|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 3-2-2015 09:34 PM
Cont..
"Aku nak kau tanda tangan surat perjanjian ini yang kau akan kahwini aku." Zarith Sofea menghulur satu dokumen kepada Ku Iz. " Dan ini pengesahan untuk kau failkan cerai dekat mahkamah. Aku tak nak kau gunakan point kau dipaksa ceraikan isteri kau dekat mahkamah. Surat ini bukti kau dengan rela hati ceraikan dia ! Aku tak bodoh Hafiz ! Aku tak nak kau mungkir janji lagi. Jangan sesekali cuba berbaik dengan Najiha !" Satu lagi dokumen diserahkan kepada Ku Iz.
Sekali lagi Ku Iz terpana. Nampaknya Zarith Sofea memang sudah lama merancang untuk memaksa Ku Iz mengahwininya. "Aku hanya akan sign kalau kau lepaskan Najiha !" Ku Iz dah tak ambil kisah lagi pasal diri dan hidupnya. Keutamaannya adalah keselamatan Najiha sekarang !
" Baiklah ! Aku akan buka ikatan kaki dia dulu. Bila kau dah 'sign' aku akan lepaskan dia terus !" Zarith Sofea menabur janji. Seorang pengawal diarahkan membuka ikatan yang menjerut kaki Jie. Ikatan dibuka.
Jie mula rasa selesa. Sekurang kurangnya kakinya boleh digerakkan.
"Sekarang giliran kau untuk sign." Pen dihulurkan kepada Ku Iz. Ikatan tangannya dilonggarkan bagi memudahkan Ku Iz memegang pen. Ku Iz tiada pilihan lain. Tanda tangan terpaksa diturunkan. Nampaknya dia bakal terikat dengan Sofea untuk seumur hidup.
Ku Iz merenung wajah Jie yang masih lagi berbusana pengantin. Hajat untuk hidup berdua sudah musnah. Jie memang bukan miliknya. Sekarang Ku Iz faham kepedihan yang dirasa Rayyan sewaktu melepaskan Jie.
"Aku nak kau lepaskan dia sekarang !" Ku Iz inginkan Zarith Sofea menunaikan janji.
" Demi you, sayang !" Zarith Sofea senyum. Segera mengarahkan pengawalnya untuk membuka seluruh ikatan Jie. Hasrat hatinya terlaksana.
Jie bebas ! Mata ligat memerhatikan Rayyan yang sudah terlerai ikatannya. Hanya Zack yang masih terikat. Stun gun yang diselit dalam poket seluar pengawal diambil lalu disorok disebalik gaun yang dipakai. Tindakan Jie tidak disedari kerana Zarith Sofea terlalu asyik dengan Ku Iz manakala kedua pengawal dari tadi tidak memberi perhatian kepada Jie.
Bunyi tembakan kedengaran. Ku Iz dilihat rebah. Dua orang lelaki dan seorang wanita muncul.
" Kau bodoh Sofea !" Satu tamparan hinggap dipipi Zarith Sofea. " Aku sayangkan kau selama ini tapi lelaki ini jugak yang kau kejar !" Rambut Zarith Sofea ditarik. Kekecohan mula berlaku. Pertengkaran hebat antara Zarith Sofea dengan lelaki yang baru muncul.
Rayyan pantas mengambil kesempatan menerkam kedua pengawal dan merampas senjata api mereka. Tembakan dilepaskan mengenai sasaran. Kedua dua pengawal tumbang.
Jie pula bergegas membuka ikatan Zack. Ikatan terlerai. Zack terus mencapai pistol dilantai milik pengawal kedua yang sudah mati ditembak Rayyan. Bersiaga. Tinggal lagi 4 orang untuk ditumbangkan termasuk Zarith Sofea. Lelaki yang menampar Zarith Sofea dilihat menembak gadis itu. Kedengaran erangan kesakitan namun senyap kemudiannya. Tak pasti nasib Zarith Sofea. Sama ada hidup atau sudah mati.
