|
kalau ikut sejarah..keturunan syed dan sharipah ni asalnya keturunan baik dan dihormati..
dan berasal dari keturunan nabi..
sebab tu kut mereka beria nak kekalkan keturunan tu
heran gak..ramai gak aku tengok mana yang ada syed dan sharipah ni..perangai ya ampun..
pompuan...seksi..bergaya..gedik
lelaki..poyo..playboya
tapi tak semua la..ni apa yang aku pernah jumpa
|
|
|
|
|
|
|
|
AYLANINS terkejut dengan kemunculan Nicki di pejabatnya. Rasanya sudah hampir tiga bulan lebih Nicki tiada di tanah air. Entah ke mana lelaki itu bawa diri kerana kecewa dengan Arisha dan Conan.
"Nicki..bila awak balik?" Aylanins bingkas dan menapak ke arah Nicki yang sudah tercegat di depan pintu biliknya.
"Semalam.." Nicki menjawab malas.
"Err..duduklah..tak pun kita sembang kat gerai depan jelah." Aylanins segera menutup komputer dan semua fail yang berselerak atas meja disusun kemas sebelum dia bersama Nicki melangkah menuju ke gerai berhampiran.
DI GERAI, hanya Aylanins yang memesan minuman. Dia pandang Nicki yang kelihatan sugul. Faham dengan riak seperti itu. Tentu hal Arisha dan Conan yang bermain di benak Nicki sekarang ini.
"Hmm..jauh mengelamun?" Tegur Aylanins, Nicki seperti jaun termenung dengan wajah dihala ke arah jalan besar.
"Tak adalah..tadi saya jumpa Nayla..." Nicki sandar di kerusi.
"Oh..ada apa awak jumpa dia? Awak dah jatuh cinta kat dia pulak ke? Yalah..kan Nayla tu..seiras Arisha. Tentu wajah yang sama jugak awak nak kan?" Usik Aylanins, teh panas diteguk sekejap.
"Buat tambah sakit hati ada la. Sudahlah..saya pun tak fikir hal tu. Saya datang ni nak jumpa awak je. Macam mana kehidupan awak? Dengar...awak dah bertunang, betul ke?" Nicki mengalih topik perbualan.
"Ya..dah ada orang datang merisik..pilihan mak saya.." Nada suara Aylanins rendah. Teh panas diteguk lagi.
"Boleh saya kenal?"
"Tak payahlah..dia lelaki biasa je..tak ada tengku, Nik, syed ke apa ke.."
Kata-kata Aylanins membuatkan Nicki tidak dapat menahan ketawa.
"Apasal awak gelak?" Aylanins berkerut kening. Gelagat Nicki sudah dirasakan pelik, apa yang lucunya?
"Awak ni...takkan sampai begitu sekali awak kecewa dengan ayah Conan yang pentingkan keturunan. Tadi, awak sebut Nik, saya pun ada Nik juga tau?" Nicki gelak lagi.
Aylanins menggumam. Dia teguk lagi teh panas yang masih ada separuh dalam gelas kaca.
"Tunang awak nama dia...Malik kan?" Nicki kembali ke topik tadi.
"Mana awak tahu?"
"Amir yang beritahu. Err...betul ke Malik tu..."
"Ya..dia target terakhir mawar hitam." Cepat saja Aylanins memotong cakap Nicki. Sejak kejadian ugut melalui nota kaki itu, cerita itu sudah tersebar cepat.
"Jadi..betullah yang Malik tu..dah.." Nicki tak habiskan ayatnya. Matanya tepat memandang Aylanins yang tunduk.
"Malik cakap..dia tak apa-apakan Hani. Bukan macam kawan sekolahnya yang lain yang sudah merosakkan Hani. Malah Malik pun tak berselindung, dia berterus terang cerita semua yang berlaku dulu. Kisah silamnya.." Aylanins menjawab dengan nada sebal.
"Awak macam mana?"
Aylanins mengangkat muka. "Macam mana apa?"
"Awak terima Malik tu?"
"Tak sampai tiga bulan lagi kami akan disatukan. Saya pasrah dengan jodoh ni.." Suara Aylanins kembali perlahan.
