Fazura langgar kontrak?

MENJADI kelaziman bagi golongan artis untuk diangkat sebagai duta. Kebanyakan produk pasti menggunakan pengaruh dan populariti selebriti pilihan untuk mempromosikan produk mereka.
Tidak hairanlah, ada segelintir artis kelas A dibayar hingga ratusan ribu, malah ada yang mencecah jutaan ringgit kerana syarikat percaya produk mereka boleh laris jika menjadikan artis sebagai duta.
Bercakap tentang isu artis sebagai duta ini, ada seorang kawan Poklip memberitahu, dia terkejut apabila pelakon popular, Fazura didakwa telah melanggar kontrak sebuah syarikat produk penjagaan rambut. Dakwa sumber itu, Fazura dikatakan telah mengeluarkan produk penjagaan rambutnya sendiri, sekali gus didakwa melanggar kontrak dengan syarikat tersebut. Aduh, panas juga dakwaan ini. Tambah sumber itu, disebabkan dakwaan tersebut, syarikat itu dikatakan nekad untuk mengambil tindakan udang-undang terhadap pelakon tersebut. Poklip ada juga menggodek-godek laman sosial milik pelakon tersebut dan tidak dinafikan, jenama popularnya, Fazbulous ada mengeluarkan produk wangian rambut bagi pengguna berhijab. Poklip tak pasti pula sama ada benar atau tidak pelakon tersebut sudah melanggar kontrak. Jikalau benar, mungkin perlu ada perbincangan antara dua pihak bagi menyelesaikan masalah tersebut. Lagipun, Fazura rasanya bukan sehari dua menjadi duta bagi produk. Pasti dia sudah sedia maklum dengan terma dan syarat bagi produk yang menggunakan dia sebagai duta. Poklip berharap dakwaan ini diselesaikan secara profesional. Lagipun, sumber rezeki artis tempatan bukan sahaja dengan menyanyi, berlakon atau mengacara. Menjadi duta pun boleh tahan lumayan bayarannya tau!
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/fazura-langgar-kontrak-1.746184#ixzz5QsqEC7xV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Maydan? Junedan? Julydan? Augustdan? Septemberdan? dan dan dan...

|