|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
terima kasih.
[ Last edited by antiQue at 5-9-2005 09:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SEDIKIT PENGENALAN MENGENAI RUFAQA CORPORATION...
Rufaqa |
|
|
|
|
|
|
|
masih ramai rupanyer pengikut abuya nie..... baru ku tahu.....
[ Last edited by antiQue at 5-9-2005 09:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KEMERDEKAAN AGAMA
Agama adalah keperluan rohaniah manusia yang tidak boleh tidak. Roh tak dapat dipisahkan dari Tuhan sama seperti tak boleh dipisahkan gula dengan manisnya. Roh tanpa Tuhan akan bergoncang sampai manusia tak sanggup hidup lalu membunuh diri. Roh yang kuat bertuhan, mampu tahan menghadapi ujian bahkan bahagia di atas ujian. Memang bangsa yang kuat seperti Israel adalah penganut kuat agamanya iaitu yahudi.Namun tidaklah sekuat para sahabat Rasulullah yang memperjuangkan Allah melalui agamaNya Islam. Mereka itu kerana kuat rohnya dengan Tuhan, sanggup berbuat baik kepada orang yang buat jahat pada mereka. Sedangkan Israel mengganas di mana-mana.
Maka dalam negara merdeka, setiap rakyat hendaklah dibenarkan menganut dan praktiskan agama masing-masing. Bahkan demi kemerdekaan, izinkan mereka memperjuangkan keyakinan mereka. Dengan syarat jangan jadi macam orang politik, saling berhentakan. Bilamana setiap orang boleh mengembangkan agamanya, apa yang diharapkan, ialah setiap orang akan berpeluang mendengar tentang semua agama. Ilmu perbandingan agama harus dibenarkan. Supaya manusia dapat memilih agama yang benar, jelas dan terang. Sebab agama Tuhan itu cuma satu. Setiap orang wajib memilih agama yang paling benar! Islam baka sebenarnya tak ada nilai.Agama ialah keyakinan bukan tiru-tiru.Pilihan agama dibuat atas dasar ilmu dan kebenaran bukan keturunan dan emosional.Agama bukan harta pusaka tapi ialah sebuah kecintaan yang diperjuangkan. Merdekakanlah manusia dalam beragama.
Jangan paksa orang meniru keyakinan kita.Apa nak ditakut kalau kita benar, kebenaran pasti menang, kebatilan pasti pergi tanpa di halau.Kalau benar mahukan bangsa ini jadi bangsa yang kuat, aman dan makmur, amalan kemerdekaan dalam agama adalah tidak boleh tidak. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
KEMERDEKAAN HAKIKI
Demi menyahut seruan kerajaan supaya rakyat membesarkan hari-hari kemerdekaan, inilah sumbangan kecil dari kami, guna mengisi perayaan demi perayaan yang dibuat di seluruh dunia di mana saja rakyat Malaysia berada.
Setelah 48 tahun kita dimerdekakan dan dibebaskan satu post-mortem perlu dilakukan terhadap bangsa dan negara ini. Supaya kita benar-benar menuju kepada satu negara yang kuat dan bangsa yang kuat. Negara yang aman makmur dan bangsa yang kuat dan mendapat keampunan Allah. Negara maju disudut duniawi dan ukhrawi.Negara yang disegani oleh kawan dan lawan.Bangsa yang layak menaungi bangsa lain.Tapak bagi empayar Islam yang berwibawa, yang layak bersaing dengan empayar barat yang kian runtuh.
A. KEMERDEKAAN POLITIK
Negara-negara umat Islam di dunia seperti Mesir, Syria, Iraq, Pakistan, Indonesia, Brunei, Malaysia dan sebagainya sudah ada yang 100 tahun merdeka, 80 tahun, 70 tahun, 50 tahun dan paling dekat 30 tahun.Tapi belum ada satu pun yang dapat dibangunkan menjadi negara Islam yang kuat dan menjadi contoh seperti yang Rasulullah SAW lakukan. Baginda mengambil masa cuma 23 tahun untuk menjadikan negara dan bangsa Arab empayar Islam menggantikan Rom dan Farsi waktu itu. Kaedah yang dipilih untuk membangunkan negara-negara merdeka oleh penguasa-penguasa umat Islam ialah ideologi ciptaan barat. Tak ada satu pun yang merujuk kepada kaedah Rasulullah. Al hasil, hari ini kita masih bertuankan penjajah.Belum mampu kita menjajah mereka para penjajah.
