CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
Post time 1-9-2005 08:23 AM | Show all posts

Episode 76 - Summary

Oliver masih tetap merayu agar Jasmin bekerja semula di kedai buku tetapi Jasmin menjawab TIDAK. Dia bukan lagi Jasmin yang dikenali oleh Oliver dulu dan terus menghalau Oliver dari situ. Setelah Oliver pergi, Jasmin terus melepaskan rasa sebak dihatinya dan menangis sepuas-puas hatinya. Oliver pula terasa sedih, dia bersendirian sambil memegang rantai Jasmin.

Jasmin masih tidak dapat melelapkan mata dan masih menangis. Nea sendiri mendapatkan adik kesayangannya untuk memujuknya. Jasmin mungkin kesal dengan perbuatannya tadi dan bertanya pada Nea sekira nya dia telah mengambil keputusan yang betul. Nea menasihati Jasmin yang setiap perkara bukan nya mudah dan cepat dan bertanya samada Jasmin benar-benar menyintai Oliver dan sekiranya Jasmin sanggup memberinya peluang sekali lagi. Kedua-dua beradik ini berdakapan dan Nea berkata dalam hidup ini patah hati dan menangis adalah sebahagian dari hidup, dia tak mahu Jasmin melalui nya...tetapi bagi Jasmin walaupun terluka janganlah dia merasainya terutama luka yang paling dalam sekali...sehingga Nea pun mengalirkan airmata.

Ivan dan Oliver kini berbual seperti dulu. Oliver menceritakan segalanya tentang kejadian tadi bersama Jasmin. Ivan menyuruh Oliver mendengar kata hati kerana mungkin itu yang benar dan ikut apa hati itu berkata dan cuba berjuang.

Keesokannya Jasmin tiba di kedai buku dan Oliver sudah berada disitu. Jasmin menyerahkan resignation letter nya. Oliver masih menghalang tetapi Jasmin tetap berkeras untuk berhenti dan dengan segera meninggalkan tempat itu. Oliver hanya perenyukkan surat itu.

Di restaurant, Ivan dan Nea melihat Jasmin menghampiri mereka berdua. Ivan bertanyakan khabar dan mengingatkan Jasmin tentang Blessing untuk restaurant. Jasmin berkata yang dia mungkin tidak akan hadir. Tetapi Ivan pula bertanya kenapa dia tidak dapat datang dan kenapa dia tidak mahu membantu Nea...lagipun restauran itu adalah nama sempena ibu mereka berdua.

Di bar, chocnt bertanya kepada waiter kenapa Hazel tidak ada disitu. Lelaki itu menjawab yang Hazel sakit dan tidak datang bekerja....banyak lagi soalan yang ditanya oleh chocnut..

Jasmin mengejutkan Hazel dan memberitahu yang kakak Nea mereka sudah berada di restaurant. Hazel pun bangun dan membuka planner nya dan tertulis...August 29 ..MY BIRTHDAY =( Hazel tampak sedih sekali.

Nea sibuk sekali untuk menyiapkan restaurant untuk pembukaan dan blessing, dia ternampak ada tempat yang basah dan oleh kerana Hazel berada disitu dia menyuruh Hazel mengelapnya. Dia nak cepat, Hazel ada sesuatu nak dikatakan tetapi Nea seperti tidak dengar dan seolah-olah tidak peduli. Jasmin pula sibuk mengelap pinggan.

Nea memberikan paderi segelas juice dan mengucapkan terimakasih kepadanya. Paderi memuji masakan mereka disitu dan bila Nea melihat meja di sebelah, dia ternampak Ivan dan Karri sedang bermesra sambil mengambil gambar. Jasmin pula sedang berdiri seolah-olah sedang menunggu sesuatu. Nea menghampiri Jasmin sambil bertanya samada dia sedang menantikan Oliver. Jasmin menafikannya dan berkata buat apa dia menunggu Oliver, lebih baik dia tidak datang...tetapi kedua-dua beradik ini tahu akan perasaan masing-masing dan mereka tersenyum lalu Jasmin mengusik biarlah kakak nya mencari cinta hati sendiri.

