lowgil posted on 27-3-2013 11:07 AM
apa definasi lelaki gred A bagi jiha?
adakah lelaki yg suci dari dosa sepanjang hidup?
Saya pernh macm jiha...nak lelaki jenis macm nih...tp apakn daya...x semesti apa yg kita nak...itu yg kita dpt...mungkin kita sendiri x cukup baik & tak bersungguh nak apa yg kita hajati... so, terimalah ujian ini...huhu...
Sekejap sahaja seminggu masa berlalu. Hari ini aku akan bermalam di rumah Dona seperti yang telah aku janjikan dahulu. Aku reling jam di pergelangan tangan. Sudah hampir pukul 8:30 malam. Aku sudah pun memberitahu Dona awal-awal lagi yang aku akan keluar dari pejabat lebih kurang pukul 9.00.
Sebenarnya aku sengaja tak mahu pergi awal. Takut terserempak dengan abangnya. Oleh kerana itu, sanggup aku menunggu di pejabat hingga ke malam walau pun aku bekerja shif siang. Aku bercadang selepas isya, dan makan malam siap-siap baru aku bertolak ke rumah Dona. Lagi pun kalau aku naik teksi waktu orang balik pejabat, jenuh aku nak membayar tambang. Meter teksi sudah tentunya melonjak naik akibat tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
“Line three!”
Pantas aku ambil panggilan yang dibuat untukku.
“Cik Najiha... boleh kita berjumpa?”
“Err... bila?”
“Sekarang.”
“Sekarang? Tapi saya dah nak balik ni.” Aku beralasan. Sebenarnya aku belum bersedia menemui lelaki itu.
“Baguslah, kita jumpa kemudian saya hantar awak balik.”
“Tapi saya ada temu janji dengan kawan saya. Saya kena balik sekarang.” Aku cuba memberi alasan sebaik mungkin. Aku teringat kata-kata Kak Ruby supaya jangan menemui klien sembarangan. Mesti beritahu pejabat dahulu. Inikan pula nak jumpa malam malam begini. Fuhhh! Seram.
“Saya dah ada di bawah ni.”
Eddie dah ada kat bawah? Terkejut aku dibuatnya. Biar betul dia nak jumpa aku? Aku masih berkira-kira. Saspen. Dibuatnya dia orang jahat... mati aku.