|
AFC CUP 2012 Round of 16
KELANTAN (MAS) 3-2 (3-0) TERENGGANU (MAS)
Referee: YOUSEF TH Y TH ALMARZOUQ (KUWAIT) - Stadium: Sultan Mohammad IV Stadium, Kota Bharu, KELANTAN |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kelantan juara piala FA dan menang malam tadi , masuk suku akhir AFC |
|
|
|
|
|
|
|
lepah ni lawan team mano pulok |
|
|
|
|
|
|
|
tak undi lg, tapi main 18/9 ni, lmbt lg, team hok lyk
Al-Kuwait
Al-Ettifaq
Arbil
Al-Wehdat
Al-Shorta
Chonburi
Arema
Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Tan Sri Annuar Musa terhadap mereka pada awal bulan ini.
Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Ain Hamzah turut menetapkan 19 Julai ini untuk pengurusan kes semasa kes saman itu disebut di hadapan beliau hari ini.
Pada prosiding semalam, Annuar diwakili peguam Kamaruddin Abdullah dan Jasswant Singh, manakala tiada wakil daripada pihak defendan hadir.
Annuar memfailkan saman pemula tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Jun lalu bagi menuntut 10 perisytiharan berhubung pengantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM termasuk pertuduhan persatuan itu terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac lalu adalah cacat, tidak sah dan terbatal.
Begitu juga perbicaraan tatatertib pada 4 April lalu dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya yang didakwa tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.
Mengikut pernyataan tuntutan, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM telah bertindak secara mala fide (berniat jahat).
Katanya, Azzuddin yang dinamakan sebagai defendan kedua, dalam surat bertarikh 2 April lalu juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Ia dilakukan dengan alasan defendan itu sendiri yang akan mewakili plaintif, sedangkan defendan kedua tidak sepatutnya menjadi wakil plaintif kerana Azzuddin adalah pihak yang membuat tuduhan.
Sehubungan itu, Annuar memohon mahkamah mengisytiharkan kesemua tindakan yang membawa kepada pengantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.
Turut dimohon adalah perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bolasepak.
Annuar dalam kenyataan kepada media pada 7 Jun lalu memberitahu, tindakan saman itu dibuat bukan untuk mencabar hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya, tetapi ia berkaitan dengan perlanggaran undang-undang yang dibuat dalam menjatuhkan hukuman tersebut.
Annuar digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM sejak 4 April lalu oleh Jawatankuasa Jatatertib persatuan itu setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco).
Bagi pertuduhan pertama, Annuar digantung selama dua tahun sementara enam bulan lagi untuk pertuduhan kedua selepas didapati melanggar Artikel 88 Status FAM edisi 2010-14 di bawah Perkara 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). |
|
|
|
|
|
|
|
Suku akhir piala AFC 2012
18-09-2012 18:30
QF3
ARBIL (IRQ)
18:30
KELANTAN (MAS)
- Stadium: Francouse Al-Hareeri Stadium, Arbil City, IRAQ |
|
|
|
|
|
|
|
berat sungguh pengadil male tadi penakut harap fam ambik tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
NS tak mampu sekat Kelantan
SEREMBAN - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.
Tuan rumah yang bermula garang pada separuh pertama berjaya membolosi gawang pelawat hasil jaringan penyerang muda, Mohd Fidaus Azizul seawal minit ke-13.
Bagaimanapun, anak didik Bojan Hodak tidak menunggu lama apabila Kelantan menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Azlan Ismail selepas menewaskan penjaga gawang Farizal Marlias hasil sepakan sudut pada minit ke-46.
Asakan bertubi-tubi pasukan Red Warrriors ke gawang tuan rumah terus membuahkan hasil apabila pemain import, Mahmoud Ghadar yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.
Kelantan terus menambah derita tuan rumah apabila Indra Putra Mahyiddin menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68.
Ketua pasukan skuad Rusa, Shukor Adan tidak berputus asa untuk merapatkan jurang kedudukan apabila berjaya menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.
Kemenangan semalam membolehkan Red Warriors semakin sukar dicabar apabila terus menambah tiga mata dan menerajui liga dengan 54 mata. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib menang |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan kekal kejuaraan
Pemain Kelantan meraikan kejayaan mengekalkan juara Liga Super 2012 selepas berpesta gol membelasah Perak 6-0 di hadapan kira-kira 18,000 penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Menang penuh bergaya berpesta gol belasah Perak 6-0 di KB
Kota Bharu: Kelantan mengesahkan gelaran juara Liga Super buat musim kedua berturut-turut dengan penuh bergaya selepas berpesta gol membelasah Perak 6-0 di hadapan kira-kira 18,000 penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Kejayaan skuad The Red Warriors itu dicapai ketika saingan musim ini masih berbaki dua perlawanan, lebih mudah berbanding ketika mereka hanya mengesahkan kejuaraan Liga Super musim lalu pada perlawanan terakhir.