Sudah sepatutnyalah negara-negara orang Islam ini berfikir semula tentang langkah-langkah yang patut dilaksanakan bagi mengisi kemerdekaan. Kaedah lama nyata belum memberikan hasil yang padan dengan umur kemerdekaan. Bahkan di banyak negara kaedah yang dipakai bukan membawa tuah, tapi membawa padah kehinaan dan kelemahan. Ideologi barat yang dipraktikkan di negara-negara orang Islam ternyata gagal menjadikan kita bangsa yang kuat. Di Malaysia sendiri setelah 45 tahun merdeka, bangsa ini kelihatan seperti kehilangan arah.Kemajuan material semata-mata kelihatan telah membuat satu penutup yang mengecewakan!
Tapi kita belum pun terlambat. Bahkan ini waktu terbaik untuk kita memulakannya. Yakni, mengambil Tuhan, Allah sebagai tempat rujuk. Bertanya kepada Mahaguru yang Maha Agung tentang bagaimana membangunkan satu bangsa untuk jadi empayar. Memohon Dia bekalkan apa juga jenis keperluan yang diperlukan untuk projek besar ini. Bekalan-bekalan yang berunsur rohaniah dan maddiah. Seperti tenaga manusia yang benar-benar layak, perpaduan, strategi-strategi perjuangan dari masa ke masa, wang yang cukup, kaedah menangkis musuh, rahsia menyelesaikan masalah, kunci kemenangan demi kemenangan dan panduan-panduan agar tidak tergelincir dari jalan yang benar.
Tanpa mengambil Tuhan sebagai tempat rujuk perjalanan seseorang paling bijak di duniapun berakhir dengan kegagalan. Memutuskan diri dengan Tuhan sama seperti layang-layang putus talinya. Tuhan bukan untuk dibuat patung. Tuhan ialah Maha Pencipta yang boleh diajak bercakap, bertanya, berjumpa rasmi 5 kali sehari. Allah ialah Zat yang wajib dicintai sesungguh hati, lebih dari segala-galanya.Allah juga wajib ditakuti lebih dari segala-galanya. Allah sebenarnya untuk dijadikan matlamat hidup mati kita.
Setiap saat kita memerlukan Tuhan. Tanpa pimpinan dan pertolonganNya, setiap saat kita buat kesilapan. Bangsa yang tidak sembahyang, pasti tergelincir dihujungnya. Sebab sembahyang sebenarnya ialah modal utama untuk menjadi bangsa yang agung. Macam kereta yang berjalan jauh kena berhenti di stesen-stesen minyak untuk mengambil bekalan minyak untuk perjalanan selanjutnya. Maka manusia yang tidak berhenti 5 kali sehari semalam di stesen Tuhan untuk ambil keperluan kehidupan dan perjuangan nescaya akan jem dan gagal! Anda carilah teks kuliah Sembahyang Membina Peribadi Agung untuk tujuan memahami apa yang kami maksudkan. Juga untuk menjadikan kemerdekaan ini ialah kebahagiaan dan kemenangan. Allah SWT sendiri yang menjamin bahawa:-
Sembahyang itu kemenangan
Sembahyang itu kemenangan
Tersilaplah suatu kaum yang mencari kebahagiaan dengan meninggalkan Tuhan dan sembahyang. Sedangkan kemerdekaan ini dari Dia dan kembali padaNya.
Allah berfirman dalam Surah Al Imran : 26
Ertinya:" Katakanlah, Ya Allah, Yang memiliki kerajaan, Engkau memberi kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina siapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas segala-galanya."
B. KEMERDEKAAN EKONOMI
Kita mesti tahu rahsia besar yang Allah bukakan untuk orang Islam, agar jangan kita tertipu kerana kejahilan. Sedangkan Allah SWT sudahpun mengingatkannya. Bahawa dunia ini adalah tipu daya.Allah mengulangi di ayat yang lain bahawa tidaklah kehidupan dunia ini melainkan tipu daya.
Pengalaman hidup kita sendiri dan orang lain juga banyak membuktikan bahawa kecintaan pada dunia ini hanyalah tipu daya.Wang dan kekayaan menjanjikan kebahagiaan yang tiada!
Inilah pandangan Islam dalam ekonomi. Siapa juga yang mahu berurusan dengan khazanah kekayaan Allah di bumi, mestilah pandai mengelak dari tipuan. Seorang yang perasaan cintakan Allah kuat mencengkam di jiwa, hinggakan cinta dunia dapat ditangkis. Itulah orang yang dunia tidak dapat memperbodohkannya. Selain mereka, kepandaian akademik dan diniah saja pasti tak selamat dari godaan dan bujukan harta.
Adapun kemerdekaan dalam konteks ekonomi ialah bebas dari penyakit tamak haloba oleh sikaya atau penguasa. Allah melonggokkan kekayaan pada mereka supaya ada sebab untuk bersatunya mereka dengan golongan tidak berada dan miskin. Orang miskin kaya tenaga dan kebolehan bekerja yang semuanya amat diperlukan oleh golongan kaya. Masyarakat akan stabil bilamana kekayaan masing-masing dikongsi dan tidak bermaksud untuk tindas menindas.
