|
biaser la klang ni mmg xde aper..
selain dr tepi laut dan banyak lori2 kontena.. bawak lelaju.. |
|
|
|
|
|
|
|
ujan..
sejuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
morningggggggggggggggggggggg...
keje
ramai ke yg cuti ari ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
cik tripo membuat posting.. ala2 menjawab soklan pekser gaya nyer..
muffins Post at 15-5-2011 00:30
terlebih dahulu nak memohon maaf disebabkan gaya penulisan skema, mungkin sudah terbiasa dengan cara sebegini dan harapnya kalian tidak rasa janggal selepas ini mungkin ini permulaan untuk membiasakan diri. aku mula menyukai bandar klang dan sekitarnya, tapi mungkin kawasan aku tinggal ini berdekatan dengan taman sentosa yang dikatakan kawasan hitam disebabkan banyak jenayah berlaku di sini makanya aku perlu lebih optimis. banyak kejadian berlaku di depan mata yang membuatkan aku rasa rimas, mungkin selepas tamat kontrak 6 bulan di rumah ni aku cuba mencari kawasan yang lebih selesa dan tidak membebankan kepala otak.
mengenai lori kontena yang lalu lalang itu memang menakutkan, paling memeningkan bila mereka suka sangat membunyikan hon lagi membingkitkan telinga dan memanaskan hati saja. tapi itulah risiko tinggal di kawasan berdekatan highway dan pusat pelabuhan, baru-baru ini aku ke port klang dan melihat keadaan jalan yang naif mungkin ianya laluan utama lori-lori hantu sepertinya. bandar port klang nampak kurang ceria, aku lebih menyukai bandar bukti tinggi disebabkan suasana havocnya dan variasi pasaraya yang sangat memudahkan. bandar klang pula pada hemat aku sangat ceria juga, tapi sangat melecehkan dengan kesesakkan dan baru ini aku hampir melanggar segerombolan orang bangla yang berlari seperti baru terlepas dari kandang.
kalau tidak keberatan boleh ke kamu bagitau di makan tempat kamu tu, mana tau ada kelapangan boleh la berjalan sampai ke sana sebab kebetulan sekarang ini banyak cuti jadi aku memang rajin untuk bersiar-siar di kawasan kejiranan berdekatan. semalam dah sampai kawasan pulau indah, boleh di katakan seram juga tempatnya sebab jalan yang gelap dan susah untuk mencari kedai dan penempatan penduduk setempat. kalau bersebelahan highway persekutuan, maksudnya kamu tinggal di kawasan meru / kapar sebegitu kan?
aku bekerja di kota kemuning atau lebih tepat di bukit rimau, mengajar di sekolah cina bersebelahan pasaraya carrefour tu saja. kawasan sini langsung tidak havoc yang havocnya kereta masa kesesakkan disebabkan mengelak tol kota kemuning yang rm 2.20 itu saja. aku pun mengelak sebab dalam sehari aku 4 kali melalui tol tersebut jadi jalan kebun adalah pilihan aku, pasaraya carrefour juga tidak havoc dan boleh kata seakan mati saja layaknya. tapi semenjak ada restaurant chicken rice shop tu siap minggu lepas kelihatan sedikit havoc, medan seleranya juga mulai ramai penggunjung. disebabkan kesukaran mendapatkan makanan halal aku lebih selesa makan tenghari di sana, tapi tidak juga selalu sebab aku rajin juga ke kota kemuning sebab di sana lebih banyak pilihan restaurant. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
morningggggggggggggggggggggg...
keje
ramai ke yg cuti ari ni ?
nanie Post at 16-5-2011 10:15
selamat pagi aku pun bercuti hari ni disebabkan malam nanti ada sambutan hari guru di sekolah, semalam pulas berhempas pulas berlatih untuk buat pertunjukkan untuk majlis nanti dan menyiapkan pentas. ramai juga jiran-jiran aku bercuti pagi ini, ialah esok kan cuti umum hari wesak dan ramai jiran bangsa cina yang merayakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi aku pun bercuti hari ni disebabkan malam nanti ada sambutan hari guru di sekolah, s ...
tripo-X Post at 16-5-2011 11:02
ooo...celebrate mlm plak yer. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo...celebrate mlm plak yer.
