CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mekmalu

VIII. GAGAHians ♥ HAZAMA

[Copy link]
 Author| Post time 15-10-2012 12:40 PM | Show all posts
ChekMekSue posted on 13-10-2012 06:32 PM
ama kat Diva@TV1 tadi....
badan heols dah ada bayang ketak2......mantap gitu.....

eceh, dh nmpak bayang hotot dada eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2012 12:56 PM | Show all posts
amek kt hmetro.com.my

Debaran 25 Oktober
Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
[email protected]
         
TINDAKAN penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia Musim kesembilan (AF9), Hazama Ahmad Azmi, terjun ke bidang lakonan bukan main-main.

Siapa sangka dalam diam, Hazama berjaya ke layar perak menerusi filem Apa Celop Toqq... yang akan mula ditayang di pawagam pada 25 Oktober ini. Pelakon yang turut muncul ialah Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin dan Elly Feliziana.
Tatkala berkunjung ke pejabat SELEBRITI minggu lalu, Hazama mengakui berdebar menanti tayangan filem itu tetapi pada waktu sama, teruja dengan percubaan pertamanya ini. Apatah lagi jejaka berkulit sawo matang dari Keramat, Kuala Lumpur, ini tidak pernah terfikir untuk berlakon.

“Tapi bila difikirkan semula, ia sebenarnya peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. Saya lihat dari sudut positif, ia sebagai kerja atau ‘resume’ tambahan kepada episod seni dalam hidup saya.


“Ia menunjukkan orang lebih yakin kerana saya bukan boleh melakukan satu perkara saja. Selama lima tahun dalam bidang hiburan, saya tidak pernah dapat peluang sebegini dan mungkin inilah masa untuk lakukan sesuatu,” katanya.


Penyanyi yang popular dengan lagu Pokok dan Cinta Teragung ini berkata, peminat memberikan sokongan padu terhadap tindakannya mencuba nasib berlakon dan menyatakan mereka tidak sabar menantikan lakonan sulungnya. Daripada kata-kata mereka, Hazama yakin peminat meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada bakat yang dimilikinya.

Katanya, orang lain pasti melihat sudut itu sebagai tekanan tapi ia menunjukkan sebagai artis yang menjadi milik masyarakat, dia harus terima sebagai satu cabaran.

“Saya juga sedang menjalani penggambaran filem kedua, Lari dan ia rezeki yang tidak dapat ditolak. Kedua-duanya arahan Ahmad Idham. Mungkin kerana pengarah itu nampak kebolehan saya berlakon lantas menawarkan saya untuk filem seterusnya.

“Sejak mula berlakon, baru saya tahu rupa-rupanya ia bukan perkara mudah.
Pelbagai cabaran getir terpaksa dilalui dan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila terbabit dengan kemalangan ketika melakonkan babak kejar-mengejar.

“Memang salah saya sebab tidak ambil berat soal keselamatan dan ia menyedarkan saya. Saya kena terapkan dalam diri soal keselamatan didahulukan,” katanya mengimbau kembali pengalaman menjalani penggambaran Apa Celop Toqq...

Antara nyanyian dan lakonan, akui Hazama, keutamaannya tetap nyanyian. Katanya, walaupun ketika menjalani penggambaran, dia terpaksa menolak banyak tawaran nyanyian dan persembahan pentas kerana mahu fokus pada satu-satu perkara.

“Saya tidak mahu hanya kerana mengejar semua benda, akan hilang fokus dan memberi impak buruk kepada kerjaya seni yang dibina. Saya cuba berlakon kerana rasa sudah berjaya tonjolkan bakat saya dan ia diterima ramai.

“Orang ‘dah tawarkan berlakon, jadi takkan nak tolak walaupun sebenarnya gementar. Nyanyi sememangnya lebih mendebarkan berbanding lakonan. Apabila berlakon filem atau drama, sekiranya kita buat silap boleh diperbetulkan tapi menyanyi, kalau salah boleh mengundang padah.

“Sebagai penyanyi, saya kena jaga suara dan tidak boleh silap. Berlakon pula, saya tidak perlu jaga intonasi dan kadangkala perlu melontar suara berkali-kali mengikut situasi dan babak.

“Sekiranya saya terima juga undangan persembahan ketika sibuk berlakon, penganjur akan mempertikai dan tidak puas hati kerana suara yang ‘penat’.
Namun, ini tidak bermakna saya menolak semua undangan nyanyian tapi acara besar tetap saya utamakan,” katanya yang masih dalam proses menyiapkan album sulung penuh.

Filem Apa Celop Toqq.. yang menggandingkan Hazama dengan Intan Ladyana bukanlah sekuel drama Apa Celop. Asalnya, filem ini berjudul Cinta Di Atas Tar dan barisan pelakonnya juga tidak sama dengan drama. Malah jalan cerita juga berlainan.

Kata Intan, walaupun ini lakonan pertama Hazama, rakan skrinnya itu mempunyai peluang cerah dalam bidang ini.

“Dia pelakon bagus. Hari pertama memang dia tampak gementar tapi saya layan saja dan beri dorongan. Sebab, bila imbas kembali, saya juga macam itu dulu dan saya faham perasaan ketika itu.

