Ajaran, fahaman CEO dan ahli GISBH menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam - Jawatankuasa Fatwa MKI
[size=14.399999618530273px]Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Dr Nooh Gadut .- Foto fail NSTP
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) menetapkan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH Holdings (GISBH) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran agama Islam. Pengerusinya, Datuk Nooh Gadut, berkata jawatankuasa itu yang bersidang pada 24 hingga 26 September lalu, menjelaskan bahawa ajaran yang dibawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali mempunyai ciri penyelewengan. Beliau berkata, ciri penyelewengan daripada ajaran agama Islam itu ialah Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi/Sheikh Muhammad Suhaimi adalah Imam Mahadi, Asaari Muhamad akan muncul bersama Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi sebagai pembantu di akhir zaman, Asaari Muhamad boleh memberi syafaat kepada pengikutnya. Katanya, ciri penyelewengan lain ialah air basuhan anggota badan pemimpin dan air rendaman seperti rambut dan janggut pemimpin mempunyai berkat, mengamalkan ekonomi ma'ash mempunyai unsur perhambaan yang mana keperluan pengikut akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat dan sebagai balasan mereka dikehendaki berkhidmat secara sukarela tanpa sebarang upah. "Semua orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman berkenaan dan dilarang mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikutnya. "Mereka yang mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut ajaran berkenaan hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha. "Orang ramai juga tidak boleh memiliki, menyimpan, menjual, memuat naik, memuat turun, menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa poster, buku, majalah, risalah atau bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip atau ditulis dalam semua bentuk keluaran termasuk filem. audio visual, rakaman, laman sesawang dan media cetak atau elektronik. "Jawatankuasa ini juga mencadangkan agensi kerajaan berkaitan di peringkat Persekutuan dan negeri membantu melaksanakan proses istitabah (bertaubat) dan memberi peruntukan atau pembiayaan bersesuaian dengan tujuan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, JAKIM sudah menyembah maklum pandangan hukum itu kepada Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Sultan Nazrin Shah seterusnya ke Majlis Raja-Raja pada Oktober lalu. "Majlis mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang sudah dipersetujui dan pihak berkuasa negeri boleh mempertimbang keputusan ini bagi tujuan pewartaan fatwa negeri masing-masing," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323653/ajaran-fahaman-ceo-dan-ahli-gisbh-menyeleweng-daripada-ajaran
|