|
[Tempatan]
TENGKU JALIL(TJ) @ TUNKU LAKSAMANA JOHOR TELAH MANGKAT.
[Copy link]
|
|
thread lky meninggal pun wa tarak bikin onar taw..
hormat la pada yg dah pergi...juga pada famili yang ditinggal pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biodata Almarhum Tunku Jalil. YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail --- Gelaran: Tunku Laksamana Johor Tarikh Diputerakan: 5 Julai 1990 Umur: 25 tahun Tempat lahir: Hospital Sultanah Aminah JB Ayahanda: Sultan Ibrahim Iskandar Bonda: Raja Zarith Sofia Idris Shah Adik beradik: anak ke 4 daripada 6 adik beradik Panggilan mesra: Jalil atau Lil Hobi: memelihara haiwan dan bersenam --- - Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun. - Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom - Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor. - Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda. - Beliau seorang yang komited dalam memajukan sukan pelayaran di negara ini. - Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini - Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar - Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China. Al-fatihah
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudi ke Chef Wan terima hadiah dari saya?'
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 DISEMBER 2015
PERTEMUAN singkat antara chef selebriti terkenal, Chef Wan dengan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dalam penerbangan dari Johor ke Kuala Lumpur mampu menyingkap peribadi mulianya.
Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, Tunku Abdul Jalil menyapa Chef Wan dan meminta kebenaran untuk bersalaman dan mengaku sebagai peminat tanpa diketahui identiti putera keempat Sultan Johor itu.
“Al-Fatihah kepada insan teristimewa yang saya kenali ketika duduk di hadapan saya dalam penerbangan dan menyapa saya untuk pertama kali serta bersalaman dengan saya.
“Almarhum kata, ‘hai boleh saya salam? Saya peminat setia. Saya dan akak saya, selalu main masak-masak depan TV ketika Chef Wan bercakap. Chef Wan selalu buat saya ketawa’.
“Almarhum juga minta untuk saya pindah ke tempat duduk depan di sebelahnya supaya kami boleh berbual dengan selesa sepanjang perjalanan dari JB-KL,” ceritanya melalui kemas kini di laman sosial Instagram.
Malah, pada awalnya, Almarhum hanya memberitahu sedang menjalani latihan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika Chef Wan bertanya tentang pekerjaannya.
“Saya tanya, ‘you’ kerja di mana? (Tunku Jalil jawab) Oh saya tengah ‘training’ dengan PDRM.
“Saya kata oh macam ini kena lah makan lebih lagi. Saya tak tahu langsung bahawa Almarhum memang tidak sihat,” katanya.
Namun Tunku Abdul Jalil hanya tertawa dan berkata bahawa ingin merasa masakan Chef Wan.
“Saya kata, Insya-ALLAH jika saya ada restoran atau buat demonstrasi masakan, bolehlah datang rasa," katanya.
Kemudian Tunku Abdul Jalil ada menawarkan hadiah untuk Chef Wan tentang sejarah Kesultanan Johor.
“Sudi ke Chef Wan terima hadiah dari saya? Almarhum keluarkan buku dari begnya. Saya kata kepadanya, ‘oh kamu penulis juga?
“Beliau jawab, ‘no...but this book was commissioned by my dad’. Beliau tandatangan buku itu dan ketika itulah baru saya tahu beliau adalah Tunku Jalil, anakanda kepada Sultan Johor,” kata Chef Wan lagi.
Menurut Chef Wan, mereka terus berborak dan Tunku Abdul Jalil sangat sopan dan sangat terhormat.
“Almarhum ada banyak minat mendalam dan sayangkan haiwan juga. Baru sebentar mendengar berita pemergiannya sudah tentu saat menyedihkan buat negara. Dia memang seorang yang sangat berani.
“Saya tak dapat bayangkan keperitan yang dilalui keluarga diraja Johor yang kehilangan ahli teristimewa mereka dan sedihnya teramat sangat.
