CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG ~ V15 ✤ ~ ✤

 Close [Copy link]
Post time 10-11-2010 02:19 AM | Show all posts
Saksi: Peluru di kepala Aminul tak dikenalpasti
                     
Nov 9, 10 7:11pm
              
                                    Kongsi
6         
        
        Seorang pakar tidak dapat mengenalpasti secara positif kaliber atau senjata asal peluru pada kepala Aminulrasyid Amzah, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.

Ahli kimia Saari Desa (kanan), 43, memberitahu mahkamah bahawa peluru tersebut rosak teruk sehingga  beliau tidak dapat mengenalpasti senjata yang digunakan untuk menembaknya (peluru).

Biasanya, kata beliau, peluru itu boleh dikenalpasti sekiranya ia mengenai permukaan yang lembut, seperti air, di mana peluru dan jaketnya masih bersama, dan pihaknya boleh menentukan kalibernya.

Bagaimanapun, kata Saari, jika ia mengenai permukaan yang keras, seperti konkrit, jaket peluru akan pecah dan rosak, menyebabkan sukar untuk mengenalpasti senjata yang digunakan.

Menurutnya, apabila ini berlaku, peluru itu akan kehilangan karakteristiknya.

Inilah, tambahnya,  yang terjadi pada peluru E (yang diperolehi dari hospital) dan tidak sesuai untuk dibandingkan.

Saari percaya ianya peluru 9mm, tetapi tidak dapat memastikan secara mutlak.

Peluru itu dihantar kepadanya oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 5 Mei.

Saari adalah saksi ke-24 pihak pendakwa dalam perbicaraan terhadap Koperal Jenain Subi, 48 yang dituduh di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/ 2, Seksyen 11, Shah Alam, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April.

Saari, yang bertugas di unit senjatapi dan pengesanan Jabatan Kimia, memberitahu demikian ketika disoal oleh DPP Mohd Dusuki Mokhtar, yang dibantu oleh DPP Idham Abdul Ghani.

DPP Dusuki kemudiannya menyoal Saari bagaimana dia boleh meneka peluru itu dari senjata 9mm. Saari menjawab ianya konsisten dengan dasar tapak peluru 9mm yang lain.

Katanya, jika ianya peluru 9mm, ukuran diameter asas tapaknya  akan sama dengan  peluru 9mm tanpa jaket.

Biasanya, kata Saari lagi, peluru tanpa jaket akan mempunyai julat berukuran diameter antara 7mm dan 8.55 mm. Ukuran dasar tapaknya konsisten dengan saiz peluru 9mm.

Beliau menjelaskan, di samping konkrit, jaket peluru boleh tertanggal jika ia mengenai objek keras seperti dinding, badan kereta, cermin kereta atau pokok.

Pistol yang digunakan?

Sebelum itu, Saari dalam keterangannya berkata, beliau tidak dapat mengenal pasti senjata yang  menembak dua serpihan peluru, satu jaket peluru dan satu peluru kerana semuanya dalam keadaan teruk.

Peluru-peluru ditemui di laluan kereta yang dikejar dari bulatan Kayangan ke tempat Aminulrasyid ditemui mati.

Saari berusaha menentukan peluru yang ditembakkan dari dua submesingan Heckler dan Koch MP5, yang telah ditanda sebagai bahan bukti X dan Y.

Salah satu daripada senjata itu digunakan oleh Jenain pada malam kejadian.

Saksi sebelum ini, memberitahu mahkamah bahawa Jenain telah diberikan 100 peluru 9mm. Sejumlah 21 kelongsong peluru dan peluru ditemui di sepanjang laluan kereta yang dikejar.

Sampel peluru hidup dan kelongsong yang digunakan dalam ujian balistik dari dua submesingan itu, dikemukakan untuk perbandingan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 02:21 AM | Show all posts
X dikenalpasti lah sangat :re: nak cuba masukkan unsur mistik kot, nampak ada hantu yang tembak, ada orang lain yang tembak, ada orang bunian yang tembak bla bla bla..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:24 AM | Show all posts
pacik tue.. mmg semangat nak menembak kuwt..... x nah guna pistol.. sekali dapat tembak.. habis dia balun abis abisan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:25 AM | Show all posts
huh.. sme hanya kerana kata - kata.....

den x suka buat janji...... hatta ade org s ...
muffins Post at 10-11-2010 02:17 AM


Orang politik pandai berkata2 jek, sama je sapa2 tapi x de hasil pon.. den ingat lagi salah 1 nya kurangkan jenayah kat Bukit Tinggi, siap kata akan ada pondok polis la hapa la kurangkan kes pecah rumah, ragut segala.. last2 sekarang kes sama je siap teruk lagi ada kes kene bunuh dalam rumah, rumah kene pecah, peragut.. pondok polis?, bayang pon x nampak, jangan kan pondok polis, bangsal anjing kurap pon x nampak.. pondok polis ada la 1-2 ketul nampak, tapi orang tadek, so elok la buat bilik khas ternak kucing dalam tu kan dari jadi perhiasan sekurangnya dapat gak hasil jual anak kucing parsi tu.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:27 AM | Show all posts
dome tue sebelah mana..... den hanya bule imagine dome kat subang parade jek...
muffins Post at 10-11-2010 02:16 AM


