CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: RIGHT ON TIME

 Close [Copy link]
Post time 10-1-2024 09:17 PM | Show all posts
selamat malam semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 09:18 PM | Show all posts
malam baru dapat online
opis bz banget... next month new bos
semoga dipermudahlah semua urusan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 03:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 07:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 6-1-2024 07:49 AM
selamat pagi ciksu  
alhamdulillah..... kawe makin sihat wooo  
ciksu mcm mana pulak ...

selamat pete mek tari..kawe pun kohor sihat nie
takdok kijoan lain...makan tidur jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-1-2024 09:19 PM
Camat tahun baru!!!!

tinot...thn nie ada rancang nak g jejalan memana ker?
tengokkan matawang kita.. sedih nak berjalan..kena menabung giler baru lps
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 6-1-2024 08:00 AM
timbul ni sbb dah lama tenggelam
tgk2 porem apa yg patut


kawe nie lama giler tenggelam...malas nak menaip dkt hp sebenarnya lengguh satu jari
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 8-1-2024 11:37 AM
selamat tahun baru jugak sue
moga tahun ni lebih baik dr tahun lepas ya


takdok azam mira
semoga kesihatan kita pun makin baik thn nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 10:52 PM | Show all posts
ciksurie replied at 16-1-2024 04:02 PM
takdok azam mira
semoga kesihatan kita pun makin baik thn nie

in sya Allah
aaminnn ya rabal alamin
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ciksurie replied at 16-1-2024 03:50 PM
tinot...thn nie ada rancang nak g jejalan memana ker?
tengokkan matawang kita.. sedih nak berjalan ...

Sri Lanka utk konferens sbb nak pi jjcm berteman.. tak verani nak jjcm sorang2 jaman now..

Aritu ada plan nak pi betnam dgn poremer lain.. tapi sbb deme takleh konpem bila nak pi, dan coti iols ciput, mebbe iols tak itut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 09:41 PM | Show all posts
selamat malam semua
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 09:46 PM | Show all posts
Jangan selalu kurang tidur, ia boleh menaikkan risiko barah, kata pakarMasalah kurang tidur yang kronik, mungkin kerana tekanan, tugas atau gejala susah tidur apnea obstruktif - boleh menyebabkan kita mudah terdedah kepada bahaya penyakit barah.



SINGAPURA: ika anda kerap mengalami masalah sukar tidur atau imsonia, berikut adalah maklumat yang tidak menyedapkan: Penyakit barah semakin dikaitkan oleh pakar-pakar sebagai antara banyak gejala penyakit berpunca daripada masalah kurang tidur. Selain penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis (diabetes), berat badan berlebihan (obesiti) dan kemurungan - anda juga perlu berdepan dengan bahaya Barah.

Kajian yang dijalankan oleh YouGov 2022 ke atas lebih 1,000 penduduk Singapura mendapati bahawa 73 peratus responden melaporkan waktu tidur kurang tujuh jam setiap malam. Lebih 30 peratus hanya mendapat lima hingga enam jam waktu tidur. Ini jauh di bawah purata global, malah kenaikan sebanyak 44 peratus sejak 2018.

Menurut satu lagi kajian terbaru ResMed mengenai trend tidur global, penduduk Singapura sekali lagi didapati menghadapi masalah kurang tidur. Antara  lapan daripada 10 responden melaporkan satu atau lebih gejala gangguan tidur yang berkaitan dengan mutu tidur mereka. Penyebab paling biasa tidur terganggu adalah gejala apnea tidur obstruktif (81 peratus).




https://www.channelnewsasia.com/ ... -dog8Hz0-1131007907
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 09:47 PM | Show all posts
BAGAIMANAKAH TIDUR DAN BARAH BERKAITSama ada masalah kekurangan tidur yang kronik  disebabkan oleh apnea tidur obstruktif, insomnia atau tekanan, semuanya bukanlah tidak petanda yang baik.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cancer, mereka yang tidur kurang daripada enam jam setiap malam menghadapi risiko barah 41 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tidur enam hingga lapan jam setiap malam. Nah, bagi anda yang perlukan alasan untuk tidur pada siang hari, tidakkah untuk mencegah barah sudah cukup alasan terbaik bagi anda?