"Oh..saya harap awak bahagia Ayla. Awak seorang polis, awak lebih tahu kes mawar hitam tu..harap dapat segera tangkap siapa mawar hitam tu.." Nicki turut sugul. Dia faham gejolak jiwa gadis itu yang mungkin juga terpaksa terima Malik atas pilihan keluarga.
"Eh..tu Linda kan?" Nicki tuding ke arah seorang gadis yang sedang menikmati makanan di gerai hujung. Nampaknya Linda sedang makan bersama Muzafar.
Aylanins jenguk. Dia tergamam. Nampak mesra Linda dan Muzafar makan berdua di situ.
"Bukan ke...Muzafar tu suka Hani?" Nicki pula jadi keliru.
"Ya..dulu bertunang, sekarang dah putus.." Balas Aylanins, teh panas diteguk sampai habis.
"Putus?? Kenapa?"
"Mana saya tahu..mungkin Hani dah tawar hati kat Muz tu.." Aylanins malas hendak berfikir tentang hal Muzafar dan Hani yang sekejap baik, sekejap pula bergaduh sampai Hani minta putus tunang.
"Entah-entah...Muzafar dengan Linda tu ada apa-apa tak?" Teka Nicki.
"Haish! Mengarutlah! Tak baik fitnah macam tu. Muzafar anggap Linda tu macam adik kandung sendiri dah.." Aylanins cepat-cepat menidakkan tanggapan Nicki.
"Mesra semacam je aku tengok.." Nicki jenguk lagi ke arah Muzafar dan Linda yang kini sudah mula meninggalkan gerai itu.
"Hmm..bukan ke Hani yang siasat kes mawar hitam tu? Aku rasa Muzafar tu ada something yang dia sorokkan.." Nicki menambah lagi.
"Entah la...pihak polis masih menyiasat tapi apa yang saya tahu, Hani sendiri mungkin dalam senarai suspek sebab dia ada motif kuat untuk balas dendam. Sekarang ni, saya dengar kes itu sudah diserahkan kepada orang lain." Ujar Aylanins.
"Awak agak...siapa mawar hitam tu?" Nicki pandang pula Aylanins, sejak tadi dia asyik melihat Muzafar dan Linda yang kini sudah beredar dari situ.
"Mungkin Muzafar, mungkin juga Amir atau mungkin Hani sendiri??" Telah Aylanins.
"Amir? Dia ada motif apa nak bunuh? Kalau kes dulu, aku tahulah dia dah jadi kambing hitam si Ryan tu." Nicki berkerut kening.
"Dia asyik ugut Malik sejak akhir-akhir ni. Beri peringatan pada Malik supaya berhati-hati."
Nicki diam. Pelik pula rasanya kalau Amir yang jadi suspek. Dia pun pening memikirkan semua itu. Biar pihak polis saja yang menyiasat. "Atau..mungkin Linda?"
"Maksud kau?" Aylanins berkerut dahi.
"Linda tu..aku rasa dia sembunyikan sesuatu. Aku pernah nampak dia beli bunga ros hitam dari satu kedai bunga."
Mencerlung Aylanins. Dia pandang Nicki yang seperti tiada riak bergurau. "Dia nak buat apa dengan ros hitam tu?
"Mana aku tahu..for me to know, for you to find out.." Nicki sengih.
Aylanins senyum. Pandai juga Nicki bergurau. Mereka berdua mula beredar dari situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok..nak masuk ofis..
