|
Lady..ada sambung lagi tak pagi ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
siannyer jiha... suka kat fahmi... tapi tak leh terima... forumner pun tak approve fahmi...
mungkin tak nampak aura fahmi kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
syanamir posted on 27-3-2013 10:12 AM
siannyer jiha... suka kat fahmi... tapi tak leh terima... forumner pun tak approve fahmi...
m ...
forumer mana? FBK atau cari?
@Nicki_Meow
eceh..... bonus ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 27-3-2013 10:08 AM
Lady..ada sambung lagi tak pagi ni?
ada...
Mataku enggan lena. Untuk mengisi masa yang terluang, aku buka laptop. Aku berhasrat untuk membaca tred aku di bod Bicara Hati. Di pejabat tadi aku telah berterus-terang mengatakan Dee bukan seorang Islam tapi dia berminat untuk mendalami Islam melalui Emm.
Fuhh! Aku menerima banyak kutukan kali ini. Terkebil-kebil aku membaca kutukan dari forumer yang membalas tred aku.
Wah! Syanamir ambil peluang untuk kutuk aku balik nampaknya.
Teruknya kau bro... Biarlah Dee dengan Emm. Mudah-mudahan Dee masuk Islam.
Dee percayakan kau. Dia harap kau menjadi perantaraan antaranya dengan Emm, tapi rupa-rupanya sahabat sendiri berpaling tadah. Keji tau!
Oh! Dee ada sakit kronik dan minat dengan Islam? Kalau macam tu, kau beralah lah.
Termenung aku membaca jawapan-jawapan dari beberapa orang forumer lain yang tidak bersetuju aku meneruskan hubungan aku dengan Emm. Aku kemudiannya menghela nafasku yang berat panjang-panjang. Terasa benar aku mementingkan diri sendiri, bak kata Mind Teaser... selfish! Menasihati Eddie bukan main lagi aku. Kawal hawa nafsu konon!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 27-3-2013 09:37 AM
Memang backing habess ni...EDDIE...EDDIEEE....EDDIEEE
Okaylah...let's talk about rea ...
Huhu...majulah sukan untuk negara....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian aku skrol lagi skrin ke bawah. Kubaca pula komen dari Sellie. Sejuk sedikit hati aku membaca komen dari Sellie. Sellie tidaklah marah-marah atau kutuk aku sebaliknya dia memberi nasihat yang baik kepada aku.
Tanganku mencapai kembali telefon bimbitku. Mesej dari Dona dua hari yang lepas kubuka dan kuulang-ulang baca beberapa kali.
A true friend sees the first tear, catches the second and stop the third. Thanks and love you so much.
Setelah agak lama bermenung, penumpuan mataku kuarahkan kembali kepada skrin laptop.
Sakitnya hati aku disindir Mind Teaser. Termangu seketika aku selepas membaca pos darinya. Aku kemudiannya meraut wajah dan kembali bermenung lama-lama.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 27-3-2013 10:25 AM
Insaflah gay, untuk negara!
....Agama dan Bangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 27-3-2013 10:24 AM
Kemudian aku skrol lagi skrin ke bawah. Kubaca pula komen dari Sellie. Sejuk sedikit hati aku membac ...
Nama kita pom naik gak?...huhu...malunyaaa...
Kekadgkn lady....kalu kita terlampau kutuk akan tempias balik kat kita... itu yg mak aku ckp...aku pernah alami detik idup yg sukar nak terima..mungkin aku terlupa kot yg aku ni not strong enough...huhu...tp, sbb famili aku jd strong...cuba cari alternatif utk ubat hati yg parah tuh... pastu aku pandg sekeliling...baru kutahu ada insan yg lebih menderita...aku pasrah & belajar terima kenyataan bahawa idup x selalu indah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 27-3-2013 10:43 AM
Nama kita pom naik gak?...huhu...malunyaaa...
