|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Org dah kawin baru sibuk nk terhegeh..Alya ni lah..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak, tak jadiklah cerita. Hampa ni pun!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya reaksi FIFI kalu tau FANDI layan ex gf dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Readers...
Masih mood bersedih sebab Lee Chong Wei kalah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 6-8-2012 11:37 AM
Salam Readers...
Masih mood bersedih sebab Lee Chong Wei kalah....
takde kaitan pun... dah gi basuh muka. penat nunggu fandi & fifi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 35
Unit Siasatan Jenayah (Narkotik)
Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman
Tok Tok
“Assalamualaikum, tuan” ACP Zaid mengangkat muka lalu mengukir sedikit senyuman kepada kedua-dua orang bawahannya.
“Waalaikummusalam. Sila duduk” Mereka menurut. ACP Zaid meneliti seketika fail di atas mejanya sebelum kembali memandang ke depan.
“Inspektor Zamani”
“Ya tuan”
“Macam mana?”
“Belum lagi, tuan. Shark langsung tak mahu buka mulut tentang Jedi” ACP Zaid menganggukkan kepala namun matanya tidak lepas memandang Inspektor Zamani dan Inspektor Sabri bergilir-gilir.
“Pihak atasan sudah mula bertanyakan perkembangan kes ini. Kita tak boleh berlengah lagi” ACP Zaid berkata lagi. Walaupun perlahan, kedengarannya tegas. Inspektor Zamani menarik nafas.
“Apa yang menyebabkan Shark terlalu berahsia tentang Jedi?” Inspektor Sabri pula bertanya.
“Tak tahu” Inspektor Zamani menjawab sambil menggelengkan kepala. Satu hembusan nafas dilepaskan.
Suasana menjadi sunyi seketika.
“Tuan, Inspektor Sabri. Apa kata kita guna cara lain” Inspektor Zamani berkata lagi.
“Cara macam mana? Sampai sekarang, Shark tak nak buka mulut” Inspektor Sabri menjawab. Nadanya kedengaran agak tegang. Dia tidak marah kepada rakan setugasnya cuma, dia sendiri seperti berputus asa kerana kes ini sudah berjalan agak lama.
“Kita tak boleh putus asa sekarang” Inspektor Zamani menepuk bahu rakan setugasnya beberapa kali seperti memberi semangat.
“Kita dah lama mengintip Shark dan kuncu-kuncunya untuk mendapatkan Jedi. Maklumat yang kita dapat cuma seinci” Inspektor Sabri menarik nafas seketika setelah berkata, sekadar meluahkan sedikit perasaan geram dengan kelicikan Jedi.
“Awak ada cadangan, Inspektor Zamani?” ACP Zaid pula bertanya.
“Ada tuan” ACP Zaid mengangkat keningnya.
“Teruskan…”
“Kita akan paksa Jedi keluar”
“Paksa jedi keluar? Macam mana?” ACP Zaid bertanya lagi.
“Kita guna cara kasar. Kita masih boleh gunakan Shark”
|
|
|
|
|
|
|
|
produkherba posted on 6-8-2012 11:42 AM
takde kaitan pun... dah gi basuh muka. penat nunggu fandi & fifi ni
Okay..coming....
|
|
|
|
|
|
|
|
berkesan rupanya cara yg herb cadanagakn kat nicki. abis basuh muka terus aja ada nicki tepek. kalau rasa sedih nanti basuh muka lagi tau |
|
|
|
|
|
|
|
“Maksud Inspektor?”
“Kita serbu Shark”
“Serbu?”
“Maksud saya, kita gagalkan setiap rancangan Shark. Kita tengok berapa lama Jedi bertahan untuk berdiam diri” ACP Zaid dan Inspektor Sabri masih mendiamkan diri. Menumpukan perhatian kepada rancangan Inspektor Zamani.
“Shark terlalu setia pada Jedi. Dia tidak akan sekali-kali mengkhianati ketuanya. Jadi, kali ini, kita gunakan reverse psychology. Kita buat sehingga Shark sendiri yang akan melawan Jedi"
ACP Zaid memandang Inspektor Zamani, agak lama.
“Shark tali barut utama Jedi, orang yang paling Jedi percayai untuk melakukan kerja-kerjanya. Tapi, Jedi juga tak akan sekali-kali menerima kegagalan. Dia tak akan teragak-agak untuk bertindak ke atas sesiapa yang menggagalkan rancangannya, termasuk orang yang paling di percayai, termasuk Shark” Inspektor Zamani menyambung kata.
“Apa yang Jedi akan lakukan kalau rancangannya gagal?”
