CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

   Close [Copy link]
Post time 23-11-2011 04:15 PM | Show all posts
a'ah dulu taip je terus tekan reply,tu yang berkurun nak update tu. haha. thanks sbb sudi baca.  ...
cik_es Post at 23-11-2011 14:15



    wokehhh...sesamee...moga terus majuuu dan majuuu dan majuuu jayaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 06:19 PM | Show all posts
cik_es.. tulis jer apa yg nak ditulis.. tulis dr hati lebih bermakna, tak payah nak potong2.. kang terencat pulak jln citer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 06:24 PM | Show all posts
Reply 665# liMobA|y


   akak sokong 200%.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 09:00 PM | Show all posts
Aslmkum cik_es dan semua....

Alhamdulillah cik_es dah sihat....
risau sgt2....
sy ttp akan menanti crita selanjutnya dgn gigih dan sabar............
CITERR CIK_ES TERBAIKKKKK.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 11:44 PM | Show all posts
terbaekk!!! citer cik_es mmg kelasss.. suka3!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 06:26 AM | Show all posts
Reply 665# liMobA|y


    tersangat lah sokong!!! Penulisan dari hati turun ke pena...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2011 07:53 AM | Show all posts
12...

"Kalau awak tau latar belakang keluarga saya,awak janji tak awak tak benci saya? Dan klau sy boleh buktikan sangkaan awk salah,awk beri peluang tak pd sy?"" Danny tiba-tiba mencelah.

Damn! Bila masa pulak mamat ni tiba-tiba ada kat dapur. Muka ku terasa panas,malu. Otakku ligat mengingat semula apa yang aku dah cakap tadi, ada kemungkinan dah mengguris hati Danny. Syaz terdiam. Aku apatah lagi. Aku tak tau nak cakap apa. Perasaan marah yang mula menguasai diri tadi,menghilang..dan mula dibelenggu rasa bersalah pula. Ini la yang orang tua-tua pesan, cakap siang pandang-pandang. Kan dah kena.

Danny terus ke tepi singki dan mengambil jam nya yang tertinggal di situ, sengaja ditanggalkan waktu dia sibuk memasak tadi.

"Sorry kacau korang borak, sy nak amik jam ni je ha, tertinggal tadi" kata Danny selamba dan terus berlalu. Tanpa sempat Danny melangkah lebih jauh, Syaz memanggil Danny semula. Danny berhenti disitu tanpa menoleh.
  
"Aaaa..Danny,sorry lah.Aku yang sengaja provoke Sha tadi,saja nak kasi dia marah" kata Syaz. Syaz tersengih.

"Tak perlu kau nak minta maaf Syaz. Memang salah aku selama ni berahsia sangat dengan korang pasal family aku. Sebab aku rasa cukup sekadar aku beritahu korang, mak aku dah meninggal. Abang aku ada 2 orang, kakak aku sorang tapi kami tak membesar bersama. Abang aku yang 2 orang dibesarkan oleh keluarga sebelah ayah aku. Aku dan kakak aku membesar bersama. Kalau korang nak tau kenapa, sebab selepas kelahiran aku, ayah aku makin berubah. Dia mula abaikan kami hingga keluarga ayah aku, ambil adik beradik aku sebab arwah mak aku dah tak mampu nak jaga dengan baik. Cuma arwah mak aku tak nak lepaskan kakak aku dan aku, sebab kami masih terlalu kecil masa tu" Danny mula bercerita.

"Aku tak pernah pun cakap pasal ayah aku kan? Sebab ayah aku kerja tak elok, jual dadah, buka pub & bistro dan selalu berjudi,pemabuk. Ayah aku pernah disabitkan atas kesalahan merogol, dan mangsanya adalah kakak aku sendiri,yang waktu tu masih lagi bawah umur. Tapi,polis bebaskan dia dengan ikat jamin few months lepas tu atas alasan bukti yang tidak kukuh. Aku kesal sebab aku sendiri nampak perbuatan ayah aku dan sampai sekarang aku tak dapat lupa macamana sayunya suara kakak aku minta dilepaskan, aku kecik lagi waktu tu, tapi aku ingat semuanya. Arwah mak aku kahwin dengan ayah aku atas dasar cinta,suka sama suka,tak siapa memaksa. Walaupun pada awalnya,nenek dan datuk aku antara orang yang kuat menentang sebab ayah aku memang orang dah tau dia kaki dadah. Arwah mak aku sangka dia boleh berubah, kerana janji manis ayah aku, katanya nak berubah kalau dah menempuh alam rumahtangga tapi ternyata arwah mak silap. Dia memang berubah, tapi hanya di awal pernikahan sahaja. Selepas anak sulung lahir, dia makin berubah secara total dan menyara hidup keluarga dengan mewah hasil aktiviti dia dengan ahli kongsi gelap"

