CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syndora

[MERGED]ALL ABOUT MISTERI DI RUMAH- hantu/perkara pelik ETC

[Copy link]
Post time 19-8-2006 04:44 PM | Show all posts
tumpang letak cerita misteri kat sini...

Ini bukan pasal misteri kat umah sya,
tapi misteri kat jamban (bahasa halus toilet, tandas umah sya).

Berlaku July 2006.
Actually July 2006, sya tengah pregnant 5 bulan.

Sya masuk toilet sebelum azan Maghrib.
(tak penah masuk toilet sebelum nyaris2 azan, atau tgh azan,
takut nanti setan berebut2 nak menyerbu masuk toilet bowl)
Nanti clash...
Tapi itu hari emergency, kuar keta terus mencicit.
husband dok kat ruang tamu surfing.

Tetiba azan maghrib berkumandang.
Sya jadi serba salah.
Lagi dgn tetibanya...
"Assalamualaikum...." suara pompuan bagi salam
(sapa pulaklah pompuan ni, org tgh azan, dia bagi salam)
"Assalamualaikum...." suara pompuan lagi
"Assalamualaikum..." bagi salam lagi.
(Adelah dekat > 10x)
bagi salam pulak tu dgn intonasi & lenggok yg mendayu2.

Dgn bunyi azan yg kuat.
Bunyi deru air paip.
Bunyi unggas pulang ke sarang waktu senja.
"Assalamualaikum...."
(pehal husband sya tak pegi jawab, tengok sapa yg datang)

"Assalamualaikum..."
(pehal jiran sya ni tak reti nak layan tetamunya)
Umah kampung, antara umah ku & jiran ada porch keta, belakangpun ada umah.

"Assalamualaikum..."
(aku cuak giler, tak tenteram lansung, terus matikan air paip).

Tak dengar ape plak...
On air dengar lagi.
Off air tak dengar plak.
On air dengar lagi...

"Assalamualaikum..."
"Abangggg... tengok kat luar tu, Norzian datang ker?
org bagi salam apasal tak jawb?!!!!!"
sya terdesak melaung dari toilet.

"Pehal bising2 dr bilik kecik tu?
  Mana ada org bagi salam..."
husband sya marahkan sya.

Apalagi...berderau darah...
Terkocoh-kacah sya kuar dari toilet tu.

Terus dail jiran sebelah merangkap tuan umah.
Dia kata mana ada org bagi salam.
tanya anak dia yg lepak dalam garaje kat belakang,
pun bebudak tu kata tak ada.

Terus seminggu berteman kalau nak ke dapur ke toilet.

***Pebende ha? Takkan hantu kom-kom kot?

"Assalamualaikum..." Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2006 04:56 PM | Show all posts
ITU MAKNAYA SYAITAN DAN IBLIS NAK CUBA MENYELAMATKAN DIRI KE DALAM TANDAS@JAMBAN@TOILET@BILIK KECIK....BENDA2NI TAKLEH DENGOR AZAN....SEBABTU ORANG2 TUA TELAH BERPESAN CUBA ELAKKAN DIRI DARI MASUK TANDAS SEMASA AZAN BERKUMANDANG SYAITAN AND IBLIS SEDANG MENYOROK DLM TANDAS.....DAH SYA MASUK DULU BENDA2TU SEGAN NAK MASUK TERUS..... JADI BENDA2TU  BAGI SALAM NAK MASUK....MUJUR PINTU TANDAS TAK DIBUKA.....SYA DENGAR SEBUTAN SALAMTU SEKERAT AJE ATAU LENGKAP?...MAKSUD CFU ASSALLAMUALLAIKUM AJE?(SEKERAT)
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 05:09 PM | Show all posts
"Assalamualaikum" ajer, gaya makcik2 jual kain batik.

Bukan : "Assalamualaikum warah matullah
Bukan : "Assalamualaikum warah matullahi taala wabarakatuh..."

Teori yg setengah menyakinkan jugak tu,...

Agaknya dah baca doa masuk tandas...
tapi sebab dah lari mencicit, lupa terus doa kuar tandas....

(selama inipun doa kuar tandas tak hapal pun...)

ustaz kata seri muka kita hilang bila tengah qoda' hajat,
setan jantan- betina dok pakat lumur muka kita dgn sisa toksid tu...
kalau baca doa, dia kena block, tak de access.:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 05:16 PM | Show all posts
SO CFU RASE SYA FAHAM SIAPA PEMBERI SALAMTU KAN?....SO JGN LUPA DOA MASUK Dan keluar tandas...dan lebih afdal kalau sya poskan doa2 tersebut untuk kita amalkan...walaupun dalam bahasa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 09:30 PM | Show all posts
... salam ...
... perghhh ...
... dlm toilet pon nak kaco ...
... simbah je ...
... salam ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 09:42 PM | Show all posts
kalau kita boleh nampak....mus... kalau kita  tak nampak main simbah aje pun  membazir aje...tapi cfu rasa kalau kita nampak sure kita disimbahi peluh.....cuma amalkan  baca doa masuk dan keluar tandas...insyaallah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2006 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by Syndora at 19-8-2006 03:53 PM


