CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 6-2-2015 07:45 AM | Show all posts
baru habis merempit dari bab yang stop ari tu...

wah ..tak sangka twist yang menarik..

jadi rupanya zack adik beradik la dengan Rayyan dan Khalid ya..

Citer ni dah habis ke?...macam dah happy je semuanya?..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2015 09:44 AM | Show all posts
Ipo replied at 6-2-2015 07:45 AM
baru habis merempit dari bab yang stop ari tu...

wah ..tak sangka twist yang menarik..

akan ada conflict sikit.. langit tak selalu cerahkan..

haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 03:52 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-5-2015 12:03 PM

Zarith Sofea terpandangkan Zack yang sedang menekapkan telinganya diperut Zeeta. Barangkali sedang mendengar pergerakan bayi dalam kandungan isterinya. Pasangan itu kelihatan sangat teruja menanti kelahiran 'orang baru'.  Spontan Zarith Sofea teringatkan dirinya sewaktu mengandungkan anak sulung dulu. Suaminya sangat teruja sehinggakan semua kelengkapan bayi telah dibeli sedangkan kandungannya pada masa itu baru berusia 2 bulan !

Walaupun awal perkahwinan mereka Ku Iz seperti sukar menerimanya sebagai isteri namun berkat kesabaran Zarith Sofea, hati suaminya lembut dan telah berjaya melupakan Najiha yang digilai selama ini. Kelahiran anak sulung mereka juga mengubah Ku Iz menjadi lebih matang dan bertanggungjawab. Zarith Sofea bersyukur pada Allah dengan nikmat yang diberi walau dia pernah tersasar dalam hidupnya. Dalam masa yang sama Zarith Sofea berterima kasih kepada Jie kerana sudi memaafkan kesilapannya.

" Darling.. Sofea dengan Iz la." Zeeta menunjuk ke satu arah. Zack berpaling mengikut telunjuk isterinya.

"Bro lama tak jumpa. Makin berisi kau sekarang !" Ku Iz segera berjabat tangan dengan Zack. Tiada lagi permusuhan antara mereka.

Zack senyum. " Zeeta jaga aku baik punya. Tu la pasal aku 'sihat' sekarang." Tak dinafikan hidup Zack ceria sejak mengahwini Zeeta. Makan pakai dan minumnya dijaga dengan baik.

"Comellah anak kau Iz ! Sebiji macam muka kau !" Zack merenung anak kecil yang sedang dalam dukungan Zarith Sofea.  Zeeta mengagah bayi Ku Iz dan Zarith Sofea. Seronok melayan telatah si kecil.

" Yang lain mana?" Zarith Sofea meliar pandangan mencari. Tak nampak Jie maupun Rayyan. Viana dan Khalid juga tiada.

"Takkan korang berdua saja ?" Ku Iz turut sama menyoal. Setahunya Mama Long kata semua ada.

" Najiha dengan Ray pergi makan. Viana dengan Khalid  tengah dating menghadap tasik. Mama dengan Papa tengah layan anak yatim dekat dalam rumah." Zack menerangkan panjang lebar.

Ku Iz angguk. Serentak rasa macam tak percaya apabila mendengar perkataan Mama dan Papa dari mulut Zack. Tak pernah menduga Zack adalah anak bongsu kepada Tengku Safiah dan Tan Sri Isa. Adik kepada Rayyan dan Khalid. Bermakna sepupu kepadanya juga ! Jadi selama ini, Ku Iz bersaudara dengan 'musuh tradisi'nya. Pelik bila difikirkan tetapi itulah kenyataan.

"Sofea, you borak dulu dengan Zeeta. Abang nak pergi sana dengan Zack. Man to man talk." Ku Iz sengaja berkata begitu lalu mengajak Zack untuk menurutinya. Zack meminta diri untuk berlalu. Tinggal Zeeta dan Sofea berdua.

" Macam mana life kau? Ok?" Ku Iz memula bicara. Terkejut sebenarnya dengan berita pernikahan Zack dan Zeeta . Ku Iz ingatkan Zack akan berbaik semula dengan Jie memandangkan mereka saling mencintai dulu.

Zack cuma senyum. " Oklah ! So far so good ! ." Zack berjenaka. " Kau dengan Sofea macam mana?" Dengar cerita dah nak dua anak kau? Tahniah !" Hati gembira mendengar khabar yang terbaru mengenai Ku Iz.

