CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Presiden_Lanun

[Dunia] VOL18 MH370: Misi SAR ops semakin menduga

 Close [Copy link]
Post time 21-3-2014 03:07 PM | Show all posts
MH370: Mungkinkah Kapten Zahrie ‘ U-Turn’ Kerana Kokpit Terbakar?



Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.


Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow berkata, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

“Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

“Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan.”

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

“(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat.”

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

“Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

“Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.”

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

“Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit.”

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

“Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus.”

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: “Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi.”

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. – Cheakak


Teori di atas dikongsikan Juruterbang Kelas 1 Kanada, Goodfellow yang mempunyai 20 tahun pengalaman menerbangkan pelbagai pesawat multi-enjin menerusi laman Google+ Page miliknya pada 14 Mac lalu.

Ia mula menjadi viral selepas pos ini dikongsikan pembacanya di laman web reddit.com/.

Goodfellow mendakwa dia tampil dengan teori ini setelah membaca terlalu banyak spekulasi dilontarkan terhadap insiden kehilangan pesawat MH370 termasuk melibatkan pengganas, rampasan malah meteor.

Dia bagaimanapun mengaku tidak mempercayai kebanyakan analisis berhubung insiden ini terutama yang dilaporkan oleh agensi berita seperti CNN.

Justeru, Goodfellow tampil dengan teori yang ringkas, berdasarkan pengalamannya sebagai juruterbang.

Wallahu’alam. – MYNEWSHUB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 03:09 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 21-3-2014 03:05 PM
kalau rajin buatkan transkrip dialognya sekali boleh tak...

ya awloh, ga mungkin sis!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:09 PM | Show all posts

kalau la ai spokeperson/wakil MAS kat Beijing tu...pasti ai dah hilang sabar dah..
ai lompat atas meja tu berdiri sambil cekak pinggang.."hey you all idiot...listen...your country has 1.2 billion people minus 152 u still have 1199999848 number of people left...it's peanut what...why make noise...instead of wailing...barking...here why don't you all go back home and make more babies!" *lariiii*
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:09 PM | Show all posts
pemandu Amerika yang berpengalaman menerbitkan teori yang sangat berjaya mh370 penerbangan kejadian Malaysia  http://goo.gl/k8G561  
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:11 PM | Show all posts
kaum keluarga dari china ni..bukan nak apa sebenarnya..nak duit cepat2..pastu diam la mereka...

kemungkinan masa time mangsa2 ni masih ada...heran pun tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:11 PM | Show all posts
juliez posted on 21-3-2014 09:57 AM
Yang ni dah ada? From Nuar Musa

Tan Sri Annuar Musa

Well said yb.
Itulah bukan semua orang pprt mcm cina mainland ni..
Terbaca sorang makcik dalam forum ni tulis, if dia jadi bini kapten, dia dah pasang khemah dpn pc.
Dia ingat family orang2 yg tak hadap pc tu tgh berparti bersuka ria agaknya... Minda pprt, boleh geng dgn cinapek ni...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2014 03:13 PM | Show all posts
ada orang gila isim report kat momode sebab akak buka thread ni. sekurangnya akak sentiasa hupdatekan. sambung nanti, akak nak masuk meeting.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:14 PM | Show all posts
Ini speku "bijaksana" saya ambil dari pesbuk, tapi perlu diingatkan, ini bukan saya yang tulis k?

Sedar tak kita sebenarnya kehilangan mh370 adalah balasan allah terhadap penganiayaan terhadap dsai. Angka 370 itu penuh makna yang tersendiri. 3 itu hakim yang menjatuhkan hukuman, bulan march. 7 dsai adalah PM yang ke tujuh. Dijatuhi hukuman pada 7 march. 0 itu bermaksud tiada keadilan untuk dsai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 03:14 PM | Show all posts
alinone78 posted on 21-3-2014 02:45 PM
ya kah?????????
den skip2 baca
mana mampu nak kejar threag berpage2 

check pm..

call tak dapek..

dok utan ke dok oz dah neh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:14 PM | Show all posts
Wow lajunyaaa thread nie....any new update???
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:16 PM | Show all posts
hari ni ada pc lagi ke? kesian pulak aku tengok 3 orang yg slalu bg pc tu. asyik ulang benda same je..
semalam masih ada yg tanya pasal radar. rasanya eloklah MAS or DCA bagi report timeline kt media pasal apa yg berlaku, data radar primary, secondary semua tu. ramai yg confuse sebab DCA tak explain dgn jelas dari awal...

dah dua minggu dah.. camner lah kesudahan misteri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:16 PM | Show all posts
cektim posted on 21-3-2014 03:07 PM
MH370: Mungkinkah Kapten Zahrie ‘ U-Turn’ Kerana Kokpit Terbakar?

urm..

kalau begitu persoalannya kenapa tak de button depressing??

nape pilot tu xmenjawab persoalan adam kemukakan??



