|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Mas916 at 2-7-2008 08:48 AM
rina......dh p hamimun taw je la.....baru kawin kan....takut berlaku hubungan suami isteri sebelum tahallul je..tu yg kena dam seekor unta tuh...
Budak-budak lagi mas, tu yang keluar soalan macam tu..
.hehehehehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #641 Rosputih's post
hehhehe..kak...ros...saya ada terbaca kat mana tah...
taim dlm ihram ni mcm2 dugaan...kdg2 tak semena2 tgk hb pun jd geremm.... nampak hensem....macho.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #643 Rosputih's post
Assalamu'alaikum
Nak sampuk sekejap.....Mutawaif hari tu cakap tahap cemburu pasangan sangat tinggi di Mekah dan Madinah....oleh itu jaga pasangan masing-masing...jangan menimbulkan masalah pulak, nanti nak Umrah jadik benda lain...
Nanti kita jumpa lagi Kak Ros...sekarang tak tahu kenapa kerja banyak sangat ...September baru ok...sbb tu dapat jengah sekejap-sekejap saje. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 2-7-2008 12:21 PM
heheheheheehe...
Dugaan, dugaan....
Memang di Tanah Haram ini semuanya indah belaka.Mas.....hehehehehhe
hissh...nanti ustaz marah....
Kita masuk barisan semula mas, sebelum ustaz na ...
amboi, amboiiiiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Haji Perempuan Haid dan Nifas:
Apabila seseorang perempuan datang haid atau nifas sedangkan dia berada dalam ihram, dia diharuskan untuk mengerjakan kesemua ibadat Hajinya kecuali tawaf dan saie dan selepas itu digugurkan tawaf qudum daripadanya apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendaklah menunggu sehingga suci. Selepas itu dia tawaf Ifadhah dan tawaf wida', seterusnya bersaie sebagai saie Haji. Langkah ini sekiranya dia mengerjakan Haji Ifrad, tetapi sekiranya dia mengerjakan Haji Tamattu' atau Qiran, bererti dia hanya perlu mengerjakan pekerjaan Haji Ifrad dan dia tidak perlu mengerjakan pekerjaan Haji Tamattu' atau Qiran jika dia masih belum suci sebelum wuquf di Arafah. Sekiranya dia suci dia perlu mengerjakan pekerjaan Haji Qiran dan Tamattu'.
Apabila dia wuquf di Arafah sedangkan dia berada dalam keadaan suci, dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya tawaf Ifadhah tidak terlewat sehingga selepas suci.
Apabila dia telah mengerjakan tawaf Ifadhah kemudian dia datang haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida', jika dia ingin meninggalkan Mekah sebelum suci.
Perkara Yang Dikhususkan Hanya Untuk Wanita Sahaja:
Terdapat dua belas perkara yang dikhususkan untuk wanita sahaja iaitu:
Wanita diharuskan memakai pakaian yang berjahit di dalam Ihram dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan pewarna seperti pewarna merah, kuning atau oren.
Wanita diharuskan memakai sepasang khuf dan sepasang sarung tangan di sisi mazhab Hanafi sedangkan di sisi mazhab yang lain melarang dari memakai sepasang sarung tangan.
Wanita diwajibkan menutup kepalanya.
Wanita tidak boleh menguatkan suaranya dengan talbiah.
Tidak berlari-lari anak pada tawaf.
Tidak perlu mengikut cara sebagaimana lelaki ketika bersaie di antara dua garisan hijau dan tidak perlu bersegera.
Tidak perlu mencukur rambutnya bahkan memadai dengan mengguntingnya.
Tidak perlu mengucup Hajarulaswad ketika terdapat sekumpulan lelaki malah memadai dengan mengisyaratkan kepadanya sahaja.
Tidak perlu memberi upah kerana meninggalkan tawaf Wida' apabila dia berada dalam keadaan haid.