“Tuan pun tahu yang Jedi tidak pernah menaruh belas kasihan kepada sesiapa. Saya yakin, kalau rancangan kita berjaya, Jedi akan mula hilang kepercayaan kepada Shark selepas ini. Malah mungkin, nyawa Shark sendiri akan terancam. Saya tak rasa Shark akan berdiam diri bila Jedi mengancam nyawanya. Shark pasti akan melawan. Pada masa itulah, kita bertindak. Kita akan cuba mempengaruhi Shark untuk bekerjasama dengan pihak polis” ACP Zaid terdiam agak lama sebelum menganggukan kepala.
“Kamu yakin Shark mahu bekerjasama dengan cara ini?”
“Saya tak berani jamin seratus-peratus tuan. Tapi kita boleh cuba” ACP Zaid mengangguk lagi.
“Tapi tuan, cara ni pun tetap berisiko” Inspektor Zamani berkata lagi.
“Risiko?”
“Macam yang saya cakap tadi, sama ada Shark akan memberi kerjasama atau tidak, itu kita tak dapat pastikan. Risiko kedua, kita mungkin akan kehilangan Jedi terus” Inspektor Zamani berkata perlahan. ACP Zaid tidak bersuara.
“Macam mana dengan Ajak?” ACP Zaid mengubah tajuk. Buat masa ini, dia belum mahu memberikan jawapan sama ada perlu atau tidak untuk meneruskan rancangan Inspektor Zamani.
“Abdul Razak Bin Rahman” Inspektor Zamani menyebut nama penuh kuncu Shark yang telah mengkhianati ketuanya itu.
“Dia dah melarikan diri. Buat masa ini, orang-orang Shark belum dapat mengesan di mana dia bersembunyi” Inspektor Zamani menjawab.
“Jadi, memang betul dia yang curi duit Jedi?”
“Ya”
Suasana menjadi senyap sekali lagi. Tiada sesiapa pun yang bersuara. |
|
|
|
|
|
|
|
“Baiklah” ACP Zaid berkata setelah berfikir agak lama.
“Cari Ajak. Kita paksa dia untuk bekerjasama dengan pihak polis. Kita tawarkan hukuman yang lebih ringan sekiranya dia setuju untuk memberi keterangan dan menjadi saksi dalam kes ini. Pastikan dia tidak ditangkap oleh orang-orang Shark ataupun Jedi” ACP Zaid mula memberikan arahan.
“Dan kita teruskan dengan rancangan awak, Inspektor Zamani. Dapatkan semua maklumat tentang aktiviti Shark. Kali ini kita serbu. Kita tengok berapa lama Jedi mahu mendiamkan diri” Inpsektor Sabri dan Inspektor Zamani mengangguk.
“Kita mulakan dengan menahan orang-orang kulit hitam yang menjadi ‘business partner’ Shark” Sekali lagi ACP Zaid memberikan arahan. Orang-orang bawahannya mengangguk lagi.
“Baik tuan” Mereka menjawab serentak.
“Baiklah Inspektor Sabri, Inspektor Zamani. Harap-harap kali ini kita berjaya” ACP Zaid berkata lalu bangun dari kerusinya, menandakan perbincangan mereka telah berakhir. Inspektor Sabri dan Inspektor Zamani turut bangun.
“InsyaAllah tuan” Mereka menundukkan sedikit kepala tanda hormat sebelum mula melangkah keluar daripada bilik ketua mereka.
“Inspektor Zamani” ACP Zaid memanggil.
“Ya tuan”
“Good Luck’” ACP Zaid berkata sambil tersenyum. Inspektor Zamani juga turut tersenyum mendengar kata-kata dari ketuanya. Dia keluar dan di turuti oleh rakan setugas.
“Zam” Di luar bilik ACP Zaid, Inspektor Sabri memanggil. Inspektor Zamani mengangkat kening.
“Good luck, Zam” Inspektor Sabri pula berkata, mengulangi kata-kata ketuanya.
“Kau jangan kasi aku nervous” Inspektor Zamani berkata sambil ketawa. Di luar bilik ketua mereka, mereka lebih senang begini. Sikap formal di tolak ke tepi.
“Jom. Aku belanja kau teh tarik. Susah nak jumpa kau sekarang” Inspektor Sabri mengajak.
“Tak boleh. Aku kena balik” Inspektor Zamani menolak dengan baik. Bukan niatnya hendak menolak ajakan rakan setugasnya tetapi, buat masa ini, tugasnya sebagai warga Sang Saka Biru lebih penting daripada secawan teh tarik.