Selepas 24 perlawanan, Kelantan tidak mampu lagi dicabar di tangga teratas dengan 57 mata sambil pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII turut mengesahkan status sebagai naib juara Liga Super musim ini dengan 50 mata.
Perebutan tempat ketiga masih terbuka.
Kelantan kendalian jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak ternyata unggul musim ini apabila mereka bukan saja muncul juara Piala FA menewaskan Sime Darby 1-0, Mei lalu, malah mara ke suku akhir Piala AFC untuk bertemu kelab Iraq, Arbil, 18 dan 25 September depan.
Pada aksi malam tadi, Kelantan tampil garang dengan mendahului 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-16 dan 29, Mohamad Ghaddar (18), Badhri Radzi (22) dan Nurul Azwan Roya (38).
Perak bertambah parah apabila kaptennya, Shahrulnizam Mustapha dilayangkan kad merah selepas bertindak kasar terhadap Ghaddar pada masa kecederaan.
Pada babak kedua, Kelantan membawa masuk Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Ghaddar manakala Perak memasukkan penjaga gol simpanan, Kamarul Effandy Abdul Rahim menggantikan Nasril Nourdin.
Namun gawang Perak terus bocor apabila Indra Putra melengkapkan hatriknya pada minit ke-48 untuk gol keenam Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu - 14July2012 ini bakal melakar "Sejarah Baru" dalam industri sukan dan bola sepak Kelantan! Sejarah yang dimaksudkan adalah apabila Majlis Penyampaian Piala Liga Super dan Medal kepada pasukan (utama) Kelantan. FAM telah mewakilkan Datuk Affendi Hamzah - Naib Presiden merangkap Pengurus Pasukan Harimau Muda untuk menyampaikan piala tersebut kepada Kapten Pasukan Kelantan nanti. Ini adalah kali pertama piala berprestij yang dimenangi squad utama Kelantan, akan diserahkan di Stadium Keramat Pahlawan Merah - Stadium Sultan Muhammed IV (SSMIV) di Kota Bharu, Kelantan. Berkat kasabaran, sokongan tidak berbelah-bagi, semangat MERAH yang sentiasa membara...bakal memeriahkan majlis, bukan sahaja di SSMIV tetapi juga di acara Big Screen Kelate.Net yang akan meraikan bersama saat bersejarah ini dari jauh di perantauan. Admin yakin, pasti ada yang akan menitiskan air mata...terharu dan bangga walau diterjah jiwa dan cuba dipatahkan semangat. Marilah kita sama-sama abadikan piala dan saat bersejarah ini kepada Pahlawan Merah yang terdahulu, samada masih hidup mahupun yang sudah pulang keRahmatullah sebelum sempat melihat kejayaan yang diperjuangkan sekian lama, termasuk PAHLAWAN MERAH dalam gambar tertera... GOMO KELATE GOMO! |
|
|
|
|
|
|
|
Kota Bharu: Pemain import terbaru Kelantan, Keita Mandjou tidak sabar untuk membuat kejutan kepada penyokong The Red Warriors apabila berdepan dengan kelab Inggeris, QPR di Stadium Shah Alam, Jumaat ini. Keita, 33, dari Guinea menandatangani kontrak perjanjian selama setahun setengah untuk membantu pasukan gergasi Pantai Timur itu dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), September ini.
“Bertemu dengan QPR nanti adalah persembahan pertama saya bersama The Red Warriors dan saya akan membuktikan kemampuan saya dengan menyumbang gol.
“Saya yakin tiada masalah untuk bersama pasukan hebat ini dan sudah mengenali pemain tempatan seperti Indraputra Mahyuddin, Norsharul Idlan Talaha, Mohd Daudsu Jamaluddin, Norfarhan Mohamad dan S Subramaniam ketika bersama-sama di Perak sebelum ini,” katanya.
Keita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Cabaran Sepakan Penalti Piala Kumpulan Sentosa di Kafe The Red Warriors, Kota Bharu, semalam.
Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor dan Pengarah Kumpulan Sentosa, Mohd Razif Razali.
Pada sesi latihan bersama QPR Khamis ini, akan berlangsung pertandingan sepakan penalti di antara kedua-dua pasukan, The Red Warriors dan QPR, bagi merebut Piala Kumpulan Sentosa.
Sementara itu, Ismail berkata, pertandingan sepakan penalti itu julung kali diadakan dan antara tujuannya ialah bagi menguji kehebatan penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
“Lima pemain QPR akan membuat sepakan penalti ke gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi, sekali gus menguji kemampuannya mengawal pintu gol dari ditembusi pemain Liga Inggeris itu,” katanya.