Tidak perlu memberi upah kerana terlewat tawaf ziarah pada hari-hari menyembelih jika ketinggalan atau kelewatan tersebut disebabkan oleh haid atau nifas.
Dia hendaklah tawaf di kawasan pinggir tempat tawaf.
Tidak wuquf berhampiran dengan Jabal Rahmah dan kedua-dua perintah terakhir ini adalah supaya dia tidak bersesak-sesak dengan lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah Haji Ifrad Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Haji Ifrad
Ifrad bermakna jemaah Haji berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian dia bertalbiah seterusnya dia kekal berada dalam keadaan berihram sehingga dia wuquf di Arafah, dia melontar Jamrah Aqabah dan bertahallul dari ihramnya.
Perangkaan tempat yang terdapat di sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji Ifrad langkah demi langkah.
Firman Allah Taala:
(الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَاأُولِي الْأَلْبَابِ).
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
|
[ Last edited by rinafarha1709 at 3-7-2008 08:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah Haji Tamattu' Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Haji Tamattu'
Tamattu' bermakna jemaah Haji berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram Umrah. Setelah itu dia berihram untuk mengerjakan Haji dari Mekah.
Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji seperti memakai pakaian berjahit, memakai wangian, bersetubuh dengan perempuan ...
Perangkaan tempat yang terdapat di sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji Tamattu' langkah demi langkah.
Firman Allah Taala:
(إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ * فِيهِ ءَايَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ ءَامِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ).
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk |
|
|
|
|
|
|
|
Haji Qiran
Qiran ialah berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah secara serentak) dari miqat-miqat yang ditetapkan kemudian dia mengerjakan ibadat Umrah seterusnya kekal berada di dalam keadaan berihram di Mekah sehingga hari kelapan Zulhijah, waktu Haji lalu dia mengerjakan ibadat Haji kemudian bertahallul dari ihramnya.
Perangkaan tempat yang terdapat pada sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran secara berperingkat.
Qiran dinamakan sedemikian kerana ia bermaksud menyertakan bersama iaitu menghimpunkan di antara Haji dan Umrah pada bulan-bulan Haji di dalam satu perjalanan musafir serta menggunakan satu niat.
Allah s.w.t berfirman:
(إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ * فِيهِ ءَايَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ ءَامِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ).
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat Di Dalam Tawaf:
Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram dan ia adalah sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap, oleh sebab itulah ia disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.
Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana mengucupnya adalah sunat dan tidak menyakiti diri anda serta orang lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih patut diikuti berbanding dengan perkara sunat.
Jemaah Haji disunatkan supaya khusyuk dan tenang di dalam tawafnya.
Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat muakkad.
Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya mengeluarkan bunyi dan juga menyilangnya di dalam tawaf sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum dan bercakap selain dari berzikir dan berdoa.
Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau kentut.
Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar binaan Hijir Ismail, bukan melalui bahagian dalamnya kerana cara yang sedemikian bermakna jemaah Haji melakukan tawaf di sebahagian Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan tawaf yang sedang dia lakukan.
Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat suara kadangkala boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf.
Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie.
Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama dan ittiba' (sopan) di dalam pusingan-pusingan yang lain yang disusuli dengan saie selepasnya.
Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf begitu juga di dalam saie.
Elakkan dari ittiba' (sopan) ketika selawat.
Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah.
Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang maqam Ibrahim selepas tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan harus sembahyang di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam.
Perempuan hendaklah menjaga dirinya supaya tidak memperlihatkan rambutnya ketika bertahallul (ketika bergunting).
Nasihat Pada Hari Arafah:
Sentiasa memastikan untuk bertalbiah di dalam perjalanan ke Arafah.
Elakkan dari malas, membuang waktu serta tidak mahu lagi sibuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah kerana Nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah.
Sentiasa memastikan untuk menghadap kiblat ketika berdoa sekadar termampu.
Berusaha untuk wuquf di dalam kawasan Arafah bukan di luarnya.