"Nice to meet you Mr Rayyan Hardy !" Lelaki yang bergaduh dengan Sofea tadi memandang sinis ke arah Rayyan. " Encik Rayyan kenal muka ini lagi?" Seringai menampakkan giginya.
"Rizal?!" Rayyan takkan lupa wajah ini. Penipuan yang di lakukan Rizal telah mengakibatkan kerugian besar syarikat."Apa yang kau nak dari aku?!" Rayyan menyoal kasar.
Rizal hanya tertawa. " Aku nak bunuh perempuan tu." Jari telunjuk menghala ke arah Jie. " Kau cintakan dia, kan? Aku nak kau rasa macam mana sakitnya hilang orang yang kau sayang."
" Kau tunggu aku mati dulu ! Aku takkan benarkan kau sentuh dia !" Rayyan mula emosi.
Rizal masih lagi ketawa. " See ! Pandai kau marah ! Kau tak fikir aku punya marah bila kau pecat aku macam itu saja. Kau ingat aku sengaja nak menipu ke?" Rayyan dijerkah kasar. "Mak aku sakit ! Aku perlukan duit untuk pembedahan sebab itu aku terpaksa menipu kau, bodoh ! Tapi kau tak dengar explanation aku !! Kau terus buang aku !!" Nada suara meninggi.
" Kira kau beruntung Rizal sebab aku tak tergamak nak report polis. Aku cuma buang kau !" Rayyan menegakkan tindakan yang diambil dulu.
" Dah aku malas nak bertekak dengan kau !" Rizal memandang tepat ke arah Jie. "Aku tahu kau dah lama tergilakan perempuan ini, Azim. Dia milik kau sekarang !" Satu tembakan dilepaskan mengenai Rayyan. Rayyan tak sempat mengelak. Darah pekat mengalir dari luka. Dia terjelepuk jatuh tidak sedarkan diri.
" Ray!!!!!!" Jie menjerit sekuat hati. Tak sanggup melihat kematian lelaki yang masih dicintainya. Air mata mengalir deras.
Zack menyerang Rizal. Pergelutan terjadi antara mereka. Keadaan jadi kacau bilau.
Sementara Azim merenung penuh berahi ke arah Jie. Gadis yang dikejarnya sejak dulu. Veil di kepala Jie ditarik memaksa Jie untuk menurut langkahnya. " Aku nak 'bersama' dengan kau sayang !" Sudah lama Azim menyimpan hasrat itu. Yakin hajat akan tercapai hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
FAINELI some killing. Ooooo yeah baby! Shera gay manaaaaaaaaaa!
Aku suka killing ending.More blood tt. Jie kena rogol.hehe.
Hope Shera save Jie.hehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2015 09:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 6-2-2015 06:47 AM
Haruman yang dipakai Jie membuatkan Azim teransang. Sudah lama dia berangan untuk memiliki gadis itu. Pelbagai cara diguna. Namun Jie tetap tega memilih Zack berbanding dirinya.
Pertemuan dengan Jie sewaktu menghadiri majlis resepsi di JW Marriot Hotel menyemarakkan lagi keinginan Azim untuk mendapatkannya. Gadis itu kelihatan makin jelita dan menarik.
Justeru, Azim sanggup bersekongkol dengan Zarith Sofea untuk melaksanakan semua rancangan yang telah diatur sejak mereka di Ohio lagi. Sheera diupah untuk menjadi sahabat Jie supaya mudah memantau pergerakan Jie. Tapi Sheera bodoh itu boleh jatuh cinta pada Jie ! Sungguh Azim tak duga rupanya Sheera meminati kaum sejenis !
Zarith Sofea merancang mahu membuat hidup Jie sengsara kerana menganggap Jie adalah perampas Ku Iz darinya.
Padahal Azim tahu Ku Iz yang memaksa Jie untuk menikahinya kerana Azim adalah saksi pernikahan mereka berdua.