Jasmin, Nea, Ivan dan Karri duduk semeja untuk makan. Karri gembira dapat bertemu dengan Jasmin kembali dan Jasmin pula senang hati yang Karri dan Nea menjadi kawan. Ivan pula menambah seolah-olah ini adalah reunion mereka. Mereka membuka cerita tentang Pertandingan Lukisan dulu. Sepatutnya kata Nea dialah partner Oliver malam itu dan patut membuat Jasmin cemburu, tapi dia kena sakit perut tiba-tiba dan terpaksa pergi. Dalam pada mereka berbual, Jasmin masih memerhatikan keadaan sekeliling. Dan tidak lama selepas itu Oliver muncul dan Jasmin seperti terkena tarikan dan memandang kearah Oliver dengan segera.

Oliver bertegur sapa dengan Nea, Ivan dan Karri dan Nea sangka Oliver tidak dapat datang. Dia cuma meminta maaf kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan di tempat kerja. Jasmin tidak menoleh langsung kepada Oliver. Oliver kemudian bertanya khabar pada Karri dan jawab Karri dia akan menjadi gemuk dengan masakan Nea. Nea menyuruh Jasmin mengambil pinggan untuk Oliver, Jasmin menolak kerana dia ada perkara untuk dibuat. Mereka duduk dan kata Nea dia ada masak "bulalo" mungkin itu yang diambil oleh Jasmin sekarang.

Didapur, tukang masak tidak memahami order dan agak sibuk dengan masakannya. Sementara Yolanda pula sibuk berbual dalam telefon dan tukang masak menjadi geram. Kata Yolanda janganlah dia dimarahi nanti masakan dia akan jadi hangit.

Nea tercari-cari Jasmin. Ada tetamu untuk Nea...Vonnie sudah sampai! Nea terhenti dan kedua-dua kawan baik ini berdakapan. Vonnie memuji Nea yang semakin cantik dan famous. Nea berkata dia cuba menelefon Vonnie tetapi tidak dapat menghubunginya...dan mereka berdakapan semula.

Orang ramai mula beredar. Nea dan Ivan berada dipintu masuk dan bersalaman dengan tetamu mereka dan mengucapkan terima kasih. Karri cuma berada ditepi sambil memerhatikan mereka berdua. Vonnie balik semula dengan usikannya. Dia menghampiri Ivan sekiranya Ivan mengingatinya yang datang dari Japan. Ivan cuma ketawa dan berkata nampak gayanya perniagaan akan laris dan Vonnie memeluk Ivan. Nea juga amat merindui kawan baik nya itu.

Hazel sedang mengemas gelas-gelas dan telefonnya berbunyi. Ada ramai orang mengucapkan Happy Birthday (teman-temannya yang bekerja di bar) Hazel rasa sungguh terharu.

Jasmin sedang duduk dan Oliver datang hampir kepadanya. Kata Oliver mereka perlu berbincang. Jasmin pergi dan mereka hanya memandang antara satu sama lain.

Karri masuk kedalam bilik air untuk 'touch-up'.. Nea sudah berada disitu membasuh tangan. Kata Nea lipstick Karri amat cantik sekali dan sesuai untuk nya. Karri mahu terus memberikan lipstick itu kepada Nea tetapi Nea menolak. Jadi, Karri berkata biarlah dia menyapu lipstick itu pada bibir Nea. Nea hanya berkata terima kasih dan tersenyum.