Menurut kajian, individu yang tidak tidur siang menghadapi risiko barah 60 peratus lebih tinggi daripada mereka yang kerap tidur siang selama lebih  satu jam sehari.

Para penyelidik juga mendapati bahawa peserta kajian yang tidur kurang daripada tujuh jam secara keseluruhan mempunyai risiko barah 69 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

Ini semua amat berkaitan dengan jam atau sistem kawalan badan kita atau apa dipanggil irama  sirkadian, yang mengawal tidur dan pelbagai fungsi penting lain, kata pakar psikiatri Dr Wong Sheau Hwa, yang mengendalikan SH Wong Sleep & Psychological Wellness Clinic di Pusat Perubatan Mount Elizabeth.

Tidur yang kurang baik menjejas irama sirkadian anda, katanya, yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon tekanan badan dan menyebabkan tekanan oksidatif yang merosakkan tisu dan sel. Ia kemudiannya memulakan tindak balas berantai yang boleh membawa kepada keradangan kronik dan akhirnya, mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sel-sel barah terus membiak.

Bagaimanapun, kaitan antara keadaan kurang tidur yang kronik dan barah adalah "kompleks" dan "belum difahami sepenuhnya", kata Dr Wong.




https://www.channelnewsasia.com/ ... -dog8Hz0-1131007907
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 10:28 PM | Show all posts
[VIDEO] Agong, Permaisuri tunjuk bakat baca berita di slot khas Buletin Diraja TV3



Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli membaca berita di slot khas Buletin Diraja di saluran TV3 tadi.
PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat kemunculan istimewa di slot khas Buletin Diraja pukul 8 malam tadi di saluran TV3.

Seri Paduka Baginda berdua tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit dan menyampaikan laporan berkenaan ternakan ikan patin di Pahang.

Kemunculan Seri Paduka Baginda di saluran tersebut juga dinanti-nantikan oleh rakyat sebaik sahaja perkara itu dimaklumkan di Facebook Istana Negara petang tadi.

Penstriman secara langsung di YouTube rasmi Buletin Utama tadi turut mencatatkan hampir 70,000 penonton menyaksikan slot khas yang menampilkan Seri Paduka Baginda.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata rakyat berkongsi rasa teruja selain turut memuji kebolehan Seri Paduka menyampaikan berita.

“Lucu pula bila Agong dan Permaisuri baca berita pasal diri sendiri yang buat lawatan di Media Prima,” kata Amir.

“Dah lama tak tengok berita, tapi bila tahu ada Agong baca berita terus buka TV3,” kongsi Aiman.

“Comel Agong dan Permaisuri baca berita. Agong nampak profesional tapi Permaisuri macam susah nak tahan gelak,” kata Miera.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melawat Sri Pentas hari ini.- KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -bakat-baca-berita/
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 10:29 PM | Show all posts
Tarif air naik 22 sen mulai 1 Februari



PETALING JAYA: Tarif air baharu akan dilaksanakan terhadap pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Februari depan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, pelarasan tarif air itu dilaksanakan mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik.

Menurutnya, di bawah TSM struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

“Pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati oleh rakyat.

“Justeru, pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut SPAN, melalui semakan tarif tersebut, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air.

“Antara lain untuk membina atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna,” katanya.

Bagaimanapun, menurut agensi itu, kenaikan sebanyak 22 sen yang dilaksanakan masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar tahun 2022.

“Walau bagaimanapun, bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, operator bekalan air di negeri masing-masing disaran untuk meneruskan inisiatif sedia ada iaitu memberikan bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40,” katanya.

Dalam pada itu, SPAN juga menyeru supaya pengguna untuk bersama-sama mengamalkan penggunaan air secara berhemat dengan mengambil beberapa lankah seperti menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh SPAN.

“Memeriksa dan membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing dan memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber air alternatif untuk kegunaan bukan minuman,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... en-1-februari-depan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 10:31 PM | Show all posts
skrg ni bz sangat2.. closing 2023
balik rumah jer dah penat
jaga diri bebaik semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 09:59 PM | Show all posts
selamat malam semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 09:59 PM | Show all posts
sunyinya masuk tahun baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 09:59 PM | Show all posts
semua bz kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 10:00 PM | Show all posts
semoga semuanya baik2 yer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.993614 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list