CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paler kembang

★APPLE; IPHONE, IPAD & IPOD - II★-DISCUSS HERE

   Close [Copy link]
Post time 20-12-2011 12:41 PM | Show all posts
Reply  NAGAmerah


    bro sudah try?nak juga tau feedback.
skarebels360 Post at 20-12-2011 11:39


huhu... yg Siri tu kena tunggu dev team buat bro. wat n see...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 05:55 PM | Show all posts
saja nk up balik pasal WinterBoard utk yang baru berjinak dengan Jailbreak. layanzzz...

Tweak Review: WinterBoard - state of the art theming utility!




Pada entry kali ini, admin ingin berkongsi kepada pembaca berkaitan salah satu  aplikasi utility mesti (must have) yang perlu ada bagi setiap iPhone. Aplikasi tersebut dikenali sebagai WinterBoard yang juga terkenal sepanjang masa sebagai state of the art theming utility bagi iPhone yang telah melalui proses Jailbreak. Aplikasi ini membolehkan anda membuat modifikasi terhadap style tema (theme) iPhone anda dalam pelbagai aspek seperti icons, docks dan statusbar atau dalam erti kata lain mewujudkan akses kepada pengguna untuk mengubahsuai grafik iPhone pada bila-bila masa secara maksimum-sesuatu yang tidak ditawarkan oleh Apple sebelum ini.

Kaedah muat turun WinterBoard adalah seperti berikut:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘WinterBoard’

Step 3: tap pada tulisan WinterBoard yang muncul

Step 4: Anda akan melihat WinterBoard 0.9.3901 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej WinterBoard sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Reboot Device dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen

Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati icon WinterBoard di skrin

Tahniah! Anda telah Berjaya memuat turun aplikasi WinterBoard!!! Untuk menggunakan aplikasi ini, sila ikuti langkah seterusnya:

Step 8: tap ikon WinterBoard di skrin

Step 9: paparan toggle WinterBoard akan muncul> klik Select Themes

Step 10: pilih satu (atau lebih) daripada senarai theme yang telah sedia ada atau di muat turun daripada Cydia untuk diaktifkan> tap WinterBoard tab di sebelah atas kiri skrin

Step 11: tap Respring tab di sebelah atas kiri skrin

Tahniah! Anda telah berjaya mengaktifkan theme iPhone kesukaan anda!

Adakah anda telah memuat turun WinterBoard? Mari berkongsi pengalaman anda.

kredit dan lagi klik sini==> http://www.myiphone2u.blogspot.c ... d-state-of-art.html
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 08:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by NAGAmerah at 20-12-2011 20:59

hehehe satu lagi latihan ulangkaji!

Tweak Review: iFile



iFile merupakna satu tool terpenting kepada mana-mana Developer (pencipta tweak/hacker) atau Themer (individu yang obses mengubahsuai Theme style iPhone) yang banyak menghabiskan masa meneroka ciri-ciri iPhone mereka dengan lebih terperinci. Melalui iFile, ia sebenarnya memberikan akses kepada sistem fail perisian iOS bagi tujuan pengubahsuaian atau modifikasi terhadap aplikasi yang terdapat di dalam iPhone.

Aplikasi iFile mempunyai nilai kesinambungan yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh sekiranya terdapat dua themes style yang anda gemari di Cydia, dan setelah anda mencuba kedua-duanya, terdapat sedikit ciri yang anda suka manakala sebaliknya terdapat juga sedikit ciri yang anda tidak suka bagi kedua-dua themes tersebut, maka penyelesaiannya adalah melalui iFile.

Anda hanya perlu mencari kedua-dua fail themes berkenaan menggunakan iFile, daripada situ anda boleh menyalin, memadam dan memindahkan (copy/cut/move) ciri-ciri yang tidak dikehendaki atau sebaliknya di antara kedua-dua fail themes tersebut. Malah anda juga boleh mewujudkan satu lagi theme style yang baru sekiranya anda mempunyai kepakaran dan kreativiti yang tinggi dengan cara mewujudkan folder atau subfolder file dengan nama fail yang baru.