Ku Iz menggunakan kuasa sebagai lelaki menodai Jie supaya Jie tunduk menikahinya. Apabila dapat tahu Ku Iz sanggup menggunakan cara kotor sebegitu untuk mendapatkan Jie rasanya tak salah kalau sekarang Azim menggunakan teknik yang sama. Asalkan dia dapat memiliki gadis itu.
Rayyan pula adalah mangsa keadaan kerana mencintai Jie. Puas Azim dan Zarith Sofea merangka strategi untuk memisahkan mereka tapi rupanya Rayyan itu tetap kebal. Masih setia mencintai Jie.
Pernah Azim menghubungi Rayyan mengugut untuk mencederakan Jie jika tidak memutuskan hubungan dengan gadis itu, namun nampaknya Rayyan bukan seperti Zack yang rela melepaskan Jie demi memastikan Jie selamat atau tunduk pada ugutannya.
Malah Rayyan berani pula mengupah orang untuk mencarinya sehingga ke lubang cacing. Nyaris saja Azim tertangkap. Sejak itu Azim tak berani bermain dengan Rayyan.
Azim dan Zarith Sofea menukar rentak permainan. Target hanya Jie. Kebodohan Zarith Sofea terserlah apabila mengupah 'samseng amatur' menyerang Jie yang ketika itu keluar berdua dengan Ku Iz.
Zarith Sofea terbawa bawa dengan perasaan cemburu melihat Ku Iz disamping Jie. Tanpa persediaan rapi terus diupah dua orang samseng jalanan yang Azim sendiri tak tahu dimana Zarith Sofea jumpa.
Lantaran marahkan sikap bodoh Zarith Sofea, Azim hampir saja menembak kepala Zarith Sofea kerana samseng yang diupah berjaya dikalahkan Ku Iz dan Jie. Mujur saja kedua samseng itu tidak membuka mulut ketika ditahan.
Lantas, takut rahsia terbongkar Azim terpaksa merasuah warden penjara supaya menyuntik dadah kepada kedua samseng untuk menjadikan mereka mati 'overdose'. Kes juga ditutup. Maka Azim boleh menarik nafas lega.
Pertemuan dengan sahabat lama Azim, Rizal yang sememangnya menggilai Zarith Sofea menambahkan lagi 'sekutu' mereka. Rizal begitu mendendami Rayyan yang ketika itu tunangan Jie. Strategi baru diatur.
Tapi, Azim sakit hati melihat Jie yang asyik berjumpa Zack membuatkan Azim bertindak untuk mengajar gadis itu. Azim dengkikan Zack yang sejak dulu mendapat perhatian Jie.
Azim tahu Jie alah kepada kucing maka sengaja diletakkan haiwan itu berdekatan Jie dan diupah orang untuk memberikan tisu yang dicampur dadah kepada Jie.
Sama juga dengan bunga ros yang dijual kepada Rayyan. Bunga itu dicampur dadah dalam dos yang tinggi untuk memberikan impak serta merta. Azim berharap sangat Jie akan mati atau sekurang kurangnya menjadi gila.
Namun, Jie selalu bernasib baik. Pasti akan selamat.
Cuma Azim tak pasti sama ada kali ini Jie akan selamat lagi. Senyuman nakal bermain dibibir. Azim menatap wajah cantik dihadapannya. Rasa macam menang loteri berjuta pula kalau dia dapat mengucup bibir merah delima itu. Jie cuba dihampiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian jie..Ku iz guna kuasa lelaki. Sampai hati. Aku geram dgn Ku iz.
Aku benci laki camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2015 10:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 2-2-2015 09:39 PM
Kesian jie..Ku iz guna kuasa lelaki. Sampai hati. Aku geram dgn Ku iz.
Aku benci laki camni. : ...
Baca edited version |
|
|
|
|
|
|
|
seme diupah.lol.aku rasa kelakar.hahaha.
