CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-8-2012 10:32 AM | Show all posts
“I will support all the financial aspect of it. Saya nak awak pastikan yang itu adalah Nabilah yang kita cari” Datuk Yusuf berkata lagi. Hisham menganggukkan kepala.

“Baiklah. Ada apa-apa lagi Hisham?”

“Ada Datuk” Datuk Yusuf memandang Hisham, menantikan kata-kata seterusnya.

“Pasal Shahrizal” Sekali lagi Datuk Yusuf dan Aidil saling memandang.

“Apa yang awak tahu mengenai Shahrizal?” Hisham menarik nafas sebelum menyambung kata.

“Boleh saya tahu kenapa Datuk nak cari maklumat pasal Shahrizal?” Hisham bertanya.

“It’s too personal” Aidil menjawab bagi pihak papanya. Datuk Yusuf mengangguk.

“Saya tak boleh beritahu banyak pasal dia sebab benda ini terlalu confidential.Apa yang saya boleh beritahu, nama betul Shahrizal adalah Shahrizal Bin Salleh” Hisham menghentikan ayatnya seketika, memandang Datuk Yusuf dan Aidil.

“Dia berada dalam pemerhatian pihak polis” Hisham menyambung ayatnya membuatkan Aidil dan Datuk Yusuf saling memandang buat kesekian kalinya.

“Tapi kenapa?” Datuk Yusuf bertanya.

“Itu saya tak boleh beritahu Datuk” Hisham menjawab.

“Tapi kenapa?” soalan yang sama berulang lagi.

“Itu mungkin akan mengganggu siasatan pihak polis” Hisham memberikan jawapan ringkas. Datuk Yusuf mengeluh.

“Apa yang saya boleh cakap, adalah lebih baik kalau Datuk dan Encik Aidil jauhkan diri dari berhubung dengan Shahrizal. Secara langsung atau tidak langsung. Dia mungkin akan bawa masalah pada Datuk sekeluarga”

“Dia dah pun bawa masalah kepada keluarga saya” Datuk Yusuf berkata lalu mengeluh sekali lagi. Hisham ingin bertanya lebih lanjut tentang itu tetapi apabila dia memandang muka Datuk Yusuf yang semakin mendung, Hisham mematikan niatnya.  

“Baiklah Datuk, Encik Aidil. Itu saja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Kalau ada apa-apa, saya akan contact Encik Aidil” Hisham berkata.

“Thanks Hisham” Datuk Yusuf bangun lalu di turuti oleh Hisham dan Aidil. Mereka berjabat tangan.

“Come Hisham” Aidil berkata, lalu mengiringi Hisham keluar dari bilik pejabat Datuk Yusuf. Hampir sampai ke pintu, Aidil menoleh ke arah Datuk yusuf sekali lagi. Kelihatan Datuk Yusuf duduk bersandar sambil termenung. Aidil mengeluh sendiri melihat perilaku papanya sebelum meneruskan langkahnya keluar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 10:36 AM | Show all posts
kalau ci sarizu tu meminta dgn garang, biaq lady mintak dgn lembut...

Nicki bebeh..... semuga nicki bebeh dikurniakan Allah swt dgn ilham yg mencurah2 supaya boleh update banyak2

Ingat magic word ni naaa.... NEXT!

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 10:40 AM | Show all posts
Okeyyyy!!!


NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 10:49 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 10-8-2012 10:36 AM
kalau ci sarizu tu meminta dgn garang, biaq lady mintak dgn lembut...

Nicki bebeh..... semuga nic ...

Aduh... terharu Iols....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 10:54 AM | Show all posts
Episode 38

Shark termenung sendirian, membuang pandang ke luar beranda. Sejak akhir-akhir ini, dia merasakan hidupnya semakin kacau bilau sehinggakan dia sendiri terasa penat. Seperti seekor tikus yang berpusing-pusing dalam satu gelungan tanpa arah tujuan, tanpa henti. Dadanya terasa sesak hinggakan dia merasa sukar untuk bernafas. Tidak, dia tidak mengalami sakit lelah atau apa saja penyakit dada. Yang sebenarnya hatinya sakit. Sakit kerana masih terbayang-bayang di pandangan mata, betapa mesranya orang yang di cintai berada di dalam genggaman orang lain. Cemburunya meruap.

Orang itu sepatutnya aku! Shark menghembuskan nafas kasar.

Jauh di sudut hati, dia terpaksa mengakui hakikat bahawa dia telah kalah. Kalah dengan hati dan perasaannya sendiri. Sekeras-keras Shark, dia tidak mampu menghindarkan rasa aneh bernama cinta yang telah merajai hatinya dengan kehadiran Sofea Raihana. Walau berkali-kali dia cuba untuk menidakkan, wajah Fifi tetap bermain di mindanya.

Huh! Shark menyumpah sendiri.



Bella hanya memandang Shark yang termenung seorang diri. Merasa jengkel kerana sekali lagi Shark datang ke rumahnya secara tiba-tiba. Ikutkan hatinya, mahu saja kunci rumah itu di tukar ataupun lagi bagus kalau dia dapat berpindah saja dari sini, jauh dari cengkaman Shark. Tapi Bella tahu, tak mungkin dia dapat melakukan itu.