Dia kat area teksi dan bas berhenti tu, pintu masuk gak la kiranya den pon x reti nak terangkan camner..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:28 AM | Show all posts
oo.. belah sanun tue.. den mmg x nah pegi..... kat nagn pintu masuk tue kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2010 02:29 AM | Show all posts
den x suka manusia2 menjadikan politik ni kotor..:re:

dr janji2 manis.. dan kotor.. sehingga ke manusia2 yang kotor dan jijik.. bertopengkan masquerade muka2 manis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:30 AM | Show all posts
nak tido... ...

sok burthday ko kan.... maken tua dah pacik nei...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 02:31 AM | Show all posts
BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu


KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.



LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.
Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.


Abeh laaaa.. :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 02:35 AM | Show all posts
Lagi UFO kelihatan di Britain


GAMBAR menunjukkan objek terbang (dalam bulatan) tidak dikenali berada di langit Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain pada Ahad lalu.



SCARBOROUGH - Satu objek terbang tidak dikenali (UFO) kelihatan di Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan terbaru itu berlaku selepas beberapa UFO muncul di Rotherham, South Yorks, dan Harrogate, dalam tempoh tiga minggu.
Menurut seorang pakar UFO di Britain, Nick Pope, buat masa ini, utara England dilihat mempunyai lebih banyak kemunculan objek terbang itu.
Gambar terbaru UFO itu dirakamkan di Osgodby, dekat Scarborough, York Utara pada Ahad lalu.
Menurut seorang saksi, Paul Sinclair, objek itu kelihatan seperti piring terbang.
"Ramai orang yang melihatnya.
"Terdapat sesuatu yang berlaku di sini. Menantu lelaki saya merakamkan objek itu selama beberapa minit. Ia kelihatan seperti dua objek, salah sebuahnya mempunyai ekor manakala yang lain berbentuk seperti cakera," katanya.
Pada tahun lalu, formasi 50 buah UFO dilihat di langit bandar ini. - Agensi


Entah2 ni kapal rahsia diorang jugak, bukan ke dah ada diorang hasilkan kapal serupa piring ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 08:51 AM | Show all posts
salam 1KLANG.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 08:51 AM | Show all posts
salam 1KLANG.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 08:59 AM | Show all posts
kat giant nagn tesco.. banyak je jahhh.. jusco pong banyak.. uols jarang belek barang kuwt.. ...
muffins Post at 9-11-2010 23:40



yg peket dlm tu ade cam biji2 kecik tu ade la. xtau la kot yg tu ubat gegat. nampak cam air freshener letak dlm almari je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:03 AM | Show all posts
Koso den nak google bagai, den kalau bab pelakon memang failed tapi kalau bab penyanyi tau la ga ...
princebrunei Post at 9-11-2010 23:50



jarang den tgk filem melayu. xbest langsung pon. lagenda budak setan tu pon den tak tgk lg.
yg slalo den tgk pon cite afdlin shauki
koso den nak tgk 2 Alam tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:06 AM | Show all posts
rindu kat klang.....aku dulu 5thn duk kat asrama STAR klang....skg dah lama tak jejak kaki kat klang nih...mesti dah len rupanyer......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:08 AM | Show all posts
Selambanya korang kalau orang sentuh2 korang ek letak macam2 tu  den paling pantang, den perna ...
princebrunei Post at 10-11-2010 00:14



fonen tu tasty kat uolsss kot


tetibe teringat mek sleman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2010 09:21 AM | Show all posts
Nanie dh tido ke????
silverstar333 Post at 10-11-2010 00:50


dah tido kaka silver
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:22 AM | Show all posts
Lepas tepek gambar Zul Mantra bogel tu terus tido, ke sibuk mengali gambar2 Zul yang lain.. :lol ...
princebrunei Post at 10-11-2010 00:53



koso den nak gali2 gamba bogel Zul hazabbbbedahhh tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:25 AM | Show all posts
Muahahaha kelas ok peluk artis  btw den dah berapa kali jumpa KRU ni, siap kene panggil lag ...
princebrunei Post at 10-11-2010 01:03


diorg panggil jd recording artis ke? kelassss ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 09:31 AM | Show all posts
Dia culik waktu petang sekitar jam 6.40pm, depan sekolah plak tu ni mesti balik sekolah agama ni.. c ...
princebrunei Post at 10-11-2010 01:37



upah naik van pon skrg dah xselamat. kan dulu dah ade kes pemandu van tu rogol dak skolah yg nek van die
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.118879 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list