|
|
[Tempatan]
PRK Kajang. Update : Khalid akan kekal MB melainkan Azmin lepaskan jawatan ADUN
[Copy link]
|
|
|
petola posted on 29-1-2014 09:31 AM 
utk mengelak pembaziran jom kita pakat2 mintak Bn supaya jgn tanding
jgn ikut kerja gila anwar nih. ...
BN apa lg musti bertanding tu... dah ade peluang nak mengempen kat tv lg... 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
abgboroi posted on 28-1-2014 04:08 PM 
di selangor ni...mmg melucukan....dulu masa zaman BN...BN bangunkan bangi utk beberapa projek pemb ...
sgt setuju dgn statement ni
buat jem je puiii kedai2 lokasi x strategik langsung janji ada tanah 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 29-1-2014 08:47 AM 
ntahnye...
kalau najib agak lemah.. aku boleh terima lagi..
ni najib gila babi punye lemah..
sama sama kalah mmg puas hati semua org...asyik nak berebut kuasa ajer...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
abgboroi posted on 29-1-2014 09:30 AM 
kawasan kajang ni bukan ley memain...sini kawasan kuat geng2 pekida dan umno juga...takut Anwar ke ...
siapa halau anuwar silap la
jepun pun dah kena boikot
dengar kata sekarang jepun rugi besar
dek kena boikot dgn 53% rakyat muleysia yang undi pr masa pru lepas
so jgn biarkan produk haji samuri jadi begitu

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
strategi ni cam main chess la.....risiko tinggi....
kalo nuat menang, maka jawatan MB milik dia, kalo PR kalah kat kajang, maka
nuat melepas jawatan MB serta PM sblm PRU 14  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 29-1-2014 09:33 AM 
tu cth je la tira...
contoh menda...
dah tahap obses dgn romen si nuart 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
amanah rakyat dipermainkn mcm tu aje...
tapi rakyat tetap hangguk kepale  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 29-1-2014 09:36 AM 
contoh menda...
dah tahap obses dgn romen si nuart
obses amenda... dah ade isu anwar.... klau takde aku tak sebut pun 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 29-1-2014 09:33 AM 
die tahu pengikut die purcaya ape yg die kata... die berbelit mana pun ttp disanjung.... mmg anwar ...
Biasa la... didikan mana..... kan dulu dia dalam UMNO... kena pecat tubuh KeADILan... kalu dah dari UMNO tu, memang UMNO la jugak... tukar la nama PKR ke KeADILan ke.... otak macai UMNO la jugak yang dia bawaknye... tak kemana pon mentaliti dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon nwart kalah biar padan muka nwart, zemin dan makhluk2 gila kuasa lain 
kasi pengajaran dan bukak mata sikit, dinosor2 politik ni patutnya dah boleh bersara dah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 29-1-2014 09:34 AM 
BN apa lg musti bertanding tu... dah ade peluang nak mengempen kat tv lg...
kalau Bn tak tanding dan takda sapa lagi nak lawan nuar, lepas penamaan calon terus isytihat dia menang
takdalah kena belanja duit.. kan?
kerja gila macam ni tak patut dilayan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya rakyat Selangor masih taat dengan Khalid Ibrahim. Dan Bersih juga telah menyuarakan mereka tidak sokong dengan cara PKR mengendalikan isu ini.
Malaysia Today:
The impending Selangor Constitutional Crisis
Khalid refused to give Anwar the RM2 million, stating that he could not use state government money for party purposes. This would tantamount to abuse of power and would be interpreted as a corrupt act. Khalid could actually get arrested and charged if he did that.
Anwar and Azmin want Khalid to give them money but Khalid has been refusing to do that since the very beginning.
...if the party wants to get its hands on the state’s money, Khalid has to go.
...the candidate being proposed to replace Khalid must be an anak jati Selangor. If this person were to be an outsider, meaning not Selangor-born, then His Highness would not consent to this person taking over as the new Selangor Menteri Besar. This applies to all the other states in Malaysia as well — the Menteri Besar must be local born.
...it looks like Umno may be able to take back Selangor after all. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 29-1-2014 09:33 AM 
tu cth je la tira...
pada aku pengikut anwar mmg emo gila...padahal apa yg menarik masa dia jadi menteri kewangan? dah laa interest beli rumah naik tinggi...interest kad kredit pun sama...ramai jadi bangkrap masa zaman anwar...budak2 baru naik ni mana tahu semua tu sebab zaman tu mereka masih belajar lagi dan tak terlibat dengan sebarang hutang...
jawapan anwar senang ajer...sebab dia dalam umno...masalahnya tun daim pun x pernah perkenan cara dia jadi menteri kewangan...mahathir pulak bagi dia peluang...so naper dia mesti kata dia jadi camtu sebab dia dalam umno? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Malaysian Digest
SIAPA yang tidak kenal dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang bukan calang-calang orangnya.