“Bila Jedi dah kena tangkap, baru kau belanja aku” Inspektor Zamani berseloroh sambil menepuk belakang sahabatnya itu. Inspektor Sabri mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak berkecil hati sebab dia juga menyedari, kerja-kerja mereka lebih penting buat masa ini. Mereka telah berikirar untuk menjaga keamanan bumi Malaysia daripada ancaman-ancaman dan anasir-anasir songsang dan janji itu akan dilunaskan tidak kira apapun rintangan yang terpaksa mereka hadapi.
“Aku pergi dulu. Assalamualaikum” Ucapan suci itu diberi sebelum Inspektor Zamani melangkah untuk meninggalkan ibu pejabat ini.
“Waalaikummusalam” Inspektor Sabri menjawab sebelum kembali semula ke mejanya. Last edited by Nicki_Meow on 6-8-2012 12:17 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
produkherba posted on 6-8-2012 11:51 AM
berkesan rupanya cara yg herb cadanagakn kat nicki. abis basuh muka terus aja ada nicki tepek. kal ...
dah basuhlah herbs... tapi masih bersedih.
Camna tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 36
“Korang tengok sebelah sana” Boon memberi arahan. Kedua-dua orang anak muda yang kelihatan seperti baru habis bersekolah itu hanya mengangguk dan terus berlalu.
“Kau pergi sana” Boon memberi arahan pula kepada Lando.
“Cepatlah!” Boon menguatkan suara apabila melihat Lando teragak-agak. Lando mengeluh berat tetapi arahan Boon di turuti.
Ajak terhendap-hendap dari balik bangunan. Nasibnya baik kerana kawasan ini agak tersorok. Baru sebentar tadi, dia melihat orang-orang Shark berkeliaran di kawasan ini. Dua daripadanya cukup dikenali, Lando dan Boon. Dia perlu berhati-hati dengan kedua-dua mereka ini manakala yang lain-lain, tidak perlu dirisaukan. Mereka hanyalah samseng kecil-kecilan yang menjadi balaci suruhan Lando dan Boon, dia pasti akan dapat menewaskan mereka dengan mudah.
Ajak tahu, pasti Shark akan mengarahkan orang-orangnya untuk mencari dirinya. Ini semua gara-gara tindakkannya mencuri wang yang sepatutnya menjadi milik Jedi. Walaupun sedar nyawanya pasti dalam bahaya jika berbuat begitu namun dia tiada pilihan. Dia perlukan wang secepat mungkin dalam jumlah yang besar. Dia terpaksa.
Ajak menarik nafas. Sekali lagi memantau sekiranya terdapat orang-orang Shark berhampiran.
Sejahat-jahat Ajak, dia tetap mempunyai satu kelemahan – ibunya. Semua ini dilakukan semata-mata untuk ibunya. Ibunya telah di sahkan mengidap penyakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis untuk kesinambungan hidup. Dan untuk itu, ibunya memerlukan wang yang banyak. Ajak sudah terlalu terdesak untuk mendapatkan wang. Dia tidak boleh mengharapkan kakaknya, seorang janda beranak dua untuk menguruskan itu. Kakaknya hanyalah kerani di sebuah kilang memproses makanan. Berapa sangatlah gajinya yang di terima setiap bulan untuk menyara hidup. Tambahan pula anak-anak kakaknya sudah bersekolah. Hendak mengharapkan bekas suami, langsung tak boleh di harap. Sedangkan nafkah yang wajib setiap bulan pun culas untuk di bayar, apatah lagi untuk menghulurkan bantuan kewangan seperti ini.
Ajak juga sedar, cara ini salah. Tapi dia tak sampai hati membiarkan ibunya merana dan mati. Ibunya tidak pernah tahu akan kegiatannya bersama kumpulan Shark. Pada ibunya, Ajak memberitahu yang dia cuma bekerja sebagai ‘despatch’ di Kuala Lumpur. Semua itu di rahsiakan agar tidak ibunya tidak susah hati. Ajak melakukan semua itu gara-gara terpengaruh dengan wang dan rasa bangga apabila di anggap ‘gangster’.
Sekali lagi Ajak menghendap dari balik dinding.
“Pergi matilah korang!” Ajak mengecilkan mata. Kelihatan Boon dan Lando sedang berbincang dan mengarahkan sesuatu kepada budak suruhan mereka.
“Dah blah pun” Ajak berkata sendiri lagi apabila orang-orang Shark telah pergi meninggalkan tempat ini. Dia menarik nafas kelegaan.
