19 PM | Show all posts
mclaren replied at 27-6-2021 07:34 PM
Saya agree dengan Peterpan17. If tak mampu nak bela anak, better jangan ada anak.
Mampu bukan seg ...

Finally!! someone faham point aku. Orang melayu ni klu meratib anak itu rezeki mmg juara bertahan. Tp depa faham tak konsep anak itu rezeki tu apa?? beranak byk byk hatta rumah serupa reban ayam.  Bila anak tak terurus, anak2 tu semua jd gelandangan join mat rempit mat lajak. Pastu ratib dah takdir. Sedangkan kita sbg org tua yg melahirkan anak2 tu lgsg tak pikul tanggungjawab dan fahamkan apa maksud jd parents. Klu agak2 diri tu tak mampu dr  byk segi, tak yah lah gigih beranak setahun satu. akhirnya anak2 tu jd tanggungjawab orang lain pula. Yg parents goyang telur goyang tetek kat rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2021 09:45 PM | Show all posts
Edited by Makcik.Kiah at 27-6-2021 09:54 PM

"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Fareez Azman Jun 27, 2021 17:04 MYT


KUALA LUMPUR: Kisah penderitaan yang dilalui seorang ibu tunggal, Suzanne Anton, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan bukan sahaja kepada golongan B40 bahkan turut menjejaskan kelompok M40.

Selepas beberapa hari laporan mengenai Suzanne yang hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja di sebuah syarikat cari gali, hari ini, wanita berusia 45 tahun itu berkongsi berita gembira dengan Astro AWANI.

Kata Suzanne, laporan mengenai kehidupannya yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Astro AWANI baru-baru ini menghadirkan rezeki yang tidak terduga buatnya.

Menurutnya, dia baru sahaja diterima bekerja sebagai Eksekutif Kanan Perolehan di sebuah syarikat di Petaling Jaya.

Katanya, peluang pekerjaan itu diperoleh selepas memohonnya menerusi portal MYFuture job yang dirintis oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Apa yang membuatkan Suzanne bersyukur juga ialah skop pekerjaan yang ditawarkan itu adalah kepakarannya selama ini.

Kesyukurannya tambah berganda apabila jarak antara tempat kerja baharu dengan kediamannya juga tidak begitu jauh.

"Tempat kerja agak dekat dengan rumah dan tiada masalah pengangkutan buat saya. Gaji juga sudah dibincangkan, Insya-Allah saya akan mula bekerja pada Rabu ini.

"Terima kasih Astro AWANI banyak membuka peluang untuk saya dapat kerja dan banyak bantuan saya terima," katanya kepada Astro AWANI dalam perbualan secara maya pada Ahad.

Sejak pendedahan berita mengenainya dibuat Astro AWANI, Suzanne memaklumkan, dia menerima lamaran pekerjaan daripada tujuh buah syarikat selepas lebih lapan bulan gigih mencarinya.

Bahkan, kata Suzanne, dia juga menerima pelbagai bantuan kewangan dan barangan basah serta keperluan harian yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor, Ahli Parlimen, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang persendirian.

Segala bantuan yang dihulurkan itu, kata ibu tunggal kepada lima orang anak itu juga sekali gus memberi ruang untuknya 'bernafas' sementara menunggu gaji pertamanya pada bulan depan.

Tambah Suzanne, semangat untuknya bangkit terus membara, malah dia berjanji akan membantu golongan ibu tunggal yang senasib dengannya.

Untuk itu, dia sudah berhubung dengan komuniti di kawasan tempat tinggalnya di Seri Manja, Taman Medan bagi mendapatkan maklumat sekiranya ada ibu tunggal yang senasib dengannya untuk dikongsi rezeki.

"Saya berniat dan berjanji nak kongsi rezeki dengan ibu tunggal yang lain juga, Insya-Allah saya akan sokong dan bantu mana-mana yang perlukan bantuan jangan malu untuk hubungi saya," jelas Suzanne lagi.

Sebelum ini, kisah Suzanne tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak selepas penulis bertemunya di Petaling Jaya Rabu lalu.

