CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2007 08:42 PM | Show all posts

Reply #679 jai09's post

untuk pengetahuan semua visa umrah ditutup apabila bermulanya bulan Syawwal (tahun ini awal syawwal ialah 13.10.2007 ).Ada orang pergi dalam bulan Syawwal . Mereka ni ambil visa umrah dalam bulan Ramadhan lagi. Mereka yang pergi dalam bulan Syawwal mesti keluar dari `Arab Saudi sebelum 15 Syawwal(27.10.2007 )kerana jemaah haji mula sampai .

Sekalai lagi saya nasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi bulan March biarlah akhir March kerana kita bimbang visa umrah tak dikeluarkan lagi , sepertimana berlaku di tahun-tahun yang lepas mengakibatkan ramai jemaah terkandas dan tarikh keberangkatan ditunda.Saya selalu menasihati orang yang nak pergi dengan saya tahun-tahun lepas agar kita tidak pergi awal bulan Rabi `ul Awwal kerana belum tentu permohonan visa umrah dibuka. Kita tak boleh lihat senario tahun lepas kerana undang-undang arab ini tak selalu sama, tahun ini lain, tahun depan pula lain. Undang-undang yang mereka buat boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Banyak travel agensi yang telah menempah seat pesawat Saudia kerana mengikut perkiraan mereka di tahun-tahun lepas walau pun mereka tak dapat visa umrah tetapi kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visa ziarah untuk mereka yang menaiki pesawat Saudi Arabia sahaja. Manakala mereka yang nak menaiki pesawat yang lain terkandas.

Sebenarnya pemberian visa ziarah ini hanya diberikan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.  Sebagaimana yang saya jelaskan bahawa undang-undang Arab ini tak menentu dan boleh berubah bila-bila masa sahaja.WALLAAHU `AA`LAM

Kebanyakan travel agensi salah perhitungan, tiga tahun lepas, kalau tak silap saya , visa mula dibuka untuk permohonan pada 15 Safar. Kemudian selepas itu pada tahun berikutnya travel agensi fikir visa dibuka seperti tahun sebelumnya, oleh itu mereka berlumba-lumba booking tiket awal ( siapa cepat dia dapat ) tetapi malangnya sangkaan mereka tak betul akibatnya ramai jemaah terkandas dan penerbangan mereka ditunda. Begitulah setiap tahun ada yang terkandas kerana nak pergi awal sedangkan belum tentu visa di buka awal.

Untuk pengetahuan semua ,berdasarkan pengalaman saya yang pernah tinggal lebih kurang 6 tahun di Madinah , bahawa setiap tahun tarikh visa umrah mula dibuka berubah-ubah. Ini bergantung kepada kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Apabila menterinya berpuas hati dengan gerakan pembersihan pendatang asing , barulah visa umrah dibuka.

Walau bagaimana pun marilah kita sama-sama berdoa supaya semua jemaah yang nak pergi  bulan March ini dihantar ALLAH ke tanah suci . Hanya kepada ALLAH tempat kita bermohon. ALLAH berkuasa diatas segala-galanya.

Sekian semoga bermanfaat
Wassalaamu` alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[ Last edited by  naasiha at 8-3-2007 07:40 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 10:30 AM | Show all posts
naasiha,
Tapi visa ziarah boleh ambil kan? cuma kena bayar lebih sikit aje.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 03:51 PM | Show all posts

Reply #684 uda's post

Pertama sekali biarlah saya jelaskan perbezaan diantara visa umrah dan ziarah :-

Pemegang visa umrah hanya boleh pergi ke Makkah , Madinah dan Jedah sahaja manakala pemegang visa ziarah boleh bebas ke mana-mana sahaja dalam negeri Arab Saudi.

Nampaknya visa ziarah ini lebih power dari visa umrah tetapi pihak kedutaan Arab Saudi tidak akan mengeluarkan visa ziarah kepada sesiapa sahaja yang memohonnya. Mengikut procedure biasa seseorang rakyat Arab Saudi yang ingin memohon visa ziarah untuk kenalannya di Malaysia ( sebagai contohnya ) menulis surat kepada kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur ( ada form yang mesti diisi olehnya ) bahawa mereka yang berkenaan ........ melawat ........ dan diharap pihak kedutaan Arab Saudi dapat mengeluarkan visa ziarah kepada nya. Visa ziarah ini dikenakan bayaran yang lebih  dari visa umrah.

Ini mengikut procedure biasa, ada pun semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visa ziarah kepada penumpang pesawat Arab Saudi, ketika visa umrah belum di buka lagi. Ini kerana kedutaan Arab Saudi nak tolong syarikat airlines Arab Saudi.