Tu yg ada bunyik mendengus tu, sebab 'dia' bengang dengang org mabuk balik dari pub memekak jekkk...kui kui kui...

hehehe...
tu la syn, manusia pon bleh pening kepala apatah lagi benda tu..
bukan syiok dengar org mabuk memalam buta nie.. silap2 pintu kita dia tendang :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by cfu at 19-8-2006 04:03 PM
eva dont worry.....selepasni eva akan mendengar orang menangis pulak....jika eva dengar cfu nasihatkan tak payahlah susah2 panggil polis,bomba ataupun ambulan........hey hey hey

menangis tu pernah dengar sekali dua cfu..
time tu bukan time org mabuk2... dlm kol 2/3 pagi..
sora pompuan nangis kat luar rumah nie...
seram jugak bila dengar... :malu:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2006 07:40 PM | Show all posts
yang eva dengartu sora pompuan nangistu sora budak atau orang tua?..mendayu-dayu tak? ada bunyi salakan anjing?..hujan renyai2 tak pada waktu itu....rasanya eva tarik  kain selimut dan teruih lena sampai pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 09:29 PM | Show all posts
kat rumah previous engel pun ada sikit supernatural. Kalau sensorang selalu rase macam diperhati, pastu nampak kelibat melintas..bau wangilah...entahlah..engel buat bodoh je. engel selau jugak dapat mimpi yang buruk, kena tindih pun biasa. Tapikan lepas pinda rumah, dah tak kena kacau sangat. Cuma kenkadang mimpi buruk, rasa biasalah. Nasib baiklah benda tu tak ikut pindah..eee seram...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:01 PM | Show all posts
okeh, ni crita emo plak.  Rumah emo nih memang ada gangguan...dah tak misteri dah...memang dah melampau-lampau cumanya now kami anak beranak dah mula naik angin dengan gangguan ni dan kami tak layan sangat dah...

mula-mula pindah rumah ni, untie dengar orang perempuan ketuk pintu waktu tengah malam panggil nama emo...sayup-sayup je, sampai untie nak buang hajat pun terus terbantut sebab seram...memang dia kompem bukan jiran/sedara yang panggil.  Rumah emo pakai loceng, tapi pintu tu diketuk "tuk,tuk,tuk" 3 x, lepas tu mendayu2 panggil nama emo.....berulang-ulang kali...sebelum azan subuh baru suara tu hilang.  Untie lepas tu rasa tak sihat badan, request nak balik....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:04 PM | Show all posts
incident ke-2 pulak...dalam beberapa bulan pertama pindah tu (waktu tu emo memang tengah fragile sebab mengandung), time senja....ada 2 ekor anak toyol kat ujung katil, sekor panjat katil nak menyusu kat emo, sekor lagi macam nak gigit ibu jari kaki, emo tepis dan tendang.....waktu tu memang tengah muntah teruk sebab pening mengandung...

then 2-3 hari lepas tu emo nampak kelibat orang perempuan tua pakai kelubung hitam lalu depan katil emo (waktu tu emo tengah baring) waktu petang-petang...tapi masa tu emo malas nak layan sangt, cuma bila dah lama sikit baru rasa seram...

emo ni everytime mengandung, mesti jumpa nenek tua kat rumah mundar-mandir tapi nenek tu selalunya kluar dari bilik solat dan pakai baju putih....tapi waktu mengandung anak ke-3 tu pakai baju dan kelubung hitam, tak pandang emo pun, lalu depan emo terus dissapear...a few days after that, emo keguguran....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:06 PM | Show all posts
after that....after quite some time emo perasan duit asek ilang kat rumah - nih bukan ilang sikit2, memang berkepuk-kepuk duit ilang, ditinggalkannya sekeping dua je untuk kami...tapi hubby emo tak suka nak layan benda-benda macam ni (some guys are like that....)..so emo pendam geram je sebab bukan sengget dua yang ilang, beribu-ribu dah ilang kat rumah ni....last2 i made decision, simpan je duit kat bank, kat rumah just untuk pakai sepuluh dua ringgit je....tak pulak ilang....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:08 PM | Show all posts
lepas tu emo perasan barang-barang electric semua bila bawak masuk rumah mesti rosak.  At first kami ingat ada electrical fault tapi dah check memang bukan masalah electrical.  Peti ais electrolux, washing machine, tV adalah dah 4 bijik...semua rosak tak sampai 6 bulan pun.  Dipendekkan crita...apaper yang a little bit expensive mesti buat hal....

emo ok lagi, hubby ok lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:17 PM | Show all posts
then lepas tu startlah incident2 yan gmenakutkan di rumah emo....

1.  hubby dengar orang main organ anak kat bilik stor.  bila dia bukak pintu dan check, the organ tu off, bila tutup pintu the organ berbunyi lagi macam orang main music.  So this incident bukak pintu, tutup pintu berlaku 3-4 kali lepas tu hubby naik seram, dia buat tak tahu je....

