CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] BN-Gerakan menang di Teluk Intan (Pengundi Melayu tolak Dyana)

[Copy link]
Post time 3-6-2014 12:14 PM | Show all posts
wana89 posted on 3-6-2014 11:28 AM
Maksud saya,kawasan yang majoriti melayu boleh jeh cina dan india menang..hasil google saya, dun b ...

Tapi wana..hasil dari keputusan Telok Intan memperlihatkan cina tetap undi DAP walaupun calunnya melayu..so..itu jugak mengambarkan pada kita bahawa mereka bukan ikut bangsa...tapi parti..sama kes diBkt Gelugur dan diKajang..mereka memilih parti DAP dan PKR dalam PR.

Melayu plak mengundi calun cina atau india..antara sebabnya tidak yakin calun melayu tu boleh membangunkan kawasan mereka..melayu tu tolak hudud, buka uitm pada semua bangsa, melayu ni rasis...teluk intan sebagai buktinya...dyana contohnya..Mah yg dipilih..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 01:37 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 3-6-2014 12:14 PM
Tapi wana..hasil dari keputusan Telok Intan memperlihatkan cina tetap undi DAP walaupun calunnya m ...

memang ada ankel tapi majoriti pilih apa ankel??parti???
cuba lihat apple to apple..
teluk intan berapa peratus ankel bukan melayu ankel??? hanya 42% sahaja cina, 38% peratus melayu..xjauh mana ankel banding tenggaroh yang 82% melayu


gelang patah


banding tenggaroh yang lebih 80% melayu, bukan melayu tetop menang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 01:42 PM | Show all posts
wana89 posted on 3-6-2014 01:37 PM
memang ada ankel tapi majoriti pilih apa ankel??parti???
cuba lihat apple to apple..
teluk ...

itu uncle kasi salah satu contoh je...kalau nak kasi contoh2 selain dari Telok Intan, Bkt Gelugur dan Kajang tu..boleh kasi je..tapi malas lah nak google..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 01:48 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 2-6-2014 10:24 PM
X juga, rafizi dan sorang melayu dap menang di pahang

cuba tengok komposisi kaum kawasan rafizi dengan raub tu, berapa? bandingkan dengan tenggaroh yang 82% melayu...
rafizi beza pengundi melayu dan cina 4% sahaja



raub

tenggaroh

dun gambir


gelang patah, komposisi kaum cina lebih hampir 8% banding melayu, sapa menang??

teluk intan, perbezaan peratusan sama dengan pandan tapi ?


wana tak nak persoalkan calon melayu..calon kita boleh pilih, ikut parti  tapi wana nak tunjukkan trend pengundi di malaysia ikut kaum.bukan melayu still boleh menang kawasan melayu yang lebih 80%..Dun Gambir tu, 56% melayu ada calon melayu lagi tapi bukan melayu juga menang... tak nampak tak tahu la.. ni kebodohan bagi parti yang letak calon bukan melayu di kawasan melayu dan berdabel bodoh orang yang undi tu dengan ada calon melayu...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 01:53 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 3-6-2014 01:42 PM
itu uncle kasi salah satu contoh je...kalau nak kasi contoh2 selain dari Telok Intan, Bkt Gelugur  ...

ankel boleh bagi contoh kawasan yang lebih 80% kaum cina/india dan adun/parlimen depa orang melayu..situasi macam tenggaroh tu..baru wana boleh ubah persepsi wana..
nak banding dengan bukit bendera??? si zairil khir johari tu pun kita tahu dia melayu celup bukan ori punya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 02:23 PM | Show all posts
wana89 posted on 3-6-2014 01:53 PM
ankel boleh bagi contoh kawasan yang lebih 80% kaum cina/india dan adun/parlimen depa orang melayu ...

kalau nak cari 80% spt yg wana minta tu payahlah..sebab PR takkan letakkan melayu tulin bertanding kawasan majoriti cina india 80%..tentulah dia letakkan cina...gitu gak BN..takkan nak letakkan Melayu tulin dari UMNO bertanding dikwsn2 majoriti 80% macam tu..

Yg ada tu jelah..Kiaril khir Johari tu..tapi wana kata dia bukan melayu tulin plak...walaupun dia islam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2014 02:31 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 3-6-2014 02:23 PM
kalau nak cari 80% spt yg wana minta tu payahlah..sebab PR takkan letakkan melayu tulin bertanding ...

itu sebab wana kata, trend pengundi melayu undi ikut parti..kawasan majoriti melayu, bukan melayu boleh menang...cuba lihat tenggaroh tahun 2008 tu, ada je calon melayu ankel dari PAS, tapi yang menang sapa??? dan kenapa BN letak calon bukan melayu di kawasan 80% melayu?
kalo cina, wana lebih lihat majoriti depa undi kaum depa juga..kalo urban mungkin trend lain sikit tapi cuba lihat kalo bukan melayu majoriti 50%, ada tak kaum melayu jadi ADUN/MP kecuali bukit bendera je???wana dah beri contoh kat atas hokay...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 02:36 PM | Show all posts
wana89 posted on 3-6-2014 02:31 PM
itu sebab wana kata, trend pengundi melayu undi ikut parti..kawasan majoriti melayu, bukan melayu  ...

