anniez08 posted on 21-2-2014 08:38 PM
best ke kaka?.. sinopsis dia cane?.. okay ke?.. happy ending?..
N tanya ending
kaka baru je beli N...duk dalam plastik lagi buku tu..sekarang total ada 9 novel yg belum dibaca...
dua2 fav author kaka...
Sinopsis Pabila Romeo VS Juliet
AWATIF, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil. AYYAD, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain. “Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari “Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –AWATIF SULAIMAN Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air... “Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - KHADIJAH, umi Awatif. “Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – AWATIF “Abang Ayyad kaulah.” – KHADIJAH, umi Awatif. “Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -AWATIF Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya! Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari? Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?
Sinopsis Tiba-tiba, Dia Ada
Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan.
Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.
“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie
“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband.
Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya
Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.
“Such a sweet talker...” - Arya
“Told ya... I was born with it...” – Ayie
Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan
tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.
“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya
“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie
Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan.
Adakah mereka berjaya menghadapinya?
|