Balik kepada Oliver dan Jasmin. Suka atau tidak mereka harus berbincang kata Oliver. Jasmin masih cuba untuk mengelak. Katanya tidak ada apa lagi yang harus dibincangkan. Oliver bertanya apa yang harus dia lakukan untuk Jasmin mempercayainya semula. Dia menyesal akan perbuatan nya. Dia juga tidak faham kenapa Jasmin perlu resign. Jasmin membalas dengan keras agar dia tidak perlu melihat muka Oliver lagi. Oliver juga percaya yang Jasmin masih menyintainya...dan Jasmin terhenti... Oliver masih mengharapkan agar Jasmin memberikan cintanya kepada nya dan dia juga berkata yang dia masih amat menyintai Jasmin lalu mencium Jasmin dibibir.....(semuanya terhenti)...Oliver bertanya semua "Apa Jasmin berkatalah...apa yang kau rasakan pada ku?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2005 08:29 AM | Show all posts

Episode 77 - Screencaps

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2005 08:33 AM | Show all posts

Episode 77 - Summary

Jasmin terkejut bila Oliver menciumnya dan juga dia terpaksa meninggikan suara agar Jasmin sedar dari lamunannya dan dapat rasakan apa yang dia rasakan ketika itu. Jawapan dari pertanyaan Oliver tentang perasaan Jasmin adalah dalam bentuk satu tamparan yang kuat....Oliver tidak percaya apa Jasmin telah lakukan..

Oliver: Whats wrong with you?...Aku ingat kat cintakan aku?

Jasmine: Aku tak mau jawab apa pun soalan yang datang dari kau..

dan Jasmin terus berlari keluar dari restaurant. Oliver mengejarnya tetapi tidak dapat menangkapnya kerana Jasmin sudah berlari menaiki teksi.

Tiba waktu malam, Nea pun masuk ke bilik Jasmin. Memang ternyata sekali Jasmin amat terluka dengan kejadian tadi dan begitu juga dengan Oliver. Hati mereka terluka kerana masih ada lagi kasih sayang yang tertinggal dalam diri masing-masing..bermakna hati mereka tahu mencari cinta.

Begitu juga perbualan antara Ivan dan adiknya Oliver. Oliver bertanya kenapakah cinta mesti merasai kelukaan. Jawab Ivan, perkara itu datang bersama bila kita bercinta. Oliver menyatakan yang banyak perubahan berlaku dalam dirinya tetapi Ivan menjelaskan lagi...walaupun banyak peruahan berlaku pada adiknya tetapi perasaannya kepada Jasmin tidak akan berubah.

Masa Nea mengenali Oliver dulu, Oliver telah menyatakan betapa dia cintakan Jasmin.

Jasmine: Dia telah melukakan saya..

Nea: Mungkin kerana kau telah melukakannya semasa kau tinggalkan dia dulu..ada masanya someone will be bad when it comes to love.

Jasmine: Maksud kakak yang the bad will be right when we talk about love?

Nea: Bukan...bukan semuanya betul pada kasih sayang. Bila kau lihat ada kehidupan yang musnah kerana cinta mu, itu yang kau perlu hentikan dan lupakan apa yang disuruh oleh hati mu.

Dan kedua-dua saudara ini berdakapan dengan erat sebelum Nea meninggalkan adik bersendirian didalam biliknya.

Oliver bertanya tentang rahsia dia dengan Karri, kenapa hubungan mereka boleh bertahan lama.
Ivan: honestly.. tak ada rahsia..aku pun tak tahu..

Oliver: sebab walau apa yang terjadi dengan kamu berdua, macam tak ada apa akan menjatuhkan kamu..

Ivan: Kita tak boleh kata begitu..MANA TAU BARU SAJA SAMPAI(Bermula) ..tapi kalau masa tu sampai, I hope biarlah kami dapat mengatasinya berdua.

Nea kini bersendirian didalam biliknya dan teringat kembali tentang kata-kata Jasmin "the bad will be right when it comes to love" tidak lama selepas itu Nea menangis mengenangkan nasib mereka berdua.

Yolanda dan Roden masih lagi berbual mesra dalam telefon bila Hazel keluar dari bilik. Hazel cuma menjeling kepada ibunya dan expect ibunya untuk mengucapkan "Happy Birthday" Bila dia tidak menerima apa-apa ucapan, dia merajuk dan terus pergi dari situ. Yolanda tidak mengerti kenapa Hazel berkelakuan demikian tetapi meneruskan perbualan dengan Roden. Roden juga tidak perasan yang Susana berada didalam bilik ketika dia sibuk melayan Yolanda.