Klo case family aku len. Laki tu tak dpt kakak aku, dia upah bomoh. Haha.nasib blh berubat. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2015 10:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 2-2-2015 10:32 PM
seme diupah.lol.aku rasa kelakar.hahaha.
Klo case family aku len. Laki tu tak dpt kakak aku, di ...
Org ceruk mane 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Esmiria at 2-2-2015 03:20 PM
Adalah laki tu..dia ingt dia hbt ke.dahlah ’busuk’ macam ku iz. Sekali, mati bomoh dia kena tikam pisau ghaib dari jauh.Hoho.
By the way, laki tu dah mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak sabo nk tunggu sambungannya lol. Aku hope shera selmtkn jie.then shera nak berubh,kahwin dgn rayyan ke.hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-2-2015 12:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 3-2-2015 08:17 AM
Jie dapat membaca melalui lirikan mata Azim terselit niat jahat. Spontan Azim dijauhi. Jie mengambil langkah berwaspada. Takut jadi mangsa kerakusan lelaki itu.
"Jangan takut Najiha !" Azim maju setapak. "Kau mesti akan suka." Cuba menyentuh wajah Jie namun sempat ditepis oleh gadis itu.
Stun gun dihala ke arah Azim. Lelaki itu tersentak dengan arus elektrik yang mengenainya lalu pengsan.Jie menarik nafas lega.
Pantas Jie menanggalkan tiara dan veil yang berada dirambutnya. Menyukarkan pergerakan.
Zack pula dilihat berjaya menumpaskan lawannya. Darah pekat meleleh dibibir lelaki itu. Kesan pergelutan dengan Rizal tadi.
"You ok Najiha?" Zack bimbang. Jie angguk. Lega melihat tiada kecederaan pada gadis itu.
"You ada handphone Zack? Kita kena dapatkan bantuan." Jie risaukan Rayyan dan Ku Iz. Mereka berdua masih lagi tak sedarkan diri. Tak pasti seteruk mana kecederaan yang dialami.
Zack menyeluk saku seluar. Tiada. Barangkali jatuh sewaktu bergelut tadi. "Tak adalah Najiha."
"Mungkin penyangak ini ada. Kita kena check. You ke sana I cari dekat sini." Jie memberi cadangan. Nampaknya, mereka perlu berpecah untuk menjimatkan masa. Zack hanya menurut.
Jie menyeluk poket pengawal yang telah mati ditembak oleh Rayyan. Terjumpa kunci kereta. Peluang baik untuk keluar. Jie segera menjerit memanggil Zack.
Satu das tembakan kedengaran tak diduga. Peluru tepat mengenai dada Jie. Darah merah keluar membuak buak. Jie menekup dengan tangan untuk mengelakkan pendarahan menjadi lebih teruk. Sakit mula dirasakan. Tubuh bersandar didinding. Nafas mencungap lelah. Pandangan Jie mula kabur.
"Najiha !!!" Zack terus berlari lalu melepaskan tembakan tepat ke arah Azim. Wajah lelaki itu berkerut menahan sakit.
"Puas hati aku Zack !!" Sempat lagi Azim ketawa dalam menahan kesakitan. "Kalau aku tak dapat Najiha, tak ada lelaki lain boleh dapat dia. Aku rela dia mati !" Hati puas melihat Jie semakin lemah. Menunggu masa untuk mati !
Zack mula hilang sabar. Tembakan dilepaskan tepat mengenai kepala Azim. Kali ini Azim terus 'terdiam' kaku tidak bernyawa.
Langkah diatur pantas mendapatkan Jie yang sedang bersandar. Zack terus meraih tubuh Jie dipangkuannya. Takut kehilangan gadis itu buat selamanya.
"Zack.. " Jie bersuara lemah. Matanya layu. Dada turun naik menghela nafas. Menakung nyawa yang masih bersisa.
"Hang on Najiha ! You akan selamat. I sayangkan you. Please Najiha, stay with me !" Mata mula bergenang. Zack lebih rela melihat Jie hidup bahagia walau bersama lelaki lain dari melihat gadis itu mati didepan mata.
