|
★~The Others Clan~Kembara Alam Sakti~★ Legendry
[Copy link]
|
|
hehehe...
now I bet you understand why kitorg dah mmg sampai depan Mimaland tapi taknak masuk..
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik jangan masuk kalau ramai yang dah bagi amaran macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dia bukan amaran tp ada lah story disebaliknya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 656# azredclaw66
seram plak bile pakcik dah sound cmni..btol misterius tempat tu..bek korang hati2..ape2 pon still sabar menanti kisah selanjutnya..![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 663# surfinv
maaf surfinv... tarik balik perkataan amaran... gantikan dengan nasihat...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
just curious...knape ngn mimaland???ad ape kt sne sbnrnya??
first time dgr mimaland lam thread ni...2 yg terlebih curious ni...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
sme-sme kita nantikan cerita yg akan di rungkai bersma......"MIMALAND...................."![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
masuk time siang pun kene jaga2.....
malam memang tak dapat la..dulu penah dtg time dah dekat senja pun pakcik gad situ suruh balik jer tak bagi masuk......
*dan2 time nak balik tu jugak clutch cable motor aku putus.....nasib turun bukit.......(kitorang pegi naik mto) |
|
|
|
|
|
|
|
"boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, bertambah seramm" |
|
|
|
|
|
|
|
xpnh dgr Mimaland ni
aku tnya kwn aku
dia ckp ms kecik2 dulu dia pnh g sekali
mimaland ni mcm sunway lagoon
tp skang dh tutup
maknanyer dulu mimaland ni glamer la ek
nape tutup?
adakah sb ada cite misteri yg berlaku kt situ sampai ditutup?
atau slps ditutup br tempat tu jd haunted? |
|
|
|
|
|
|
|
kes tanah runtuh lepastu kes lemas kot.....
dan tak bleh lawan sunway lagoon rasenye....entahle.....tp kire mcm tmpt tu tak berjaga smpai terbiar jer...bengkrap kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 670# malaygirl
mimaland nie mmg glam dulu2![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM....
Sambil menunggu kisah MIMALAND yg selanjutnya...pe kate kite bce kisah latar belakang tmpt ni...ade juge di sebut2 KENAPA tmpt ni di tutup...."Believe or Not..?believe it...!"![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
itulah kisahnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Info Tambahan...xpenting mane pon sekadar INGIN tahu jer...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.
1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)
1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.
1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an. |
|
|
|
|
|
|
|
oooo...gitu ek kisah mimaland.
aku tgk cite mekanik n gila2 remaja tp xperasan plak
myb ms tu aku terlalu kecik kot
mlm td aku try tgk kt google earth tp aku xjumpa pun mimaland
lpun aku bukan tahu kat mana
cuma tahu kt jln lama kl-bentong je jd xtahu la yg mana satu mimaland dlm google earth tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by surfinv at 4-4-2011 23:10
bagus2 hehe aku sebnarnya baru nak citer lepas dh meeting, the others decide utk smpaikan pada semua
apa yg mata dan telinga the others saksikan sendiri...
bukan apa, sepertimana yg the others kata-kata pada awal2 lagi...
kami bukan mencari hantu... kami mengeksplorasi alam sakti..
kami mencari kebenaran di sebalik kepercayaan org ramai dan ceciter-ceciter turun-temurun.
kerana kami ingin menjadi sebhgn dari alam sakti itu hahaaha (macam haram)
oleh itu, diharap penerangan kami akan menjadi titik pada semua persoalan.
dan setidak-tidaknya, dpt merungkai sedikit dari semua kemungkinan yg ada dan
menghabiskan karangan-karangan lisan terhadap destinas ygi penuh misteri ...MIMALAND
(boleh jadi penuliskan?)
p/s; oleh itu tunggulah petang ini, aku habis kursus hahahaha baru aku story kerana skg tak sempat aku kna masuk balik ...GTG |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 676# surfinv
yker..?okaylah tuh...xpe kami menunggu cerita yg ingin di kogsikan nanti.......![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|