|
Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam
[Copy link]
|
|
kenaikan gaji 30%? ok lah tu..jgn last2..utk sokongan ke bwh..yg jd mangsa 41...last2..gaji sokongan ...
dealova04 Post at 9-8-2011 14:26
sokong! tapi pelarasan gaji dengarnya akan kuar jan 2012. pelarasan untuk gred bawah sampai 54...i reserved my comment on staf sokongan ..APA PON TAK BOLEH BUAT! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 641# notheblaey
kalau KPPA plak turus berapa??
pengarah CIDB pun dah turus 2 skang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 643# notheblaey
ye ker...??apsal xdgr ape2 pun...kena risik2 bhgn bajet nih...hohooo |
|
|
|
|
|
|
|
emm untungnya...
lau tempat ak swasta la time raya cina je dapat bonus.... |
|
|
|
|
|
|
|
dia orang masuk direct selling kot.. mana tau dah jadi top rank
joeyss Post at 9-8-2011 16:18
diorang jual brooches, jual kuih, jual insuran, jual pinggan mangkuk, jual cosway, jual avon |
|
|
|
|
|
|
|
saje jln2 kat website harakah daily td..
terbace, kate nye duit rm500 tu x membantu pun org yg bpendapatan rendah...:re:
ermm...org2 yg dapat hatta 500rm je pun patut bsyukur..
sbb ramai lg org2 swasta yg gaji rendah x dpt seposen bonus pun dr majikan masing2...
aku rse minimum 500rm tu membantu sgt dh ..tuk beli bju rye anak,bini..kuih2 rye etc...
aku dpt dh bonus bulan 5 aritu...skng tggu pelarasan gaji je lg..tp rse nye x sempat tuk blnje rye tu..huhuhuhu..redha jela...g pun bukan nye raye..kene keje time raye....:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar citer CUEPACS nak potong RM1 bonus kakitangan awam untuk disumbangkan kepada yang memerlukan. ...
bacteria82 Post at 10-8-2011 07:54
27 juta kktgn awam? bapak punye ramai..pendudk msia pn dlm 28 juta lebih..kekeke...typo kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 631# darkness
LIKE 50x |
|
|
|
|
|
|
|
bonus dah kompom dapat.... keja woii keja........ |
|
|
|
|
|
|
|
electrical yang sendu nan hiba
iza_yuss Post at 10-8-2011 07:40
nape kata sendu hiba? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 644# along3746
setau aku KPPA & KSN jek turus 1 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 654# addicted
rasanya KSP pun turus satu gak..
ada org kata bila dah naik turus ni bila pencen dpt pencen penuh..
bukan separuh mcm pegawai2 biasa.. betul ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Minda Pengarang: Penjawat awam patut berhemah belanja bonus elak lambungan harga
2011/08/10
PENGUMUMAN pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam tentunya disambut dengan perasaan gembira oleh semua kakitangan kerajaan. Selain itu, kerajaan juga akan membuat Bayaran Khas Kewangan kepada semua pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas yang akan dikreditkan pertengahan bulan ini, tepat pada masanya bagi membantu 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan khususnya beragama Islam membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Pemberian berkenaan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Diharapkan semua penerima tidak lupa bersyukur di atas rezeki yang diterima dan dapat diterjemahkan dengan tekad untuk berkhidmat lebih gigih agar produktiviti jabatan masing-masing dapat dipertingkat.
Peningkatan produktiviti ini seterusnya bermakna hasil kerajaan akan bertambah, dan peluang untuk mendapat bonus selanjutnya pada masa depan menjadi lebih cerah.
Di samping itu, penerimanya tidak harus membazir dengan berbelanja melebihi kemampuan masing-masing, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
Perbelanjaan tidak berhemah akan hanya membawa kepada kenaikan harga barangan berikutan peningkatan permintaan mendadak dan ini seterusnya akan bermakna wang bonus itu hanya dapat dimanfaatkan oleh golongan peniaga semata-mata.
Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan pembayaran bonus dan bayaran khas itu. Walau apa sekali pun, pemberian bonus dan bayaran khas itu sekali lagi membuktikan kerajaan sentiasa peka terhadap nasib penjawat awam dan pesara kerajaan khususnya, serta rakyat secara amnya yang sudah tentu terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan menjelang Aidilfitri. Namun, kita berharap hasrat murni kerajaan untuk meringankan beban penjawat awam dan pesara ini tidak dinafikan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara melampau. Sikap tamak haloba segelintir peniaga ini banyak kelihatan pada Ramadan ini yang menyaksikan kenaikan harga juadah berbuka puasa seperti kuih muih yang kini dijual lebih mahal berbanding sebelumnya. Keadaan ini tidak akan berlaku jika pengguna lebih berhemah dan bijak dengan membeli barang yang perlu saja.
Dalam pada kakitangan awam menikmati bonus hari raya, mereka yang bertugas dalam sektor swasta turut menaruh harapan untuk mendapat imbuhan sama. Perkara ini sebenarnya di luar pertimbangan kerajaan, sebaliknya terletak kepada keputusan majikan masing-masing.