“Saya sendiri yg mengenali beliau buat seketika itu pun terasa bagaimana merendah dirinya dan baiknya Tunku Jalil. Semoga ALLAH merahmati rohnya dan tempatkannya di Jannah. Al-Fatihah,” tulisnya.
Almarhum disahkan mangkat kira-kira jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada Sabtu.
Jenazah disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Januari 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
kak_sue replied at 7-12-2015 05:31 PM
Oh ya ka.... mesti dia enterframe bila kaum wanita berbual kan dah lama dia tengelam. tim ...
Sudah semstinya k sue....
Kat board family sakan k sue dia berjimba2
Enterframe sana sini.mebawa hujah2 dia tu...
Hilang kecebur! terjun tasik lepas kena soal pasal hutang janda.... |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 7-12-2015 05:41 PM
Sibuk sangat nak pertikaikan itu ini..
nah...
Hahahahahahaha
Torbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ampun TT. iols tak buat lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ni aku setuju. tenkiu utk peringat yg padat dan berkesan. mohon abai dia mcm kita perlu abai alvin n diva aa. kih3
|
|
|
|
|
|
|
|
komen aku berdasarkan cerita betul kematian cousin aku je.. tp aku admit gak ada certain perangai diorg ni negative jugak..
oh satu lg cerita psl sultan, aku lupa nk cerita, member aku pegi mancing kat sungai dalam ladang MADOS (ladang milik sultan), tengah2 mancing tetiba sultan & bodyguards dia muncul naik ATV, member2 aku punya la cuak, tapi sultan ibrahim ni x marah pun, dia tanya "sini banyak ikan ape?".. pastu sblum dia blah, dia pesan, "nak mancing, mancing la, tapi jangan buang sampah sudah" hahaha.. tgelak aku dgr diorg cerita
|
|
|
|
|
|
|
|
Lava beritahu lah dgn adik lava tu.... si sewel. Rahim. Dia yg meroyan & kacau orang kat sini.
Lava segan ke nak sound kat dia? Tapi akak rasa dia dah tak berani kacau kat sini lagi lah....tembelang sudah pecah
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kenapa orang baik-baik ramai yang pergi dulu?""Kalau kamu jalan-jalan di taman..dan ternampak bunga yang begitu cantik..apa kamu akan buat?.." "Saya akan petik bunga yang cantik tu.." Begitulah..orang yg baik..ibarat bunga bunga cantik di taman..
disayangi Tuhan.. Moga kita adalah antara bunga bunga yang cantik itu...
|
|
|
|
|
|
|
|
lagipun x nampak aper salah pun org nak buat tahlil..
kalau ahli kelaurga meninggal biasa mmg buat tahlil & yassin..
sedekahkan pahala buat si arwah..
itu lagik baik dari duk menangis mengenang nasib !!!
benda baik x salah pun nak buat..
lainlah kalau jatuh hukum WAJIB buat..
|
|
|
|
|
|
|
|
waaa enjoyz lah dia kat sana. sel otak dia bersambung sambung. Hehehehe....sewel to the max
|
|
|
|
|
|
|
|
Brunei Crown Prince Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah offers condolences to Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar after the burial of Tunku Abdul Jalil at the Mahmoodiah Royal Mausoleum on Sunday. Pix by Hairul Anuar Abd Rahim
|
|
|
|
|
|
|
|
you made me cry uuuuuu....terbayang mungkin bondanya Raja Zarith Sofia masuk dlm bilik almarhum...tengok setiap inci bilik yg dah sunyi tanpa kelibat anakanda tercinta. Satu kehilangan yg sangat besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
yellowsky posted on 7-12-2015 03:00 PM
akak tak penat ke?
aku yang baca pun rasa penat .....
|
|
|
|
|
|
|
|
ala..bincang tang tahlil...boleh jugak buat tambah2 ilmu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|