kan uncle dah ulas pun pasal kenapa melayu undi non melayu tu...ada beberapa sebabnya...baca lah balik..

trend cina pun..mereka ikut parti gak...kalau calun tu cina dap, calun lawannya MCA atau Gerakan...DAP gak menang..tu bukan ikut parti ke?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 02:43 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 3-6-2014 02:36 PM
kan uncle dah ulas pun pasal kenapa melayu undi non melayu tu...ada beberapa sebabnya...baca lah b ...

kalo cina DAP lawan cina MCA, memang la ikut parti sebab kaum sama..
tapi kalo melayu lawan cina, majoriti pengundi lebih cina, itu pun pengundi cina xlebih dari 50% dari keseluruhan..tengok sapa menang???
walaupun ada calonnya melayunya dari DAP atau umno
wana tak pikir calon pas macam DR mahfoz, Shahar tu macam Dyana..
sepanjang calon PAS bertanding dalam pilihanraya, xpernah pula dengar depa sentuh hal2 orang melayu macam dyana buat..
kecuali islam sahaja dan kutuk umno..itu jah
situasi berbeza ankel


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 02:46 PM | Show all posts
wana89 posted on 3-6-2014 02:43 PM
kalo cina DAP lawan cina MCA, memang la ikut parti sebab kaum sama..
tapi kalo melayu lawan ...

uncle kasi contoh...tak nak terima plak...tak palah..pk sendirilah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:22 PM | Show all posts
Dyana Sofya tidak cadang keluar DAP

KUALA LUMPUR 3 Jun - Calon DAP bagi pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang baru berlalu, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan akan meninggalkan parti DAP ekoran kekalahan beliau.

Dyana Sofya berkata, DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya.

"Saya akan tetap berjuang bersama DAP, tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 di sini hari ini.

Dyana Sofya merupakan seorang daripada peserta persidangan itu.

Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... r-DAP#ixzz33YvgqfJU
© Utusan Melayu (M) Bhd

p/s;- Setakat ini tu maksudnya apa?..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 07:57 PM | Show all posts
wana89 posted on 3-6-2014 01:48 PM
cuba tengok komposisi kaum kawasan rafizi dengan raub tu, berapa?  bandingkan dengan tenggaro ...

banyak faktor mempengaruhi undi sesuatu calon
ada sesetengah tempat berdasarkan parti, kaum dan sebagainya
contohnya di Selangor, kawasan luar bandar dan bandar berbeza
di Selangor, bandar majoriti yg menang adalah dr Pakatan Rakyat tak kira apa kaum
tetapi di luar bandar kena lihat juga faktor parti dan calon
di Johor, Melayu majoritinya masih lagi menyokong BN, jadi letaklah kaum apa pun di kawasan majoriti Melayu, org Melayu akan pilih BN
tetapi berbeza di Johor, jika kawasan campuran jika peratusan Melayu rendah, bukan Melayu akan pilih PR
tetapi disebabkan Johor masih lagi FRESH dlm peralihan undi, maka peratusan bukan Melayu menyokong PR masih kecil
Penang, org Melayu akan pilih BN....
terengganu kemungkinan faktor UIA, sebab itula Terengganu hampir jatuh
Kedah, bukan Melayu menyokong PR hatta PAS sekalipun, tetapi dikawasan PAS kuat tetap pilih PAS
PAS kalah di Kedah atas faktor penolakan org Melayu disebabkan DAP
PAS boleh menang dulu pun sebab masa tu PAS belum lagi bersama DAP, masa memerintah DAP lantang menekan PAS walaupun mempunyai satu kerusi
dan disebabkan satu kerusi sahaja PAS boleh jatuh sedangkan ramai yg kutuk PAS pasal lebihkan Melayu dan Islam, tetapi bukan Islam tak tolak pun PAS, hanya DAP terlalu ghairah nak jadi juara, org Melayu Kedah tolak PAS, sama juga di Penang

situsi Perak mungkin lain, rasa2nya Perak adalah satu2nya negeri yg undi berdasarkan kaum
sebab itula org Melayu PR banyak yg gagal atas sebab kekurangan undi dr bukan Melayu dan Melayu sendiri kpd calon Melayu PR
inilah antara kelemahan PR, mereka hanya melihat KEDAH tumbang tetapi buat2 BODOH x nampak PERAK lagi teruk


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:07 PM | Show all posts
wah....dah analisa politik pulak engkorang
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:09 PM | Show all posts
td aku lalu teluk intan.. wah.. dah membangun.. cuma poster dan bendera parti bertanding belum buang lg..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:41 PM | Show all posts
Sebenarnya result Kali ni clearly shown cina punya votes drop byk tapi melayu punya votes either Naik sikit atau sama saja.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 11:21 PM | Show all posts
myvios posted on 3-6-2014 08:09 PM
td aku lalu teluk intan.. wah.. dah membangun.. cuma poster dan bendera parti bertanding belum buang ...