Nea amat gembira dapat makan malam bersama Jasmin dan Yolanda. Dia menceritakan harapannya kerana banyak perkara yang baik berlaku pada mereka dan dia tidak mahu mereka memikirkan perkara lain kecuali meneruskan kemajuan merka. Baru saja mereka hendak mula makan, Nea perasan yang Hazel masih tidak kelihatan dan terus bertanya dimana Hazel berada sekarang.

Hazel sudah berada di bar untuk bekerja. Dia bertanya pada penonton jika mereka mempunyai request. Dia membaca satu note meminta memainkan satu lagu oleh guitarist mereka. Lagu itu amat familiar sekali pada hazel kerana itulah yang selalu diminta oleh seorang peminat yang tidak mahu dikenali. Lepas itu ada seseorang yang menyanyi dan hazel mencari suara itu dari kalangan penonton dan akhirnya jejaka itu pun keluar. Hazel terharu kerana admirer nya membuat satu kejutan. Selepas menyanyi, dia menaiki stage serta membawa satu cake yang diletakkan satu lilin dan meminta birthday celebrant itu meniup lilin. Hazel amat gembira sekali kerana lelaki itu telah memberikan satu kegembiraan dihari lahirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:37 AM | Show all posts

Episode 78 - Screencaps

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2005 08:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2005 08:40 AM | Show all posts
anne pagi...salamat sebab masukkan citer nie pagi2...best sangat aku dapat nengok screencap...heheh
video takde ye anne?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:41 AM | Show all posts

Episode 78 - Summary

WE DO EVERYTHING FOR THE SAKE OF LOVE!!!

Hazel dan Nut (actually Nat, short for Nathaniel) berjalan-jalan. Hazel mengucapkan terima kasih kerana sambutan Birthday nya tadi. Mereka mengusik antara satu sama lain. Sedap nama mereka berdua...HAZELNUT... Nut menasihati hazel agar jangan bersedih sekiranya orang-orang dirumah tidak mengingati harijadinya. Kemudian dia menyanyikan lagu "Kalau kamu gembira ketawalah" tanpa henti siap dengan funny faces. Mereka nampak riang sekali.

Bila Hazel tiba dirumah dan membuka lampu, Jasmin, Yolanda dan Nea sudah ada dihadapannya. Nea bertanya kemana hazel telah pergi, kenapa dia asyik kelaur rumah...Nea meleteri Hazel. Dia bimbang kalau ada apa-apa terjadi dijalanan, mungkin ada yang memberinya ubat tidur dalam minuman dan melakukan sesuatu yang tidak baik pada dirinya, kalau dia mampu menjaga diri sendiri. Hazel tidak sanggup mendengar lagi dan terus melepaskan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Dia tidak tahu dimana hendak meletakkan dirinya dalam rumah itu (sambil menangis) Nea lebih menyayangi Jasmin, dan mereka tidak mengingati langsung akan birthday nya hari ini...lalu hazel berlari masuk ke bilik nya...kesemua mereka tercengang.

Sekarang hazel didalam bilik masih menangis. Nea pun masuk dan meminta maaf darinya. Nea menerangkan kenapa dia amat strict dengan Hazel kerana dia melihat dirinya sendiri dalam hazel, yang berusaha untuk membuat semua orang bahagia. Secara luaran cuba membuktikan yang dia itu teguh tetapi disini dia menjadi takut kerana dia sedar betapa Hazel menyayangi Jasmin. Dia malu untuk meminta Hazel menyayanginya seperti itu. Tapi dia tidak menyalahkan Hazel kerana mereka tidak bersama lebih lama. Jadi dia menyanyangi Hazel mengikut caranya lalu memeluk adik bungsunya ini. Begitu juga dengan Jasmin. (Finally, bond of the 3 sisters)

Nut sedang duduk diatas katil. Dia mengenangkan kembali peristiwa dia bersama Hazel, di bar, semasa dia menangkap video Hazel, semasa mereka terlanggar satu sama lain...Nut tersenyum. Nenek Nut (played by Pia Moran) masuk kedalam bilik dan menyuruh Nut untuk makan dan selepas itu minum ubatnya (disebelah katil bukan main banyak lagi ubat untuk Nut) Jawab Nut dia tidak perlukan ubat-ubat itu lagi kerana Hazel menjadi vitamins pada dirinya. Nenek hanya memeluk cucu kesayangan, walau gembira dimuka Nut tetapi Nenek nampak sedih.

