CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
 Author| Post time 29-5-2011 05:01 PM | Show all posts
nama atas kertas - nasron sira rahim
4 bintang

ni untuk peminat novel triller....aku leh cadangkan korang baca buku ni...
memang aku tak sangka pembunuhnya...dan buku ni telah membuat otak aku berkerja keras sedikit utk membantu inspektor faiz menyelesaikan teka teki yg dihantar oleh pembunuh obituari itu..dan lagi satu, inilah satu2nya novel yg aku conteng sbb nak selesaikan teka-teki diakhir nanti, barulah kita akan dapati kenapa pembunuh itu membunuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 11:26 AM | Show all posts
sudah baca baju melayu hijau serindit... comel aje kisahnya... tak banyak main emosi... senyum je... i like..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:31 PM | Show all posts
quartet - saidatul saffa
4 bintang

tak tau nak citer macam mana tp jalan ceritanya kena sgt dgn  ...
mijot Post at 21-5-2011 20:08



suka sgt cerita ini. Gaya tulisan Saidatul Saffa ada similarity hlovate tapi " softer". Bagi aku jalan cerita nya sgt sempoi tapi menarik.
Cuma satu yg buat aku musykil, macam mana ada 4 lelaki ( quartet) dlm cerita ni? Saya kira ada 3 je, Bilal, Ustaz, Irfan
Atau pun dia tak kahwin dengan Irfan tp org lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply 703# Incanto

lagi sorang ialah fadhil (first love misa)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 02:22 PM | Show all posts
buku kedua bulan jun


Penulis: Khairyn Othman
ISBN: 978-967-5118-62-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)
            RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 27 Jun 2011

Babak 1:
Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!

Babak 2:
Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.

Babak 3:
Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”

Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

* * *

KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 02:25 PM | Show all posts
buku bulan julai



Penulis: Lili Norlaili
ISBN: 978-987-5118-64-7
Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia
            RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 27 Jun 2011

Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”

ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk dia mentadbirnya


Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.

Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati?

Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”

Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu.

* * *

LILI NORLAILI memilih Hanya Dia Sufi untuk ‘melukis’ hati Sufi Najiha – gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum waktunya. Lalu Hanya Dia Sufi telah mematangkan Sufi Najiha dan juga tulisan LILI NORLAILI.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2011 02:27 PM | Show all posts
buku bulan julai



Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-5118-63-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)
            RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 27 Jun 2011

Andai benar cinta, cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu dengan sia-sia!


Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah?

Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?

Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?

Andai benar cinta

cintailah dia dengan hatimu yang tulus

Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu

dengan sia-sia!

* * * *

Ini kisah Ellina Azura Abdullah; NAZURAH AISHAH telah mencanai hatinya menjadi wanita kental yang istimewa dalam Bening Merah Jingga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 06:36 PM | Show all posts


tawaran oleh pihak JS sempena PBS...
http://www.jemariseni.com/02/ima ... a_Buku_Selangor.pdf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 09:10 PM | Show all posts
dah abis baca mencari  karya normaslina  masri dan quartet- saidatul saffaa...
dua2 tu bg sy best.. ...
adalia Post at 13/5/2011 20:42



    mencari suami@js . com tue macam bosan je. sampai sekarang masih tak abes lagi baca.

dulu baca utk awak teja aulia pun gitu. lamaaaa sangat nak abeskan sbb plot dia mcm yg ada cakap tu la.
meleret. nie stop dulu baca mencari suami. amik feel baru nak start baca tentang dhiya sbb dulu dah beli tp hadiahkan kat kawan utk birthday dia. pesta buku hari tu baru beli balik. hopefully best!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:18 PM | Show all posts
mencari suami@js . com tue macam bosan je. sampai sekarang masih tak abes lagi baca.

du ...
cinta_ungu Post at 25-6-2011 21:10


yup..betul cegu..meleret2 sket cite tu....banyak babak2 yg kurang penting tu sepatutnya xde pon xpe...wat tebal buku ja
tp dr cara penulisan dia ada suka..matang gitu xdela mcm cite budak2 sgt..