Tahun ini tak tahu samada visa ziarah ini dikeluarkan kepada penumpang pesawat Arab Saudi atau tidak. Sebagaimana yang telah saya jelaskan bahawa  sikap arab ni tak tentu, kita tak boleh compare dengan tahun2 lepas . Tahun lepas lain , tahun ini mungkin mereka ubah pula. Undang-undang Arab ni tak menentu, pagi ini mereka buat peraturan petang ini mereka boleh mengubahnya . Kalau anda pernah berurusan di negara Arab anda akan akui apa yang saya cakap ini. Saya dah masak sangat dengan perangai mereka , hanya golongan agama, ulama` dan mereka yang menerima pendidikan dinegara barat sahaja yang pandai berkomunikasi dengan orang ramai dan tak banyak kerenah. Sebab itulah saya nasihatkan kawan2 supaya pergi umrah selepas 15 Rabi`ul Awwal supaya lebih selamat.

Memang perit berurusan dengan mereka ini. Insha` ALLAH kalau ada masa saya akan terangkan pengalaman saya di Madinah selama lebih kurang 6 tahun dan di Sudan selama 2 tahun.

Walaubagaimana pun sama-sama lah kita berdoa supaya saudara-saudara kita sesama islam dapat pergi bulan March ini dan visa ziarah dikeluarkan oleh kedutaan Arab Saudi. Kita semuanya makhluq ALLAH. Semua yang berlaku adalah dengan kehendak ALLAH dan ALLAH berkuasa menggerakkan hati kedutaan Arab Saudi untuk mengeluarkan visa ziarah, Itulah permintaan kita.

Sekian wassalaamu `alaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh.

[ Last edited by  naasiha at 8-3-2007 07:50 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

rosputih_28 This user has been deleted
Post time 1-3-2007 12:51 PM | Show all posts

Reply #685 naasiha's post

Assalamualaikum,

Saya sentiasa menanti dan mengikuti tulisan saudara saban hari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 02:15 PM | Show all posts

Reply #687 rosputih_28's post

Nantilah , sekarang ni tengah sibuk nak habiskan sylybus , semester tak habis lagi. Perkara yang penting yang patut anda tahu semua ialah : Apakah hak anda sebagai jemaah haji atau `umrah. Ramai yang tak tahu mengenai hak mereka. Insha` ALLAH saya akan beritahu beserta denagn pengalaman saya menyelesaikan beberapa kes jemaah haji sewaktu saya menuntut disana dahulu.

to be continue
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 05:33 PM | Show all posts
saya nak tau boleh ke sorang wanita yg dah bersuami pergi umrah/haji tanpa suaminya? maksud saya pergi sorang tanpa ditemani mahram.

maaf klw dah diterangkan kat page belakang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2007 09:42 PM | Show all posts

Reply #690 gam_gajah's post

Masalah ini saya tak bincangkan lagi, mungkin orang lain telah membincangkannya, Wallahu `aa`lam.

Didalam buku saya , ada saya terangkan masalah ini tetapi buat masa ini saya tengah mengeditnya semula dan maaf saya tak boleh kirimkan lagi.

Sebenarnya perbahasan ini bukan setakat perbahasan wanita mengerjakan haji atau `umrah tanpa mahram ( bukan muhrim ) sahaja tetapi ianya merangkumi  hukum wanita bermusafir bersendirian tanpa ditemani oleh mahram, samada bermusafir untuk mengerjakan haji dan umrah atau bermusafir kemana sahaja.

Dibawah ini saya lampirkan sedutan dari buku saya .

Kata Imam An Nawawi رحمه الله dalam kitab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 10:58 PM | Show all posts
sedap sungguh icecream mango kat mekah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 04:28 PM | Show all posts

Reply #692 rinafarha1709's post

lg satu kebab depan ar-raed hotel..
mmg kawkaw..hehe

cari kat mesia mmg jauh lari la dr segi rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 08:08 PM | Show all posts

Cara Melihat Arabic Font Bagi komputer yang tidak di install Arabic Window

Aassalamu`aalaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Untuk pengetahuan semua , doa sewaktu tawaf yang saya tulis adalah dalam bahasa `Arab. Sekiranya arabic font tak kelihatan...yang kelihatan hanya lah unknown font ada cara untuk melihat paparan yang ditulis dengan arabic font itu dengan syarat menggunakan internet explorer 5 atau lebih tinggi lagi. Caranya ialah:
click view,
kemudian select encoding,
setelah itu select more dan click arabic window.
Insha ALLAH anda akan dapat melihat paparan atau tulisan yang ditulis dengan bahasa arab. Sekian selamat mencuba. Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita kearah jalan yang benar. Aamin.
Wassalamu`aalaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