Karri dan Ivan sedang menikmati masa mereka bersama. Ivan tersenyum-senyum. Lalu karri bertanya kenapa tersenyum. Jawab Ivan kerana dia teringat akan Nea.. terus berubah air muka Karri. Kata Ivan, Nea tidak reti minum. Yang dia tahu cuma bekerja dan amat rajin sekali. Dan satu yang dia suka tentang Nea kerana dia amat menyayangi adiknya. Satu lagi dia menyatakan kepada Karri duit 1 million yang dia pinjam sudah tentunya akan bertambah. Karri menyatakan yang dia tidak akan meminta kembali kerana dia percaya akan Ivan. Selepas itu mereka meneruskan usikan mereka.

Jasmin dan Hazel sedang berbual. Jasmin bertanya kenapa Hazel masih tidak mahu memberitahu Nea tentang pekerjaannya di bar. Hazel takut untuk memberitahu. Jadi Jasmin berjanji dia akan menguruskannya dan mereka berdakapan semula.

Nea sedang makan dan Jasmin sibuk mengajak supaya mereka lakukan sesuatu...mereka bertiga saja. Jawab Nea dia tahu Jasmin inginkan sesuatu sebab tu dia mula menyibuk. Kata Jasmin tiada apa-apa. Lagipun mereka tidak membuat apa-apa dirumah jadi lebih baik mereka keluar dulu. Jawab Nea biarlah dia habis makan dulu sebelum dia menjawab soalan Jasmin.

Di kedai buku, Daphne memberitahu Zsazsa yang Jasmin sudah berhenti kerja. Zsazsa gembira dengan berita itu sebab sekarang tidak ada orang boleh merampas Oliver darinya. Kini dia pula bertanya dimana Oliver berada sebab dari tadi tidak muncul-muncul lagi. Jawab Daphne Oliver ada urusan nak diselesaikan.

Oliver pula sedang mebuat brownies...flashback semasa mereka disekolah, semasa dia cuba memikat Jasmin dengan brownies yang hangus....Oliver merasa hasil masakannya, mungkin sudah perfect kerana dia tersenyum sekarang.

Hazel hendak ke sekolah dan Jasmin menghantarnya ke gate. Hazel bertanya sekiranya dia sudah memberitahu kakak Nea mereka. Jasmin berkata jangan bimbang kerana dia sudah uruskan. Tiba-tiba Oliver muncul. Begitu bergaya sekali Oliver bila masuk dan membawa "labor of love" Jasmin mahu lari tetapi Hazel menghalangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 08:51 AM | Show all posts

Enjoy the video

Episode 71 (22-08-05)

http://ialsa.com/IALSA082205A.wmv

Episode 72 (23-08-05)

http://ialsa.com/IALSA082305.wmv

Episode 73 (24-08-05)

http://ialsa.com/IALSA082405.wmv

Episode 74 (25-08-05)

http://ialsa.com/IALSA082505.wmv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2005 12:25 PM | Show all posts
salamat anne...dapatlah aku d/load...heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2005 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by babyface76 at 1-9-2005 12:25 PM
salamat anne...dapatlah aku d/load...heheh


sesama...:cak:...makin lama makin best citer nie...sukanya aku ngk si oliver terkejar2kan si jasmin...hahaha the old oliver is back.....
Reply

Use magic Report

cikjenah This user has been deleted
Post time 3-9-2005 10:58 AM | Show all posts
padan muka ! oliver
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 11:45 AM | Show all posts

Episode 79 - Screencaps

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 11:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.146768 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list