Kekadgkn lady....kalu kita terlampau kutuk akan ...
Betul Sellie.... nak yg indah indah, kat syurga...
Hidup tanpa duji x berseri...
|
|
|
|
|
|
|
|
"Fahmi... kalau kau terima cinta Dona, tentu Dona sudah ucapkan kalimah syahadah. Sekarang ni Dona masih takut-takut. Aku faham keadaan Dona. Kalau kau ada, sekurang-kurangnya Dona ada tempat bergantung harap."
Aku tenung gambar Dona dalam laptopku lama-lama. Dona sangat cantik tapi kenapa Fahmi tak mahu menerima Dona? Agaknya betullah kata orang cinta itu buta. Lain orang, lain kriteria pemilihannya. Ada yang memandang kepada paras rupa semata dan tak kurang juga yang melihat kepada ketebalan poket.
Bagi aku pula, aku memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri macam ayah... beriman dan menjaga solat lima waktunya. Walau pun ayah tak kacak bahkan bukan juga alim ulamak, tapi ciri-ciri yang ada pada ayah sudah mencukupi bagi membina syurga dunia. Mungkin kerana itulah aku tertarik dengan penulisan Mujahid.
Sebelum ini, aku langsung tak menaruh apa-apa perasaan terhadap Fahmi. Aku anggap dia sebagai kawan. Apatah lagi dari dulu lagi aku mengetahui Dona menyukai Fahmi. Malah Dona harapkan aku menjadi orang tengah bagi merapatkan hubungan mereka. Bila mengetahui Mujahid adalah Fahmi, kucar-kacir juga perasaan aku jadinya. Dari segi paras rupa, wajah Fahmi sedang sedang saja, namun masih sedap mata memandang. Ditambah dengan aura keimanan dan keintelektualan penulisannya di forum, menjadikan lelaki itu tiba-tiba begitu kacak pada pandangan mataku.
Sayang seribu kali sayang... Pengharapan aku terhadap lelaki gred A macam ayah nampaknya semakin pudar. Bayangan Fahmi juga semakin samar dari minda. Kata-kata Mind Teaser sebenarnya sedikit sebanyak membuka pandangan hati aku. Aku tak mahu menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Aku tak mahu mendahulukan perasaan dari persahabatan.
Cinta kepada kekasih tentu saja ada terselit hawa nafsu tapi cinta kepada sahabat akan aku sandarkan atas dasar kasih sayang untuk mendapat rahmat Allah. Apatah lagi apabila sahabat itu memerlukan aku untuk menggapai reda dan rahmat Ilahi. Ah... tegakah aku membakar syurga Dona? |
|
|
|
|
|
|
|
Malam ini, sekali lagi aku panjatkan pengharapan kepada Ilahi. Hanya kepada Dia aku memohon agar diberi kekuatan hati.
"Ya Allah, andai Fahmi bukan jodohku, aku memohon agar perasaan aku kepada Fahmi terkikis hari demi hari. Begitulah juga hendaknya dengan Fahmi. Semuga perasaan cinta Fahmi terhadap aku juga terhakis. Andai cinta kami tak bisa bersatu, biarlah hubungan kami kekal sebagai sahabat."
Dalam doaku, fikiranku melayang kepada Dona. Sahabat yang sangat aku kasihi. Sahabat yang sudah lama memendam rasa cinta kepada Fahmi. Sahabat yang hidupnya belum lagi pasti...
"Ya Allah, Kau berilah hidayah buat Dona. Kau pilihlah Dona untuk berada di bawah rahmat-Mu. Andai takdir-Mu mengatakan Dona harus pergi, aku pasrah dan reda namun janganlah Kau ambil Dona selagi dia belum bersedia menghadap-Mu."
Fahmi sepatutnya menjadi milik Dona. Hati kecilku terus bermonolog. Tapi... masih adakah lagi nanti lelaki gred A buat aku? Siapakah gerangannya lelaki itu?