nanie Post at 16-5-2011 11:19
ye betul sambutannya malam bermula 8 malam ini, di sekolah cina majlis sepertinya di buat waktu malam adalah kebiasaan. yang penting mereka mahu penglibatan ibubapa dan juga pelajarnya, banyak pertandingan diaturkan melibatkan pelajar dan ibu bapa serta guru unruk marapatkan lagi hubungan mereka. kebetulan sekolah cina mereka banyak bergantung pada sumbangan ikhlas dari ibu bapa pelajar, penglibatan mereka untuk majlis besar seperti ini tak boleh ditolak dan amat diperlukan. banyak infastruktur sekolah menggunakan duit sumbangan, kamu tahu kan ekonomi mereka macam mana sebab di negara kita ini kuas membeli lebih 70 peratus adalah dari bangsa mereka. banyak juga bangsa selain cina belajar di sekolah sini, ada yang lagi bijak dan pandai dari orang cina sendiri dan aku akuinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baby no 2 dah lama lahir .... dah 3 bln lebih yang lalu pon. anak dah 2....bz saje. anak no 1 lak dah ligat semacam. eksen nak minum cawan konon. abis basah satu rumah. hari2 cuci comforter saje. tapi cane pon anak tetap comel |
|
|
|
|
|
|
|
tripo x....kamu ni cekgu bahasa melayu ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
baby no 2 dah lama lahir .... dah 3 bln lebih yang lalu pon. anak dah 2....bz saje. anak no 1 lak da ...
kaeiri Post at 19-5-2011 13:12
gamba pliss |
|
|
|
|
|
|
|
gamba pliss
nanie Post at 20-5-2011 10:20 AM
tgk lah nanti.... kalo ter online kat umah |
|
|
|
|
|
|
|
tripo x....kamu ni cekgu bahasa melayu ke ?
kaeiri Post at 19-5-2011 13:13
ye betul tekaan kamu tepat, aku mengajar untuk subjek bahasa melayu, pendidikan moral dan pendidikan jasmani. memang cabarannya besar sebab kebanyakkan pelajar cina paling lemah dalam bahasa melayu ini, tapi aku tak mengatakan kesemuanya tapi kebanyakkannya mereka memang risau mengenai subjek ini berbanding subjek-subjek lain. bagi mereka subjek ini adalah subjek pembunuh dalam peperiksaan besar seperti pmr dan spm, nasib baiklah ada juga pelajar melayu di sini dan semasa mengajar aku akan pastikan para pelajar aku tidak akan menggunakan sepatah pun perkataan english atau bahasa cina.
memang tak dinafikan ramai juga yang lulus cemerlang dalam peperiksaan besar, sebab ratanya mereka bagus dalam penulisan tapi bukan dalam oral seperti percakapan. setiap hari rabu untuk waktu rehat semua pelajar diwajibkan bercakap bahasa melayu terutamanya kalau berada di bilik guru, perpustakaan dan kantin berkuatkuasa bulan jun nanti disebabkan prestasi pelajar dalam subjek ini semakin menurun. aku pun dah mendatagani perjanjian 2 tahun untuk mengajar di sekolah ini, aku dah mula biasakan diri dan amat selesa kecuali suasana kejiranan di bandar puteri ini yang sedikit menjengkelkan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak review mengenai restoren nelayan luk-luk di plaza masalam shah alam, kebetulan semalam aku dan rakan sekerja menjamu selera di sana sebab dia ada kupon berilai rm 20. makanan dia berasaskan steamboat seperti di johnny's, ada juga set untuk grill kalau tak berminat makan steamboat. harganya murah kalau di bandingkan dengan restoren pesaing. contohnya untuk set lamb slice yang kami ambil baru berharga rm 18 beserta dengan fish ball, fish cake, mee dan makanan laut lainnya, tapi sayangnya ia hanya disertakan bersama sup ayam sahaja dan kami terpaksa menambah lagi rm 3 untuk sup tomyam. supnya tersangatlah teruk rasanya, sepertinya rasa dari kiub ayam maggi dan tomyam maggi sahaja.
mengenai barang mentah yang lain aku tiada komen sebab ianya segar tapi disebabkan supnya yang tak sedap semuanya jadi hambar, sebab kurang berkenan dengan rasanya aku menambah pula 1 batang bbq kambing dan 1 batang bbg daging. juga mengecewakan sebab dengan harganya rm 3.50 sebatang hanya sebesar satay kajang 2 batang yang dicantumkan saja. air pula paling murah berharga rm 3.50 untuk segelas dan kualitinya hanya seperti gerai di tepi jalan saja, aku tak rekemen tempat ini untuk kamu.
restoren ini berantum dengan sebuah kopitiam, aku dikhabarkan ianya dimiliki oleh pemilik yang sama. di lain masa aku pun nak cuba pula makan di kopitiam ni, tapi aku nak puji sebab tempatnya sangat cantik dan selesa ditambah dengan dekorasi. ada mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan, tapi aku tak faham macam mana cara nak masukkan gambar di dalam forum ni dan berharap kalian dapat membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk sini berguling2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kasi naek page dolu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|