Beliau berkata, pada acara Khamis ini juga, KAFA akan menyediakan sebanyak 80 bola sebagai cenderahati kepada penonton bertuah yang hadir pada sesi latihan itu, yang dijangka akan bermula jam 5 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Kes ‘kekasaran melampau’ dilakukan dua pemain Selangor – Amri Yahyah dan Bunyamin Umar – terhadap penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada Liga Super 29 Jun lalu akan diadili dengan telus tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk media. Jaminan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, semalam.
Beliau berharap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahu pun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penyokong masing-masing menerima keputusan dibuat jawatankuasa itu dalam perbicaraan yang dijangka diadakan pada awal bulan depan.
“Jangan risau, keputusan kami nanti bergantung kepada penelitian rakaman video insiden membabitkan ketiga-tiga pemain berkenaan. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib nanti. Ia akan dinilai dengan seadilnya,” katanya.
BH Sukan difahamkan, perbicaraan itu tertumpu kepada insiden Amri menumbuk kemaluan Ghaddar dan Bunyamin menumbuk muka penyerang dari Lubnan itu kerana jawatankuasa hanya menerima aduan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Insiden membabitkan kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha bersama Ghaddar, tiada dalam senarai. “Saya belum tetapkan lagi tarikh perbicaraan. Kita tidak boleh buat minggu depan kerana Amri dikhabarkan menyertai Piala Java sehingga 29 Julai.
“Mungkin pada awal bulan depan selepas pemain itu pulang daripada menyertai kejohanan berkenaan,” katanya. Ditanya sama ada Ghaddar yang dilihat melakukan provokasi terlebih dahulu ketika ketiga-tiga insiden itu, Taufik berkata: “Tunggulah perbicaraan nanti. Saya tak boleh komen sekarang.” |
|
|
|
|
|
|
|
Alf_Ramsey posted on 21-7-2012 02:42 PM
Kuala Lumpur: Kes ‘kekasaran melampau’ dilakukan dua pemain Selangor – Amri Yahyah dan Bunyamin U ...
senyap dop ketik doh kes ni lo ni???
|
|
|
|
|
|
|
|
rayyanrafael posted on 23-7-2012 04:02 PM
senyap dop ketik doh kes ni lo ni???
Isu kekasaran oleh pemain Selangor, Bunyamin Umar ke atas Mohammad Ghaddar kini memasuki episod baru. Meskipun belum dibicarakan, namun hari ini Persatuan Bola Sepak Kelantan Kelantan (Kafa) dikejutkan dengan sepucuk surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kali ini giliran Mohammad Ghadar disabitkan pertuduhan melakukan kekasaran ke atas Bunyamin berdasarkan rakaman video. Yang peliknya, pertuduhan tersebut bukan datang daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), tetapi oleh badan induk kebangsaan itu sendiri.
FAM ni gilo
|
|
|
|
|
|
|
|
Badan induk itu boleh lakukan siasatan walapun desas desus
“Saya rasa mereka (pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia) perlu dihantar ke sekolah untuk belajar undang-undang.”
Demikian kata pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengulas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dianggap prejudis terhadap sesuatu isu termasuk membabitkan kes pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar.
Beliau berkata, tindakan FAM itu agak jahil malah mereka membuat banyak kenyataan bercanggah berkaitan sesuatu isu sekali gus membuktikan badan induk bola sepak negara itu seperti kurang faham dengan peraturan yang ditetapkan mereka sendiri.
“Tidak betul kalau mereka cakap kena ada aduan dulu baru siasatan dibuat. Sepatutnya FAM sebagai badan induk bola sepak di negara ini, terus melakukan siasatan walaupun kejadian itu hanya diketahui melalui desas desus saja.
“Mereka ada hak untuk siasat. Dalam kes membabitkan Ghaddar, Amri Yahyah dan Bunyamin Umar, saya tidak cakap ada “double standard” tetapi FAM jahil dan tidak faham mengenai undang-undang,” katanya kepada BH Sukan, semalam.
Semalam BH Sukan melaporkan walaupun terkilan dengan FAM yang dilihat seperti berdolak dalih, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan menyerahkan “bulat-bulat” kepada badan induk itu menjalankan siasatan terhadap Ghaddar.
Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata sebelum ini FAM meminta pihaknya membuat laporan sebelum siasatan boleh dijalankan terhadap Bunyamin kerana melakukan “kekasaran melampau” terhadap Ghaddar pada perlawanan Liga Super d Stadium Sultan Muhammad IV, 29 Jun lalu.
Bagaimanapun, ketika kes yang sama menimpa Bunyamin, FAM tidak perlu menunggu aduan, sebaliknya terus mengeluarkan surat pertuduhan kepada Ghaddar.
Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamaruddin Abdullah ketika dihubungi semalam, berkata apa yang sering menjadi masalah sekarang apabila banyak keputusan jawatankuasa yang pernah dinaunginya itu ditentukan oleh pihak sekretariat. |
|
|
|
|
|
|
|
guano game nga ATM mlm neh...ada can bokalih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|