“Dalam Apa Celop Toqq.. saya pegang watak Laila, wartawan jenayah yang ditukarkan ke meja hiburan. Jadi bayangkan bila seorang yang sudah biasa dengan cerita-cerita jenayah terpaksa melakukan kerja berkaitan hiburan.

“Bekerja dengan Ahmad Idham tidak sukar kerana filem pertama saya, Tipah Tertipu dan Jangan Pandang Belakang juga arahannya. Abang Idham sering menzahirkan benda-benda baru dan dia sangat menjaga karakter supaya tidak mirip watak atau cerita-cerita yang lalu,” kata Intan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 01:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 01:10 PM | Show all posts
x tau gamba sape iols cilok tempek sini........... ampun tuan punya gamba



terpana iols seketika tengok gamba ni
ama.............. eh syomel kan budak kecik tu, heh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 03:44 PM | Show all posts
mekmalu posted on 15-10-2012 01:10 PM
x tau gamba sape iols cilok tempek sini........... ampun tuan punya gamba

alahai, untungnya dak tecik tu.....dpt pegang dada ama....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:29 PM | Show all posts
mekmalu posted on 15-10-2012 01:10 PM
x tau gamba sape iols cilok tempek sini........... ampun tuan punya gamba

Erks terpana dengan hok mana nok kui..kui
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2012 09:10 AM | Show all posts
mekmalu posted on 15-10-2012 01:10 PM
x tau gamba sape iols cilok tempek sini........... ampun tuan punya gamba

Wah..... uolssss..... aduh......tolong.....  iols terpana.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 04:47 PM | Show all posts
Dhah posted on 16-10-2012 01:40 PM

Hahahahahaha.....semalam heols asyik bersilat je bila kena karen tu.... So adorable.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 05:42 PM | Show all posts
mekmalu posted on 15-10-2012 01:10 PM
x tau gamba sape iols cilok tempek sini........... ampun tuan punya gamba

alololo....chumelnya BABY yg besar tu,...ehekk

https://api.plixi.com/api/tpapi. ... com%2Fs%2F252954829

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 05:44 PM | Show all posts
anita_ali8 posted on 16-10-2012 09:10 AM
Wah..... uolssss..... aduh......tolong.....  iols terpana.......

makin chumel dan ensem wei babyrempit sekarang...fuhhh..FinaAF9 cakap baby pakai susuk...hahaha....

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 05:47 PM | Show all posts
iols baru leh masuk sini...iols bz nyahh...hukhuk..rindunya sama nyah gagah semua...
mana nyah Allys n Nyah Iswara erkkk...lama tak lapor diri kat sini..Nyah Nads, cutecat pun ilang.uuwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 05:50 PM | Show all posts
meletop babyrempit skranag ni ngan Aku Mahu Dia....lagu cenggini senang diterima ramai walaupun ringan...santai jekk...
Lagu Majnun lagu bagus tetapi amat susah  nak mesra pendengar...tapi klu nak bertanding.. lagu majnun leh masuk list
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 11:55 PM | Show all posts

apapun nasib majnun.... ku pasrah menerima.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 12:46 AM | Show all posts
tudik posted on 16-10-2012 05:47 PM
iols baru leh masuk sini...iols bz nyahh...hukhuk..rindunya sama nyah gagah semua...
mana nyah Ally ...

ade citer abg nads kt bod gosip.... sian heols, kad kawen sume dh edar, majlis tggal bberapa hari je lagi tetiba penaja tarik diri..... hmmmm x patut
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2012 01:09 AM | Show all posts
tudik posted on 16-10-2012 05:44 PM
makin chumel dan ensem wei babyrempit sekarang...fuhhh..FinaAF9 cakap baby pakai susuk...hahaha... ...

katanye jep, org kalau minat mmg dia ckap ensem........
pd pandangn mata iols ni, heols mmg nmpak makin rembes ensem nok, aha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 01:19 AM | Show all posts
tudik posted on 16-10-2012 05:50 PM
meletop babyrempit skranag ni ngan Aku Mahu Dia....lagu cenggini senang diterima ramai walaupun ring ...

iols pasan ramai gak yg komen suka lagu aku mahu dia tu....  tp kt radio skang ni, selain kt carta hotfm21 n ulat buku, x tau la slalu dimainkan ke x, jenjarang dgr radio.... adik iols masa pestaim dgr lagu tu trus ckap suka, best gak, ada part cam lagu drama korea hape ntah katanyer.... iols lak dgr ada part muzik dia cam lagu indon cari pacar lagi siket2, yg sblum nk masuk chorus tu cam lagu puspa siket, hehe  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 01:25 AM | Show all posts
Dhah posted on 17-10-2012 01:09 AM

aiyo, dugaan

uols x tido lagi nok, ehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 08:56 AM | Show all posts
tudik posted on 16-10-2012 05:44 PM
makin chumel dan ensem wei babyrempit sekarang...fuhhh..FinaAF9 cakap baby pakai susuk...hahaha... ...

Jah yg tweet tu mungkin bukan Fina Kan..iolss rasa org lain jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.334951 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list