|
Banjir semakin buruk di Terengganu[size=0.82]Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]
February 26, 2022 @ 9:43am

Seorang penduduk memantau paras air sungai selepas hujan lebat di Kampung Pulau Manis Serada. - NSTP/GHAZALI KORI
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini mencecah lebih 2,500 orang.
Seramai 2,563 mangsa banjir daripada 772 keluarga dipindahkan ke 51 PPS di lima daerah, setakat jam 8 pagi tadi, meningkat berbanding 1,533 orang (432 keluarga) ditempatkan di 30 PPS pada malam tadi.
Daerah Kemaman terus mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir dengan bilangannya melonjak kepada 1,244 orang (340 keluarga) sudah dipindahkan ke 18 PPS.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman hanya merekodkan 847 mangsa banjir (242 keluarga) di 15 PPS, semalam.
PPS di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Teladas merekodkan jumlah tertinggi dengan menempatkan 259 mangsa banjir (76 keluarga).
BiIangan mangsa banjir di Hulu Terengganu juga melonjak kepada 652 orang (197 keluarga) yang ditempatkan di 11 PPS, berbanding hanya 387 (97 keluarga) di lima PPS semalam.
Turut menunjukkan peningkatan ialah daerah Besut yang mencatat sejumlah 414 mangsa banjir (94 keluarga) di 11 PPS, setakat ini.
Selain itu, mangsa banjir di Setiu juga meningkat kepada 234 (80 keluarga) yang berlindung di tujuh PPS.
Di Dungun, dua lagi PPS membabitkan Surau Kuala Jengal dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda, diaktifkan malam tadi.
Ia menjadikan empat PPS sudah dibuka di daerah itu, termasuk Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, yang menempatkan 69 mangsa banjir (24 keluarga).
Ketika ini, hujan lebat masih berterusan di kebanyakan tempat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|