report bertimbun lagi nak kena siapkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
BF hosmet aku ni, asal pantai timur. Paknya Syed, maknya Tengku. So bayangkan betapa 'gahnya' keturunan tersebut. Mamat Syed tu very down to earth. Kepala gila-gila. Pakai kete pun Datsun lama yg mcm kete kebal tu - tekan clutch pun nak kene berdiri sebab keras bebenor
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye... saya pasrah dengan jodoh pilihan ibu saya
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama abang Malik seorang
Err... abang Malik mengajar part time ye kat sekolah Ohh My Englishhh. Nanti lepas habis ngajar, kita keluar makan ye
|
|
|
|
|
|
|
|
ya la..terimalah hakikat Ayla..jodoh ko ngan Malik
|
|
|
|
|
|
|
|
AYLANINS kembali ke balai polis. Nicki pula sudah pulang ke rumah. Kata-kata Nicki tadi mungkin ada benarnya. Mungkin juga Linda pembunuh kejam itu, mungkin Linda yang jadi mawar hitam itu. Fail yang pernah disiasatnya dulu dibelek lagi. Satu persatu kejadian dan tempat pembunuhan diteliti maklumatnya. Apa yang pelik setiap kali selepas Muzafar menyuruhnya menyiasat di mana lelaki-lelaki yang pernah merosakkan Hani dulu, selang dua tiga hari kemudian lelaki itu didapati sudah dibunuh dengan kejam dengan sekuntum mawar hitam diletakkan di sisi mayat mangsa.
"Hmm..apakah Muzafar juga terlibat sama? Dia macam nak control sangat Hani tu. Tak ada pulak nampak apa-apa yang pelik pada Linda.." Aylanins berkata sendiri. Maklumat dalam fail itu dibelek-belek lagi.
Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Hari ini dia perlu pulang awal ke rumah. Ibu sudah berpesan padanya sebelum bertolak ke pejabat pagi tadi. Fail di atas meja dikemaskan segera dan Aylanins segera melangkah keluar dari bilik menuju ke tempat letak kereta. Dia perlu singgah di kedai kelengkapan perkahwinan tidak jauh dari rumahnya. Ibu sudah pesan untuk membeli barang-barang gubahan nanti. Terkadang dirasakan ibu yang melebih-lebih dalam hal pernikahannya.
SAMPAI di kedai, Aylanins parkir kereta betul-betul di hadapan kedai yang seluas dua lot kedai itu. Bermacam barangan perkahwinan ada dijual di situ. Dia melangkah kemas memasuki ruang legar kedai itu yang dihias cantik dengan jambangan bunga di kiri dan kanan. Rambang mata melihat gubahan yang sudah siap di situ untuk dijual. Dia berjalan perlahan menyusuri setiap rak, melihat-lihat jika ada yang berkenan di hati. Aylanins membeli tiga jambangan bunga dan tujuh dulang yang sudah siap digubah, tinggal letak barang hantaran saja lagi.
Usai membeli, dia singgah pula di restoran seafood untuk membeli tomyam poktek kegemaran ibu. Di restoran itulah yang selalu ibu beli. Sudah lama dia ingin memasak tomyam poktek untuk ibu tetapi kekangan kerja yang membuatnya tiada masa untuk belajar resepi masakan itu. Sementara menunggu makanan yang dipesan siap, Aylanins melihat-lihat laman sesawang mukabuku. Sudah lama dia tidak melayan teman alam maya. Tersenyum-senyum Aylanins membaca setiap status teman alam mayanya.
"Assalamualaikum.."
Aylanins masih leka menatap skrin telefon bimbitnya, membaca status teman alam maya.
"Ehem!"
Aylanins mendongak. Dia terpaku. Tiada suara terkeluar untuk menjawab salam.
|
|
|
|
|
|
|
|
KuNan buat jejak kasih lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sapa lagi yg bisa membuat ayla terkesima begitu rupa
|
|
|
|
|
|
|
|
ya la..tak reti2 lagi nak blah Ku Nan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tomyam poktek sedap..kuah putih instead of kuah merah tomyam tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ayla.."
Aylanins masih tidak berkutik di situ. Bulat mata melihat lelaki yang berdiri di depannya dengan senyuman terukir di bibir. Kehadiran Conan di restoran itu memang tidak pernah disangka olehnya. Dia melihat kiri kanan. Bimbang juga jika ada orang yang kenal mereka berdua dan sudah tentu perkara itu akan sampai ke telinga mereka yang sentiasa mencari bahan untuk bergosip. Conan sudah beristeri dan dia pula sudah bertunang.
"Ayla..boleh saya duduk?" Conan masih memandang Aylanins yang seperti terkejut melihatnya di situ.