Wah cepatnya YB Mah buat keje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 11:33 PM | Show all posts
SUHA posted on 3-6-2014 11:21 PM
Wah cepatnya YB Mah buat keje

sarcastic je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:00 AM | Show all posts
Orang Teluk Intan sudah serik dengan DAP

Coretan Marhaen

SEKALI mungkin. Dua kali boleh lagi. Namun kali ketiga tidak mungkin sama sekali.

Demikianlah barangkali pertimbangan yang dibuat oleh para pengundi Teluk Intan untuk menolak calon DAP bagi menjadi wakil rakyat mereka kali ini.

Setelah ‘mengetepikan’ bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang juga anak jati Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong pada 2008 untuk memberi kemenangan kepada calon DAP, M. Manogaran dengan majoriti 1,470 undi, dan sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya umum (PRU) tahun lalu untuk mendiang Seah Leong Peng, penduduk pekan kecil ini nampaknya sudah serik memilih DAP.

Bagi warga Teluk Intan termasuk penulis yang membesar di pekan yang berusia lebih 100 tahun ini, tidak ada apa yang hendak dibanggakan selain Menara Condong - yang kalau tidak dibaik pulih dengan segera, mungkin bila-bila masa menyembah bumi.

Dua penggal di bawah DAP, Teluk Intan cukup lesu bahkan boleh sahaja dianggap hampir mati.

DAP tidak pernah loyal atau setia kepada pengundi Teluk Intan. Calon DAP untuk menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen ini silih berganti.

Malah Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran pernah menjadi wakil rakyat ‘sementara’ mengalahkan calon BN sewaktu pilihan raya kecil Teluk Intan pada 1997.

Kawasan Parlimen ini hanya ‘penting’ kepada DAP apabila tiba pilihan raya. Selepas tempoh kempen tamat dan calon DAP menang, kelibat wakil rakyat DAP tidak kelihatan lagi.

Tanyalah penduduk Teluk Intan, apa yang telah dilakukan oleh bekas wakil rakyat mereka daripada DAP. Apa pembangunan yang dibawanya? Apa peluang pekerjaan yang dijananya? Berapa ba-nyak dewan, pusat komuniti atau setidak-tidaknya padang futsal yang dibuka?

Pasti semua menggeleng kepala. Bak kata Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuitnya, ‘elek...’

Menyedari betapa dahaganya penduduk Teluk Intan terhadap pembangunan, Siew Keong mempertaruhkan manifestonya untuk memikat hati pengundi.

Walaupun pembangkang dalam cera-mah-ceramah mereka cuba menggunakan hujah bahawa, ‘pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan memerintah’ atau dalam kata lain ‘memang tanggungjawab kerajaan BN’, hujah itu tidak lagi mampu menawan hati pengundi.

Pembangkang menawarkan untuk menjadi ‘suara rakyat’ namun pengundi Teluk Intan merasakan dua penggal berlalu tanpa peranan itu dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh wakil rakyat mereka daripada DAP.

Isu GST terlalu asing bagi orang Teluk Intan. Apatah lagi isu hak asasi, membuka pintu UiTM untuk kaum lain, lebih-lebih lagi mahu membubarkan RAMD.

Kehidupan mereka belum jauh dari sekitar Menara Condong Teluk Intan dan itulah yang dapat difahami Siew Keong (atau lebih dikenali dengan Mah) sebagai anak jati pekan ini.

Dan janji Kerajaan Pusat untuk melantik beliau sebagai menteri sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu umpama air bandung Jam Tinggi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga bahkan memberi renjatan dingin terus ke otak.

Inilah masanya! Ada empat tahun sebelum PRU-14 untuk Siew Keong menunaikan janji-janji membawa pembaharuan dan pembangunan ke kawasan Parlimen ini.

Dan penulis yakin ianya tidak mustahil dilaksanakan. Insya-Allah.

Lebih-lebih lagi kawasan Parlimen yang berjiran dengan Teluk Intan juga mempunyai wakil rakyat bertaraf menteri dan timbalan menteri.

Bermula dari Parlimen Bagan Datoh yang di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga ke Teluk Intan yang kini diwakili Siew Keong, mengunjur ke Pasir Salak di bawah Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman - penduduk Hilir Perak dan Perak Tengah mengharapkan limpahan pembangunan kini mengalir ke kawasan ini.

Inilah masanya. Tidak boleh bertangguh-tangguh lagi!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... n-DAP#ixzz33bGYhY31
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 02:29 AM | Show all posts
kaki rembat rumah PPRT nak sama kan PRK dgn PRU?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.225369 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list