CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saliza1979

All about Vietnam part 3

   Close [Copy link]
 Author| Post time 17-2-2010 08:05 AM | Show all posts
dis weekend ke HCM jom!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2010 09:34 AM | Show all posts
dis weekend ke HCM jom!!!
saliza1979 Post at 17-2-2010 08:05

wah.. liza... macam balik kampung je ~  kampung kat sane ke? he he he...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 09:35 AM | Show all posts
618# fadhil
ala fadhil.....tak yah pening2...pegi jek...sampai sana contact pak yaya...cakap je nak carik apa....nak makan ke, beli jersi ke...kain semayang ke...kurung manik ke....gerenti beres... ...
ainunaina Post at 16-2-2010 20:14

itu sudah pasti kak aina...  skang cume kene sediakan ongkos nya shj...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 04:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by wanacu at 12-2-2010 17:37

Aina,
Janganlah marah, Pak Yaya tetap akan jadikan Aina yang utama kerana dia kenal aina dah lama.Wanacu baru kenal dia, lagipun aina yang bagi contact ...
wanacu Post at 12-2-2010 17:34


Klu gune khimat pak yaya, maknenye kene angkut sorang2 laa naik moto erk?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 04:50 PM | Show all posts
Babycha,
kalau sorang bolehlah pak yaya bawa dengan motor. Kalau ramai, naik vinasun dan Pak Yaya ikut sama untuk tunjukkan kedainya. Boleh juga minta dia tolong tawarkan harga. Harga sewa vinasun bayar sendiri. Pak Yaya cuma jadi guide saja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 10:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by lumut at 17-2-2010 22:25

Wahhh..tengok gambar baju tu...teringat kat Hong Anh Collection..memang best beli baju kat sana.Beading nye memang cantik sangat..harap2 sebelum raya tahun nie..boleh pi HCMC lagi..beeli kain sutera vietnam,telekung,tudung,baju smocking,kain cotton n bla..bla..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2010 11:08 AM | Show all posts
war tempah sikit aje 5 helai, arituh siap sumer lining dalam dan kalau nak zip kat leher pun depa leh bagi, kain sumer ..lebih kurang rm 700.
warversa Post at 14-2-2010 01:17


RM700 tu kira termasuk kain + lining + upah jahit + manik sume tu ker?...Kalo termasuk sume ni kira murah gak tu...

Yg dalam gambar yg plain takde lining+ manik sume tu berapa upahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 11:42 AM | Show all posts
665# wanacu


tue yg dok pk tue...
camne lak pak yaya nk ngangkutnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2010 12:20 PM | Show all posts
wah.. liza... macam balik kampung je ~  kampung kat sane ke? he he he...
fadhil Post at 17-2-2010 09:34



huhu, baru je sampai ni...
nak terjah ben thanh market jap...
harap2 buka la semua kedai
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 04:14 PM | Show all posts
640# wanacu
ALA Wanacu........tak marah le...gurau2 je.....kita memang suka yaya dapat customer ramai,sapa lagi le yang nak membantu orang2 cam tu kalo tak kita2 sesama Islam....kalo dia hidup senang sikit...saya tumpang gembira je....

Mak ai....Yaya dah ada business card.....bagus...bagus....perkembagan yang baik.
saya tau dia semakin bz sebab dah jarang call....kalo dulu2 hari2 call.....
kelakar dengar dia cakap...cam siam....heheheee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2010 08:24 PM | Show all posts
640# wanacu  
ALA Wanacu........tak marah le...gurau2 je.....kita memang suka yaya dapat customer ramai,sapa lagi le yang nak membantu orang2 cam tu kalo tak kita2 sesama Islam....kalo dia hidup sen ...
ainunaina Post at 21-2-2010 16:14


kak aina, tadi masa lunch kat VN halal, terserempak dgn pak yaya...
dah byk kali terjumpa dia sebelum2 ni, tapi tak berkesempatan nak tegur...
ari ni ben thanh market kosong je, best shopping.. org tak ramai..
tapi ada jugak lagi kedai yg masih tak bukak, raya sakan kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:31 PM | Show all posts
hi...sy bdk baru blaja
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:32 PM | Show all posts
going to vietnam this july...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 03:40 PM | Show all posts
sape pg hcmc jumaat nie, bole saing ngan cha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 03:42 PM | Show all posts
cha sampai bila kat sana??
insyaallah sabtu atau ahad ni liza ke HCM lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 11:07 PM | Show all posts
675# saliza1979

tolong le tempek kat google map tempat2 shopping dan makan kat HCM tu. dan juga alamat-alamat tempat shopping kat sana. terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 09:30 AM | Show all posts
675# saliza1979

liza,

cha smpi petang jumaat.
balik 1march, kul 7ptg
nampak gaya, berjumpe ler kite...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2010 12:20 AM | Show all posts
675# saliza1979  

liza,

cha smpi petang jumaat.
balik 1march, kul 7ptg
nampak gaya, berjumpe ler kite...
babycha Post at 23-2-2010 09:30


cha,
rasanya mcm confirm liza ke HCM sabtu ni...
cha stay kat SP2 ke?
liza akan stay kat hoang tram hotel.
kalau terserempak dgn couple bwk baby tangan berbandage tu tegur la ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 12:16 PM | Show all posts
661# saliza1979
saya ada plan ladies trip ke HCM bulan Mac. Tlg bg info ya kat mana nak shopping dgn makan kat sana.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 12:17 AM | Show all posts
INFO VIETNAM DARI BERITA HARIAN

Bandar motosikalOleh Nor Aziah Othman
[email protected]



Pelawat Ho Chin Minh pasti pening akibat deruan jutaan pengangkutan utama penduduknya

MUNGKIN sudah banyak yang diperkatakan mengenai tarikan pelancongan di Vietnam, destinasi libur yang kian popular di kalangan rakyat Malaysia, terutama atas faktor kosnya yang tidak begitu membebankan serta jaraknya yang berhampiran.