Berikut merupakan kaedah untuk memuat turun iFile daripada Cydia:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘iFile’

Step 3: tap pada tulisan iFile yang muncul

Step 4: Anda akan melihat iFile 1.6.1-2 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej iFile sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Return to Cydia dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen

Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati ikon iFile di skrin

Tahniah! Anda telah berjaya memuat turun aplikasi iFile di iPhone!

Adakah anda telah memuat turun iFile? Mari berkongsi pengalaman anda.

kredit dan lagi klik sini==> http://www.myiphone2u.blogspot.com/2011/12/tweak-review-ifile.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 09:05 PM | Show all posts
and last but not least.....

Theme Review: Typophone Weather



Pengalaman Jailbreak iPhone tidak akan sempurna tanpa melakukan sedikit dekorasi dan hiasan terhadap paparan skrin iPhone anda. Pada kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca tentang keunikan theme yang ditawarkan melalui Cydia yang dikenali sebagai ‘Typophone Weather’. Ianya bukan sahaja ringkas dan cantik dipandang malah apa yang lebih penting ialah ianya mampu menjalankan fungsi seperti memaparkan (di lockscreen) tarikh dan cuaca di tempat anda.



Untuk memuat turun theme ini sudah pasti anda perlu Jailbreak iPhone anda selain memuat turun aplikasi WinterBoard daripada Cydia terlebih dahulu.
manakala kaedah untuk set up dan memuat turun theme ini adalah seperti di link berikut: http://www.myiphone2u.blogspot.c ... ophone-weather.html

kredit dan lagi klik sini==> http://www.myiphone2u.blogspot.c ... ophone-weather.html

p.s: untuk kaedah setup  aku just share link sbb very teknikal and panjang gila. selamat mencuba themes yang menarik dan cantikkk ni! Adios Amigos!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 09:36 PM | Show all posts
Teruskan usaha blogging..
<--- smgt yg hilang

"walau kubur mana pun.. jasad aku ditanam.. aku.. akulah jua.."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 10:29 PM | Show all posts
Wah semakin rancak nampaknya... Bagus!..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2011 11:33 PM | Show all posts
Huh complicated
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:50 AM | Show all posts
Dah lama tak post kat Cari ni...
Ok masalah berkenaan produk Apple ni..
Ada iPhone 3gs tapi masalahnya bukan dari Malaysia jadi kena unlock and jailbreak baru boleh guna.
Sekarang ni dah ada iPhone 4s pulak pengguna iPhone 3Gs tu jadi masalah sekarang adalah nak transfer segala data dalam tu ke dalam iPhone 4s
Kalau guna iTunes tak faham pulak caranya sebab kat situ dia suruh update tapi takut kalau update hilang unlock tu. Jadi sapa boleh bantu? CopyTrans macam tak membantu dalam kes ni. Agak runsing harap boleh dibantu dengan kadar segera ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 03:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by NAGAmerah at 24-12-2011 23:31
Dah lama tak post kat Cari ni...
Ok masalah berkenaan produk Apple ni..
Ada iPhone 3gs tapi masala ...
mehacomp_91 Post at 23-12-2011 01:50

Bagaimana Melakukan Migrasi Data (restore) ke iPhone Baru?
Walaupun proses restore merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap iPhone user, namun ia seringkali mengundang masalah kepada pengguna yang kurang berpengalaman terutamanya kepada mereka yang pertama kali menggunakan iPhone, mula berjinak-jinak dengan kaedah Jailbreak iPhone atau user yang berhasrat untuk melakukan migrasi data kepada model iPhone yang baru.

Pihak admin kali ini ingin berkongsi dengan pembaca kaedah migrasi data (restore) daripada iPhone lama kepada iPhone model baru berdasarkan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pastikan anda mempunyai versi terkini iTunes

Step 2: Sambungkan iPhone lama anda kepada iTunes melalui kabel dan biarkan ianya sync secara automatik.

