|
best la fizz..
ari ni ada entry tak..
jalan cerita yg lain dr yang lain.. kelakar pon ada.. specially bab yg memula.. |
|
|
|
|
|
|
|
seb baik ada n3
nk lg fizzy |
|
|
|
|
|
|
|
thanks fizzy...
dah ada n3 |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya ada pun n3...
kalu free letak lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tahu ending criter ni....chaiyok ...chaiyok... |
|
|
|
|
|
|
|
arap2 ari ni ada la n3 nya lg.... hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pulak n3 kali ni. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik Faris membuka pintu rumah, pantas Aishah mendapatkan Faris yang baru saja meletakkan kunci kereta di meja sisi.
“Jadi?” bulat mata Aishah merenung Faris. Keluar sejak pagi, setelah jam 6 petang baru dia pulang.
“Bagi aku air dulu…” kata Faris pula lalu duduk di sofa. Aishah pantas berlari kedapur mendapatkan air dari peti ais. Sebotol air mineral sejuk dibawa segera kepada Faris.
“Nah…sekarang cerita,” tanpa segan silu, Aishah duduk rapat di sebelah Faris. Faris memandang air mineral yang diberikan padanya.
“Tak ada jus kah?” tempelak Faris sambil memandang Aishah.
“MInum air kosong banyak sikit….baik untuk kesihatan…” tukas Aishah pula. Faris tersengih, lalu meneguk saja air mineral yang diberikan. Aishah pula tidak sabar2 menanti.
“Jadi?” Aishah masih bertanya. Faris menghela nafas penat, kemudian memandang Aishah disebelahnya. Pandangan keduanya bersatu. Masing2 terdiam. Faris merenung rambut panjang Aishah yang lepas melepasi bahu. Wajah tanpa secalit solekan itu tidak puas dipandang.
“Jadi?” soal Aishah sekali lagi. Jelak dia melihat anak mata Faris yang nakal merenungnya. Faris menguntum senyum. Dia bangun dari sofa lalu memanjat anak tangga.
“Heyy…kau nak kemana? Aku suruh kau cerita, kau tak cerita lagi ni….” bentak Aishah yang terkocoh2 mengekori langkah Faris.
Melihat Aishah yang menghalang langkahnya, Faris mematikan langkah. Direnung wajah Aishah lama.
“Sabarlah sayang… lepas mandi, baru kita bercerita panjang, okay?” dagu Aishah dicuit, lalu Faris meneruskan kembali langkah menuju ke biliknya.
Aishah terpana dengan kata2 dan tindakan Faris. Dagunya ditepis2, seolah2 membuang debu yang melekat di dagu dek sentuhan Faris tadi. Sejak bila lelaki ni jadi mat jiwa??? Hatinya kurang enak. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sahaja Faris melabuhkan punggungnya di sofa, Aishah turut duduk.
“Kali ni jangan nak buat dalih lagi ya,” pesan Aishah dengan tegas. Secawan mug berisi coklat panas dihulur kepada Faris.
“Terima kasih..” Faris sempat meneguk air yang diberikan oleh Aishah padanya. Berkerut dahinya menghirup air itu.
“Kau letak apa dalam air ni?” soal Faris seraya meletakkan mug ke meja.
“Masin ke?” soal Aishah kaget.
“Taklah. Sedap sangat..” hissss……menyirap saja darah Aishah. Dipandangnya Faris geram. Ada2 saja lelaki ini.
“Cepat cerita!” Aishah sudah menopang dagu menanti berita terkini dari Faris. Faris bersandar ke sofa lalu memandang Aishah sambil tersenyum.
“Aku dah pergi rumah arwah Hazriq tu. Dah jumpa parents dia..dah kenal family dia…family dia pun, bagi 100% sokongan pada aku untuk mencari motif kes dulu. Tapi, setakat hari ni, aku belum jumpa apa2 bukti yang boleh dikaitkan dalam kes ni..” tutur Faris serius.
“Dah periksa bilik dia?” soal Aishah.
“Dah…tapi, tak banyak yang aku jumpa. Tapi…melihat barang2 dalam bilik dia, aku rasa macam dia sebenarnya budak baik. Bukan calang2 orang…” ujar Faris perlahan.
“Mungkin kita boleh soal kawan2 rapat dia…” cadang Aishah sambil memandang Faris. Faris mengetap bibir, kemudian memandang Aishah.
“Tapi, itu yang aku nampak di rumah family dia. Mak dia beritahu, dia ada sebuah kondominium di Mont Kiara. Dia selalu menetap kat sana. Jadi, mungkin kita boleh jumpa sesuatu kat sana,” kata Faris pula.
“Jadi, esok kita akan ke kondominium tu?” soal Aishah dengan mata bersinar. Faris mengukir senyum lalu mengangguk.
“Mak dia akan tunggu kita di kondo esok pagi,” sambung Faris.
“Baguslah. Harap2, kita akan jumpa sesuatu di sana nanti,” Aishah senyum lebar. Faris angguk, memandang Aishah yang sudah bersila di sofa.
Mereka sama2 menarik nafas dan saling terdiam. Seketika, mereka sama2 berpandangan, kemudian saling mengukir senyum.
“Dah lama aku tak nampak kau senyum macam ni…” tutur Faris tiba2. Senyuman Aishah mati serta merta.