"Zack.." Walaupun payah untuk bersuara namun Jie tetap gigih mencuba.. " I nak you bahagia seumur hidup you ! Janji dengan I !"
"I janji Najiha ! I janji !" Tangan gadis itu digenggam erat. Zack tak dapat mengawal sedih lagi." Jangan tinggalkan I, Najiha ! Please !" Pegangan tangan Jie makin lemah.
"Selamat tinggal Zack !" Tangan gadis itu terkulai layu lalu jatuh. Mata Jie terpejam rapat.
"You tak boleh mati Najiha !! Bangun Najiha !!! Bangun !!" Tubuh Jie digoncang kuat. Tiada tindak balas. Pipi gadis itu ditepuk. Masih lagi kaku.
"Najiha!!" Zack meraung sekuat hati. Tubuh kaku Jie dipeluk erat. Buat pertama kali Zack mengenal erti kehilangan. Airmata lelakinya gugur jua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 3-2-2015 01:55 AM
Dari jauh Sheera merenung Zack yang masih gigih meratapi pemergian Jie. Air mata Sheera tumpah. Hati sedih memikirkan insan yang dicintai sudah tiada.
Memang Sheera menaruh hati pada Jie sejak dari zaman sekolah lagi. Malangnya Jie tak pernah perasan kewujudan Sheera.
Sheera cemburukan hubungan rapat Ku Iz dan Jie sewaktu sekolah dulu. Lelaki playboy seperti Ku Iz tak layak untuk Jie ! Jie patut mendapat seorang yang menyayanginya setulus hati. Dan Sheeralah yang paling sesuai berdampingan dengan Jie.
Pernah Sheera mengirim surat meluahkan isi hati pada Jie namun sayangnya Jie cuma membuang surat cinta dan bunga yang Sheera hadiahkan. Alasan Jie kerana tiada nama pemberi disitu dan Jie tak bersedia untuk bercinta. Semudah itu ! Hancur hati Sheera hanya tuhan yang tahu.
Sejak itu, Sheera rasa perasaannya seperti tidak dihargai. Marah dan dendam bercampur baur.
Bila Azim mengupah Sheera untuk mendekati Jie, Sheera dapat rasakan inilah peluang untuk mengenakan Jie. Namun lama kelamaan Sheera tidak dapat menipu diri yang Jie masih berada dihatinya.
Rasa menyesal bersekutu dengan Azim dan Zarith Sofea. Kalau tak kerana 'kegilaan' mereka berdua pasti Jie masih lagi bernyawa.
Pistol dicapai lalu diacu ke kepalanya. "Jie.. hidup aku mungkin tak bermula dengan cinta kau.. Tapi hidup aku berakhir dengan cinta kau. Aku datang untuk jumpa kau.. Tunggu aku sayang.." Sheera senyum pada bayangan Jie yang berada didepan mata sedangkan itu hanya imaginasinya.
Usai berkata begitu, picu pistol ditarik. Peluru menembusi otak. Namun Sheera tetap tersenyum.. Terbayang Jie dan dirinya berdua berjalan seiringan. Darah merah berlimpahan.
Serentak itu, jasad Sheera terbujur kaku tidak bernyawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
semua ni adalah mimpi...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
manalah tt ni..Aku tak sabo ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 3-2-2015 12:23 PM
BAB 41
Tak sangka pernikahan Jie dan Ku Iz berakhir setragis ini. Zack masih lagi tak dapat menerima hakikat . Hati makin gelisah.
Lantas Zack mengambil keputusan untuk berjalan diluar perkarangan hospital. Mencuba meraih sedikit ketenangan. Ku Iz dan Rayyan masih lagi dirawat. Tak pasti nasib mereka berdua. Cuma mampu berdoa semoga segalanya selamat.
