|
PASIR MAS DAPAT NAMA KERANA KAWASAN INI...
Gambar atas yang terkini pukul 8 pagi 23 Ogos 2024. Gambar bawah tahun 80-an. Latar tempat sama, kedudukan sama, tapi latar waktu berbeza. Hampir 40 tahun banyak yang berubah, tiada lagi hamparan pasir putih yang cantik bersih dan berkilauan bila dilimpahi sinaran matahari. Apa yang ada tebing tinggi dipenuhi lalang dan semak samun menghalang pandangan mata.. Landskap ini berubah akibat mendapan lumpur dari hulu dan dasar sungai hingga merubah persekitaran.
Majoriti tertanya-tanya kenapa kawe suka menulis dan bercerita soal begini. Jawapan kawe inilah post yang paling sesuai untuk group, tema paling tepat sekali bagi group PASIR MAS. Cerita tentang sejarah, asal usul, pembangunan, perubahan yang berlaku di sini..
Berbalik kepada tempat ini, inilah tebing sungai Kg Seberang Pasir Mas Salor Kota Bharu bertentangan dengan tebing Kg Pengkalan Pasir di Pasir Mas. Dua tempat yang terpisah dengan sempadan sungai di dua daerah. Ironinya, dulu ianya dalam satu daerah yang sama sebelum dipisahkan..
Namun ia tak menghalang hubungan jiwa, roh dan pertalian darah yang mengalir antara dua penduduk kg ni. Malah satu masa dahulu terciptanya nama Pasir Mas adalah kerana hubungan sosio antara dua penduduk berjiran tapi terpisah oleh Sungai Kelantan ini. Kilauan bewarna keemasan butiran pasir yang terdiri dari serpihan kecil batu kuartza ketika disinari matahari di Kg Seberang Pasir Mas yang sering di lihat penduduk Kg Pengkalan Pasir ketika musim kemarau, menjadi titik tolak nama Pasir Mas. Malah bila mandi atau meranduk di gigi air, pasti akan melekat kepingan-kepingan berkilauan ini di anggota badan. Secara ringkasnya itulah bagaimana tempat ini mendapat nama..
Bila kawe berada disini dan pejam mata, maka tertayanglah lipatan memori silam terbuka, mengigatkan diri satu masa dulu, anak jati ini yang batang tubuhnya membesar diantara butiran pasir, lumpur, serta air sungai. Malah darah yang mengalir ini hasil dari zat-zat yang sebahagianya terdiri dari ikan-ikan sungai seperti tenggalan, lampam, joro malah ubi badak, ubi stelo, jagung, kacang tanah, timun cina yang di tanam disini menjadi makanan harian..
Memori suka duka yang ada 90% adalah kenangan disini saat bermain bola katok, wau, rakit, berkhemah dan mandi manda..
Kini ia sepi.. Dulu sungai yang sentiasa hidup dengan gerak denyut nadi anak jatinya. Kini hilang seri dan menunggu saat akhir hayatnya...
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|