"Tau tak kenapa aku tak suka share pasal family aku? Sebab,aku tak ada cerita menarik atau pengalaman yang boleh aku banggakan,memang tak ada. Tapi kalau jawapan aku ni, boleh buat korang tau kenapa aku macam ni,kenapa aku macam tak punya siapa,kenapa aku tinggal sendiri sampai sekarang,ini lah jawapan nya. Aku ada adik beradik je yang rapat sampai sekarang walaupun 2 di antara mereka tak membesar bersama,but we're close to each other"

"Dan awak..." Danny melihat tepat ke arah aku. "Sy harap awak tak kisah tentang sejarah hidup sy sebab sy tidak akan sesekali mewarisi kehidupan macam tu. Sy tak judge sesiapa kerana kisah silam. Sy tak pandang seseorang dengan kisah yang dah berlalu. Sy tau awak serik dengan pengalaman lepas, tapi awak belajar sesuatu dari tu kan? Cuma..awak tak belajar untuk memberi peluang pada orang lain. Kalau arwah mak sy tak beri peluang pd ayah sy dulu, sy mungkin lahir jadi anak orang lain dan sy mungkin tak kenal awk sekarang. Dan mungkin jugak,sy akan jadi seorang yang tak appreciate orang lain. Semua benda buruk yang berlaku, Tuhan ciptakan ada hikmah. Everything happens for a reason. Sy tak paksa awak untuk terima sy, tp sy nak awak belajar beri peluang pd orang lain, mungkin tak pada sy,tapi pada sesiapa sahaja. Terpulang ... " Danny membuat segelas milo dan terus berlalu pergi,meninggalkan aku dan Syaz,terkebil-kebil.

Aku menendang kaki Syaz dari bawah meja, Syaz masih terdiam. Agak terperanjat sebab pertama kali kami dengar Danny bercakap macam tu. "Fuyohhhhhhhhhhh..kisah dia macam dalam novel,boleh lah kau bukukan,kalah Ombak Rindu bebbbb!!" ujar Syaz. Geram aku. Syaz masih tergelak-gelak lagi atas keterlanjuran aku dalam berkata-kata. Kan dah kantoi, nak sorok mana pulak muka nih. Mengeluh lagi, untuk ke sekian kali.

Malam tu, aku tak lena tido. Hati agak runsing. Dan Danny, tak menghubungi aku seperti selalu. Tiada lagi sms ucapan selamat malam seperti kebiasaan yang pasti akan di hantar tepat pukul 11 malam. Aku nak sms dia, tapi aku tak tau macamana nak mulakan. Lepas Syaz & Danny balik tadi, Danny agak diam. Dan ketika itu, baru aku tau kenapa kereta Danny tiada di perkarangan rumah waktu aku pulang tadi, rupa-rupanya keretanya dipinjam seseorang dan orang tu jugak lah yang menjemput mereka pulang tadi. Siapa orang tu, aku tak pasti kerana tak melihat dengan jelas. Kawan Danny,mungkin.

Aku melihat handphone, menyusun ayat di dalam kepala otak yang tak berapa nak pandai ni,ayat apa ah yang sesuai nak send? Herm...otakku ligat berfikir. 'Sy mtk maaf psl td,sy x berniat nak merendah2kn awk.I'm sory,pls?' tulis ku dan terus send ke nombor Danny. Aku yang memang dah agak mengantuk, akhirnya tertidur tanpa sempat membaca sms balasan dari Danny.

Malam tu, aku bermimpi lagi berada kat sebuah kawasan yang sekelilingnya besar-besar belaka, macam duduk kat alam gergasi. Kerusi sebesar rumah, kalau rumah apatah lagi,sebesar gunung. Tapi, satu pun kelibat manusia atau apa-apa makhluk bernyawa tak kelihatan di situ. Aku meneroka dari satu tempat ke satu tempat, dan seperti biasa, aku memang tahu yang aku bermimpi dan aku cakap pada diri aku, kalau ada apa-apa berlaku, takde hal punya lah sebab mimpi je. Macam tu lah aku, even bermimpi pun,aku boleh tahu lagi yang tu hanya lah mimpi belaka.

Kawasan sekeliling aku kelihatan seperti berkabus. Asal dalam mimpi je, confirm berkabus macam ni,kata ku berbisik sendiri. Hati aku berdebar-debar, gusar. Telinga ku mula menangkap satu bunyi yang tidak lagi asing,bunyi gelang kaki itu. Tetapi kelibatnya tiada. Swati kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2011 07:53 AM | Show all posts
"Ya .. aku .. " aku terus menoleh ke arah datangnya suara tu. Harum semerbak seolah bau bunga potpuri.
"Kau di mana? Keluarlah, dalam mimpi macam ni aku on saja" aku memang betul-betul cakap macam tu dalam mimpi, berlagak berani, kalau di dunia nyata, entah mampu bersuara lagi ke tidak.

