CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM

[Copy link]
Post time 5-8-2015 11:37 AM | Show all posts
EJALTI replied at 4-8-2015 04:19 PM
Sarkastik???.....

Jangan persoal keikhlasan penderma

rasanya..inilah sarkastic yang terbaik di alam maya setakat hari ini...hi3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku saspek yg duit tu sebenarnya duit 1mdb juga.. tapi yg dah ditawaf keliling dunia yg akhirnya masuk ke akaun najib..

Sebab tu takda jawapan mana pi duit lebih 1mdb  setelah tolak semua belian dan kegunaan oleh 1mdb..

Bila dah terbarai ckp itu duit derma... hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sprm pun nampaknya dah nak terlungkup kena tibai... bos2 besar pi cuti yg bawah2 pulak kena siasat polis...

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:02 PM | Show all posts
rashiman replied at 4-8-2015 03:05 PM
hak penderma nak masuk mana2 akaun....terpulang kepada penerima...
dan hak penderma mahu merahsia ...

Apa itu Rasuah?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.


Memanglah hak penderma nk derma kpd siapa pun. Tetapi bila ia melibatkan jumlah yg begitu besar penderma tu sepatutnya disiasat. Siapa dia dan darimana dia dpt duit byk tu. Ada keraguan di situ kan? Tugas SPRM tu kan? Pihak bank pun kena tanya penerima, duit apa dan dari mana. Contohnya yg terbaru kwn saya dpt duit epf .. rm90000 lebih. Itupun pihak bank terus call kwn saya..soal siasat mcm2. Siap minta bukti. Kalau 2.6 billion? Tak kan tak siasat kot...


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:11 PM | Show all posts
Maka Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM pon udah dituka...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:21 PM | Show all posts
Bende rasuah dah lama berlaku kat goverment  / putrajaya. Aku sendiri kena lepas pi tender meeting. Gile apa mau 50% value tender kat orang dalam. Korang ingat aku vendor main curi ayam ? songlap sana sini..

lepas sub punya sub punya sub portion aku tinggal 10%. Go die la makan atas hangin ali baba...

Aku ingat aku sorang je vendor kena, rupa ada lagi tengok  dari 8 juta jadi 400k kos ?..

** Hentikan rasuah wei ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 12:23 PM | Show all posts
ss24 replied at 5-8-2015 01:07 AM
semua kaum pun ada racist

Mmg betul pandangan kamu, tapi kenapa parti itu boleh survive begitu lama dgn main isu perkauman dan agama (misalnya menakut orang spt merempat di tanah sendiri, dapig nak buat negara Xtian, hilang kuasa)? Tengok isu low yat pun tau, siapa paling rasis.

Mereka kata politikus anggap rakyat bodoh, tapi 47% yg buat semua nampak bodoh, so tak salah anggap rakyat bodoh.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:25 PM | Show all posts
ultra78 replied at 4-8-2015 05:10 PM
RM40k = Bersalah

RM2.6B = Tak Bersalah

how irony.......................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 12:28 PM | Show all posts
petola replied at 5-8-2015 07:53 AM
Aku saspek yg duit tu sebenarnya duit 1mdb juga.. tapi yg dah ditawaf keliling dunia yg akhirnya mas ...

secara logiknya begitulah. Kalau ikut betul betul money trail tu dapatlah jawapannya.
nampak gaya najib nak bolot sorang sorang wang derma tu sampai menteri menteri lain dalam kabinet pun tak tau, ahli majlis tertinggi dalam UMNO pun tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:49 PM | Show all posts
kelana36 replied at 5-8-2015 12:28 PM
secara logiknya begitulah. Kalau ikut betul betul money trail tu dapatlah jawapannya.
nampak gay ...

kita pon tau petrosuadi sign aggrement dgn 1MDB untuk pelaburan TRX..bla bla bla...aku suspek duit pelaburan 1MDB dari petrosaudi dimasukkan ke dalam akaun najib


dulu masa WSJ dedah kata 2,6 billion masuk akaun najib...bukan main pung pang pung pang nafi...konon kata WSJ dan Sarawak Report komplot nak jatuhkan perdana menteri...alih2 kantoi jua...Wak Yidin kantoikan dalam video...lepas tu boleh pulak kata duit tu derma....selama  ni Umno kata takda duit 2.6 billion masuk akaun najib
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:51 PM | Show all posts
tu skg macai2 dok pusing2 cornar2 da...
semua salah pkr, dap, cina...semua macai2 tgh gigih cornar2
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 5-8-2015 12:51 PM
tu skg macai2 dok pusing2 cornar2 da...
semua salah pkr, dap, cina...semua macai2 tgh gigih cornar2 ...

