CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: RIGHT ON TIME

 Close [Copy link]
Post time 7-1-2024 02:51 PM | Show all posts
'Harga sayur naik sebab bekalan kurang'



Tinjauan di RTC Tunjong, Kota Bharu mendapati harga beberapa jenis sayur-sayuran naik berikutan bekalan tidak mencukupi susulan banjir. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Harga sayur-sayuran di bandar ini dikesan naik berikutan kekurangan bekalan daripada petani tempatan manakala harga di negara jiran turut dilaporkan meningkat.

Tinjauan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini mendapati harga beberapa jenis sayur-sayuran naik antaranya terung daripada RM8 kepada RM10 sekilogram, tomato dari RM5 kepada RM8 sekilogram dan cili padi merah dari RM17 kepada RM20 sekilogram.

Peniaga, Ariffin Ahmad, 40, berkata harga pelbagai jenis sayur-sayuran naik sejak lebih sebulan lalu ketika banjir bermula.

Katanya, ia berikutan bekalan sayur tempatan tidak mencukupi kerana rosak akibat banjir, menyebabkan pemborong mengambil bekalan dari negara jiran.

"Oleh kerana bekalan dibeli pada harga tinggi, pemborong terpaksa menaikkan harga jualan.

"Matawang negara jiran juga tinggi berbanding negara kita, jadi ia turut mempengaruhi harga sayur," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berharap pihak kerajaan membuat pemantauan kerana harga sayur-sayuran dijangka kekal tinggi untuk tempoh beberapa bulan.

Peniaga, Norasliha Mat, 45, berkata walaupun harga sayur-sayuran meningkat, peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana bimbang pembeli terbeban.

Katanya, harga sayur dibeli daripada pemborong meningkat dan mendorong peniaga menaikkan sedikit harga namun tidak mengaut untung banyak.

"Untuk sekilogram, kami hanya ambil untung antara RM1 hingga RM2 untuk menampung pelbagai kos termasuk kerosakan dan sayur tidak habis," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... ebab-bekalan-kurang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2024 02:53 PM | Show all posts
Harga bawang naik lebih 30 peratus sejak bulan lalu



Tinjauan di sebuah kedai runcit mendapati harga bawang naik sehingga RM8 sekilogram. - Foto NSTP/Fathil Asri
KUALA LUMPUR: Harga bawang India di pasar naik lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram sejak bulan lalu berikutan bekalan terhad selain harga tidak menentu daripada pembekal.

Tinjauan BH di Pasar Sungai Besi mendapati bekalan bahan import itu terhad dan kebanyakan peniaga menjualnya sehingga RM8 sekilogram.

Menurut peniaga runcit, Muhammad Shaharizan Mat Alwi, 43, bahan mentah termasuk bawang dan sayur diperoleh daripada pembekal semakin mahal.

"Harga bawang bergantung pembekal. Kita tidak boleh menetapkan harga. Di pasar borong, peniaga boleh menetapkan harga, sekiranya pembekal menaikkan harga mereka boleh cari pembekal yang lain.

"Sekilogram bawang di pasar raya boleh dijual pada harga RM6 tetapi di sini kami terpaksa menjual sekurang-kurangnya RM6.50. Stok bawang merah ini juga agak terhad, ada masa kita memesan lima guni tetapi hanya tiga guni yang dihantar pembekal.

"Bekalan bawang yang sampai kepada saya hari ini adalah RM6.90, saya terpaksa jual pada harga RM7.30 sekilogram. Stok bawang saya daripada India dan China tetapi bawang daripada India ini lebih laris, kerana cantik dan kemas. Pembeli lebih tertarik untuk membelinya," katanya kepada BH.

Katanya, harga bawang mula meningkat ketika pandemik COVID-19 dan walaupun keadaan kembali normal, pembekal masih mengekalkan harga sama.

"Berapa minggu lalu harga bawang meningkat sehingga RM7.60 sekilogram daripada pembekal. Setiap kali akhir tahun akan berlaku kenaikan harga 'menggila'.

"Ia akan reda semula pada awal tahun. Dalam minggu ini rata-rata harga bawang diterima daripada pembekal adalah RM6.90," katanya.

Sementara itu, peniaga sayur, Kalima P Parimal, 69, berkata dia masih menjual bawang dan sayur-sayuran pada harga berpatutan.

"Walaupun rata-rata peniaga menjual bawang dengan harga RM8, saya masih menjualnya dengan harga RM5 sekilogram," katanya.

Bagi peniaga sayur, Sang Tian Yeong, 62, majoriti sayur dijualnya mengalami kenaikan harga.

"Minggu ini sahaja harga kacang panjang meningkat sehingga RM2. Jumaat lalu harganya RM7, hari ini harganya sudah mencecah RM9. Kenaikan ini berlaku kerana kami mengikut harga ditetapkan oleh pasar borong.

"Setiap hari akan ada tiga lori ke pasar borong. Jika hujan bilangan lori ke pasar borong akan berkurangan, bila ini berlaku, harga sayur akan meningkat kerana bekalan akan menjadi terhad.

"Cili tempatan pula tiada bekalan, kami terpaksa menjual cili import daripada Thailand dan Vietnam. Dahulu sekotak cili merah dijual dengan harga RM30 tetapi hari ini ia mencecah lebih RM70 sekotak," katanya.