tentang dhiya ada sukasbb novel tu la ada gigih mengumpul semua novel2 syud....semua citer dia kan sweet sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 03:59 PM | Show all posts
Reply 709# cinta_ungu

karya syud yg best adalah novel pertama dia iaitu tentang...dhiya dan pelangi...yg lain2 jalan ceritanya kebanyakkan hampir sama...jumpa, berkawan, gaduh dan baik semula...pastu mesti ada part kasi nama samaran...area penceritaan kebanyakkan area jb, skudai, utm....sama seperti penulis hlovate...tapi dlm bosan2 juga tetap kumpul tuk buat simpanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 08:08 PM | Show all posts
nurul laila suria - fatihah pauzihal (forumer CARI)
3 bintang

mengisahkan 3 sahabat baik sejak sekolah, punyai latar belakang yg berbeza tapi punyai matlamat yg sama iaitu mencari ert hidup dan kebahagian...

komen :

tapi apabila baca bahagian nurul, kena baca dengan teliti sbb ada banyak flashback...tapi susun atur penceritaan kekadang akan buat kita rasa keliru dan terfikir eh ni cerita mana ni...kena baca dgn teliti...

lagi satu tak suka dgn setiap permulaan bab baru...sepatutnya dimulakan pada mukasurat baru...jika tidak keliru nak baca..

berbaloi tu dibaca...kisah wanita yg cekal dan bersemangat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 08:26 AM | Show all posts
Reply 707# mijot


    Novel ini agak menyedihkan citernya walaupun tak sesedih Lili Buat Najah. Saya suka kesemua karya Nazurah aisyah dan setiap novelnya ada watak dari novel yang sebelumnya membuatkan kita ingin membaca setiap novel Nazurah.

Bila cinta dan perhubungan tidak direstui oleh orang tua, sala seorang perlu beralah agar tidak terjadi persengketaan. Namun kuasa cinta itu membuatkan si lelaki tidak dapat melupakan kekasihnya lalu pergi membawa diri. Namun tidak lama kemudian dia benar-benar membawa hatinya hingga kehujung nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 713# zeeghaz


saya suka zeeghaz juga. terima kasih kerana membaca dan menyukai tulisan-tulisan saya!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 714# nazurah


    Masa beli tu tak sempat nak jumpa Naz untuk T/T kat Pesta Buku Selangor Sabtu lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 10:25 AM | Show all posts
dah bli nuansa kota merah masa pbs. tak sabar nak baca. harap2 cute n comel mcm dame zoete sarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 10:01 AM | Show all posts
dah baca gak mencari suami@js....

mmg agak meleret sbb nak cter ada 3 laki yg suka pada wanita yg sama..so klise...bab nak cter bab cantik,'manis' tu opkos ada...sbb meleret la gak sbb tgh2 baca tu terus p ke ending dia..sbb tak x sabar nak habis kan...dah mcm tak teruja sgt..akhirnya selamat gak habiskan dlm masa 3 hari..itu pun baca dlm lrt sajork...

apa2pun novel ni ada skit sangkut paut dgn cin..rasa mcm nak buat iklan mcm tu lak
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 04:17 PM | Show all posts
Reply 712# mijot


    novel ni pada aku ok...tp maybe typing error sbb bnyak kali tertukar nama nurul, suria dan laila tu
kdg2 confuse aku bc tp buat2 fhm jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 01:14 PM | Show all posts
bening merah jingga -nazurah aishah...

best!!!
walaupon x sesedih lili buat najah ataupun melur bunga ivy..tp buah tgn kak nazurah kali ni ttp mantap mcm selalu...

watak hannan tu puas la duk pikir kt mana ada penah baca..smlm br la teringat yg watak hannan dan faye dr novel syud-baju melayu hijau serindit tu..
boleh plak x ingat..adeh
dan yg best  azril n the geng ada jugak nyelit

apapun enjoy baca dan berbaloi wat koleksi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 09:58 AM | Show all posts
dah baca gak mencari suami@js....

mmg agak meleret sbb nak cter ada 3 laki yg suka pada wanita yg ...
MsCinderella Post at 13-7-2011 10:01


me x hbs2 lg baca sbb kemeleretan ni la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.148978 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list