Dato Hanafi dan Tan Sri Isa dilihat masih sibuk berurusan dengan anggota polis yang bertugas menjalankan siasatan. Zack malas ambil tahu. Semua itu tiada makna langsung baginya !
Cuma Zack rasa terkilan bila mengenangkan perbuatan Azim. Tak sangka , Azim, teman baik Zack sendiri adalah dalang disebalik semua kejadian ini ! Segalanya bermula semata mata kerana dendamkan Jie yang tidak membalas cintanya. Cetek sungguh pemikiran manusia ! Rela melakukan apa saja demi memenuhi tuntutan nafsu. Sadisnya, Azim juga mati dalam 'kegilaan' yang diciptanya.
Malang pula bagi Jie kerana menjadi mangsa lelaki tak guna. Lelaki yang bertuhankan nafsu semata. Zack kecewa bila mendapat tahu kisah sebenar disebalik pernikahan Jie dan Ku Iz sewaktu di Ohio dulu. Tergamak Ku Iz 'mengikat' Jie dengan cara jijik sebegitu !
Namun yang paling Zack kesali, dirinya sendiri gagal sebagai pelindung Jie sedangkan dia pernah bersumpah akan melindungi gadis itu sekalipun nyawanya sendiri menjadi taruhan.
Kalau saja Zack tahu semua akan berkesudahan seperti ini, Zack takkan sesekali membiarkan Jie berlalu pergi dari hidupnya dulu. Pasti dia akan berjuang bermatian mempertahankan cinta mereka dari dimusnahkan oleh Ku Iz.
Sayang seribu kali sayang, segalanya sudah terlambat. Andai Zack mampu memutar masa, dia ingin kembali ke zaman belajar dulu. Ingin mengulang kembali saat indah mereka berdua. Namun, Zack tahu itu semua mustahil. Masa yang sudah berlalu takkan mungkin berulang. Hanya yang ada hari esok yang masih samar. Zack tahu hidup perlu diteruskan walau pahit untuk menelan segala kenangan silam.
Nur Najiha.. Satu nama tetap abadi. Akan kekal mewangi dihati Zack selagi hayat dikandung badan. Pandangan dihala jauh. Dada mula terasa sebak.
" I tahu you sedih Zafrey ! I pun sedih ! I berdosa pada Jie ! I tak sempat minta maaf !" Entah dari mana Zeeta muncul. Mungkin saja Zack yang tenggelam dalam lamunan sehingga tidak menyedari kehadiran gadis itu.
Air mata bercucuran jatuh dipipi gebu Zeeta. Sungguh Zeeta tidak menduga semua ini bakal terjadi. Rasa berdosa kerana pernah menyebabkan Tengku Safiah menampar Jie sewaktu majlis hari jadi Rayyan dulu.
"Zafrey.. " Zeeta menyentuh lembut bahu Zack. " I sanggup jadi pendengar masalah you kalau you perlukan teman. I harap you tabah hadapi semua ini." Teringat saat Zack memujuknya sewaktu Zeeta menangis sedih dimarahi Rayyan. Zeeta cuma ingin lelaki dihadapannya ceria seperti waktu pertama kali mereka bersua.
"Thanks Zeeta !" Zack cuma tersenyum pahit. Hati dan fikirannya kosong saat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 3-2-2015 01:26 PM
Air mata kekesalan tak henti mengalir dipipi Ku Iz. Sedih dengan perkhabaran yang menimpa Jie. Semuanya adalah salahnya ! Kalau saja Ku Iz membiarkan Jie berbahagia dulu disamping Zack pasti semua ini takkan terjadi. Esakan kuat kedengaran. Keadaan dirinya yang masih lemah tidak diendahkan. Hati hancur lebur.
"Sabar Iz !" Rayyan cuba menenangkan sepupunya. Ku Iz terkena tembakan diperut dan kehilangan banyak darah. Rayyan tak mahu sesuatu yang buruk menimpa lelaki dihadapannya. Tak sanggup menerima berita yang menyayat hati lagi. Cukuplah dengan segala yang terjadi hari ini.