[ Last edited by  naasiha at 7-3-2007 09:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 11:58 AM | Show all posts
assalamualaikum
salm perkenaln..
tq share pengalaman..
insyaallah sy bakal kerjakan umarah bulan may..
tp sampai skrg masih mencari pakej yg sesuai
sy sgt risau untuk ke sana
tebayang byk kesilapan yg sy lalukan
sy sgt takut bile ade yg kt x boleh tgk kaabah
dan pelbagai mslh disana
lagi satu
ade sesiapa x yg ada peta kedudukan hotel2 disana
tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 12:20 PM | Show all posts
tumpang tanya....kalo bulan ujung bulan mei n awal bulan jun tur musim panas ker???
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 08:57 PM | Show all posts
Panas.
Nasihaa,
Kawan saya dah pun pergi buat umrah last week - pakai visa ziarah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 10:37 AM | Show all posts

Reply #694 uda's post

alhamdulillah, semoga mendapat umrah mabrurah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 10:47 AM | Show all posts

PERINGATAN KEPADA YANG BELUM MENGERJAKAN HAJI TANPA SEBAB

Aassalamu`aalaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Untuk pengetahuan semua , terdapat tulisan bahasa arab dalam mesej ini . Sekiranya arabic font tak kelihatan...yang kelihatan hanya lah unknown font ada cara untuk melihat paparan yang ditulis dengan arabic font itu dengan syarat menggunakan internet explorer 5 atau lebih tinggi lagi. Caranya ialah:
click view,
kemudian select encoding,
setelah itu select more dan click arabic window.
Insha ALLAH anda akan dapat melihat paparan atau tulisan yang ditulis dengan bahasa arab.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI DAN `UMRAH

Haji dan `Umrah hanya diwajibkan sekali sahaja seumur hidup. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam dalam hadith sahih :
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 10:50 AM | Show all posts
Apabila diteliti hujah masing-masing, kita dapati pendapat `ulama yang mengatakan wajib menyegerakannya dan tidak boleh ditangguh adalah pendapat yang terkuat . Oleh itu kita harap masyarakat umat islam Malaysia tidak lagi menangguhkan pemergian ke Makkah untuk mengerjakan haji dan `umrah, seperti yang berlaku sekarang .

Tujuan saya menyentuh masalah ini ialah kerana ada segelintir umat islam , apabila ditanya  :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 10:52 AM | Show all posts
Sebenarnya haji dan `umrah sudah pun terkenal di zaman jahiliyah. Masyarakat Jahiliyah bertawaf dengan bertelanjang. Apabila Islam datang, adat Jahiliyah yang keji ini dihapuskan, begitu juga dengan adat-adat dan kemungkaran yang lain.

`Ibadah haji juga terdapat dalam syari'at yang lain. Ada yang mengatakan bahawasanya Nabi Adam عليه السلام  berulang kali mengerjakan haji. Jibri  عليه السلام memberitahunya bahawa malaikat bertawaf mengelilingi Kaa`bah. Nabi Ishaq dan nabi-nabi yang lain عليهم السلام  juga mengerjakan haji. Menurut sebahagian ulama رحمهم الله , semua Nabi عليهم السلام  mengerjakan haji.

Di antara ayat-ayat yang menandakan bahawasanya haji telah pun ada dan di laksanakan sebelum Islam, adalah :
وإذ بوأنا لإبراهيم مكان البيت ألا تشرك بي شيئاً وطهر بيتي للطائفين والقائمين.والركع السجود           
" Dan ingatlah ketika KAMI ( الله ) tempatkan untuk Ibrahim tempat Al BAIT, Kami titahkan: Hai Ibrahim ! janganlah engkau menyengutukan sesuatu dengan-KU dan sucikanlah rumah-KU untuk mereka yang tawaf, i'tikaf, ruku` dan sujud. "  ( Al Hajj : 26 ).

Dan firman الله  :                           وأذن في الناس بالحج يأتوك رجالا وعلى كل ضامر يأتين من كل فج عميق
" Serulah manusia wahai Ibrahim, tentang haji nescaya mereka akan datang kepadamu dari segenap penjuru. " ( Al Hajj : 22 ).

Diriwatkanlah oleh Al Bukhari, Muslim dari Ash Sya'bi رضي الله عنه  , ujarnya :
" Di Safa ada satu berhala yang dinamakan Asaf  dan di Marwah ada satu patung yang dinamakan Naa ilah . Masyarakat jahiliyah bersa'i di antara keduanya " . Setelah Islam datamg , berhala-berhala itu disingkirkan dari situ. Umat Islam beranggapan bahawa orang-orang Jahiliyah bersa'i  kerana berhala. Lantaran itu ummat Islam enggan bersa'i, maka الله  menurunkan ayat :
إنَّ الصَّفَا وَالمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ
" Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah dari syi'ar-syi'ar الله  " ( Al-Baqarah ;158  ).