Hubungannya dengan Shark semakin tegang. Bermula dengan peristiwa Shark memaki hamun Fifi di sebuah disko dulu, ianya terbawa-bawa sehingga kini. Bella cukup terasa dengan perbuatan Shark. Hinaan Shark terlalu keras baginya. Sungguhpun hinaan itu tidak di tujukan kepada Bella, tapi dia turut merasa tempias itu. Walaupun dia seorang pelacur kelas atasan, walaupun harga dirinya boleh di nilai dengan wang ringgit, walaupun maruahnya telah tiada, dia tetap seorang wanita. Dan untuk itu, Bella merasakan Shark sudah melampau. Apatah lagi wanita yang di hina itu mengandungkan anak Shark sendiri.

Jantan tak guna! Bella merengus. Rokok di atas mejanya di ambil, dinyalakan lalu di hisap dalam-dalam.

“Shark, why are you here?” Setelah bosan memerhatikan Shark, Bella mula bersuara. Shark menoleh ke arah Bella lalu mengambil tempat duduk di hadapannya.

“Shark” Bella memanggil sekali lagi.

“I dengar, you dah ada sugar daddy sekarang?” Shark bertanya. Bella tersenyum sinis.

“Sugar daddy ke, sugar glider ke, kenapa you sibuk nak tahu?”

“Mestilah I nak tahu. Bukan ke I dah cakap pada you, you cannot have a relationship with any of the customers”

“Kenapa? Sebab you tak boleh lagi jual I pada sesiapa yang you nak?”

“Bagus, pandai pun” Shark tersenyum mengejek.

“Damn it! I tahulah I hutang dengan you” Bella menyumpah.

“Yeah. You still owe me Bella, remember that!” Bella merengus. Dia bangun dari sofa lalu mengambil beg tangannya yang terletak di atas meja makan. Beberapa keping duit seratus ringgit di ragut secara kasar lalu di campakkan ke hadapan Shark.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:14 AM | Show all posts
bella bg duit raya?

next! da hbs control dh ni...

bdw, telan ayaq lioq x pe jgn sgja nk teln bskut ry dh...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2012 11:15 AM | Show all posts
tak cukuuupppp .... mau part manja2 fifi and fandi ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:25 AM | Show all posts
hotmum posted on 10-8-2012 11:15 AM
tak cukuuupppp .... mau part manja2 fifi and fandi ....

setujuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2012 11:51 AM | Show all posts
hotmum posted on 10-8-2012 11:15 AM
tak cukuuupppp .... mau part manja2 fifi and fandi ....

Err.. minggu depan buleh?





Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:52 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-8-2012 11:51 AM
Err.. minggu depan buleh?

buleeyyyy .. janji ada ... heeee ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 11:55 AM | Show all posts
Kesian Shark...takde sapa yang minat dia. Walaupun gangster, dalam hatinya tetap bertaman....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 11:57 AM | Show all posts
“Take that! Kira sendiri berapa yang ada. Tell me if you need more” Bella berkata kasar. Pandangan Shark semakin bengis.

“Eh perempuan! Kau makin kurang ajar sekarang kan?”

“So? What do you want to do? Kill me?”

“If I want to kill you, I swear I will do it slowly so that you will suffer before you die…” Kata-kata Shark yang berbaur amaran menyebabkan Bella merengus lagi. Sama ada Shark sengaja berkata begitu ataupun benar-benar maksudkannya, Bella tidak pasti.

“Siapa sugar daddy you?” Shark bertanya lagi. Setahu Shark, dia tidak pernah memperkenalkan Bella pada mana-mana pelanggan yang tidak dia kenali. Mungkin kali ini, Bella mencari pelanggannya sendiri.

“kenapa you nak tahu?”

“Who?!”

“Nama dia Eddie. And for your information, dia bukan sugar daddy I”

“Eddie?” Kening Shark berkerut memikirkan sesuatu.

“Yup”

“How did you meet him?”

“Dia call I”

“You tak pernah tanya background dia?”

“Tak. Buat apa I nak tanya? None of my business. But he pays high, higher than you can ever imagine. And he pays me to entertain him alone from now on”

“Sampai bila?”

“I tak tahu. Mungkin, sampai dia dah bosan” Bella menjawab sambil mengeluh. Shark kembali mendiamkan diri. Bella mengerutkan kening. Dia jarang melihat Shark seperti ini. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan sehingga akhirnya ia bernanah lalu pecah.

“Shark” Nada suara Bella bertukar, tidak lagi tegang. Walaupun sakit hati, tapi dia juga ingin tahu mengapa Shark kelihatan terganggu.

“Is there something bothering you?” Shark masih mendiamkan diri.

“I know it’s not about me having sugar daddy. Selagi you dapat duit tiap-tiap bulan, you tak sepatutnya kisah pasal tu kan?”