"Swati..aku harap kau tak bertenggek di mana-mana helmet. Keluarlah dalam bentuk yang tak menakutkan" aku sempat berpesan kemudian geli hati sendiri bila merasakan pesanan seperti tak masuk akal. Swati tiba-tiba muncul di sebalik kerusi yang sebesar rumah tadi, bau bunga potpuri semakin kuat. Swati tidak bersuara lagi, wajahnya tidak lagi menakutkan seperti apa yang ku lihat sebelum ini, dan kakinya.. err,check dulu kakinya.. Haa,memang menjejak tanah! Tak berselipar, berkaki ayam je,tapi oleh kerana kakinya menjejak tanah,maka aku anggap la dia sekadar manusia biasa, bukannya hantu. Sama seperti aku. Jadi, tiada apa yang perlu ditakutkan sangat. Err.. kot?

Swati membatu, diam seribu bahasa. Begitu juga aku. Lama juga kami berkeadaan begitu,dan aku mengalah.

"Swati..kau dari mana sebenarnya? Kau perlu pertolongan aku kan sebenarnya?" kataku mengumpan Swati untuk berbual. Tapi dia masih diam. Aku sedaya upaya untuk cuba mengingat kembali siapa nama lelaki yang bertanyakan persetujuan membina tadika tempoh hari, tapi aku ingat-ingat lupa. Aku percaya, Swati ada kena mengena dengan lelaki itu, Swati adalah isterinya. Mengikut apa yang kakak tu pernah cerita, Swati meninggal akibat kemalangan sewaktu baru pulang dari menghantar Akash... Akash? Haa,dah ingat! Akash!!

"Dulu kan.. ada sorang nenek tua, dia selalu telefon aku sebab nak berhubung dengan cucu dia. Nenek tu dah meninggal dah pun sebab terperangkap dalam kebakaran, dan tak sempat jumpa cucu dia. Aku dah temukan tau nenek tu dengan cucu dia,tapi pakai badan orang lain lah. Err... kau faham tak apa aku cakap ni?" Aku mula rancak bercerita,hanya untuk mengumpan dia bercakap sebab aku dah merasakan aku sudah memahami apa kemahuan Swati.

Swati masih diam, matanya merenung ke arah aku. Err,boleh tak jangan cipta mood seram di sini? Please? Walaupun ok lah, kita dalam mimpi tapi aku masih lagi sedikit takut. Aku nekad,sebelum aku terbangun,aku mesti dapatkan apa yang Swati mahu sebenarnya dan mungkin dia ada kesukaran untuk meluahkannya selagi aku tak cuba 'tackle'.

"Erm..lepas tu kan, nenek tu berjaya jumpa Freddie, tapi sejak tu dia tak telefon aku dah. Aku rindu kat dia,kau tau tak? Kau boleh bagitau dia tak yang aku nak dia call lagi kacau aku untuk kali terakhir boleh tak? Please? Dan...aku boleh bagitau Akash tentang kau. Nak tak?" Peramah gila aku dalam mimpi ni,macam tak percaya pulak.

Swati terkejut mendengar aku menyebut nama Akash. Riak wajahnya berubah. Wajah yang sayu dan sarat dengan rindu.

"Akash dengan kakak dia nak buka tadika tau. Aku ada jumpa akak dia, nama anak akak dia Swati. Comel budaknya,mesti kau dulu pun comel macam tu masa kau kecik-kecik kan Swati?" kata ku lagi.

"Kau nak apa sebenarnya Swati? Kalau kau ada sesuatu yang nak kau bagitau sewaktu kau hidup dulu, tapi tak sempat, kau ada peluang sekarang. Aku tau kejadian macam ni,tak masuk akal. Dalam agama kepercayaan aku, orang yang sudah pergi, takkan ada hubungan secara langsung lagi dengan dunia kami yang masih hidup,tetapi aku percaya ada juga peristiwa-peristiwa tertentu yang berada di luar jangkauan akal fikiran manusia biasa. Dan dalam agama aku jugak ada menyebut tentang firman Allah iaitu Kun Fa Ya Kun, jika Dia mengkehendaki sesuatu dan berkata "Jadilah.." maka ia akan jadilah, tiada apa yang mustahil" kataku panjang lebar. Tapi, Swati..masih lagi mendiamkan diri. Nak give up dah aku.