Beliau ialah seorang yang petah berbahasa, bijak dan masih mampu memberi impak yang kuat di Malaysia walau sudah berdekad bergelumang dengan kontroversi dan onak ranjau dalam merealisasikan impian politiknya.
Terkini, beliau mencetuskan senario sensasi terbaru apabila beliau diumumkan akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang baru dua hari dikosongkan bekas ahli DUN Lee Chin Chen.
Di awal tahun 2014 ini, tindakan Anwar itu dilihat sebagai berani, seolah-olah beliau mencari satu batu loncatan untuk menggapai ‘sesuatu’ yang lebih besar dalam genggamannya.
Atau adakah ini satu kejutan sempena Tahun Baru Cina daripada Anwar?
Jadi MB Sebagai Pampasan
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A. Kadir Jasin menulis dalam blognya baru-baru ini tentang pendapat beliau tentang tindakan Anwar bertanding di Kajang. Di mata beliau, ia dilihat sebagai akuan kalah Anwar kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Saban tahun, masyarakat Malaysia sudah sedia maklum akan aspirasi Anwar yang mahu memegang kuasa sebagai menteri paling kanan dalam kabinet. Ramai yang sudah arif akan harapan Anwar ini yang berputik sejak awal pembabitannya di arena politik Malaysia.
Kesungguhan beliau untuk bertanding kerusi DUN Kajang boleh dilihat sebagai ‘pampasan’ atas kegagalan beliau menjadi seorang
Perdana Menteri. Sekiranya beliau berjaya memegang tiket Ahli Undangan Negeri, Anwar berkemungkinan besar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Melalui tulisan blog Kadir, beliau berpendapat ‘musuh’ Anwar tentu akan berfikir yang Anwar bertindak demikian untuk memuaskan kehendaknya untuk menjadi Perdana Menteri yang masih tidak lagi kesampaian.
Kadir meramalkan implikasi tindakan Anwar itu akan menjadi susuatu yang menarik.
Melalui blognya, Kadir juga menjelasnya, memandangkan Anwar lebih berpengalaman berbanding Khalid mungkin tindakan Anwar itu menjadikannya lebih layak untuk menerajui pentadbiran Negeri Selangor.
"Anwar membuat pengorbanan besar kerana matlamat beliau sejak menyertai Umno pada 1982 ialah untuk menjadi perdana menteri,” tulisnya.
Perancangan Teliti Seorang Genius
Penganalisis Politik Dr. Ismail Sualman yang dihubingi penulis bersutuju dengan anggapan yang pencalonan Anwar lewat petang semalam adalah sebagai langkah pertama beliau untuk bergelar Menteri Besar.
Katanya, pencalonan itu bukan satu kebetulan tetapi sudah dirancang dengan teliti.
"Perancangan Anwar bermula sejak beliau dilantik sebagai perancang ekonomi kerajaan Selangor lagi pada tahun 2008 dengan bayaran sebanyak RM1 sebulan,” jelas Ismail.
Konflik yang berlaku antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Khalid juga hanyalah sandiwara dalam PKR dan diumpamakan sebagai pendahuluan kepada ceritera cita-cita Anwar.
"Pergelutan dalam PKR adalah sebuah agenda yang dirancang, begitu juga dengan perlucutan jawatan Azmin yang dilihat memberi laluan kepada Anwar untuk menerajui Selangor.
Tambahnya lagi, Azmin dan Khalid hanya berbalah menerusi media sahaja namun hakikatnya hubungan kedua-dua mereka tidak seperti yang dilaporkan.
Pengeksploitasian Demokrasi
Ismail juga berkata, tindakan Anwar yang mahu bertanding di pilihanraya kecil Kajang memperlihatkan beliau sebagai seorang yang berhati kering dan tidak mempedulikan mandat yang diberikan kepada PKR sebelum ini melalui system demokrasi.
"Anwar seperti berhati kering untuk bertanding, memperdagangkan mandat rakyat hanya untuk menguntungkan PKR", katanya.
Timbul tanda tanya sama ada perletakan jawatan Lee disebabkan kerelaannya sendiri atau atas tekanan daripada Majlis Pimpinan PKR.
Tindakan bekas Adun Kajang Lee pula yang tidak mengumumkan sendiri perletakkan jawatannya seolah-olah tidak menghormati amanat rakyat dan menimbulkan seribu tanda tanya.
BN Perlu Bersedia
Dalam pada itu Ismail juga menggesa BN supaya bangun dari mimpi dan melihat permainan Anwar ini dengan mata yang terbuka dan menilai setiap gerakan Anwar dengan bijak. Beliau berfikir adalah tidak wajar untuk BN memandang enteng percaturan terbaru Anwar ini dan berterusan mentertawakan pergelutan PKR.