Walau hatinya turut dipagut pilu dengan segala yang telah terjadi. Namun sebagai hamba Allah yang tidak berdaya , Rayyan terpaksa akur. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.
Balutan luka tembakan dibahunya direnung. Betapa Rayyan berharap andai diberi peluang untuk menggantikan tempat Jie, dia sanggup ! Tak rela meneruskan hidup tanpa gadis itu disisi. Seluruh hidupnya terasa sudah berakhir. Gelap gelita tanpa cahaya.
" Ray.." Ku Iz rasa dia perlu memberitahu kebenaran kepada Rayyan. Walaupun sudah terlewat namun Ku Iz tidak mahu membawa rahsia ini sehingga ke kubur andai ditakdirkan dia mati kelak.
"Aku berdosa pada Najiha ! Aku paksa dia kahwin dengan aku masa dekat Ohio dulu. Aku tipu dia ! Aku letak pil ecstasy dalam minuman dia supaya dia tak sedarkan diri. Aku ada niat nak nodai dia tapi aku tak sampai hati ..." Sedu sedan makin kedengaran. " Aku tipu dia cakap aku dah tiduri dia supaya dia terima lamaran aku ! Aku ugut dia aku akan bagitau Zack kami dah terlanjur kalau dia menolak." Ku Iz tunduk kesal. " Najiha masih lagi suci sampai sekarang. Aku tak sempat nak sentuh dia walaupun kami dah lama kahwin." Akhirnya kebenaran terluah jua dari bibirnya. Ku Iz lega.
Bagi Rayyan segala kekesalan Ku Iz sudah tidak berguna. Segalanya sudah terlewat. Tiada apa yang berubah dengan kenyataan Ku Iz. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Esmiria at 3-2-2015 05:09 AM
another twist. I love it! So jie tk sempt ehem2 before mati.
Aduhh..kecewanya aku shera mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:38 PM
Tengku Safiah menyeka air mata yang mengalir dipipinya. Walau tidak begitu menyenangi Jie namun tak pernah terlintas dihati supaya bala ini menimpa gadis itu. Rasa berdosa mengenang layanan buruk terhadap Jie dulu.
Maafkan Aunty Najiha ! Jie yang sedang terbaring kaku direnung. Entah kenapa pilu terasa sedangkan sepatutnya dia lega kerana tiada lagi bayangan 'Maznah' dalam keluarganya.
Tengku Safiah sedar perasaan benci yang wujud terhadap Najiha hanyalah kerana wajah cantik yang dimiliki gadis itu seiras benar dengan Mommynya sewaktu muda. Mujur, Viana tidak begitu mirip wajah Mommynya. Kalau tidak, mungkin Viana juga bakal menerima layanan sama seperti Jie.
Maznah adalah wanita yang pertama berjaya mencuri hati suaminya. Tengku Safiah tahu sehingga kini suaminya masih mengingati Maznah walaupun mereka tidak berjodohan.
Malah, Tengku Safiah tidak dapat menerima hakikat kedua anaknya pernah jatuh cinta pada gadis yang sama. Gadis itu adalah Jie yang sangat mirip Maznah !
Pernah terlintas di fikirannya bahawa mungkin Tan Sri Isa terlalu mencintai Maznah dulu. Maka disebabkan itu, menurun citarasa yang serupa kepada kedua anak lelakinya. Masakan tidak, Rayyan dan Khalid pernah berebutkan cinta Jie !
Namun, Tengku Safiah cepat sedar itu semua hanyalah bayangan dirinya yang cemburu dengan sejarah silam suaminya sedangkan segala yang terjadi hanyalah satu kebetulan. Atau anggap saja ia takdir yang tertulis.
Bukan salah Jie sekiranya memiliki wajah seiras Maznah. Sememangnya Maznah itu ibu yang melahirkannya. Salah Tengku Safiah kerana takut dengan bayang bayang sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa macam ada twist lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|