"Rezeki bro !" Ku Iz senyum. " Sorry aku tak sempat datang masa kau dengan Zeeta kahwin.  Sofea sakit teruk masa itu. Tak sampai hati aku nak tinggalkan dia dengan pembantu rumah saja ." Masa menjarakkan hubungan antara mereka. Tambahan pula Ku Iz kini sibuk menguruskan syarikat ayahnya. Rasa lama sudah tak bersua .

Sewaktu mengandung anak sulung mereka dulu, Sofea selalu terkena alahan dan lemah badan. Bermula dari itu Ku Iz mula sedar betapa besar cinta Sofea sehingga sanggup menanggung sengsara mengandungkan zuriatnya selama 9 bulan. Terbit rasa cinta dan kasih sejak itu.

Malah, Ku Iz berasa sangat terharu sehingga menitiskan airmata melihat keperitan yang ditanggung oleh Sofea sehingga sanggup bertarung nyawa demi melahirkan permata hati sulung mereka ke dunia.

Sejak itu, Ku Iz mula berjanji pada diri sendiri seluruh hidup dan cintanya hanya akan diabadikan buat Sofea. Isterinya sudah terlalu banyak berkorban untuk dirinya. Hanya Sofea saja yang dicintai kini. Sepenuh hati. Ku Iz sangat yakin dengan perasaannya.

"Aku mati mati ingat kau akan kahwin dengan Najiha. Aku baru dapat tahu Rayyan dengan Najiha dah kahwin lama. Tup tup kau pula kahwin dengan Zeeta. Pelik aku." Soalan itu sudah lama bermain difikirannnya. Hanya sekarang baru terluah.

"Jodoh bro !"Zack senyum. Sejak mengetahui Rayyan adalah abang kandungnya, Zack bertekad melupakan sejarah cinta antara dirinya dan Jie. Tak sanggup berebut dengan abang sendiri.

Walau hati pada masa itu masih cintakan Jie  namun Zack tak mahu terusan hidup dalam kenangan. Jie sudah dimiliki oleh Rayyan ! Malah Jie yang rela hati menerima lamaran Rayyan walau Zack pernah terfikir untuk melamar Jie sebagai isteri.

Saat Zeeta meluahkan isi hati terus gadis itu dilamar sebagai isteri. Zack yakin pilihannya tidak salah. Lama kelamaan Zack sudah dapat melupakan Jie dan mencintai Zeeta selayaknya.

Walaupun perasaan cinta pada Zeeta tak sehebat cinta pada Jie dulu namun Zack yakin masa akan mengukuhkan ikatan kasih sayang antara mereka.

Tambahan pula, Zeeta disahkan bunting pelamin sebulan sejurus selepas pernikahan mereka ! Zack pasti cinta mereka akan terus mekar dengan kehadiran cahaya mata.

Namun Zack tidak pernah lupakan janji kepada Jie. Tak kira apa terjadi, Zack tetap akan jadi pelindung wanita itu ! Jie sentiasa akan berada dihatinya selagi bernyawa. Itu sesuatu yang pasti.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 05:10 PM | Show all posts
elia201 replied at 6-2-2015 07:52 AM
Zarith Sofea terpandangkan Zack yang sedang menekapkan telinganya diperut Zeeta. Barangkali sedang m ...

Benci........


Mengandung..


LOL. Konflik!konflik!konflik! kalau Jie dgn Zack berskandal, it will be AWESOME.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 30-5-2015 12:04 PM

Mata Ku Iz tertancap pada Jie yang sedang tertawa gembira sambil mesra beriringan dengan Rayyan. Baik Rayyan maupun Jie tampak bahagia sekali. Rasa bersalah kerana pernah menjadi penghalang dulu.

Jie dilihat mengikat rambut ikal perangnya ekor kuda persis kali pertama Ku Iz menemuinya dizaman sekolah dulu. Macam budak budak !  Rambut yang berjuntaian jatuh ditiup angin menambahkan lagi anggun wajah Jie. Serentak itu kenangan dulu bertandang. Ku Iz terasa seperti terpaku seketika.

