|
best2..cepat sambung ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehehe.............,tak sabarnya nak tau aper yang di buat oleh nazrin...
cepat2 smbung yer.......... |
|
|
|
|
|
|
|
667# kaypo
hehehe.... terlebih idea tu.... harap smiley ok je... |
|
|
|
|
|
|
|
685# Jaza2008
terlebih makan serdak biskut raya..kot..hehehe
ajin..amboi nak gi menyelam..jgn ko lemas lak udah ler...jenuh lah nak buat cpr nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...tq smiley....best...
nti smbg byk2 lg..
x sabar nk tau kisah selanjut nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
“ Hani tak keluar makan?” tanya Siti Azwa, salah seorang pegawai senior di situ sambil. mendekati mejanya. Di tangannya terjinjit beg kecil. Wajah wanita lewat 30 an itu bersih tanpa secalit mekap, namun nampak berseri.
Hani segera mengangkat muka bila di sapa. Pagi tadi Encik Mustakim memberitahu yang pensyarahnya akan datang pada petang ini untuk sesi progress monitoring. Lapuran dan checklist segala tugas yang di langsaikan di Persada Cosntruction sedang di kemaskini. Dia sedia maklum yang Dr Mirzan perfectionist orangnya. Lagipun dia tak ada selera dan tak ada mood nak keluar. Nazrin masih tidak menelefonnya , mahupun membalas SMS yang di hantar. Pasti hatinya sudah berubah. Cuma Auntie Ecah yang belum di beritahu, rumus Hani.
“ Saya kenyang lagi kak. Pagi tadi makan nasi goreng. Kak Siti tak makan?” jawab Hani . Tolonglah tinggal aku sendirian, jerit nya dalam hati.
Siti memerhati Hani dengan terperinci. Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan gadis ini. Riak muka yang selalunya ceria nampak keruh.
“ Akak nak pergi mengaji Quran kat surau. Hani nak ikut? Setiap hari Khamis ada ustazah datang ke sini untuk ajar staf mengaji. Jomlah”
Mengaji Quran? Mungkin ini satu petunjuk dari Nya. Insyaallah, hati aku akan tenang dengan kalimah kalimah suci. Tapi bab mengaji ni aku lembab sikit. Sejak khatam masa sekolah rendah dulu, aku dah lama tak mengaji. Tajwid pun dah lintang pukang. Kalau setakat surah lazim macam Yasin dengan Al Mulk tu bolehlah.
“ Er.. tapi saya tak bawa Quran. Pakaian pun tak sesuai.” Teragak agak Hani menjawab sambil menunjuk pada blaus lengan panjang putih dengan seluar kelabu menyalut tubuh nya. “Rugged” nya aku berbanding Kak Siti yang sopan berbaju kurung Johor.
Tanpa membuang masa Siti menyelongkar laci nya. Sehelai tudung Ekin warna pink di keluarkan.
“ Nah , akak memang simpan tudung spare. Pakaian tu dah okay. Asalkan tutup aurat. Quran ada banyak kat surau.”
Hani mencapai tudung yang di hulurkan. Namun tubuhnya masih tercegat kaku di sebalik meja. Macam mana kalau bacaan aku teruk? Mesti kena gelak. Dah tua tak pandai mengaji. Tambah pula emosi aku tengah kurang stabil.
“Tak payah nak rasa malu, Hani. Masa akak mula belajar dulu merangkak juga. Kalau pasal ilmu, rugi kalau kita ada sifat malu. Membaca Quran dan berzikir makanan roh. Insyaallah kita akan rasa tenang. Cinta pada Allah besar nikmatnya.” nasihat Siti, seolah tahu apa yang bergelindang di hati Hani
Hani mengangguk lesu. Aku kena tabah. Takkan dengar cerita Nazrin keluar dengan Fifi aku dah rasa macam dunia nak kiamat. Lemahnya hamba Mu ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Permudahkanlah perjalanan hidup aku.
“ Okay lah Kak. Tapi akak jangan gelak kalau saya baca salah.” Pesan Hani.
“ Issh… budak ni. Apa dia ingat ni macam kelas Pendekar Bujang Lapok ke? “ gerutu Siti dengan geram. “ Pakai tudung tu cepat”
Hani menyarung tudung merah jambu dan membetulkan kedudukannya agar anak rambut tidak terkeluar. Tak ada cermin pula disini. Ah, gasaklah.
“ Cantiknya Hani pakai tudung. Kalau tauke Jakel nampak, mesti kau dapat jadi duta tudung. Ekin Mawi tak dapat cari makanlah.” puji Siti. Wajah bujur sirih Hani terserlah keayuannya.
“ Hishh, merepeklah Kak Siti” bantah Hani di susuli tawa. Namun tiada sinar di mata bundar itu. Siti terus menarik lengan nya menuju ke surau. |
|
|
|
|
|
|
|
Selesai kelas mengaji, Hani dan Siti solat Zuhur berjemaah berimamkan Ustazah Hamidah. Alhamdulillah. Betul kata Kak Siti, jiwa kita akan tenang bila kita mendekatkan diri dengan Allah.