Pokok persoalan masih x jawap, cai cai tetap nk konar baring lagi.
Kini, cai cai telah kelu seribu bahase jua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:53 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 5-8-2015 12:51 PM
tu skg macai2 dok pusing2 cornar2 da...
semua salah pkr, dap, cina...semua macai2 tgh gigih cornar2 ...

najib memang dah kantoi dah..skang macai2 nye sedang jilat taik najib....tu yang byk menteri otak udang ckp mcm tak pakai otak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:57 PM | Show all posts

Dana Lebih Selamat Jika Dalam Akaun PM - Abdul Rahman



PETALING JAYA: Ahli Umno bersetuju dengan amalan sumbangan politik yang disalurkan ke dalam akaun peribadi presiden parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pada masa lalu, sumbangan disalurkan ke dalam akaun pemegang amanah yang membawa kepada pelbagai kerumitan.

"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyerahkan aset parti kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menghadapi masa sukar kerana ahli proksi tidak mengisytiharkan dana tersebut sebagai milik parti.

"Sesetengah ahli yang melalui perceraian berdepan situasi di mana pasangan mereka mengisytiharkan aset tersebut bukan milik Umno," katanya dalam satu temubual di TV1 pada Selasa.

Rahman berkata beliau dan ahli-ahli parti berasa lebih yakin dengan dana disalurkan dalam akaun presiden kerana ia lebih selamat di sana.

"Malah adalah menjadi tanggungjawab presiden parti untuk mencari dana bagi membiayai aktiviti parti.

"Mengapa saya tidak gembira jika presiden saya dibuktikan tidak bersalah.

"Malah jika beliau melakukan kesalahan tersebut, Allah melarang, tidak ada keperluan Clare Brown atau Wall Street Journal (WSJ) kerana ahli Umno sendiri akan mendedahkan isu ini," katanya.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia adalah perbuatan mulia penderma yang tidak mengenakan sebarang syarat.

"Sebelum ini, wang disalurkan kepada pihak tertentu, mereka tertakluk kepada syarat dan ia menjadikan perjanjian tersebut tidak sah.

"Ia adalah sama seperti kita memberikan wang kepada warga Palestin dan Gaza kerana kita percaya dalam perjuangan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:58 PM | Show all posts
alien3d replied at 5-8-2015 12:21 PM
Bende rasuah dah lama berlaku kat goverment  / putrajaya. Aku sendiri kena lepas pi tender meeting.  ...

Aha... ie kontract asalnya RM270 juta inflated jadi RM400 juta...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 01:00 PM | Show all posts
guna nama Allah, Palestin dan Gaza plak dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 01:01 PM | Show all posts
R2D2 replied at 5-8-2015 12:57 PM
Dana Lebih Selamat Jika Dalam Akaun PM - Abdul Rahman

dari arkib Utusan - 27/2/2012


ARKIB : 27/02/2012

Inisiatif bagi kawal “pembiayaan politik” diperkenal – PM
27/02/2012 6:24pm

PUTRAJAYA 27 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan  memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi  mengawal “pembiayaan politik” demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat  terhadap pertubuhan politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap  sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di  peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

"Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk  meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk  kepentingan persendirian,” katanya semasa berucap merasmikan Program Pegawai  Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari  ini.

Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit  penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir  tahun kewangan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan  sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi,  manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti  dan seterusnya rakyat. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3htfMjhBe
©  Utusan Melayu (M) Bhd




Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 01:01 PM | Show all posts


sila tengok dari 1:20
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 01:04 PM | Show all posts

Hinanya PM malaysia ni..... nasib baik in bm... kalau dlm bahasa inggeris tentu viral satu dunia
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macai nak sokong belah mana..team madey ke team najib?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.104500 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list