"Err...sa...saya pun dah nak beredar ni.." Aylanins melihat pula ke arah ruang dapur restoran itu. Tomyam Poktek yang dipesan tadi masih belum tiba. Dia buat-buat melihat-lihat ke arah dapur dan sesekali melihat jarum jam di pergelangan tangan.
"Ayla..kenapa awak tak pernah jawab call dan sms saya?" Conan terus saja duduk tanpa dipelawa.
Aylanins masih mengintai ke arah dapur. Langsung dia tidak melayan apa yang dikatakan oleh Conan tadi. Kehadiran Conan di situ semakin menambahkan sesak di jiwa.
"Ayla..please..jangan macam ni.." Conan seperti merayu, Aylanins langsung tidak mengendahkannya. "Kenapa awak buat macam ni pada saya?"
Aylanins mula menoleh ke arah Conan. Wajah lelaki itu ditatap juga. "Awak tanya diri awak sendiri kenapa."
"Ayla..." Conan tunduk. Dia juga sebenarnya tidak tahu lagi ayat apa yang harus dilontarkan pada Aylanins. Sudah terasa semuanya bercelaru.
"Lupakan saya dan bahagiakan Arisha. Nicki pun sudah lupakan semua tu. Apa yang berlaku sekarang ni adalah ketentuan Allah. Saya sudah bertunang dan awak dah nikah. Jadi, sudah terang kita tak ada apa-apa lagi." Aylanins berkata sebak. Dia pandang Conan tidak berkelip. Biar lelaki itu tahu yang semua itu adalah perancangan dariNya. Conan harus terima hakikat itu.
"Tapi hati saya untuk awak Ayla..sampai sekarang saya dan Arisha masih orang asing..cuba faham saya Ayla.." Conan mendongak semula. Minta pengertian gadis itu walau dia tahu tiada ruang untuknya memilik Aylanins semula.
"Nan..please. Saya doakan awak bahagia dengan Arisha dan doakan saya juga bahagia dengan Malik." Aylanins mula merasa tidak selesa. Matanya meliar melihat sekitar restoran itu.
Conan sudah buntu. Aylanins dipandang sayu. Sungguh dia ingin memiliki gadis itu sejak dulu lagi. Kalaulah Aylanins tidak bertunang sekarang ini, dia akan menikah juga dengan Aylanins.
"Anggaplah ini ujian untuk kita. Ujian yang perlukan pengorbanan. Awak berkorban demi ayah awak dan saya berkorban demi ibu saya. Anggaplah juga ujian ni tarbiah dariNya. Lumrah, apa yang diburu akan timbul rasa jemu bila sudah dalam genggaman." Aylanins tunduk. Kali ini tidak mampu untuknya menatap wajah lelaki yang pernah bertakhta dalam hatinya.
"Awak sindir saya ke?" Conan mula terasa dengan kata-kata Aylanins.
"Saya tak sindir sesiapa. Memang benar, apa yang ada, jarang disyukuri dan apa yang tiada, sering pula dikejar." Aylanins sudah semakin sebak namun cuba ditahan agar tiada lagi titis jernih ditumpahkan untuk lelaki itu.
"Ayla..please.."
"Cik, ni tomyam poktek, enam ringgit." Seorang pekerja restoran meletakkan bungkusan tomyan yang dipesan Aylanins tadi.
Aylanins menghulurkan wang kertas dan dia terus saja beredar dari situ. Semakin laju kakinya melangkah bila dia menyedari Conan mengejarnya. Terus saja dia masuk ke dalam kereta dan enjin kereta dihidupkan segera. Dia perlu pergi dari situ secepat mungkin. Dari cermin sisi, jelas dia melihat Conan masih berdiri di situ. Masih memandang ke arahnya. Ah! Biarlah! Lelaki itu sudah bergelar suami orang. Tiba di halaman rumah, Aylanins masih diam di dalam kereta. Kali ini dia tidak mampu lagi menahan sebak. Jatuh juga titis jernih yang cuba ditahan dari tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah bagi salam berkali2 takdengar.. sibuk ngan talipon bijak die tu je
|
|
|
|
|
|
|
|
BARANG yang dibeli tadi diletakkan dalam bilik. Aylanins terus capai tuala untuk mandi dan berwudhuk. Sekejap lagi akan masuk waktu maghrib. Tadi, sebaik melintas depan bilik ibu, ibu sudahpun bertelekung sambil membaca al Quran. Dia tahu ibu akan menunggunya juga untuk berjemaah sekali. Usai mandi dan memakai telekung, mereka berdua mula berjemaah dan ibu menjadi imam.
