nubis ni kan asek dok ulang2 den ni laki kau den ni laki kau
ape si bini ni slalu lupe ke dia berlaki?
nengokkan video yg knon2 content tu pn nmpak bini dia jenis blur2 gitu
slalu pempuan normal la, sblm dia kene marah(walaupun salah sndiri), diri sndiri dh ade mechanism nk protect diri tu
xdela bodo2 je tadah nk kene cari tah mende2 ape la diorg dok kelebek tu pastu laki dia tunjal2 kepala tu pn dia mcm blur2 je gosok kepala dia
kalau aku la kene tunjal tu, kalo xbole balas pn mmg aku bg death stare la.. ko pehal nk tolak2 pale plak
Post time 27-10-2025 11:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
brainbiru replied at 26-10-2025 03:53 PM
Refer video ni.. kdg2 org kata "bergurau je tu".
Tp x semua org dibesarkan dgn gurauan mcm ni... dlm ...
Cakap lebih2 nanti orang kata aku ni kena brainwashed dengan dakyah feminism tapi x boleh ke suami tak ulang2 mengingatkan isteri dengan ayat "aku ni suami". Nak tegur, tegur elok2.. tegas tapi kena beradab. Bila tengok video macam ni of course la mak bapak si isteri tak banyak sikit akan rasa kecik hati bila tengok anak dilayan macam tu. Orang nismilan ni baik2.. yg cakap kasar ni lebih kepada ego sendiri je.
Saya dulu suka juga layan video Nubhan & Mak Jenny ni, sebab mereka ni saling tak tumpah mcm arwah suami saya dan maknya. Setiap kali tengok Nubhan melayan mak Jenny, saya terbayangkan arwah suami dan maknya. Terhibur.
Maknya pula macam Mak Jenny. Bentuk badan, gaya berjalan, lenggok percakapan dan bahasa.
Nubhan & Mak Jenny orang Nismilan, suami saya & maknya orang Minang. Bahasanya lebih kurang. Cara cakap pun sama.
Kedua2 anak bongsu, anak mak. Mereka sangat rapat, mak mertua saya lebih rapat dgn arwah suami berbanding dgn suami sendiri.
Saya selalu cemburu bila setiap malam mereka bersembang di dalam bilik maknya berjam2. Sambil bersembang sambil diurut kaki maknya. Lama saya memendam rasa. Ada saya ceritakan dlm buku nanti.
Bukan mudah bersuamikan anak kesayangan mak. Kena berkorban perasaan. Apatah lagi orang negeri Sembilan, mulut mereka kadang saya tak boleh tahan.
Alhamdulillah suami saya matang, dia jaga mak namun tak abaikan perasaan isteri. Sampai masa bila tak dapat kawal, dia bawa saya keluar dr rumah maknya.
Saya bersyukur kami tinggal serumah tak lama. Suami faham perangai mak dan kakaknya.
Semasa nak keluarkan diri dari kehidupan mak bukanlah mudah, dia menangis rasa sangat bersalah bila mak merajuk. Tersepit antara mak dan isteri, bukan mudah untuk dia.
Tapi tak lama pun, lepas tu baik semula. Orang yg berperwatakan spt arwah suami (dan mungkin juga Nubhan) ni senang marah, senang bagi orang marah namun senang pula memujuk dan dipujuk. Pengalaman saya lah.
Tak naklah komen pasal perceraian orang, cuma saya bersyukur, arwah suami dulu matang. Pandai mengawal emosi dan mulutnya. Kepandaian berbicara yg digunakan dgn betul, tak mengikut perasaan.
Post time 28-10-2025 12:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Incanto replied at 27-10-2025 11:48 PM
yg dia tak cakna mcm mana nak hormat isteri
Ada forumer komen Nubhan ni macam terkena sindrom lelaki nak masuk 40an. Tetiba rasa diri hot kaya hensem dan menjadi dambaan semua wanita. Dan lelaki yang terkena sindrom ni akan menceraikan isteri mereka.
Post time 28-10-2025 01:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by lightheaded67 at 28-10-2025 01:45 PM
tp ek kalau nk aman kepala, mmg jgn masuk cmpur sgt hal org lelaki.
lelaki yg sangkak sangkak suka jual nama pempuan utk cover line dia. tp kalau ape ape benefit diorg pandai claim, sbb aku lelaki. begitu
sama la mcm minah bmasalah. mesti sbb laki.
sabo jelah
sometimes a man
gon be a man
not an excuse
just how it is
sometimes a girl
gon be a girl
she dont want to deal
with all the drama in yo world
tiberrr
kbai dek
acik done capub done mnyelit dekkkkkk