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Paseidon dan Tony Abot maseh senyap ke. ??
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:16 PM | Show all posts
Keluarga berhak diberitahu: Abbott

0  0 Google +0  0  0 Cetak
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mempertahankan keputusannya untuk mendedahkan maklumat mengenai dua objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 meskipun dia didakwa membuat keputusan terburu-buru untuk mengumumkannya di Parlimen di Canberra semalam.

Semalam, Abbott membuat pengumuman di parlimen negara itu mengenai penemuan dua objek yang dikaitkan dengan MH370 berdasarkan imej satelit.
Ketika disoal sama ada ia adalah keputusan terburu-buru, Abbott berkata meskipun imej itu agak kabur namun ia adalah tanggungjawabnya untuk dedahkan maklumat itu.

"Kita bertanggungjawab kepada keluarga penumpang MH370 dan kita perlu buat apa saja untuk menyelesaikan misteri luar biasa ini," katanya kepada pemberita di Sydney.


"Kita perlu memberikan segala perkembangan terkini mengenai MH370 kerana perlu faham mengenai debaran dan harapan ahli keluarga. Saya buat apa yang wajar di Parlimen semalam," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:17 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 21-3-2014 03:14 PM
check pm..

call tak dapek..

uhukz...bz carik MH370 la...................................

(nama j dok bando beso, tapi lokasi bilik ku ini macam dok kat Ceruk To Kun jahhh)
sila cek PM

ps: johor cuti rupanya ... 


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:18 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 21-3-2014 03:16 PM
Keluarga berhak diberitahu: Abbott

0  0 Google +0  0  0 Cetak

masih dikira 48 jam untuk tahu keputusan yang sebenar kah?
so petang ni PC tak de apa2 la kan kan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 03:19 PM | Show all posts
skymania posted on 21-3-2014 02:58 PM
bagus! mmg ramai jeh pilot ada stimulator..

poyo sngt ngan pendedahan 3 data di padam segala ja ...

antara petikan dari blog http://motionsim.blogspot.com/

I'm still sad and shocked hearing all these negative and false information about Captain Zaharie, in a degree, that I don't watch the news anymore.

I believe a terrorist wouldn't be quite as open as Captain Zaharie with his love and passion for flight simulations. Many commercial airline pilots from all over the world contact me for help in adding motion to their home made simulators that share the same interest as Captain Zaharie. I don't see that as a "threat", I see that as "for the love of flying." Let me point out one thing, race car drivers have motion simulators in their homes as well. Will they be deemed terrorists too?


I heard these past days about "logs" that were deleted... I'm sorry,  how do they know that were deleted deliberately and not just because they are just "temporary" logs? The flight simulation software have many  plugins that distribute data from the flight simulator "game" to all plugins that handle the virtual cockpit instruments, and guess what, all these are holding logs merely for performance feedback. As far as I remember unless I "save" a particular flight, the data for the session are lost as soon as I close the flight software.


Flight simulation is fun! One does not have to worry about the stresses of actually flying a plane with all the safety concerns, limitations and consequences that go along with commercial flights. FAA rules are very strict. It is also a very good tool to learn to fly an aircraft or virtually visit destinations anywhere in the world. However, it is completely different to actually get behind a yoke of an actual plane.


Adding motion to the simulator provides the pilot with realistic feedback about the planes reactions and makes the experience more immersive, this is called "motion cues". For a 6DOF steward platform like the one Capt Zaharie was building, a complicate math model is required that uses classic filters, to recreate the motion and the reactions of the real life vehicle or plane. The motion platform itself is nothing more than some robotic intelligent parallel actuators. There is nothing more to it.




Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:19 PM | Show all posts
isham dah janji setiap kul 5.30 ada pc.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:19 PM | Show all posts
fiza1 posted on 21-3-2014 03:16 PM
hari ni ada pc lagi ke? kesian pulak aku tengok 3 orang yg slalu bg pc tu. asyik ulang benda same je ...

smlm soalan dari wartawan Malaysia

jadual penerbangan pilot n co-pilot
dikeluarkan sebelum atau selepas 2 Mac?
wakil MAS (masih AJ lagi k?) tak dapat jawab dengan tepat

kenapa wartawan masih nak tanya soalan pasal jadual tu?

ps: ada beza soalan wartawan local n oversea
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 03:20 PM | Show all posts
cektim posted on 21-3-2014 03:07 PM
MH370: Mungkinkah Kapten Zahrie ‘ U-Turn’ Kerana Kokpit Terbakar?

kapten nik huzlan pula kata sebaliknya.. dia kata kebrangkalian tayar depan nak tbakar adalah mustahil. kalau tayar belakang ye mmg ada logik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.403708 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list