“ Berapa nak bayar Ustazah ?” Tanya Hani sambil melipat telekungnya. Minta minta janganlah mahal sangat, takut lari bajet aku. Kos sara hidup di KL ni memang tinggi. Tambahan pula pejabat Persada Construction di kawasan Bangsar Utama, serba serbi mahal.
Ustazah Hamidah tersenyum mendengar soalan gadis itu. Macam Siti juga, mata tuanya dapat meneka yang gadis itu di rundung masaalah.
“ Percuma saja. Tuan Marzuki sendiri yang bayar Ustazah Hamidah. Selain kelas mengaji, sebulan sekali ada ustaz yang datang bagi ceramah. Nanti ada email yang bagi tahu tarikh dan waktu.” Siti mencelah.
Baik pula bapa si Shamil ni. Tak macam yang di ceritakan Acik Mah. Mungkin bila usia meningkat dia dah insaf.
“ Tuan Marzuki tu orang kuat agama , ya?”
“ A’ah. Sejak dia pergi buat umrah dia banyak berubah. Dulu dia gemar bersosial. Karaoke, party semua tu perkara biasa kalau nak raikan staff dan pelanggan. Dalam bilik dia pun ada botol botol air kencing setan. Tapi syukurlah dia dah bertaubat. Kita juga yang untung, dapat ilmu dengan percuma” Siti tersenyum lebar.
“ Akak dah kerja sini lebih 15 tahun. Inilah pekerjaan pertama Kak Siti. Sampai sekarang tak pernah bertukar tempat kerja. Dulu syarikat ni kecil, cuma menyewa rumah kedai. Lepas setahun dua baru Tuan Marzuki beli bangunan ini. Kata orang, dia dapat durian runtuh. Tapi Kak Siti tak tahu pula macam mana tiba tiba dia jadi kaya. Selepas itu Persada Construction pun makin di kenali dan dia mula dapat kontrak kontrak besar.” Kak Siti mengumbar kisah silam sambil mereka berdua memanjat tangga. Jabatan Kewangan terletak di Aras 3 bangunan empat tingkat yang tersergam indah berhampiran Stesen LRT Bangsar.
Betul lah cerita Acik Mah, rumus Hani dalam hati. Tapi aku nak marah pun tak guna. Semuanya sudah lama berlalu. Lagipun, buat apalah nak rebutkan harta dunia sedangkan semua nya bersifat sementara. Macam hubungan aku dan Nazrin juga. Cuma sementara saja aku berpeluang berkongsi kasih. Manusia hanya merancang, Tuhan menentukan.
“ Tapi Hani rapat dengan Shamil kan? Takkan dia tak pernah cerita pasal keluarga dia?” soal Siti. Perempuan dan gossip tak dapat di pisahkan sejak azali. Hubungan Hani dan Shamil sering jadi topik sesi bual berjemaah Jabatan Kewangan. Pantang ada waktu senggang, anak boss besar pasti bertandang di ofis mereka sekaligus mengundang bermacam macam komen.
Hani terkedu sejenak. Alamak, belum apa apa lagi aku dah jadi sasaran. Ni yang tak best.
Tiba tiba pinggang Hani di cuit.“ Itulah Tuan Marzuki. Panjang umur” bisik Siti. Di hadapan mereka seorang lelaki separuh umur yang segak berkot biru tua sedang berjalan ke arah lif.
“ Selamat tengahari Tuan Marzuki” kata mereka serentak bila berselisih. Macam budak sekolah bila guru masuk ke kelas pula bunyinya.
Tuan Marzuki membalas dengan senyuman. Mata lelaki separuh umur itu tertancap pada Hani. Hatinya di pagut rasa deja vu. Inikah Hani, kawan Shamil? Wajah, gaya jalan, senyuman memang ada iras arwah Rohana. Aku harus mengenali gadis ini dengan lebih dekat, dia bertekad.
………………………………………………………………………. |
|
|
|
|
|
|
|
besok lusa baru ada citer nazrin
harap sabar ya |
|
|
|
|
|
|
|
690# sang_arjuna
dalam ketaksabaran juliet mnanti tau...!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ala rindunya kat nazrin.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagilah n3nya...x sabo nak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
adoiii ler..nak kena tunggu deepavali ler ni br Nazrin muncul...
takpe2..harap2 hepi sket |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai... dah debar2 baca n3...tup...tup esok lusa baru ada part ayin ngan hani...huhuhuhu.... cepat smiley n3... teruja dah nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
smiley...jgn wat konflik lama2 sgt antara nazrin ngan hani yer... |
|
|
|
|
|
|
|
adus...xde nazrin la n3 kali ni...rindu gler dgn nazrin... |
|
|
|
|
|
|
|
best2... nti sambg lagi ye smiley.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|