Namun, demi meringankan beban kewangan pekerja, kita berpendapat ada baiknya majikan sektor swasta memikirkan kaedah untuk membayar sebahagian bonus tahunan pekerjanya pada musim hari raya. |
|
|
|
|
|
|
|
ekkk tapi bulan disember nanti ada bonus lagi ker atau
terus pada pelarasan gaji jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih beri bonus
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
[email protected]
KUALA KRAU 9 Ogos – Penjawat awam dan pesara kerajaan di negeri ini berpendapat pemberian bonus setengah bulan dan bayaran khas RM500 membuktikan keikhlasan dan kepekaan kerajaan membantu rakyat yang memerlukan wang pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Mereka bersyukur dan berterima kasih dengan langkah itu yang sangat besar ertinya kepada penerima.
Seorang penjawat awam dari Pekan, Aminuddin Mohd. Arshad, 44, berkata, dengan langkah itu kerajaan membantu ketua isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana membuat persiapan hari raya.
“Bonus ini sangat besar ertinya kepada ketua isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan menjelang hari raya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa penjawat awam Persekutuan diberi bonus setengah bulan gaji dan bayaran khas RM500 kepada pesara kerajaan membabitkan kos tambahan kerajaan sebanyak RM2 bilion.
Seorang kakitangan awam dari Kampung Baru Chenor dekat sini, Yusrie Faizie Abdul Ghani, 38, mengakui bahawa ibu bapa memerlukan kos yang tinggi pada bulan Ramadan berbanding bulan lain terutama ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, bonus dan bayaran khas itu sebagai mengiktiraf sumbangan penjawat awam dan pesara kerajaan terhadap pembangunan negara.
Seorang pesara kerajaan, Ahmad Sabrey Idris, 55, berpendapat, kerajaan pimpinan Perdana Menteri membuktikan slogan rakyat diutamakan menerusi bayaran bonus itu.
Seorang guru, Suhainita Hasan, 28, dari Felda Siantan Jengka 19 terharu dengan keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa bersikap adil dan berusaha membantu rakyat.
“Rakyat harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha keras menggembirakan rakyat dengan mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya.
Seorang lagi kakitangan awam, Shamsuddin Raja A. Latif, 48, dari Jerantut menyifatkan pembayaran bonus itu sebagai tanda ingatan kerajaan terhadap penjawat awam dan pesara.
Kamaruddin Ibrahim, 49, dari Lipis pula berkata, bayaran bonus itu yang dibayar minggu depan amat tepat pada masanya iaitu ketika semua penganut Islam sibuk membuat persiapan hari raya.
Katanya, penerima bonus wajar memanfaatkan wang itu untuk keperluan selepas hari raya.
Seorang anak peneroka dari Felda Tanjung Jengka 20, Mohd. Hafiz Ab. Aziz, 28, berkata, bayaran bonus yang diterima itu secara langsung merancakkan iklim ekonomi negara bagi menggalakkan rakyat berbelanja. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemberian bonus bukti kerajaan prihatin - NGO
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik pemberian bonus dan bayaran khas kepada kakitangan awam serta pesara dengan menyifatkan ia sebagai bukti kerajaan prihatin dalam membantu meringankan beban rakyat.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Lok Yim Pheng berkata, usaha kerajaan itu amat dihargai selain berharap jumlah pemberian itu dapat dinaikkan lagi selepas musim perayaan ini.
"Penambahan jumlah bonus ini adalah berdasarkan produktiviti dan pengiktirafan kepada mereka yang terus dan pernah berjasa dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, semalam.
Bonus itu sebagai tanda menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata, bayaran khas itu membuktikan kerajaan masih prihatin terhadap pesara-pesara yang dahulunya pernah berkorban tenaga dan idea dalam proses pembinaan negara.
"Bagaimanapun, pesara kerajaan dinasihatkan supaya menggunakan bonus tersebut secara cermat dengan melakukan perkara yang berfaedah.
"Penjawat awam yang masih berkhidmat pula harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang boleh diterjemahkan untuk kejayaan negara," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pihaknya turut berharap agar kerajaan dapat memberi insentif kepada bekas kakitangan kerajaan yang bersara tanpa pencen.
"Sekiranya kerajaan bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan adalah baik juga sekiranya insentif itu turut diberikan kepada bekas kakitangan kerajaan yang bersara tanpa pencen.
"Ia adalah wajar kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada bekas-bekas tentera yang dahulunya pernah berbakti kepada negara," katanya.
Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Peberkas), Datuk Abdul Rahman Manan pula berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meningkatkan jumlah pemberian minimum bonus tersebut daripada RM500 kepada RM1,000 ekoran harga barang yang semakin meningkat.
"Jumlah itu adalah wajar kerana harga barang di pasaran semakin meningkat selain dapat membantu pesara yang perlu membeli barangan keperluan bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak setuju dalam hal ini,what make them deserved this?
of course KA akan marah,but seriously,this cant be serious.. |
|
|
|
|
|
|
|
merendah diri lak dah
tuan_wu Post at 10-8-2011 10:18
dah tu memang rendah.....fendek tau dak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 660# 27oktober
So.. bila bonus ni masuk akaun staff gomen bro
Skali ngan gaji kah?
Kalau 24 ogos lemau sangatlah
Barang2 raya pon dah nak habis
Nak beli apa lagi taim tu
Lasst minute sangat
Kalau awal boleh gak laku barang2 peniaga seperti kami ni
Baru syok beraya RM RM RM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|