“Kenapa?” soal Aishah.
“Entahlah…jujur aku cakap, selepas aku jumpa kau kali kedua ni, aku jadi takut tengok kau…”keluh Faris sambil menghirup air di mug. Aishah terdiam, merenung meja kopi didepannya.
“Manusia berubah Faris…” antara dengar dan tidak, Aishah bersuara perlahan. Faris kembali memandang Aishah. Lama direnungnya wajah lembut itu.
“Kau masih tak dapat terima kematian abang2 kau ya?” soal Faris tiba2 sekadar menduga, sekaligus menyentakkan perasaan Aishah. Lantas, dia berpaling merenung Faris tajam.
“Kau takkan dapat bayangkan macammana rupa diorang ketika mati Faris…kau takkan dapat bayangkan….” Aishah mengetap bibir, menahan getar di dadanya. Wajah Abu dan Dol kembali menjelma diruang matanya. Seakan menjadi mimpi ngeri baginya mengingati detik2 itu. Pantas Aishah menggeleng sambil menekup telinganya.
“Takkan dapat bayangkan! Takkan dapat bayangkan!” pantas Aishah tiba2 bangun dan berlari naik ke biliknya. Faris yang terkedu, bangun mahu mengekori Aishah. Namun, mendengar pintu yang dihempas kuat dari bawah, mematikan niatnya.
Bibir Faris menjadi kelu. Nafasnya dihela hambar. Rupanya Abu dan Dol pergi bersama jiwa Aishah. Maka sebab itulah, Aishah sudah berubah menjadi pendiam sebegini? Satu keluhan dilepaskan. Faris duduk berteleku di sofa, termangu sendirian. |
|
|
|
|
|
|
|
Deringan telefon bimbit Faris membuatkan Faris dan Aishah sama2 berpandangan. Nama yang terpapar diskrin dipandang.
“Tengku Alyah..” Faris mengisyaratkan agar Aishah berdiam diri manakala dia menjawab panggilan tersebut. Mereka masih di dalam kereta di sebuah kondominium di Mont Kiara, menanti ketibaan Datin Fauziah.
“Hello..”
“Faris! Where are you? Guess where I am now….” manja suara Tengku Alyah dari dalam telefon kedengaran.
“Err…” Faris mati akal, sambil memandang Aishah disebelahnya.
“You kat mana?” gugup soalan Faris. Aishah menggeleng melihat perilaku Faris. Dia ni memang tak reti nak berlakon jadi jahat!
“I’m in JB now…..right in front your hotel…” teriak Tengku Alyah girang.
“What??!!” hampir tersedak Faris dibuatnya. Gabra dia memandang Aishah.
“Tapi, I baru saja balik KL…” spontan jawapan Faris. Aishah dan Faris saling berpandangan.
“You dah balik KL??? And you tak bagitau I yang you dah balik KL? You ni…” kata2 Tengku Alyah mati disitu. GEram pastinya.
“So sorry Alyah. I never thought that you akan ke sana…” jelas Faris.
“I ke sini..sebab, ada berita penting yang I nak bagitau kat you..sekarang you pulak tak ada…” bebel TEngku Alyah.
“Berita apa?” dahi Faris berkerut. Dalam masa yang sama, kereta Datin Fauziah dilihat memasuki petak parkir kereta.
“Err…Alyah, I’ll call later. I got urgent things to do now…bye..” belum sempat Tengku Alyah berkata apa2, talian terus dimatikan. Faris sekaligus mematikan telefon bimbitnya. Enggan diganggu diwaktu2 seperti itu.
“Come! Datin Fauziah dah sampai,” Faris bergegas keluar dari kereta diikuti oleh Aishah. Mereka sama2 berjalan menuju kea rah Datin Fauziah yang baru saja keluar dari keretanya.
“Apa hal Tengku Alyah call? Dia kat mana?” soal Aishah ingin tahu.
“Entah! Dia kata ada berita penting. Yang paling pelik, dia ada kat JB sekarang, depan hotel kita dulu..” kata Faris. Datin Fauziah sudah dihampiri.
“Kalau dia ke JB, mencari kau, maknanya dia tak tahu lokasi kau berada. Jadi, siapa yang ekori kita malam tu?” soal Aishah tiba2. Faris terkesima memandang Aishah. Namun melihat Datin Fauziah yang sudah berada dihadapan mereka, perbualan itu terbantut. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni aku main taram ja taip...langsung tak baca balik before posting.
try to finish it a.s.a.p tapi selalu bizi.
sorry ya lambat. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih Fizzi
terubat sudah rindu yang membara |
|
|
|
|
|
|
|
Makin suspen pulak citer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lama menunggu.... ada gak hasil kali ni...
tq..tq..tq...
sambung lg beb!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tq fizzi
bila senang sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
yeay...thanks fizi... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni aku main taram ja taip...langsung tak baca balik before posting.
try to finish it a.s.a ...
fizziany Post at 4-10-2011 09:22
TQ
fizz walaupun crite ni ko taram aje
tp lepas ISO kami.
sambungan pls...... |
|
|
|
|
|
|
|
As salam.... sambung lagi ye FIZZI..... |
|
|
|
|
|
|
|
bersambung akhirnya...
nampaknya aishah & faris nak ganti tempat inspektor amir untuk cari bukti....
makin suspen cerita nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|