Jemaah Haji hendaklah mengambil perhatian bahawa di dalam masjid Namirah hanya tiga perempat sahaja yang termasuk di dalam Arafah manakala satu perempat lagi berada di luar Arafah, oleh yang demikian berhati-hatilah tentang perkara tersebut jika tidak anda akan kehilangan wuquf di Arafah menyebabkan Haji anda tidak sah.
Elakkan dari wuquf di Jabal Rahmah kerana tindakan itu akan menyebabkan berlaku kesesakan dan boleh menyakiti orang lain.
Berusaha untuk turun dari selepas tenggelam matahari, dengan demikian anda menghimpunkan di antara malam dan siang, sekiranya anda turun sebelum Maghrib maka anda diwajibkan membayar dam.
Jagalah diri anda supaya tidak buruk sangka pada Allah iaitu anda menyangka Allah tidak mengampunkan dosa anda kerana itu merupakan dosa pertama yang anda lakukan.
Nasihat Di Mina:
Anda wajib memastikan bahawa ketulan batu memang terjatuh ke tempat lontaran dan tidak melontar dengan cara yang tidak sepatutnya.
Elakkan dari melontar kesemua batu-batu secara serantak kerana tindakan sedemikian tidak dikira bagi jemaah Haji cuma ia dikira sebagai satu lontaran sahaja.
Elakkan diri anda dari melontar secara berlawanan dengan susunannya bahkah wajib dimulakan dari Sughra kemudian, Wusta seterusnya Kubra.
Elakkan dari melontar dengan bilangan yang lebih sedikit atau lebih banyak secara sengaja melainkan jika anda telah ragu-ragu di dalam bilangannya.
Jangan lupa berdoa selepas melontar di Jamrah Sughra dan Wusta kerana ia bercanggah dengan sunnah dan meluputkan diri anda dari melakukan kebaikan yang sangat besar.
Jangan berdoa selepas melontar di Jamrah Kubra (Jamrah Aqabah) kerana ia bercanggah dengan sunnah.
Nasihat Di Madinah Munawwarah:
Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya.
Ketika jemaah Haji dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w oleh seseorang maka janganlah kamu berkata Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada (syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak ada mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w.
Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga.
Tidak memegang dan mencium dinding maqam.
Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana anda berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para sahabat.
Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.
Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berhenti dari merokok di tanah suci kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah s.a.w. |
|
|
|
|
|
|
|
Pop Quiz: Haji apakah yg dilakukan oleh Rasulullah SAW? |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang berada di Mina pada 11-13, apa aktiviti yang dilakukan bagi memenuhkan waktu ek?
Sebabnya hari - hari tersebut hanya amalam melontar sahaja dilakukan.
Begitu juga ketika berada di Padang Arafah dan Mudzalifah. Bagi yang baru kembali dari Tanah Suci boleh tak berkongsi pengalaman?
Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rinafarha1709 at 1-7-2008 03:43 PM
ustaz..ustaz..kenapa kena dam seekor unta ni??
huraikan lah ustaz..kenapa?
tak leh bg tahu awak... awak lom kawin... |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz....nak tanya...agaknya kenapa dam seekor tu utk lelaki saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Kemendapan.....
Munculll...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak timbul lagi?
Timbul dah...
[ Last edited by HarizAzhari at 3-7-2008 02:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 3-7-2008 09:20 AM
Pop Quiz: Haji apakah yg dilakukan oleh Rasulullah SAW?
Haji Ifrad.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mas916 at 3-7-2008 12:25 PM
ustaz....nak tanya...agaknya kenapa dam seekor tu utk lelaki saja?
Ini adalah kerana, kalau langgar dam tu kena berpasangan, kan?
jadinya yang lelakilah kena bayar damnya... kalau lelaki dan perempuan... dah 2 ekor unta tu....
unta mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz..seekor unta harga berapa??
klu seorg suami..dia bawa 4 madu sekali utk tunaikan haji
maknanya 5 ekor unta ke ustaz?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|