Dalam sebahagian riwayat diterangkan bahawa ketika turun ayat haji :
ومن كفر فإن الله غني عن العالمين   
揇an barang siapa mengingkari ( kewajiban haji ), maka sesungguhnya الله  Maha Kaya (  tidak berhajat kepada sesuatu )  dari semesta alam .
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 01:45 AM | Show all posts

UMRAH SECARA BACKPACK ( KELUARGA ) SAMBIL MELAWAT JORDAN/BAITUL MAQDIS

Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,

Sekiranya anda berminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH"

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namunbegitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang merekakerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah pun membacaatau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitab haji danumrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yangdituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecilsahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihiwasallam,apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suarasewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau paraMutawwif  ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedangkhusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapasaya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.

Pada tahun ini, insha` ALLAH saya akan mula bercuti pada 19.3.07sehingga 11.6.07. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil melawatJordan melihat laut mati, ashabul kahfi dan lain-lain lagi. Saya pernahke Jordan pada tahun 1994, 1995 dan 1996. 3 Kali pergi ke Jordan dalamperjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikutsaya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat BaitulMaqdis tahun 1995 dan 1996.

Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman.Ramai orangyang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamatawal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akanmenutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis ini mahal. Sewaktu sayapergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah saya kena bayar200USD untuk 2 malam 3 hari di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 1 malam2 hari . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD,cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.

Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantanmenceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketikaitu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya padatahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja.Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ketangan yahudi laknatullaah.Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kalipertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azansayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapipenjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjidberdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap danuntuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olahkita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , samasedihnya apabila saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur,sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,sayabercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudidi usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir denganqiamat.

Saya ini bukan travel agensi. Saya uruskan sendiri urusan ke Makkah,Makan minum, pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack juga.Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yangmurah, yang mahal semua boleh tetapi saya syorkan yang murah keranakita ni macam backpack sahaja.

Dibawah ini saya sertakan anggaran perbelanjaan untuk mengerjakan umrah sambil melawat Jordan.pergi ke Makkah dan Jordan .
Harga tiket pesawat RJ ( Jordan ) 3200RM.
Wang untuk bayar visa 170/180RM .
Wang makan di Makkah dan Madinah 30/35RM sehari .
Penginapan di Madinah 80RM semalam. Biasanya jemaah bermalam 2 malam sahaja diMadinah kerana mahal , semuanya hotel-hotel baharu, yang lama dan murah telah dirobohkan, kecuali sedikit sahaja dan tak dapat nak menampung permintaan.
Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam diMadinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam diMadinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos sewa pengangkutan pula seperti berikut:

Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak berubah.
Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover.Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma.

Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa.

Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di bilikyang mempunyai bilik air didalamnya,bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik.

Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH

Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya sebelum 5.4.2007 kerana saya akan bertolak pada19.4.2007. Setakat ini ada 4 orang nak ikut sama . Seperti yang sayajelaskan kalau makin ramai makin murah kerana boleh cover bayaran bas.Walau pun 4 orang nak ikut saya tetapi travel agensi tempat saya buat visa nak pass kan jemaah mereka seramai 11 orang. Jadi jumlahnya sebanyak 16 orang termasuk saya.


Setelah itu pada cuti sekolah, insha` ALLAH  sekali  lagi saya akan mengerjakan umrah dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah sekiranya ramai yang nak ikut serta, satu group ke makkah sahaja dan satu group lagi Umrah/Jordan. Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada 19.4.2007 ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 04:39 PM | Show all posts

Reply #25 ari7's post

nak tumpang tanya... bulan depan suamii akan ke jeddah selama 3 hari atas urusan kerja. JIka saya ingin turut serta bersama suami ke sana apa kah saya perlukan visa atau apa apa yang perlu untuk membuat umrah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:19 PM | Show all posts

Reply #700 bayangan_rindu's post

ya , puan mesti buat visa. untuk visa anda mesti lampirkan salinan surat nikah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sayarikat yang membuat visa iaitu Syarikat Umrahaj yang terletak di Diamond Square, jalan Gombak. Untuk pengetahuan semua Andalusia , Tabung Haji, Asari Murni dan banyak lagi syarikat travel membuat visa umrah di syarikat Umrahaj ini.
Sila hubungi saya kerana saya nak tahu apa masalah puan secara detail .

[email protected]

[ Last edited by  naasiha at 25-3-2007 02:25 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058164 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list