Step 3: right click pada ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri iTunes dan klik Transfer Purchases

Step 4: right click semula pad ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri iTunes dan klik Back Up

Step 5: right click semula pad ikon iPhone di menu DEVICES sebelah kiri iTunes dan klik Eject > tanggalkan iPhone dari sambungan kabel

Step 6: Sambungkan iPhone baru kepada iTunes

Step 7: Itunes akan memberi dua option sama ada anda mahu:

i) restore from a backup; atau

ii) set up your iPhone as a new phone.

Pilih option i) restore from a backup dan pilih back up yang terkini yang anda lakukan di Step 2 di atas.

Step 8: Tunggu sehingga restore progress bar di iTunes selesai. Sebaik sahaja selesai, iPhone akan restart.

Tahniah! Anda telah berjaya membuat migrasi data (restore) ke iPhone baru anda!

Adakah anda telah membuat migrasi data (restore) ke iPhone anda? Sila berkongsi dengan kami.

kredit blog dan lagi klik sini ==> http://myiphone2u.blogspot.com/2011/12/bagaimana-melakukan-migrasi-data.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 05:08 PM | Show all posts
Update : Case selesai thanks pada NAGAMERAH.. mODS sila turunkan kredit banyak2 kat nagaMerah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 07:17 PM | Show all posts
Xde thread khas bincang pasal IPAD ke..?
Nak tnya la..
Kalu beli IPAD(wifi+3g) ni...tanpa terikat dgn mana2 telco boleh ke?
Just surfing bila ada wi fi signal shj tanpa langganan mana2 telco carrier..

1 lagi boleh ke nak beli data (utk surfing) mcm beli top up (in case xde wireless signal?)
maksud saya top up utk kegunaan certain time shj
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 07:36 PM | Show all posts
Reply 651# nashrudean


    Auntie jawab mana yg tau la ek...leh je tak terikat...mmg salunya bukan ke org beli ipad itself?

Erm...auntie pon baru je pakai...tapi auntie insert celcom broadbandnya sim...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 07:38 PM | Show all posts
Kalau utk celcom broadband,ada simkad prepaid..instanet namanya kalo tak silap..starter pack rm 12.50. Pilih la pelan mana nak...ada yg daily-rm5,weekly-rm18,monthly rm50(kalau tak silap la)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 07:39 PM | Show all posts
thanks auntie..
ngah berkira nak beli ip4s atau ipad2..heheh...
kalu boleh nak elakkan komitmen bulanan tu tanya tue...

kira auntie amik wifi+3g la kan?
ok x so far?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 07:40 PM | Show all posts
Bac,ke mana2 mod yg online guna ipad...camne nak rate org? Jenuh klik,tak kuar2 pon...camne nak kasik kacang neh?huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 07:48 PM | Show all posts
daily,weekly,monthly?
semua ni xde komitmenkan?
maksud saya..katakan dah habis pakai weekly..pastu x nk smbung..
sebulan dua kemudia beli balik...boleh ke?
sbb nk topup kalu g travel jer...
kalu x travel.memadai pakai yg wifi jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2011 08:32 PM | Show all posts
Reply 655# auntie_girl

Safari mmg masalah sket nak rating.. Kadang2 keluar, kadang2 tak.. Tapi rate patut xde masalah.. Yang masalah bila nak highlight atau move thread
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 10:10 PM | Show all posts
daily,weekly,monthly?
semua ni xde komitmenkan?
maksud saya..katakan dah habis pakai weekly..pastu ...
nashrudean Post at 25-12-2011 19:48



    Rasanya dia x auto reload...tp ce kol tanya...tp,kalo time auntie guna bis digi utk blrkberi ,nila xcukup kredit dia akn hentikan langganan kita tu...

*blackberry,typo
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 10:13 PM | Show all posts
Reply  auntie_girl

Safari mmg masalah sket nak rating.. Kadang2 keluar, kadang2 tak.. Tapi rate  ...
bacteria82 Post at 25-12-2011 20:32



    Jenuh tekan,tak kuar..padahal nak reply me quote ok je...bila tekan rate,nothing happened..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:20 AM | Show all posts
Reply 659# auntie_girl
Cuba try pakai Opera..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052781 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list