Bahasa Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu, contohnya awek (gadis); balak (jejaka); usha(perhati); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (buruk) dll. Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataanorang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami);korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang); diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka).