CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 16-10-2009 08:20 AM | Show all posts
smiley, cita ni makin lama makin best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 09:13 AM | Show all posts
pat.............pat..................pat.....................



dah tak sempat nak tulis cepat dah..............
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 09:25 AM | Show all posts
cepatla...cepatla....x sabar nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 09:41 AM | Show all posts
makin best la citer hani ni...
i loike....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 09:42 AM | Show all posts
rindu kat nazrin.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 09:46 AM | Show all posts
Nak lagi..nak lagi....:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2009 12:47 PM | Show all posts
tunggu dan menunggu lagi dgn penuh sabarnye
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 01:34 PM | Show all posts
nak lagi :pompom: nak lagi :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 02:15 PM | Show all posts
alah...sambung lg la...panjang-panjang....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 03:04 PM | Show all posts
X sabar nak tunggu lanjutan cite ajin n hani. Setiap detik asyik refresh jer kejanya. Post ler cepat2 Smiley.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 04:44 PM | Show all posts
hrp next week ada n3 baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2009 05:14 PM | Show all posts
Belum sempat Hani sampai ke mejanya, Cik Suzailin menggamit.

“ Hani, cepat. Lecturer awak dah sampai. Dia tengah tunggu dalam conference room. Dia nak jumpa I sekali. I can only spare 10 minutes. I have to go for a meeting.”

Hani mencapai fail di meja dan sebatang pen. Terus dia bergegas menuruti Cik Suzailin. Harap harap Dr Mirzan tidak terlalu lama menunggu. Takut mood dia tak baik.

“ Good after…..” Hani terus tergamam. Kenapa Nazrin di sini?  Nazrin mengangkat muka. Kemeja biru cair dan dasi biru gelap menyerlah ketrampilannya. Kening Nazrin terjungkit melihat Hani bertudung. Alahai , manisnya berganda ganda. Spontan bibirnya menguntum senyum.

“ Minta maaf. Dr Mirzan tak dapat datang. Isteri dia baru bersalin pagi tadi. I’m replacing him for today’s session.” Nazrin berdiri dan menghulurkan tangan pada Cik Suzailin yang tersenyum mesra. Masing masing memperkenalkan diri. Kad nama bertukar tangan.

Hani meletakkan failnya di depan Nazrin dan mengambil tempat duduk selang tiga kerusi dari nya.

“ Kenapa jauh sangat Hani? Takut kat lecturer awak kah?” tegur Cik Suzailin separa gurau.

“ Er.. eh…  ya .. tak apa lah.” Hani terus menggelabah. Nazrin tidak menunjuk sebarang reaksi sebaliknya terus menjalankan tugas tanpa membuang masa.

“ OK. Kita mula sekarang ya. Saya ada 4 lagi interns yang saya kena jumpa hari ini.  Cik Suzailin, macam mana prestasi kerja Hani? Any area that needs improvement? “

“ Hmm… ini kali pertama kita mengambil intern di Finance Department. Jadi Encik Mustakim dan saya pun tak ada experience mengendalikan intern. Tapi setakat ini, Hani pekerja yang bagus. Kerja yang saya suruh buat semua siap on time. Dia rajin dan teliti, ada good teamwork. Tak segan bertanya kalau ada apa apa yang dia tak faham. I rasa dia seorang yang boleh bekerja under pressure dan tak mudah putus asa. ”

Yezza! Gimme five, Cik Suzailin. Kembang aku! Biar Nazrin tahu aku ni bukan calang calang orang. Jangan ingat aku ni boleh di perkotak katikkan.

Nazrin menulis sesuatu sebelum mengalihkan pandangan pada Hani. Mata mereka bertaut. Hani menahan luluh di hati. Aku tidak se kuat Nazrin yang boleh berlagak selamba seolah tiada apa yang berlaku. Hati ini degil, masih mengharap padahal Nazrin sudah ada orang lain di hatinya.

“ Hani, do you have any comment? Ada apa apa yang tak puas hati tentang training di sini yang your officer perlu tahu?” soal Nazrin

Hani menggeleng. “ Nope. Saya puas hati. Banyak benda yang saya dah belajar. Staff di sini tak lokek ilmu.” Cuma kuat anyam ketupat saja, bisik hatinya.

Cik Suzailin menjeling jam nya sebelum meminta diri. “ I ada meeting di luar. Please carry on. Kalau Encik Nazrin nak tanya apa apa lebih lanjut boleh emel saya”

Sebaik saja dia meninggalkan bilik, jantung Hani mula melantun. Lebih lagi bila mata redup Nazrin meyambar wajahnya.

“ Okay, I sekarang I nak bincang you punya kekurangan. Isi report you bagus. Very detailed. Tapi I rasa you buat last minute. Ada typo sana sini. Tak buat spell check kah?”  Nazrin mengerut muka sambil menyelak lembar demi lembar. Cermin matanya di betulkan.

“ Saya minta maaf. Kalau ikut jadual, Dr Mirzan sepatutnya datang pukul 3.30. Saya belum buat final check lagi” kendur nada Hani. Memang silap aku. Culas sangat. Ingat nak buat masa lunch tadi.

“ Isk..isk..isk” Nazrin menggeleng. “ Buat kerja last minute. Cuai. Macam mana eja accept? "
“ Accept yang makna terima atau except yang makna kecuali?”  Pelik betul pakcik ni. Macam aku budak sekolah rendah yang masuk pertandingan Spell it Right

“ Terima”

“ A- c-c-e- p –t” eja Hani. Nazrin mengangguk

“ Macam mana eja proposal?”

Makin pelik. Takkan itu pun aku silap eja kot, “ P- r-o-p-o-s-a-l” Sebut Hani perlahan.

“ Cuba buat ayat guna 4 perkataan ini sahaja. Accept, proposal, your dan I?” Wajah Nazrin serius

Muka Hani merona. Ingat aku bodoh ke haper? Nak buat lawak tadika kat sini. Dia membisu menahan geram. Nazrin mengetuk pen di meja.

“ Tak boleh? Simple sentence pun tak boleh? Macam mana nak lulus, Cik Hani Hishamudin? Sekarang ni, kefasihan berbahasa Inggeris amat penting untuk mendapat kerja. Yalah, saya tahu Persada Construction syarikat Bumiputera. Komunikasi harian di sini banyak guna Bahasa Melayu. Tapi kalau awak minta kerja di multinational company, peluang awak tipis. Tau tak?”

“ Bahasa Inggeris saya taklah seteruk mana.” Tukas Hani. Mengada saja Nazrin ini. Saja nak balas dendam sebab aku tak nak kahwin dengan dia. Bukan salah aku pun, dia yang main kayu tiga.

“ Saya serius ni. Kalau tak boleh buat ayat yang saya suruh, saya terpaksa bagi awak gred C”

“ I accept your proposal. Puas hati? Encik Nazrin tak professional.” Getus Hani. Suaranya berubah. Serak macam menahan tangis.

“ Ha.. pandai pun.” Nazrin tersenyum lebar walaupun terlintas rasa bersalah dalam hati.

“ Oklah. I’m sorry. I tak sepatutnya mencampurkan hal peribadi dengan soal kerja. Hani, you are doing very well. Keep it up, ya” kata Nazrin seraya menulis sesuatu di bahagian Mentor’s Comments di muka depan laporan Hani. Fail di hulurkan kembali pada Hani. Nazrin  menyimpan buku nota dan satu salinan lapuran Hani ke dalam briefcasenya.

“ Gred B saja? Saya patut dapat B+ , kalau bukan A pun ” Hani menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Kalau dapat B , gred keseluruhan nanti paling bagus pun B+. Menjunamlah CGPA aku.  Kejinya Nazrin!

“Kalau awak nak A, awak kena tidur dengan saya.”

Rahang Hani terjatuh.  Setan!  Tangannya di kepalkan.

“ Lepas kita kahwin lah, of course.” Nazrin mengenyit mata sebelum meninggalkan bilik.

Hani terpinga pinga. Matanya terpandang nota yang ditulis dengan pensel  di sudut fail .
“ Sayang, I tak tau apa salah I.  We need to talk. I jemput you lepas kerja. Please don’t let me down.”
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:15 PM | Show all posts
Harap2 le dpt cerita Nazrin dtg opis Hani sbb nak " monitoring" hani maka terjadi le babak pujuk memujuk Hani ...
mesti Hani terkejut gila... pengsan tak?.... kalu pengsan haru satu ofis nnti semua tau tu tunang Hani.... masa tu lak
Shamil ada skali dan terbongkar ke rahsia?????? hahaha idea yg tercepat lahir dlm otak aku....sory smiley... next...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:17 PM | Show all posts
712# sang_arjuna aku ingat idea aku tercepat rupanya smiley lagi cepat rupanya....hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2009 05:22 PM | Show all posts
Staf yang menunggu di depan bangunan Persada Construction makin kurang. Seorang demi seorang di jemput pulang. Hani mengeluh sambil mengerling jam di tangan. Sudah hampir setengah jam dia menunggu. SMS sudah di hantar pada Nazrin tapi tak berbalas. Aah… kacau lah! Baik aku balik. Kalau betul dia nak jumpa aku, pandai pandailah dia cari. Hani mula menyeberangi jalan bila hon kereta mengejutkannya. Humphh… panjang umur.

Hani membuka pintu kereta Proton Waja dengan muka mencuka. Memandang roman wajah Nazrin yang keletihan, Hani di jentik rasa kasihan. Kemarahan yang ingin di hamburkan terus lenyap.

“ Sorry, Hani. I tahu I lambat. Banyak betul I kena cover hari ini. Thanks for waiting”

Tali pinggang keledar di pasang. Deruan udara dari penghawa dingin sungguh nyaman memuput tubuh.

“ So very sorry. Kepala I bercelaru sikit hari ini. Banyak betul benda nak di buat. Terkejar ke sana ke sini.” Ulang Nazrin sambil mengerling wajah Hani yang tidak beriak. Teruklah aku nak memujuk Tuan Puteri hati batu kepala konkrit ini. Keretanya meluncur ke arah bandaraya.

Hampir sepuluh minit berlalu dengan sepi.

“ Mama kata you said no” Nazrin memulakan bicara “ You jumpa someone else?”

Hani menggeleng pantas. Lega ! Nafas Nazrin kembali pada kadar normal. Cuma Hani masih belum mahu berbicara.

“ Kenapa you marah sangat dengan I? What did I do wrong?” Nazrin memecah kelohongan. Nadanya lembut.

“ Tanyalah diri sendiri. Siang keluar dengan perempuan lain, malam ajak orang lain kahwin. Masuk akal tak?” balas Hani.

Nazrin tergamam tapi tak terkejut. Macam yang aku sangka selama ini. Punca nya  Fifi. Kalau bukan Hani nampak, ada lah orang yang jadi  PI tak berlesen. Arghhh! Parah!

“ I tak keluar dengan mana mana perempuan. Tapi masa I tunggu kawan kawan I, Azlin dengan Shauki di Nandos, Midvalley, Fifi ternampak I. Dia terus datang duduk dengan I. You nampak I dengan dia?”

“ Ada lah orang nampak.” Balas Hani sambil lewa. Sekurang kurangnya dia mengaku. Tapi boleh percaya kah cerita Nazrin? Orang lelaki memang pandai nak coverline.

“ Look, Hani. You have to trust me. I tak ada apa apa dengan Fifi. Sedikit pun I tak simpan apa apa perasaan kat dia. Jauh sekali nak sambung hubungan kami yang terputus. Tapi Fifi dengan I ada ramai friends in common. Kami satu sekolah , jadi I tak dapat elak berjumpa dengan dia.” Tak payahlah aku cerita yang Fifi tu makin menakutkan. Tadi Azlin call untuk memberitahu yang dia jumpa Fifi di Damansara Specialist  Center , melawat Huda dan anaknya. Beria ria bertanyakan mana aku, bila aku nak datang. Nak ambush aku lah tu. Basket case! Nasib baik sesiapa pun tak pernah bocorkan nombor henfon aku padanya. Kalau tak lagi haru.

Hani membisu. Malu pun ada. Sejak bila aku cemburu buta ni?  Sejak jatuh cinta?

Kereta Nazrin meluncur pantas ke arah Ampang.

“ Mana kita nak pergi? Dah terlepas junction ke Jalan Jelatek.” Suara Hani meninggi. Apahal Nazrin ni? Jangan ingat aku tak berani nak buka silat kalau dia cuba buat benda tak senonoh.

“ Jangan takut. I bukan nak kidnap you bawa ke Siam. Pejabat kadi pun dah tutup.” Nazrin tersengih. Mudah membaca fikiran Hani. Keretanya menyusur kawasan perumahan elit di pinggir kota. Kawasan yang masih kaya dengan kehijauan alam itu sering menjadi tempat dia menenangkan jiwa ketika kusut. Dia memberhentikan kereta di tebing jalan. Di satu selekoh terdapat air terjun kecil. Sekumpulan remaja sedang berlibur.

Mereka berdua keluar dan bersandar di kereta. Hani memeluk tubuh.

“ Hani, I silap tak bagi tahu you pasal Fifi. I juga bersalah sebab tak cerita kat you yang I kena pergi US and…. I want us to get married before I go. You boleh temankan I kat sana. ” Matanya redup memandang Hani yang memalingkan muka. Pipi Hani yang merah mencuit naluri kelelakiannya. Kalau aku cium budak ni, dia menjerit tak? Hisshh… sabar Nazrin. Nanti melepas terus.

“ I… I … tak bersedia. ” Perlahan Hani menjawab.

“ Kalau ikut plan, kita kahwin bulan November nanti, lepas you habis final exam. Tak banyak bezanya. Cuma 6 bulan. Perkahwinan bukan satu yang menakutkan, bukan membebankan. Allah tak akan membebankan umatnya dengan hukum syarak. Kahwin ni banyak hikmahnya. Pahala segala amal ibadat berganda. Imagine, kita dapat 6 bulan worth of extra pahala.”

“ Sejak bila jadi ustaz pula ni?” perli Hani. Tapi betul juga kata Nazrin. Kenapa aku takut sangat? Ini semua mesti bisikan syaitan yang tak mahu anak Adam meninggalkan dosa. Enam bulan bukan lama. Kalau dia sememangnya jodoh aku, lambat laun kami akan di satukan juga. Tapi title “isteri” tu bukan sesuatu yang enteng. Aku tak reti lah nak jadi seorang isteri. Kena berkongsi segala nya dengan seorang lelaki bernama suami, suami is the boss - tak boleh lawan cakap suami. Adehhh! Seriau!

“Semua orang mengambil risiko bila berkahwin, sama ada  kenal sebulan atau sepuluh tahun. But I am not afraid because I know I made the right choice.  I nak yang terbaik untuk kita. Lepas kahwin, we have all the time to get to know each other better. Masa itu dah ada ikatan yang sah dan halal. Kita saling membimbing dan melengkapkan. ” sambung Nazrin.

Patutlah mamat ni pensyarah yang di kagumi. Setiap patah bicaranya penuh fakta dan keyakinan yang tak mampu aku bidas. Hani menoleh pada Nazrin. Wajah lelaki itu nampak boyish dan cute dengan rambutnya di selerak bayu petang. Tiba tiba tangannya ingin menguis rambut Nazrin yang jatuh menutupi dahi. Astaghfirullah....Ini mesti hasutan  si bertanduk yang enterfrem kalau lelaki dan perempuan berduaan.

“ I rasa I muda lagi. Nanti orang kata gatal sangat, belum habis belajar nak kahwin. Kak Ina pun kahwin bila dia 24 tahun.   Kalau kita kahwin sekarang, I takut I susah nak bahagi masa. Bila masa nak masak, nak basuh baju, nak kemas rumah, nak belajar lagi. Kalau I tak buat semua tu, nanti you marah pula. Menyesal kahwin dengan I.“ ujar Hani sambil mematahkan jarinya.

Yahooo! … ada chance dia setuju. Jantung Nazrin mula berdegup pantas. Sikit saja lagi untuk meyakinkan Hani.

“ Hani, ramai orang kawin masa masih belajar. Itu bukan gatal namanya, tapi dah sampai seru. Setahu I ramai yang lulus cemerlang. Lagipun, I kan pensyarah. Takkan I tak faham kehidupan seorang pelajar. I don’t want you to fail. Bila start final semester nanti, you boleh tinggal dengan Aina kat dorm macam biasa. Weekend saja tinggal dengan I.  Unless you rindu sangat sampai tak tahan nak berjauhan langsung dengan I…”

GEDEBUKKK! Bahu Nazrin menjadi sasaran Hani. “ Mengada. “ desis nya. Wajahnya memerah bak bola matahari yang mula terbenam di ufuk. Kumpulan remaja yang bermandi manda tadi sudah mula mengemas untuk pulang. Unggas dan cengkerik mula berlagu.

Nazrin ketawa kecil sambil mengurut bahunya. Ganas juga makcik ni. “ So, is it a yes,  or you’ll think about it? Kalau you jawab No, you boleh jalan kaki balik rumah”

Diktator! Spesis pemerintah kuku besi ! Hani menjeling.  Tapi apa yang aku tunggu lagi? Hati aku memang milik Nazrin. Tiada lain. Mengapa aku nak jual mahal?

“ Tuan dictator,  I fikir dulu. Give me one week “ putusnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2009 05:25 PM | Show all posts
pasni smiley agak bizi
jadi next sambungan lambat sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 05:26 PM | Show all posts
sambung cepat...yeah...yeah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:49 PM | Show all posts
alahai....syioknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 07:25 PM | Show all posts
Yeah..bestnya.:pompom::pompom::pompom: Hati ku berbunga2. Hehehehe
Lebih2 plak peminat  Ajin n Hani nih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 08:09 PM | Show all posts
best22.. takpe smiley klo lmbt skit.. asalkan bkn lmbt banyak sudah..
nti next n3 kena bg byak2 ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.104342 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list