|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: EVERGREENS CROWNED IN GOLD
[Copy link]
|
|
|
Bersyukur Atas Nikmat Allah
ALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.
Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini. Allah mengingatkan kita dalam firmanNya:
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad):Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur
[al-Mulk 23]
Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebutkan: Sedikit sekali ketiga-tiga nikmat ini iaitu penglihatan, pendengaran dan hati digunakan untuk melaksanakan ketaatan, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT sebagai tanda bersyukur.
Dalam Hilyatul Auliya' menyebutkan:
كل نعمة لا تقرب من الله عز وجل، فهي بلية.
Setiap nikmat yang tidak digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT itu hanyalah musibah.
Justeru menjadi kewajipan bagi setiap hamba Allah untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan sama ada nikmat pendengaran, penglihatan dan hati agar sentiasa taat dan menjauhi dosa serta maksiat.
Perlu diingat semua anggota ini iaitu pendengaran, penglihatan serta hati akan ditanya di hadapan Allah kelak. Firman Allah SWT:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Sumber: Petikan dari Ustaz Wadi Anuar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hutang Wajib Dibayar
Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
”Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
[Riwayat al-Baihaqi ]
Sumber: Google |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Hanya Memikirkan Balasan Dunia Semata Mata
“Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
[Surah an Nisa’:134]
Sikap manusia memang mahukan hasilnya diterima dengan secepatnya. Lagi cepat lagi baik. Contohnya, bila bekerja mahukan gaji. Tiada upah dan gaji, belum tentu kerja itu ingin dilakukannya.
Hakikatnya, kehidupan kita bukan sahaja hanya di dunia. Tetapi di akhirat nanti kita akan dihidupkan dan menerima pembalasan atas perbuatan kita di dunia ini.
Baik atau buruk walau sekecil zarah pun kita akan ditanya di akhirat sana oleh Allah S.W.T. Tidak tertinggal sedikit pun.
Jadi, bersabarlah dalam melakukan kebaikan. Jika tidak hari ini kita menerima balasan, pasti di akhirat kita mendapat ganjaran pahala. InshaAllah!
Sumber: tzkrh.com |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Terlalu Memikirkan Kata Kata Orang Lain
Sebahagian besar dukacita insan dalam hidupnya adalah kerana terlalu memikirkan kata-kata orang lain terhadap dirinya. Lantas, segala kerunsingan dan usaha dipertaruhkan untuk menjaga mulut manusia sehingga melupai apa yang ALLAH mahu dalam hidup ini.
Jika di sisi ALLAH kita tidak mulia, seluruh pujian manusia tidak berguna. Bahkan pujian itu mungkin menjadi racun yang memusnahkan bahagia dalam jiwa dan menjadikan kita hilang arah dalam melihat kehidupan yang sebenar
Sumber: Petikan daripada muftiperlis.gov.my |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ujian Dan Kesulitan
✅ Jangan kau rasa hanya kau sahaja yang teruji dan diuji Allah. Begitu juga jangan kau rasa hanya diri kau sahaja yang mendapat nikmat. Dengan itu, kau tidak tenggelam dalam kedukaan dan tidak keterlaluan dalam kegembiraan.
Ingat, sepertimana ada mata yang melihat dengan empati, ada juga mata yang memandang dengan iri. Berwaspadalah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
✅ Bila kita ada masalah dengan Allah, maka makin banyak masalah kita dengan manusia. Selesai satu masalah, akan datang satu masalah lagi besar tanpa sempat buat apa-apa. Jadi, selesaikan semua benda dengan ALLAH dulu, Allah akan selesai semua masalah kita.
"Seindah-indah keadaan hamba, adalah hamba yang mengadukan kesulitannya kepada Allah Subhanahu wa Taala."
Sulthonul Qulub Habib Munzir Bin Fuad Al-Muwasa رحمه الله تعالى |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
✅ Jika sampai detik Ini ujian itu masih sering kau hadapi, bersabarlah. Jangan kau putuskan kesabaranmu, Karena sesungguhnya Allah sedang menguatkanmu.
Info: Group Whatsapp
Sekian tazkirah ringkas Dan nasihat buat diri. Moga kehidupan kita berjalan dengan lancar pada hari ni dan seterusnya. Tazkirah Ringkas ini juga adalah peringatan buat diriku ini yang penuh dengan dosa Dan noda |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pg 33
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran (Al-Asr). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Nabi ﷺ bersabda: “Si mati akan diiringi oleh tiga perkara; keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua daripadanya akan kembali manakala hanya satu sahaja yang akan tinggal bersamanya. Keluarga dan hartanya akan kembali, dan hanya amalannya yang akan tinggal.” (HR Bukhari dan Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dunia ialah tempat beramal manakala akhirat ialah tempat manusia menerima balasan. Kita tidak akan diberi peluang untuk beramal kecuali semasa hidup di dunia ini. Maka hari ini adalah hari untuk kita beramal sedangkan esok pula adalah hari penghitungan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlu kita sedar bahawa umur manusia hidup di dunia sebenarnya singkat kerana ajal boleh tiba pada bila-bila masa. Sedangkan apabila ia tiba, ajal itu tidak akan diawalkan ataupun dilambatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah ﷻ: “Maka apabila datang ajal itu, ia tidak akan dapat dilewatkan sesaat pun, dan tidak pula dapat dipercepatkan.” (Surah Al-A’raaf; 34) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk itu, hari-hari yang kita tempuhi di dunia adalah peluang yang sangat berharga buat kita. Nilainya tidak terhingga. Jika kita tahu nilainya dan kita rebut peluang yang ada untuk melakukan apa yang bermanfaat maka ia akan membuahkan kebahagiaan yang berterusan buat kita pada hari kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adapun sekiranya kita mensia-siakan peluang yang ada dengan kelalaian serta melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah maka ia akan mendatangkan kerugian yang berterusan buat kita nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi mereka yang prihatin dan gigih beramal soleh, akan dikatakan kepada mereka pada akhirat nanti:
Firman Allah: “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (semasa di dunia).” (Surah Al-Haaqqah; ayat 24) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi mereka yang mensia-siakan waktu mereka di dunia dengan bermain dan berhibur maka akan dikatakan kepada mereka:
Firman Allah: “Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya. Maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di atas muka bumi dengan tidak berdasarkan kepada alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.” (Surah Al-Ahqaaf; 20) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Justeru, orang yang cerdik ialah mereka yang berkira-kira membuat persiapan untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah pula ialah mereka yang terus menerus mengikut keinginan hawa nafsu, dan dalam masa yang sama mereka berangan-angan mengharapkan balasan yang baik daripada Allah ﷻ. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
DOA
Kita mohon agar Allah ﷻ kurniakan manfaat buat apa yang telah diajarkan kepada kita serta kurniakan kita hidayah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga segala urusan kita dipermudahkan, di dunia dan di akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|