2.  anak2 yang memang dah di trained tido dalam bilik sendiri, tiba2 taknak tido dalam bilik - diorang merayu2 nak tido sekatil dengan kami.  Ending up, bilik diorang kosong, and all of us squeezed into one room..masa tu emo pelik kenapa anak2 tiba2 jadi penakut sangat, nak pergi mana2 kat dalam rumah waktu malam mesti nak berteman walaupun kita boleh nampak diorang dari jauh pun they will insist nak kena teman jugak...

3.  kat rumah emo ada wet & dry kitchen, so yang wet kitchen it's an open space kat balcony belakang...hubby dengar suara baby di sebalik divider dapur (waktu tu lebih  kurang 3am), bila hubby berhenti masak maggie suara tu pun berhenti, bila hubby buat kerja, bunyi tu kluar lagi..lama2 makin nyaring..hubby terus sumpah seranah lepas tu buat donno je...

4.  tiba2 emo pulak rasa macam tak selesa kat rumah, rumah rasa kelam je....nak pergi bilik air rasa mcm ada orang perhatikan, mana2 pergi orang perhatikan....satu malam tu, suami bangunkan emo sebab dia kena ganggu dengan 2 ekor p***ti*nak (takut nak taip betul2 hehehe) cuba cekik dia..., then after that hubby asyik kena ganggu, baik dalam tidur mahupun waktu tengah malam kat dapur ke atau bila dia sorang2

5.  paling tak tahan waktu sahur bulan posa tahun lepas emo dgn anak2 tengah sahur kat dapur, hubby taknak sahur so tidur ruang tamu...tiba2 kami dengan suara perempuan nyaring menjerit kuat sangt betul2 area hubby tido.  Masa tu kami semua taknak pergi living room sebab takut.  Emo jerit2 panggil hubby...lama sangat baru hubby jawab..bila emo tengok dia macam keletihan, emo bagitahu apa yang kami dengar and dia crita dia baru berlawan dengan cik 'pun' tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:26 PM | Show all posts
banyak lah incident yang kami alami...dipendekkan crita baru2 nih after lama dah tak kena ganggu, emo pulak yang kena ganggu.....(kami dapat tahu ada orang buat tak baik pada keluarga emo nih, tapi taknak lah layan sangat benda2 ni).....

yang baru ni, emo macam antara mimpi dan sedar - terbangun dari tidur tengok anak bongsu kena lumur dengan tahi...so emo marah, pergi kat anak lepas tu bersihkan badan dia da muka dia, tiba2 emo nampak muka emo dgn badan pulak kena tahi...lepas tu emo bersihkan dan nak tido balik, tapi tiba2 tersedar dari tido...defintiely it is between dreams and bukan mimpi....

lepas tu di ikuti dengan emo terbangun dari tidur, nampak emo dgn anak bongsu tengah main2 kat bilik lagi satu, so emo lari pergi bilik air nak panggil suami, nampak suami bukak pintu bilik air, emo nangis2 report kat dia emo nampak my other self dgn anak, lepas tu emo balik ke tempat tido, emo nampak emo tengah tido...crita ni a bit confuse..susah nak explain....

lepas tu ada lagi satu incident emo bangun tido, nampak anak dara yang first tengah pandang emo, then tiba2 kluar dari bilik stor (yang hubby selalu kena kacau dulu), sorang budak perempuan lebih kurang sebaya anak emo tu tapi yang seram sangat emo nampak dia dari kepala ke ujung kaki rambut sahaja.....incident ni berlaku 2-3 x bila emo cuba tutup mata sebab takut, bukak balik, budak tu kluar lagi dari bilik, bila tutup mata, bukak lagi nampak dia repeat the same action....

another incident pulak, emo nampak anak bongsu emo tengah nak pergi ke emo, tiba2 dari bilik stor tu kluar another budak lebih rendah sikit dari anak emo, very putih dan dia sekelip mata berdiri tepi kerusi di ruang tamu...lepas tu dia macam nak attack emo dgn my son...and yang paling menakutkan muka dia kosong - takde apaper, idung,mata, mulut semua takde....emo baca ayat kursi tapi mungkin iman emo tak kuat, sampai tersasul2 sebab takut, at last budak tu jatuh dan emo tersedar....

banyak lagi benda2 mengganggu kat rumah ni..ikutkan hati rasa nak pindah je...tapi tak guna jugak kalau gangguan tu dari orang yang nak menganiaya kami satu keluarga....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2006 01:25 AM | Show all posts
kesian ko emo.....sabo je la....kalo aku dah lame pindah..eiii takutttttt....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 07:31 AM | Show all posts
Originally posted by cfu at 21-8-2006 07:40 PM
yang eva dengartu sora pompuan nangistu sora budak atau orang tua?..mendayu-dayu tak? ada bunyi salakan anjing?..hujan renyai2 tak pada waktu itu....rasanya eva tarik  kain selimut dan teruih lena  ...

dengar  takder background anjing menyalak atau hujan renyai... suara menangis je.
wonder gak sbb pagi around 1-3 pg

[ Last edited by  eva at 25-8-2006 07:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 07:59 AM | Show all posts
emo ur house tu ada history kot.. lain mcm je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:49 AM | Show all posts
seram baca cerita emo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.112897 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list