"Bro !" Zack terpaksa menyiku Ku Iz yang tenggelam dalam lamunan. "Kau kenapa?" Mata melihat ke arah sama yang direnung Ku Iz dari tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-7-2015 01:33 AM

Najiha? Zack mula rasa tak sedap hati. Ku Iz dilihat seperti masih tidak melupakan Jie sepenuhnya. Sebagai lelaki Zack dapat merasakan segala yang terbuku dihati Ku Iz.

Ku Iz masih lagi terpaku. Walau hanya mengenakan t shirt dan jeans wanita itu tampak menarik dimatanya. Tiada secalit mekap menutupi muka namun wajah itu tetap cantik semulajadi. Pandangan masih lagi sukar beralih walau sedar wanita yang ditenung adalah isteri orang !

"Iz !!" Kali ini nada suara Zack meninggi. "Whatever in your mind please stop it ! She's Ray's wife now!"  Tak sanggup melihat lelaki lain merenung penuh berahi isteri kepada abang kandung sendiri. Cuba meletakkan diri dalam posisi Rayyan. Pasti tidak suka ada lelaki lain merenung isterinya sebegitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2015 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 8-2-2015 03:03 PM

"Think about your wife and your baby !" Zack menyambung kemudiannya. Mahu Ku Iz sedar diri yang sudah beristeri dan memiliki zuriat.

Astagfirullah hal azim ! Hampir saja Ku Iz meluku kepalanya sendiri kerana hanyut. Segera teringatkan Zarith Sofea. Terbayang jika ada lelaki lain merenung isterinya sepertimana dia merenung Jie. Pasti dia tidak akan teragak agak menghadiahkan penumbuk buat lelaki itu. Nasib Rayyan tidak perasan kelakuannya tadi.

"Sorry bro."Ku Iz mengaku khilaf dirinya. "Jom join Sofea dengan Zeetalah. Risau pulak aku tinggal lama lama." Teringat keadaan kesihatan Zarith Sofea yang tak berapa stabil sejak melahirkan anak sulung mereka setahun lepas. Tambah pula kini Zarith Sofea mengandung 2 bulan anak kedua mereka. Takut berlaku sesuatu yang tidak diingini pada isteri tersayang.

Zack hanya menurut langkah Ku Iz. Hati bimbangkan Zeeta. Segala yang berlaku tadi biarlah jadi rahsia. Anggap saja sepupunya itu tak sengaja.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 03:24 PM | Show all posts
elia201 replied at 8-2-2015 06:46 AM
Najiha? Zack mula rasa tak sedap hati. Ku Iz dilihat seperti masih tidak melupakan Jie sepenuhnya. S ...

Jie ni pun satu..pki seksi.hmm..Kesian Ku iz.mampu teguk air liur. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 03:25 PM | Show all posts
elia201 replied at 8-2-2015 06:59 AM
"Think about your wife and your baby !" Zack menyambung kemudiannya. Mahu Ku Iz sedar diri yang suda ...

Aku tunggu konflik je ni.
Aku hrp ada skandal.hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 03:42 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 8-2-2015 05:03 PM

Bab 43

Jie tak sabar menunggu kepulangan Rayyan dari pejabat. Ada hal penting yang ingin dibicarakan berdua. Berharap agar suaminya bersetuju dengan permintaannya. Jie sengaja memakai dress pendek berwarna pink yang dihadiahkan oleh Rayyan sewaktu ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Sudah lama dress itu tersimpan dalam almari cuma hari ini baru Jie terasa untuk memakai. Minyak wangi Kenzo disembur diseluruh tubuh. Bau haruman bunga melekat kuat. Mekap sederhana disapu ke wajah  untuk menaikkan seri. Gincu berwarna peach disapu ke bibir. Ringkas tapi menawan. Setelah berpuas hati dengan penampilan tubuh dan wajah Jie beralih ke rambutnya. Sengaja di'blow' bergulung dibahagian bawah bagi menampakkan kelainan. Setelah puas hati, Jie mula menapak turun tangga untuk ruang dapur. Kelihatan pembantu rumah sedang menyiapkan hidangan makan malam mereka suami isteri.

"Tak apalah kak. Jie boleh siapkan yang lain. Akak baliklah dulu." Jie merencana untuk melakukan susun atur sendiri untuk menyambut kepulangan Rayyan.