Ajak masih lagi terhendap-hendap. Dia perlu segera kembali ke motosikalnya yang terletak di seberang jalan dan meninggalkan tempat ini. Silapnya juga kerana keluar dari tempat persembunyian. Tapi dia terpaksa. Wang perlu segera di masukkan ke dalam bank agar kakaknya dapat menggunakan wang itu untuk rawatan ibunya. Selepas ini, dia akan terus meninggalkan Kuala Lumpur, jauh dari Shark dan kuncu-kuncunya
Lari! Itu yang berada di fikirannya saat ini. Jika tidak, pasti nyawanya akan melayang.
“MANA KAU NAK LARI?” Ajak tergamam apabila mendengar suara di belakangnya. Jantungnya berdegup kasar.
Matilah aku...
Last edited by Nicki_Meow on 6-8-2012 12:48 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Ins zamani tu best friend shark tu eh?
Sapa nm eh? Lupa la plk...
Tali barut la ni...
Next! |
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 6-8-2012 02:54 PM
Ins zamani tu best friend shark tu eh?
Sapa nm eh? Lupa la plk...
Tali barut la ni...
Jeng Jeng Jeng
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 6-8-2012 03:11 PM
under cover ke?
'Kita lihat siapa yang kena' buleh tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ajak menoleh perlahan-lahan.
“Kau…” Ajak kehilangan kata-kata. Dia cuba untuk melarikan diri sekali lagi tetapi dengan pantas leher bajunya di cekak kuat hingga dia sendiri hampir tercekik.
“Tolonglah… Aku terpaksa! Jangan bunuh aku! Tolonglah…” Ajak cuma mampu merayu untuk nyawanya. Hendak melawan, kudratnya pasti tidak terkalahkan. Dia memang tahu, lelaki ini lebih cekap dan tegap berbanding dirinya. Sungguhpun tidak sekejam ketuanya, tetapi lelaki ini tidak akan teragak-agak untuk membelasahnya hingga lunyai.
“Kau nak mati?” Ajak hanya memandang lelaki itu. Walaupun berkaca mata hitam dan bertopi, dia kenal siapa orangnya.
“Taknak..taknak. Tolonglah…tolonglah” Ajak masih merayu walaupun hanya dibalas dengan ketawa ejekan berdekah-dekah. Badannya di henyakkan ke bawah menyebabkan kepalanya terhantuk ke dinding. Ajak menarik nafas, sekadar memastikan dia masih bernyawa. Ajak mengangkat muka. Kali ini, dia mula menggigil apabila melihat sepucuk pistol Glock 19 di keluarkan dari jaket yang dipakai.
“Jangan bunuh aku….tolonglah…jangan bunuh aku” Ajak semakin ketakutan. Dia cuba meminta belas kasihan daripada lelaki berlagak Izrail itu. Pistol separa automatic itu telah diacukan di kepalanya. Ajak menoleh kiri dan kanan cuba mencari sekiranya ada sesiapa yang lalu di situ. Tiada! Kalau ada pun, sudah pasti orang itu akan lari menyelamatkan nyawa daripada mengorbankan diri untuk ditembak. Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongon tetapi, suaranya seperti tidak keluar.
“Asyhadu…Asyhadu…” Ajak menggigi-gigil cuba mengucap tetapi sekali lagi dia diketawakan.
“Nak mampus baru ingat TUHAN?” Kata-kata itu kedengaran seperti sindiran tetapi Ajak tidak peduli.
“Tolonglah…aku taknak masuk neraka…” Bagai kanak-kanak yang takut di hukum, Ajak merayu lagi. Matanya terpejam. Hanya mati sahaja yang berada di fikirannya saat ini.
"Kenapa? Takut?" Lelaki itu kembali mengejek. Ajak tidak menyahut apa-apa lagi. Hanya menunggu ajalnya sampai.
“Kalau kau taknak mati, ikut cakap aku!” Kata-kata terakhir lelaki berlagak Izrail itu menyebabkan jantung Ajak hampir terhenti sekali lagi. Terkejut! Beberapa saat kemudian, Ajak membuka matanya perlahan-lahan, cuba untuk memastikan lelaki itu tidak bergurau. Dia meraba-raba kepalanya, masih ada. Pistol yang diacukan ke kepalanya juga sudah hilang. Terasa bagai kembali mendapat oksigen, Ajak menarik nafas kelegaan.
“BANGUN”
Ajak terpisat-pisat bangkit, memandang lelaki itu yang hanya menyeringai. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 6-8-2012 03:59 PM
'Kita lihat siapa yang kena' buleh tak?
Boleh..... setia bersama mu ahakzz
Sila sila lah mengNEXT kan diri tu ye...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|