Katanya, harga sayuran tidak dijual mengikut pasaran tetapi mengikut permintaan. Jika banyak permintaan daripada peniaga harga sayur akan meningkat.


https://www.bharian.com.my/berit ... us-sejak-bulan-lalu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 03:31 PM | Show all posts
Info KKM: Manfaat serat



Serat merupakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk melancarkan sistem penghadaman.

Memetik perkongsian KKM di Facebook, serat dapat membantu menstabilkan gula dan mengawal paras kolesterol dalam darah.

Sumber kaya serat termasuklah roti bijirin penuh, kekacang, legum, sayur dan buah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 04:21 PM | Show all posts
bintulu hujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 04:21 PM | Show all posts
nak tidur malas pulak
sebab nak layan Cdrama kejap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 06:38 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 7-1-2024 10:26 AM
Camat pagi.. hari ni besday iols.. iols nak bersiap2 pi umah abang dan celebrate.. smlm besday SIL ...



Selamat Hari lahir tinot
makin meniti usia seronok tak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2024 06:40 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 7-1-2024 10:27 AM
Itu yg iols buat tahun lepaih.. iols dilit org2 yg tak berkenaan.. tahun ni mmg buku baru.. tapi m ...

awat gali lubang?
kan dah kambus, buka buku baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 7-1-2024 06:38 PM
Selamat Hari lahir tinot
makin meniti usia seronok tak

Thank you!
Rasa kertu. Rupa pun dah kertu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 7-1-2024 06:40 PM
awat gali lubang?
kan dah kambus, buka buku baru

Baru buka buku udah gali lubang.. cenggitu la
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 11:40 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 7-1-2024 07:36 PM
Thank you!
Rasa kertu. Rupa pun dah kertu.

Wanita berkerjaya mcm hang makin kertu makin vouge

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 11:41 PM | Show all posts
Vellfire replied at 7-1-2024 04:21 PM
nak tidur malas pulak
sebab nak layan Cdrama kejap lagi

Tgh layan cdrama ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 11:43 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 7-1-2024 07:36 PM
Baru buka buku udah gali lubang.. cenggitu la

Hahaha...  jadikan tahun 2024 tahun penyembuhan

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 11:54 PM | Show all posts
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Penuntut Ilmu Sentiasa Dirahmati*

عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ

_*Daripada Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata,  Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut kerana redha dengan apa yang ia kerjakan."*_ (Sunan Ibnu Majah No: 222)  Status: Hasan Sahih

*Pengajaran:*

1.  Menuntut ilmu adalah suatu tuntutan ke atas setiap Muslim

2.  Setiap Muslim yang keluar dari rumah untuk menuntut ilmu akan sentiasa dinaungi para Malaikat.

3.  Menuntut ilmu tidak hanya terhad kepada golongan pelajar di peringkat sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi, malah setiap masa, tempat dan usia seperti di kuliah dan ceramah di masjid, surau dan lain-lain.

4.  Allah mengangkat darjat orang yang berilmu lebih tinggi dari yang lain:

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

*“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat"* [al-Mujadalah:11]

Rasulullah mengajar kita berdoa agar mendapat ilmu bermanfaat

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

*Daripada Ummu Salamah berkata, "Selepas salam dalam solat subuh Nabi SAW mengucapkan: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima* (Ibn Majah No 915) Status: Hadis Sahih

Marilah kita memulakan azam tahun baru 2024 ini untuk sentiasa menambah ilmu. Semoga dengan ilmu yang bermanfaat, kita menjadi warganegara Malaysia yang “celik” “bijak” dan “cerdik” bukan hanya di dunia malah juga di hari akhirat kelak.


7 Januari  2024.
25 Jamadil Akhir 1445H

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 7-1-2024 11:40 PM
Wanita berkerjaya mcm hang makin kertu makin vouge

Jaman muda la paling comey.. now dah masuk jaman rupa tak mcm manosia lagi.. hahaha

Tak pernah vogue..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 7-1-2024 11:43 PM
Hahaha...  jadikan tahun 2024 tahun penyembuhan

InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 11:37 AM | Show all posts
ciksurie replied at 4-1-2024 01:02 PM
selamat tahun baru meksha...tari..mira..nay..nov...matt..tinot...semua dkt sini

selamat tahun baru jugak sue
moga tahun ni lebih baik dr tahun lepas ya

ada azam baru ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 11:38 AM | Show all posts

mana tt kita ni
lama x masuk
busy ya hamat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 04:41 PM | Show all posts
tari replied at 7-1-2024 07:54 AM
selamat pagi matt

dah sampi opis belum?



selamat petang tari
sekarang sebelah N9 dah johor pula yg hujan dan banjir
sebelum ni sebelah pantai timur


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 07:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 07:02 PM | Show all posts
tari replied at 4-1-2024 02:33 PM
Insyaallah... doa yg baik2 akan dpt yg baik jua
tari online on off skrg ni
x tau apa yg dibz kan ...

x pe la kalau busy nak wat cmne kan
kekdg moyan pn nk kena ada mood dgn ghu sekali
kalau x de tu yg lemau je nk moyan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 1.129443 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list