Aku berpaling ke belakang dan mula melangkah untuk beredar dari situ. Perasaan hampa dan terkilan menguasai diri. Aku mahu segera bangun dari mimpi ni, tolong Aishah, bangun sekarang. Aku menutup mata serapat-rapatnya dan mengarahkan diri aku untuk bangun. Bila aku buka mata nanti, aku nak aku berada di atas katil dalam bilik aku. Perlahan-lahan, aku buka mata ku, dan terasa seperti permintaan ditunaikan. Aku terbaring di atas katil, baru bangun dari tido dengan rambut yang agak sedikit kusut.

Aku keliru dengan situasi tadi. Adakah dalam mimpi tu memang dah tertulis watakku macam tu ataupun aku sebenarnya yang berkuasa menguasai mimpi tu? Bila aku mengarahkan diri sendiri untuk bangun, aku buka mata dan ternyata benar aku hanya mimpi. Tiba-tiba wangian bau bunga potpuri menjengah ke ruang udara, aku menarik nafas dalam untuk memastikan bau bunga potpuri tu,sah ternyata memang ada. Mata ku meliar mencari dari mana datangnya bau tu, dan terletak comel je dekat tingkap, sebungkus bunga kering yang di ikat ala-ala potpuri, bau itu datang dari situ kah?

Aku melangkah turun dari katil, dan mencapai bunga potpuri itu. Harumnya menyenangkan,tidak terlalu wangi yang adakalanya menusuk hidung. Aku bergegas ke luar rumah lepas mendengar bunyi abang ku startkan motorsikal. Aku mesti kejar dia sebelum dia sempat keluar dari perkarangan rumah. Kelam kabut aku membuka ikatan potpuri tu dan bergegas keluar.

"Bang...bunga kering potpuri ni siapa yang ikat dalam tingkap bilik Sha??" jeritku melawan bunyi kuat motosikal. Asap berkepul-kepul membuat aku terbatuk,apa kes pulak abang aku ni pegi main press minyak pulak. Soalan yang sama tadi aku ulang lepas menyedari abangku tak berapa dengar. "Oh,aku yang ikat,apsal? Tak sedap ke baunya?" jawab abangku.

"Bukan lah tak sedap,tapi dari mana dapat ni?" tanya ku.
"Ala..bukan beli pun, dapat free je tu" kata abangku acuh tak acuh.
"Ya lah, macamana dapat free?Siapa bagi?" tanyaku.
"Akash yang bagi..free gift katanya,siap dengan beberapa keping flyers lagi,pasal tadika dia yang nak buka tu"
"Tadika kakak dia lah.." Kataku membetulkan fakta.
"Ah..sama lah tu" abang ku tersenyum dan terus berlalu dari situ,dengan motorsikalnya.

Aku membelek-belek bunga potpuri tu, comel. Bereben merah. Pemberian dari tadika kakak Akash? Tapi..kenapa mesti bunga potpuri?

Swati pun ada bau harum yang agak serupa dengan wangian potpuri ni,memang kegemaran Swati kah?

Aku nekad, aku mesti jumpa Akash dan dapatkan kepastian dari dia tentang Swati.

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2011 08:34 AM | Show all posts
sedih pulak baca kisah danny
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 08:42 AM | Show all posts
terbaik...welcome back dear...
tahniah tau....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 09:48 AM | Show all posts
yes, mmg TERBAEK!!!!
thanks cik es sbb berikan kepada cerita yang bagus & alhamdulillah sbb cik es dah sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 09:51 AM | Show all posts
wah...makin thrill cite ni...
best..best
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 09:52 AM | Show all posts
syok nyer dpt baca citer cik es smule...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:28 AM | Show all posts
baca cerita cik_es tersentuh hati...sampai ada part yg sy hampir mengalirkan air mata....
syabas cik_es,tak sabar sy nak baca sambungan seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:44 AM | Show all posts
sedih ngan cite danny
sabar byk2 yea danny
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:38 AM | Show all posts


hehe dah nmpk perkaitan cite dr awal sampai skrg.. tak sbr nk tau ending!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2011 11:42 AM | Show all posts
simpati pada danny, no wonder dia jadi perahsia. cik es ni, macam Melinda Gordon dalam Ghost Whisperer
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:46 AM | Show all posts
best entry kali ni.... nak imagine muke swati mcm aisywarya rai...sorry salah eja kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:54 AM | Show all posts
Salam semuanyaaa. Wuahhhh rupanya kisah 2 dah start ekkk? Petang semalam start baca n baru abis baca kejap ni tadi. Bravo cik_es. Your experience memang lahh 1 dalam beribu. Kiranya kisah swati memang xde kene mengena dengan nenek kamsia la ek? Cerita part danny mesti I baca dengan nada romantik. HAHAHA... feeling2 baca novel betul ni... so sweet the two of you
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 12:16 PM | Show all posts
Kadang2 rasa ... Ini la GHOST WHISPERER yg sebenar.. u talk to dead people.... huhuhuhuh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.106356 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list