Sebagai langkah proaktif, BN harus mula memikirkan calon sesuai dan sama handal untuk bertanding bersama Anwar di piliharaya kecil Kajang yang akan dijalankan tidak lama lagi. Aspek terpenting untuk difikirkan ialah langkah-langkah untuk mengambil hati penduduk Kajang dan secara tidak langsung memancing undi mereka.
"Saya harap rakyat Kajang juga terbuka dan menjadi hakim terhadap permainan ini", katanya semalam.
Bolehkah Anwar Jadi Menteri Besar Selangor?
Wujud keraguan sama ada Anwar memenuhi kriteria untuk menjadi Menteri Besar sekiranya beliau berjaya memenangi kerusi DUN Kajang itu.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian berkata antara kriteria yang paling utama untuk menjadi Menteri Besar ialah; calon perlu mempunyai kerakyatan negeri itu.
"Saya tidak pasti di dalam undang-undang tubuh negeri mensyaratkan ahli politik yang mahu menjadi MB mempunyai kad pengenalan yang membuktikan beliau seorang pemastautin di Selangor,” jelas Sivamurugan.
Katanya lagi, sekiranya Anwar memenangi kerusi itu beliau masih perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, terlebih dahulu sebelum boleh dilantik sebagai Menteri Besar yang sah.
Menurut Sivamurugan, keputusan Anwar untuk bertanding mungkin untuk menstabilkan hubungan di antara Azmin dan Khalid.
"Saya yakin Majlis Tertinggi PKR ada sebab yang kuat memilih Anwar sebagai calon untuk bertanding", katanya kepada mD.
Apa Kata Rakyat?
Suhaimi Daud, 38, yang berasal dari Kajang berkata pencalonan Anwar menggantikan Lee adalah tidak wajar dan dia merasakan keputusan Anwar itu seperti seorang yang tamak.
Katanya, Anwar tidak sesuai di Kajang kerana ketua pembangkang itu bukan berasal dari sana.
"Dia sudah jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang dia mahu di Kajang?", soalnya.
"Bagi saya, tidak menjadi masalah siapa yang bertanding tetapi kalau boleh berilah peluang kepada penduduk tempatan untuk menjadi wakil rakyat kami", jelasnya kepada mD.
Namun begitu berlainan pula dengan Zamanhuri Yaacob yang berusia dalam 50-an. Beliau menyokong penuh pencalonan Anwar di kawasannya.
"Saya yakin Anwar adalah calon yang tepat untuk membawa pembaharuan di sini tambah-tambah lagi dengan pengalaman luas yang beliau miliki,” kata Zamanhuri.
Beliau juga berpendapat penduduk di Kajang kebanyakkannya terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dan majoriti daripada mereka adalah penyokong Anwar.
Zamanhuri berpendapat ramai orang tempatan Kajang memaklumkan kepada beliau yang mereka tertarik dengan janji Pakatan Rakyat yang menawarkan pendidikan percuma kepada anak Selangor.
"Kalau Anwar jadi Menteri Besar, pendidikan anak-anak akan jadi percuma...jika dapat tawaran masuk Universiti tak perlu ibu bapa buat pinjaman", katanya kepada mD.
Sementara itu, Chew Hiew Kuang berpendapat laluan Anwar tidak akan menjadi semudah yang disangka selepas diumumkan sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang.
Katanya, peluang Anwar untuk memenangi kerusi itu adalah 50-50..........................................................................
Baca Lanjut:http://www.malaysiandigest.com/b ... aru-cina-anwar.html
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
petola posted on 29-1-2014 09:42 AM 
kalau Bn tak tanding dan takda sapa lagi nak lawan nuar, lepas penamaan calon terus isytihat dia m ...
aku yakin ade pertandingan gak.... tu azmin kata anwar bertanding ni sbg tactical move ape kejadahnya 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Umno patut raikan menda ni
peluang besar tibai nuar cukup2.. kasi mati terus |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 29-1-2014 09:35 AM 
siapa halau anuwar silap la
jepun pun dah kena boikot
dengar kata sekarang jepun rugi besar
ehehe..tu sebab anwar nak rembat selangor...sebab selangor ni hampir semua industri hak milik jepun...nak bagi jepun bukak mata luas sikit....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
petola posted on 29-1-2014 09:44 AM 
Umno patut raikan menda ni
peluang besar tibai nuar cukup2.. kasi mati terus
smlm ayah aku tgk berita... terus die kata keje umno nih..... nak nanges aku dgr 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
adik^manis posted on 29-1-2014 09:44 AM 
Sumber: Malaysian Digest
jadi MB hari2 muka boleh kuar tv....kuar media...dia perlukan lebih akses...walaupun bukan dari parti kerajaan....yg penting dia boleh jadi popular....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 29-1-2014 09:48 AM 
smlm ayah aku tgk berita... terus die kata keje umno nih..... nak nanges aku dgr
dia x perasan ker anak emas anwar si azmin tu laa punca semua masalah ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|