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Gombak.
If you embrace Islam, there is no reason for you to be sad.
Bibirnya mengukirkan senyuman sebaik sahaja matanya usai membaca apa yang tertulis di dalam buku Don't Be Sad.
And whoever seeks a religion other than Islam, it will never be accepted of Him. Quran 3:85
"Ayat ini memberi amaran kepada mereka yang engkar. Tapi aku masih belum lagi mampu..." Bibirnya diketap kejap.
"Ya Allah! Don't call me while I am still not ready." Dona tahu kalimah agung itu masih belum dilafazkannya lagi. Dia mahu melafazkannya tapi dia masih belum bersedia. Ada beberapa perkara yang sedang dipertimbangkannya... masalah kesihatan, masalah penerimaan keluarganya. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 27-3-2013 10:47 AM
Betul Sellie.... nak yg indah indah, kat syurga...
Hidup tanpa duji x berseri...
Bila diuji baru tau iman kita taraf mana...x cukup kuat rupanya....huhu....aku suka nengok padgn positif org...sbb dgn positif yg negatif akan berkurg...walaupn perit nak terima tp bila kita buka minda...positifkn diri terima nasihat yg baik... mmg idup kat dunia nih..itulah hakikat hidup...& manusia sgt lemah & kesian sebenarnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangannya mencoret sesuatu di atas buku catatan.
Dear Fahmi...
If you heard that I died, don't cry for me. This won't bring me back to life. Just pray for me because I'll need it very badly.
Kemudian dia terus mencoret lagi.
Fahmi..
I love you
I want to be with you
And I want you to be by my side too
Teach me and guide me
So that I can be a good muslimah
and gain the rahmat from Allah
BUT if Fahmi is not my destiny
Still I have to proceed my journey
O Allah...
If this is my fate
I accept it
Lama matanya menatap apa yang telah dituliskannya di dalam buku catatan. Kemudian anak matanya beralih kepada tarikh yang terdapat pada kalendar kecil yang tegak berdiri di atas mejanya.
"20 Mac 2013... Ini bermakna tak sampai 3 bulan untuk aku terus berada di atas muka bumi ini..." Namun dia tak akan mengeluh. Ini takdirnya. DIA telah menetapkannya begitu.
“Demi kau Fahmi, aku akur untuk menjalani rawatan kemoterapi dan membuat pembedahan walau pun peluang untuk aku hidup itu amat tipis.”
I want to embrace Islam Ya Allah
Please make me end my life with kalimah Lailahaillallah
ISLAM... I Sincerely Love Allah & Mohamad.
Usai mencatat baris terakhir, buku catatan disimpan kembali ke dalam laci. Matanya mereling seketika ke arah jam yang terletak di atas meja tulisnya. Hmmm... Hampir pukul 2 pagi. Masa untuk melelapkan mata. Kantuknya sudah mula dapat dirasakan. Berkali-kali sudah dia menguap.
Done!
|
|
|
|
|
|
|
|
apa definasi lelaki gred A bagi jiha?
adakah lelaki yg suci dari dosa sepanjang hidup?
jika lelaki yg pernah berdosa kemudian bertaubat nasuha, tidakkah layak diberi gred A kepadanya?
eh, byk pulak soalan utk jiha |
|
|
|
|
|
|
|
lowgil posted on 27-3-2013 11:07 AM
apa definasi lelaki gred A bagi jiha?
adakah lelaki yg suci dari dosa sepanjang hidup?
macam ayah dia... tak semestinya alim ulamak tp cukup jika sempurna solat 5 waktu...
mungkin definasi jiha berubah sejajar dgn arus kehidupan yg bakal dia lalui...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 27-3-2013 11:14 AM
Kiranya aku harpkn biarlah Fahmi aka mujahid the warrior....terima dona kerana cinta Ilahi...dgn s ...
Gigih Sellie berjuang seorang diri. Syabas betiii!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|