Kak Nita , pembantu rumah yang telah hampir 2 tahun bekerja dengan mereka masih lagi ligat melakukan rutinnya. Sedar Jie dan Rayyan melayaninya seperti keluarga maka dia tidak mahu membuat kerja sambil lewa. Takut dianggap ambil kesempatan diatas budi baik mereka. " Tak apalah Puan ! Sikit saja lagi ini. Dah siap Kak Nita baliklah." Enggan membiarkan majikannya melakukan kerja yang memang menjadi tugasannya.

"Tak apa kak ! Anggap saja Jie bagi akak cuti rehat hari ini. Jie nak buat surprise untuk Rayyan. Please !" Mengharap Kak Nita mengerti dan menuruti kehendaknya.

Kak Nita tersenyum, faham. "Padanlah Puan cantik sangat malam ini. Rupanya ada 'agenda'lain ! Tak apa Kak Nita tak nak kacau daun." Apron ditanggalkan dan disangkut. "Jangan lupa goda Tuan tau. Mana tahu berhasil !" Sempat Jie disakat sebelum berlalu. Berdoa semoga rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 04:00 PM | Show all posts
elia201 replied at 8-2-2015 07:42 AM
Bab 43

Jie tak sabar menunggu kepulangan Rayyan dari pejabat. Ada hal penting yang ingin dibicara ...

Jie sengaja
memakai dress pendek berwarna pink yang
dihadiahkan oleh Rayyan sewaktu ulangtahun
perkahwinan mereka yang pertama. Sudah
lama dress itu tersimpan dalam almari cuma
hari ini baru Jie terasa untuk memakai.
Minyak wangi Kenzo disembur diseluruh
tubuh. Bau haruman bunga melekat kuat.
Mekap sederhana disapu ke wajah untuk
menaikkan seri. Gincu berwarna peach disapu
ke bibir<<< Aku blh bygkn keseksian Jie mcm mna.Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 8-2-2015 11:00 PM

Kedengaran bunyi loceng dibunyikan. Memikirkan suaminya sudah pulang Jie pantas menuju ke pintu. Tak sabar menemui Rayyan walaupun baru beberapa jam berpisah. Tombol pintu dipulas. Wajah kacak suaminya kelihatan lesu. Jie senyum mesra menyambut kepulangan Rayyan.

"Sayang.." Haruman yang dipakai Jie menusuk ke hidung. Rayyan terus memeluk mesra pinggang Jie. Jie mengamit Rayyan untuk duduk. Rayyan menurut.

Mata masih melirik isterinya. "You cantik sangat sayang. Seksi !" Spontan satu ciuman dihadiahkan di leher jinjang itu. Bibir isterinya disentuh. "I love you." Kucupan mesra diberi. Stress bekerja terasa hilang.

Jie meleraikan pelukan suaminya. "You mandi dululah. Lepas itu kita dinner sama sama." Bahu Rayyan disentuh lembut.

Rayyan menarik Jie untuk duduk diribaannya. "I tak rasa nak mandi atau makanlah. I nak...." Saja membiarkan kata katanya tergantung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 09:08 PM | Show all posts
elia201 replied at 8-2-2015 12:12 PM
Kedengaran bunyi loceng dibunyikan. Memikirkan suaminya sudah pulang Jie pantas menuju ke pintu. Tak ...

Alaaa mesranya.Haha.

Adakah ray nak...

HAHA.Hahahahahahahahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cont

"You nak apa?" Jie pelik dengan kelakuan suaminya. Rayyan yang sedang senyum direnung. Menanti jawapan.

"I nak you !" Bibir mereka bertemu. Rambut isterinya diusap lembut. Mata bertentangan. Rayyan memimpin tangan isterinya untuk menaiki tangga menuju ke bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 12:27 AM | Show all posts
elia201 replied at 8-2-2015 03:20 PM
Cont

"You nak apa?" Jie pelik dengan kelakuan suaminya. Rayyan yang sedang senyum direnung. Menan ...

ni gunanya menikah.ckp je, blh on bila2. Hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-2-2015 07:13 PM

Jie mencapai jubah mandi yang memang tersangkut di dinding lalu disarung ke tubuh. Suaminya yang masih berbaring di hampiri. Kepala diletakkan di dada Rayyan. Ada sesuatu yang ingin diluahkan. Berdebar memikirkan penerimaan suaminya. Mungkin ini saat terbaik. Suaminya kelihatan dalam mood yang ceria.