“What’s wrong Shark?”

“I nampak dia” Akhirnya, Shark bersuara.

“Siapa?” Last edited by Nicki_Meow on 10-8-2012 12:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 11:57 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-8-2012 11:55 AM
Kesian Shark...takde sapa yang minat dia. Walaupun gangster, dalam hatinya tetap bertaman....

sapa suh ko jahat shark ... padan muka!! .... muhahahaha (gaya gelak jahat) ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 12:08 PM | Show all posts
“Fifi”

“So?”

“She’s with someone else”

“Mestilah dia dengan orang lain. That girl is married, Shark” Nada suara Bella agak tinggi.

“I know she’s married. But I cannot forget her, Bella” Kening Bella berkerut. Hampir ternganga juga dia mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Shark.

“Eh, pleaselah Shark. You sendiri dah buang dia, sekarang you cakap you tak boleh lupakan dia. Apa ni?” Shark mendiamkan diri.

“Don’t tell me you have fallen for her?” Shark menganggukkan kepalanya beberapa kali.

“What? Seriously? Are you mad?” Bella ketawa, lebih kepada menyindir.

“Yes Bella. I do love her. I sayang dia. I cannot live without her. Now I said it out loud. Puas hati?”

Shark mula berang. Wajah Bella di pandang dengan tajam. Kata-kata yang sama telah di dengar dari Zidan dan Bella juga seolah-olah mengulangi ayat Zidan. Kenapa susah sangat untuk orang disekelilingnya percaya yang orang sepertinya juga mempunyai perasaan untuk dicintai dan di sayangi? Salahkan untuk dia menyayangi seseorang? Berdosakah dia berperasaan seperti itu?

“But why, Shark? I really don’t understand. Selama ni dah berapa banyak perempuan you dah mainkan, kenapa dengan this girl you boleh jatuh cinta?”

“She has my child”

“So what if she has your child? You ingat you boleh bahagiakan dia? You boleh jaga anak you tu macam mana mak bapak orang lain jaga anak dia? You boleh bagi kasih sayang pada anak you?”

“Bella..I…”

“You can’t Shark! Just accept the fact that you tak boleh. Hidup you sendiri penuh risiko. Takkan you nak bahayakan nyawa Fifi, nyawa anak you? What if one day you kena tangkap dengan polis?” Shark bungkam, kata-kata Bella ada benarnya.

“Shark, I think you should forget her”

“I tak boleh. I dah cuba tapi tak boleh”

“Then, what you want to do?”

“I want to get her back”

“What? No Shark. You dah gila ke?” Bella memandang wajah Shark yang tiba-tiba tersenyum. Tetapi senyuman itu kelihatan menakutkan. Bella segera memalingkan mukanya ke arah lain.  

“Bella, kenapa you emo sangat pasal budak tu? Dia tak ada kena-mengena dengan you pun kan?” Bella terdiam.

“Masa dia datang pada you dulu, rayu pada you, melutut pada you, you hina dia macam-macam. You cakap dia sampah. Sekarang, sampah tu yang you nak kutip balik?” Bella berkata perlahan. Soalan Shark tidak di jawab.

“Lagipun, you ingat family dia nak terima you lepas apa you dah buat? You ingat, family dia nak terima you kalau tahu siapa you sebenarnya? Orang macam kita Shark, baik macam mana sekalipun, orang akan tetap pandang hina” Bella memulangkan paku buah keras.

“I’ll do anything to get her back” Shark berkata lagi seolah-olah membulatkan tekad. Kata-kata Bella tidak dipedulikan.

“Seriously, I don’t know what has gotten into your mind. But please Shark, let her go. Dia bukan barang dagangan macam yang you selalu buat” Bella berkata lagi. Shark tetap mendiamkan diri.

“I nak keluar. I think you know the way out. Just make sure you are not here when I come back” Bella berkata lagi lalu bangun. Beg tangan di ambil dan dia terus melangkah keluar dari situ. Shark hanya memerhati hingga Bella hilang dari pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 12:42 PM | Show all posts


sian abe fendi...

next!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 12:53 PM | Show all posts
next.. next.. next..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 02:12 PM | Show all posts
Nickiii sila NEXXXXXXXXTTTTTTT


Susu mana susu



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 02:18 PM | Show all posts
Baru nak ada tmn ye shark?

So, inilah konflik fifi ye? Dari prolog tu, fifi tinggalkan fandi/ fandi tinggalkan fifi sbb fifi masih ingatkan shark?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 02:35 PM | Show all posts
freddianza posted on 10-8-2012 02:12 PM
Nickiii sila NEXXXXXXXXTTTTTTT

Susu? Mintak kat Hotmum...

Dia baru je..errr.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2012 02:37 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 10-8-2012 02:18 PM
Baru nak ada tmn ye shark?

So, inilah konflik fifi ye? Dari prolog tu, fifi tinggalkan fandi/ fan ...

Tak jugeekksss... Bila hati Fifi sudah bertaman sepenuhnya, tiba-tiba...............

Jeng Jeng Jeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.284097 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list