Menerusi laporan itu, Suzanne mendedahkan bagaimana kehidupannya berubah daripada seorang bekerjaya dalam golongan M40 bertukar ke B40 selepas hilang pekerjaan lapan bulan lalu.

Lebih memilukan, Suzanne sanggup ketepikan peruntukan kewangan untuk membeli ubat sakit jantung yang dialaminya dengan membeli makanan untuk keluarganya.

Kesemua lima anak Suzanne masing-masing berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 10:18 PM | Show all posts
Anak banyak pakai duit, me envy orang boleh beranak suka hati nak nak masa pandemic ni..


Sebab dapat anak lewat so cukuplah sorang...

Plus bila my husband benti kerja sebab tak mau pakai mask, sorang anak memang tak jejas apa apa, masih boleh hantar private playschool dan tiada kekurangan atau kena downgrade..

Lepas tu teringat my boss yang masih duduk dengan parents, dia kata tak mampu sewa sebab lepas bayar loan pendidikan, tak banyak tinggal, so my impian hantar anak setinggi mungkin tanpa anak kena berhutang pendidikan..

So dari sini parents yang kena merancang, bukan berserah takdir dah dikasi anak ramai.

Hello anak tu wujud sebab hubungan suami isteri so pepandailah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:10 PM | Show all posts
epal21 replied at 27-6-2021 12:52 PM
Arwah ni selalu drop komen kat ig artis2, minta sumbangan. Dia ada beberapa akaun fb etc. Bila n ...

dah meninggal eh acik ni...  pergi jua akhirnya ya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik.Kiah replied at 27-6-2021 09:45 PM
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Fareez Azman Jun 27, 202 ...

Alhamdulillah rezeki acik n anak2....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 27-6-2021 09:05 AM
bak link dear
dah tak follow selepas dia viral tu

Oh, iols tak jumpa pula link pasal dia meninggal tu tapi iols ingat yg suaminya ada letak gambar arwah kat hospital, suruh doakan. Tiba2 kanser dia jadi teruk & dia bed ridden pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 27-6-2021 12:52 PM
Arwah ni selalu drop komen kat ig artis2, minta sumbangan. Dia ada beberapa akaun fb etc. Bila n ...

Meninggal dah? Tak sangka plak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 27-6-2021 12:35 PM
Yang arwah ramai dok post dalam ni ni, scam public ke? So sebenarnya dia sakit ke tak? Bila berlak ...

Scam public lah, minta derma sana sini. Dia memamg sakit kanser tapi tak lah bed ridden, boleh je ke sana ke mari. Tapi bila nak live untuk fb minta donation, dia pakai nasal prong (tiub hidung) nak tunjuk sakit. Akhirnya org csi tentang dia, dia kena kecam lepas tu memamg jatuh sakit sampai warded & meninggal dunia. Org tak puas hati sebab suami & family biarkan je arwah minta sumbangan sana sini. Ni link nya.

https://www.dedah.co/2020/10/21/alasan-pes4kit-k4nser-raih-pendapatan-lum4yan-akhirnya-dihldu-netlzen/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 27-6-2021 03:24 PM
Meninggal dah? Tak sangka plak....

Meninggal tahun lepas rasanya. Kecoh juga sebab netizen tak percaya dia meninggal dunia sampai suaminya terpaksa upload gambar pusara & batu nisannya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 27-6-2021 11:42 AM
Yes, bila iols baca utilities bills sampai rm600 tu rasanya sangatlah tak wajar untuk org nak be ...

Hebatt bil sampai 600....family Xim yg adik2 masih study dr rumah pun x sampai RM200 utk letrik+air.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 27-6-2021 03:10 PM
dah meninggal eh acik ni...  pergi jua akhirnya ya...

Itulah. Kecoh juga pasal arwah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by epal21 at 27-6-2021 03:29 PM
Makcik.Kiah replied at 27-6-2021 01:45 PM
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Fareez Azman Jun 27, 202 ...


Alhamdulillah. Yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan. Semoga akak suzzanne gembira masuk ofis baru. Cumanya awani ni cubalah siasat dulu kes ni betul2, tak habis2 nak main emosi orang even dlm artikel ni pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.111857 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list