Kepada yang ingin melihat kesan kehancuran akibat peperangan, Vietnam adalah destinasi terdekat yang mengambil masa tidak sampai dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur.


Rata-rata rakyatnya tidak begitu fasih berbahasa Inggeris, tetapi masih mampu menarik hati pelancong yang ramai berkunjung kerana sikap mereka yang ramah dan mudah tersenyum.

Penulis memulakan kembara dengan meninjau sekitar Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon, bandar raya terbesar di Vietnam yang menempatkan lebih sembilan juta penduduk dan penuh dengan hiruk pikuk.

Apa yang menarik, hampir separuh daripada penduduk di bandar raya ini menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, lalu tidak hairanlah Ho Chi Minh digelar bandar motosikal.
Motosikal memenuhi jalan raya di Ho Chin Minh.

Pelancong yang tidak biasa dengan keadaan lalu lintas seperti itu mungkin `pening’ dan berasa sukar melintas jalan yang dipenuhi kenderaan beroda dua itu, tetapi jangan bimbang kerana anda akan diberi laluan oleh penunggang.

Berdasarkan pengalaman penulis, tiada hon atau maki hamun kedengaran, sebaliknya penunggang seakan faham lantas tersenyum sambil memberi laluan kepada anda untuk melintas.

Motosikal di sini juga boleh disewa pelancong, termasuk yang tiada lesen memandu pada kadar RM60 sehari.

Selepas dijajah Perancis sejak 1882, Vietnam mendapat kemerdekaan pada 1954, tetapi kemudian rakyatnya dihimpit dalam peperangan dengan Amerika Syarikat (AS) selama 16 tahun dari 1959 hingga 1975.
Lubang rahsia yang dibina ketika perang.
Penulis tidak membuang masa melawat Muzium Ho Chi Minh yang dulunya istana Maharaja Vietnam, Gia Long pada 1802 hingga 1820 sebelum berubah fungsi sebagai pusat pentadbiran tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Bangunan yang tersergam bercirikan seni bina Perancis itu kemudian dijadikan kediaman perdana menteri dan pusat pentadbiran sebelum kini menjadi muzium menyimpan pelbagai khazanah tidak ternilai berkaitan Vietnam.

Dari segi makanan Islam, tidak sukar sebenarnya mencari juadah halal di sini kerana ada Restoran Anjung Malaysia yang antara lain menghidangkan nasi lemak, laksa utara, sambal tumis udang, sup ayam dan ikan sembilang berlada.

Restoran itu diusahakan lelaki Melayu Champa, Ashari Mohd Solehan, 32, sejak lima tahun lalu selepas berhijrah ke Vietnam ketika perang saudara meletus di negaranya, Kemboja. Ashari juga menjual pakaian Muslim seperti telekung dan kopiah.

Jika mahu membawa pulang cenderahati, berkunjunglah ke Pasar Ben Thanh dan pilih pelbagai produk hasil kraf yang diminati atau bahan kenangan lain seperti lukisan, pakaian, sutera dan buah-buahan.

Tidak sah rasanya berkunjung ke Vietnam jika tidak melihat kesan perang, bekas pusat latihan tentera serta kampung yang musnah dibom ketika kancah peperangan melanda negara ini satu ketika dulu.

Di sini, kita dapat melihat mangsa peperangan yang cacat akibat penggunaan bom kimia dalam peperangan terbabit, tetapi nasib dan penderitaan mereka tidak diabaikan oleh kerajaan.

Bagi mangsa perang, diwujudkan bengkel kemahiran untuk mereka dilatih menghasilkan pelbagai kraftangan dari tayar terbuang dan batu, melukis atas kulit telur ayam atau itik serta seni ukiran.

Hasil kraf itu kemudian dijual kepada pelancong. Penulis sendiri membeli empat lukisan kulit telur untuk kenangan di samping membantu mangsa perang yang kurang upaya itu.

Di Cu Chui, penulis tidak melepaskan peluang melawat terowong yang dijadikan laluan penduduk menyelamatkan diri jika penempatan mereka dibom. Terowong sejauh 200 kilometer itu dibina pada 1948 dan jaraknya dikatakan hingga sempadan Kemboja.

Ia yang dibina dengan hanya bermodalkan penyodok dan bekas anyaman buluh untuk mengangkut keluar tanah, juga digunakan untuk menyerap hendap tentera AS ketika itu.

Apa yang menakjubkan ialah sistem jaringan terowong berkenaan turut dilengkapi dewan makan, dewan mesyuarat, kilang senjata, hospital dan bilik bedah.

Kunjungan ke Ho Chi Minh menghadiahkan kenangan indah kepada penulis, sekali gus pasti diulang jika dilimpahkan rezeki lagi selepas ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044190 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list