|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LEPAK AND HEALING
[Copy link]
|
|
Jawa johor hihi yo reti to.
Kue wong jowo yo?
|
|
|
|
|
|
|
|
Malam tadi hujan sampai ke subuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Iyo...
iki beneran wong jowo

|
|
|
|
|
|
|
|
pening baca benang fattzura
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal TLDM KD Pendekar terkandas, bocor langgar objek bawah air
 |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Pendekar dilapor terkandas di pantai tenggara Johor hari ini selepas mengalami kebocoran.
Difahamkan, kapal pembinasa laju (FAC) dikatakan mengalami kebocoran di perairan Tanjung Penyusup, dekat Pengerang ketika dalam penugasaan operasi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Ya, TLDM akan mengeluarkan kenyataan (mengenai KD Pendekar)," katanya ketika dihubungi New Straits Times.
Difahamkan, susulan kejadian itu semua anak kapal dipindahkan sebagai langkah keselamatan dan KD Pendekar kini ditambat di kapal dagang berhampiran.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor turut mengerahkan aset untuk membantu operasi itu.
KD Pendekar sepanjang 43.62 meter dan lebar 7.1 meter dibina Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden dan dilancarkan pada 11 November 1978, sebelum ditauliahkan pada 27 Julai 1979.
Pada awalnya ia diletakkan dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Kedua sebelum diserapkan ke dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama di bawah Flotila Ronda.
KD Pendekar terkandas selepas bocor di Tanjung Penyusup, Johor
Sementara itu, TLDM dalam kenyataan berkata pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kebocoran KD Pendekar.
TLDM dalam kenyataan berkata, fokus utamanya kini adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal.
"TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan terhadap insiden ini iaitu Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti maritim yang berada di persekitaran.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan ketika kejadian terdapat 39 kru dan keadaan kapal menjadi separa tenggelam akibat kebocoran berkenaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Mengulas kejadian itu, TLDM berkata KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika berada kira-kira dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusup di Johor.
"Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi. Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.
"Kebocoran yang mula dikesan di Bilik Jentera kapal berkenaan merebak dengan cepat dan tidak terkawal. Semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya," kata kenyataan itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Insiden tanah jerlus: Lebih 72 jam berlalu, belum ada petunjuk baharu
 |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Lebih 72 jam berlalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, masih gagal menemukan sebarang petunjuk baharu.
Pasukan SAR yang meneruskan operasi sejak 9.30 pagi pada hari ketiga dengan kekuatan 104 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan serta pihak berkuasa gagal membuahkan sebarang hasil walaupun sudah menjalankan pencarian semula di lima daripada enam lurang kumbahan Indah Water Konsortium (IWK).
Ekoran itu, satu mesyuarat diadakan oleh agensi terbabit seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta IWK dengan dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Hasilnya, mesyuarat memutuskan untuk melakukan teknik 'flushing' di lurang lima dan enam iaitu berhampiran Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar serta berdekatan Bulatan Kinabalu setelah mendapati arus di kedua-dua lokasi agak perlahan dipercayai disebabkan ada sekatan atau reruntuhan puing.
Operasi malam tadi yang diselaras oleh pasukan IWK masih berjalan.
Insiden itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan bahawa SAR akan diteruskan.
Pada masa sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman turut menyatakan bahawa pasukan SAR tidak menetapkan sebarang tempoh pencarian dan ia akan diteruskan sehingga mangsa ditemukan.
Sementara itu, penghuni di 160 unit di Flat Malayan Mansion yang dianggarkan lebih 800 orang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan mereka berikutan jarak insiden tanah jerlus Jumaat lalu berlaku tidak sampai 50 meter dari kediaman mereka.
Maimunah pula memberi jaminan bahawa situasi di Kuala Lumpur termasuk Jalan Masjid India adalah selamat dan tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan bahawa ibu kota berdepan ancaman insiden 'giant sinkhole' pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menubuhkan pasukan khas yang dianggotai oleh agensi berkaitan termasuk Jabatan Geologi dan Jabatan Kerja Raya untuk melihat serta mengkaji keadaan itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|