"Honey.." Rambut lurus suaminya diusap. "You izinkan tak kaIau I nak kerja? I bosanlah duduk rumah." Segala yang terpendam terluah jua.

Rayyan tersentak.Tak pernah menduga Jie akan membuat permintaan sebegitu. "Tak payah sayang ! I mampu tanggung you. You duduk rumah saja." Memang Rayyan tak suka Jie bekerja. Tak mahu isterinya bersusah payah. Malah Rayyan juga turut menyediakan pembantu rumah supaya isterinya tidak rasa terbeban menguruskan rumahtangga mereka.

Dari segi kewangan pula Rayyan memperuntukkan sebanyak lima ribu ringgit untuk nafkah bulanan isterinya. Untuk memudahkan Jie membeli belah, Rayyan telah menyediakan Jie kemudahan supplementary card untuk kad kredit platinum miliknya. Had kredit adalah 'unlimited' dan isterinya boleh menggunakan sesuka hati.

Kereta Volkswagen Polo yang dihadiahkan sewaktu berkahwin dulu sememangnya atas nama Jie sendiri. Begitu juga dengan rumah yang diduduki sekarang sengaja diletakkan atas nama Jie sebagai aset isterinya. Saham syarikat juga telah ditukarkan ke atas nama Jie sekiranya berlaku sesuatu ke atas Rayyan. Rayyan tak faham apa yang kurang sehingga Jie meminta izin untuk bekerja.

Jie masih tak putus asa. " I bosan ! Lagipun kita belum ada anak lagi. I cuma nak bina kerjaya sendiri." Hampir 2 tahun menjadi suri rumah tangga membuat Jie rasa jemu. Tambahan pula sehingga kini mereka belum dikurniakan anak. Jie mahu memanfaatkan masa dengan berguna.

"Then you kerja dengan I. Jadi PA I. I pun tak risau sebab you ada depan mata I selalu."Rayyan rasa itu lebih baik.

"Tak naklah ! Kalau macam itu elok I kerja dengan Daddy I." Dato Hanafi sudah banyak kali meminta Jie untuk mengendalikan syarikat miliknya. Namun Jie menolak kerana mahu berdikari. Jie mahu bermula dari bawah bukan dibantu untuk terus di atas. Itu sudah bertentangan dengan prinsipnya.

Rayyan tak mahu bertekak. "Keputusan I muktamad sayang ! Either you kerja dengan I atau you duduk rumah."

"Tapi I ada interview kerja esok. I dah cakap nak pergi." Jie masih mencuba meraih pengertian suaminya.

" Company apa? Berapa monthly salary mereka offer you? Position? I boleh bayar double and give you better position kalau you terima offer I." Rayyan cuba memujuk. Berharap isterinya menerima tawarannya.

"Please honey ! Bagi I peluang untuk pergi interview esok. Nanti I pertimbangkan balik." Tubuh sasa suaminya dipeluk untuk mendapatkan persetujuan.

Malangnya Rayyan tetap berdegil." I tak izinkan ! Please sayang kalau you rasa duit bulanan yang I bagi tak cukup I akan increase. No worries sayang." Pipi isterinya dicium. "Dah malam dah ni. Tidurlah!" Lampu dimatikan.

Tubuh isterinya dipeluk erat. Tiada reaksi dari Jie. Merajuk barangkali ! Rayyan malas ambil pusing. Mata rasa mengantuk kepenatan. Seketika kemudian Rayyan lena diulit mimpi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 12:52 AM | Show all posts
elia201 replied at 8-2-2015 04:47 PM
Jie mencapai jubah mandi yang memang tersangkut di dinding lalu disarung ke tubuh. Suaminya yang mas ...

Haihh..klo akulah.aku stay je rumah...Jie ni seksi giler!

Kata nak jie..hmm..Jie ..Entahlah. Aku wish jie muncul eh..hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 9-2-2015 12:52 AM
Haihh..klo akulah.aku stay je rumah...Jie ni seksi giler!

Kata nak jie..hmm..Jie ..Entahlah. A ...

Game over.. tido la cik es
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:07 AM | Show all posts
elia201 replied at 8-2-2015 05:01 PM
Game over.. tido la cik es

dah bgun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 08:37 AM | Show all posts
ada lagi ke dugaan kat JIE nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.556653 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list