Aylanins pula menyambung membuat gubahan hantaran bersama ibu selepas solat isyak. Dia perlu juga cari masa terluang untuk membuat semua itu. Kalau tidak, hanya guna kotak sajalah jawabnya nanti.
"Mak..kita pakai catering sajalah nanti ya. Kita pun dua orang saja. Jiran-jiran pun ada hal sendiri." Ujar Aylanins sambil ligat tangannya menggubah mengikut langkah-langkah dari majalah pengantin yang turut dibelinya tadi.
"Mana-manalah Ayla. Mak ikut saja tapi mak nak masak nasi dagang sikit..mereka kan dari Terengganu."
Aylanins senyum. Beria ibunya meraikan tetamu dengan makanan kegemaran negeri itu. Dia meneruskan menyambung menggubah. Kadang-kadang dia senyum sendiri memikirkan semuanya dia terpaksa lakukan sendiri dan kenalah terima walaupun tak elok sangat gubahannya.
"Cantik dah tu..dulukan Ayla pernah ambil kursus menjahit, menggubah ni masa tengah tunggu SPM.."
Aylanins pandang ibunya yang tersenyum-senyum dari tadi. Agaknya pelik melihat dia asyik belek saja dari tadi. Sekejap digubah, sekejap pula dibuka semula sampai dah lunyai bunga dan daun plastik yang dijadikan hiasan untuk barang hantaran nanti.
"Mak..maklong tak salah pilih kan?" Aylanins mula teringat kata-kata Nicki yang mengatakan Amir menuduh Malik sebagai lelaki jahat.
Ibu Aylanins letak set pewangi yang dipegangnya tadi dan dia mula menatap wajah anak gadisnya yang sudah kelihatan sugul. Perlahan kedua pipi Aylanins disentuh lembut. "Ayla..maklong tak akan main-main dalam hal ni. Mak percaya pada maklong. Lagipun, maklong kan dah lama tinggal di Terengganu tu. Kenapa Ayla tiba-tiba tanya macam ni?"
Aylanins tunduk. Dia tidak menjawab pertanyaan ibunya.
"Sudahlah..doalah yang terbaik nanti. Mak sentiasa berdoa untuk Ayla. Malik tu baik orangnya Ayla. Mak berkenan." Tubuh Aylanins dipeluk erat. Terasa sudah bergenang matanya ketika ini. Dia faham apa yang bergelodak dalam hati dan benak anak gadisnya. Bukan dia tidak tahu selama ini Aylanins sukakan anak Dato' Tengku Saif yang kaya raya itu.
"Mak..doakan Ayla ya mak.." Aylanins membalas pelukan ibunya sambil menitiskan air mata.
"Tu..telefon Ayla berbunyi tu.."
Aylanins menoleh ke kiri. Telefon bimbitnya dicapai dari atas katil. Dia menjawab panggilan seketika sebelum dimatikan talian.
"Siapa ?"
"Balai mak..ada kes terbaru. Kejap lagi Ayla kena keluar." Aylanins bingkas dan mula menyalin pakaian.
Dia bergegas ke kereta semula selepas mencium tangan ibunya. Panggilan dari bos mudanya, Detektif Ana Dahlia cukup membuat hatinya tidak tenteram. Kereta dipandu semula ke balai polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya la..ko dah nikah..buatla cara orang dah nikah..
heheeh..aku plak yang menyibuk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 26-2-2015 07:40 AM
ya la..ko dah nikah..buatla cara orang dah nikah..
heheeh..aku plak yang menyibuk..
Ehh.. bujang 3 lagi okeyyy. |
|
|
|
|
|
|
|
amboih..nak cukupkan kuota ke
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|