CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THE POWER OF FRIENDSHIP

 Close [Copy link]
Post time 28-11-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
2
✓ Sarapan pagi jangan skip. Saya ambil sebiji epal merah/hijau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 12:00 PM | Show all posts
Kes Bella: Siti Bainun tarik balik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun




[size=14.399999618530273px]Foto fail pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali. - NSTP/ARKIB

[size=14.399999618530273px]


KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menarik balik rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dikenakan terhadapnya atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella, tiga tahun lalu.
Peguam, Asyraaf Abu Bakar Hamzah yang mewakili Siti Bainun, 32, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, pihaknya menerima arahan anak guam untuk menarik permohonan pelaksanaan dan hukuman yang difailkan di mahkamah sama pada 6 Jun lalu.
"Kami mendapat arahan daripada anak guam untuk menarik balik permohonan dan akan memfokuskan kes di Mahkamah Rayuan kelak," katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid yang kemudian membenarkan permohonan Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran di mahkamah hari ini.
Pada 2 Mei lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas menolak rayuan wanita berkenaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
Terdahulu pada 23 Mei 2023, pengasas Rumah Bonda berkenaan kekal dipenjara selepas gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu atas kesalahan sama.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, menolak permohonan itu selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.
Selain hukuman penjara, Mahkamah Sesyen turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Dia diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Siti Bainun disabitkan mengabai dan menganiaya mangsa berusia 13 tahun ketika kejadian itu sehingga cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, pada Februari hingga Jun 2021.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan pertama, dia dihukum penjara 10 tahun, manakala pertuduhan kedua dikenakan hukuman penjara 12 tahun.
Selain hukuman penjara yang diperintah berjalan serentak dari tarikh sabitan, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1329862/kes-bella-siti-bainun-tarik-balik-rayuan-tangguh-hukuman-penjara-12-tahun


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
3
✓ Sediakan 2000 ml air di tempat kerja. Habiskan sedikit demi sedikit antara pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
4
✓ snack pukul 10 jangan skip. Saya biasa makan salad + telur + ayam/daging hancur + tomato + kewpie mayonis
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
5
✓ makan tengah hari jangan skip.

Yang ni... 2 minggu saya menyanyar... sebab penukaran tabiat makan...

Saya tak makan nasi selama 2 bulan. Makan lauk sahaja... tak kisah lauk apa... meratah je laaa...

Selepas dua bulan, doktor suruh makan dengan nasi selama seminggu, supaya buah pinggang tidak bekerja terlalu kuat. Lepas tu, sambung semula cuti makan nasi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan tengah hari tu antara pukul 12 tgh hari - 2 petang sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2024 12:09 PM | Show all posts
Paip di LRA Bukit Remah pecah, 13,766 pengguna di Tanah Merah terjejas






[size=14.399999618530273px]Keadaan semasa situasi banjir di Bandar Tunjong yang dinaiki air susulan hujan lebat. - Foto BERNAMA

[size=14.399999618530273px]


KOTA BHARU: Hujan lebat berterusan menyebabkan mendapan dan pergerakan tanah di kawasan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah dekat Tanah Merah.
Kejadian itu menyebabkan paip air bersaiz 700 milimeter (mm) pecah sekali gus menjejaskan bekalan air kepada 13,766 akaun pengguna.
Jabatan Korporat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menerusi satu kenyataan, memaklumkan paip air mentah berkenaan pecah pagi tadi menyebabkan LRA Bukit Remah terpaksa dihenti tugas serta-merta.
"Keadaan itu menyebabkan 13,766 akaun pengguna terkesan dengan gangguan bekalan air termasuk di bandar Tanah Merah, Kampung Sat, Tepi Sungai, Gual Ipoh, Manal, Bukit Panau, Kusial dan Manal.
"Justeru, AKSB akan menggerakkan semaksimum lori tangki yang sedia ada untuk menghantar bekalan air ke kawasan kritikal seperti hospital, klinik kesihatan, pusat dialisis dan lain-lain," katanya.
AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa di laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau boleh hubungi PINTAS di talian 15777.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1329900/paip-di-lra-bukit-remah-pecah-13766-pengguna-di-tanah-merah-terjejas


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
7

✓ sediakan 2000 ml air lagi, habiskan sedikit demi sedikit antara pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
8

✓ Snack pukul 4.00 petang jangan skip. Saya ambil sebiji buah epal juga, merah/hijau
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
9

✓ Antara pukul 6.00 - 7.00 ambil masa buat senaman. Saya buat gilir-gilir setiap hari mengikut keadaan :
~ ada hari saya kayuh basikal je keliling taman
~ ada hari saya jalan kaki sahaja keliling taman
~ ada hari dalam rumah sahaja, buka video lagu Hindustan, ikut dia menari <<<< ini paling power... lenjun badan dengan peluh
(Eh... saya tak joging, sebab saya ada kecederaan pada bahagian kaki - eksiden)
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
10

✓ biasa saya minum air sahaja selepas bersenam tu...

✓ malam pun sama... tapi tak minum banyak macam waktu siang... bimbang terkencing malam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
11

✓ malam kalau lapar, saya makan epal sebiji atau jambu batu tanpa kulitnya. Tapi leceh nak buang kulit jambu. Jadi, saya lebih memilih makan epal sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesannya :

Selepas dua bulan buat diet ni, pemakanan saya berubah 180°
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan nasi sikit je pun dah kenyang...
Kalau terlebih, rasa nak muntah pulak ..

Tapi, kena makan jugalah sebab doktor dah pesan kan, seminggu kena makan macam biasa.

Lepas tu, mula semula untuk 2 bulan berikutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Minum pun sama...
Selama 2 bulan tak minum air manis ..

Masa cuba minum air minis sikit je rasanya ya Allah, manisnya air!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya buat diet tu selama 12 bulan = setahun ..

Daripada 73 kg, saya dapat hasilnya 53 kg.

Alhamdulillah... 20 kg turun ..

Tanpa sebarang jenama kurus timbang kilo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas tu, saya makan seperti biasa tetapi, tak de la mentekedarah!

Sebab dah terbiasa makan nasi dalam jumlah yng sikit.
Dan terbiasa tak minum air manis dah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama juga saya bertahan dengan cara pemakanan begitu...

Berat turun naik tidak melebihi 60 kg...
Kiranya antara 55 - 59 kg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampailah saya mencapai usia 50 tahun...
Metabolism badan dah berkurang ..

Sistem dalam badan pun dah banyak berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersenam pun dah kurang ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.314131 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list