Tapi malang bagi dunia moden ini, manusia-manusia tidak lagi mengikut disiplin Tuhan. Mereka berperang sesamanya, sekalipun dalam rumah tangga. Maka datanglah hukuman Tuhan, yakni ekonomi jatuh.Seluruh dunia dilanda kejatuhan ekonomi. Ambil perhatianlah dengan bencana besar ini. Tuhan tidak lakukan dengan sia-sia. Sejarah menceritakan bahawa bilamana Allah murka dengan satu kaum, maka Allah tarik kekayaan mereka. Maka jatuhlah kuasa politik dan hancurlah kaum tersebut.
Sempena kemerdekaan marilah kita memohon kepada Allah supaya dimerdekakan negara dari segala cengkaman penjajahan masaalah. Allah adalah sumber kekayaan dan kekuasaan. Untuk dapatkan itu semua, orang Islam tak boleh menempuh cara orang bukan Islam. Allah menolong orang bukan Islam dan golongan anti Islam kerana faktor usaha ikhtiar dan kekuatan. Tapi orang Islam ditolong kerana faktor taqwa. Orang bertaqwa yang berusaha Allah berjanji membalasi dengan 90%. Sedangkan usaha ikhtiar oleh orang-orang yang tidak takut dengan Allah, mereka hanya akan diberi sekadar 10%. Itu pun hanya atas dasar istidraj. Untuk 10% itulah golongan ini menghabiskan umur. Dunia telah menipu mereka.
Cara dapatkan 90% kekuatan,ialah usahakan taqwa. akni, bersedekah, bermaaf-maafan, sembahyang malam (tahajud), sembahyang hajat, berkasih sayang dan bertaubat banyak pada Allah. Yakni membaiki diri. Bersatu padu, ikhlas, merendah diri dan kerjasama. Sejarah memaparkan bahawa dengan mempraktikkan ekonomi Islam itu, perniagaan Rasulullah di Suqur Ansar oleh Sayidina Abd Rahman bin Auf, dalam masa yang begitu cepat, Islam menguasai ekonomi Madinah dari tangan kapitalis yahudi.
Mengapa tidak kita belajar dari sejarah ini demi memerdekakan bangsa dari masaalah ekonomi yang sedang melanda?
C. KEMERDEKAAN FIKIRAN
Akal fikiran yang ada pada manusia sungguh menakjubkan. Merupakan ciptaan Allah yang Maha ajaib. Bangsa yang dapat memanfaatkan akal fikiran sepenuhnya ternyata mampu menguasai langit dan bumi, menjadi tuan kepada dunia.Tapi menurut Islam, akal tidak boleh dibiarkan berfikir tanpa disiplin.Sebab akal yang tidak terpimpin cenderung untuk kufur kepada Tuhan.Berapa ramai ahli falsafah telah mengambil kesimpulan untuk menolak agama dan memilih untuk bunuh diri sebagai penutup hidupnya. Fikiran yang terlalu bebas rupanya tersesat begitu sekali.
Quran mengajarkan orang Islam bahawa fikiran mesti bertunjangnya roh tauhid. Itulah kemerdekaan yang berdisiplin namanya. Akal akan selamat bilamana berjalan bersama hati yang berzikir pada Allah. FirmanNya bermaksud:-
揗ereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring seraya mereka berfikir akan ciptaan-ciptaan langit dan bumi |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
Oleh kerana topik2 seblm ini banyak membicarakan bab dosa maka silalah hayati sajak di bawah yg juga berkaitan dgn dosa...
Dosa-dosa Semenjak Baligh
Setiap orang itu sejak baligh hingga hari ini kalau membuat dosa ada dua peringkat
Ada dosa yang mudah dikesan, dan mudah pula bertaubat
Ada dosa-dosa yang tidak mudah dikesan bahkan tidak dirasakan dosa maka tentu tidak bertaubat
Selalunya mati tidak bertaubat
Dosa-dosa yang mudah diketahui, seperti meninggalkan sembahyang, meninggalkan puasa, mencuri, minum arak, bunuh orang
Dosa-dosa ini payah dilupakan, kalau seseorang itu insaf mudah bertaubat
Tapi orang tidak rasa berdosa, jika tidak ada rasa bertuhan
Orang tidak rasa satu kesalahan tidak rasa kehambaan
Berapa ramai orang sejak baligh, dia riyak, sombong, suka dipuji,
ujub, ingin nama, tidak terasa membuat dosa
Nampak orang susah tidak ditolong, tidak bertimbang rasa, mengutamakan diri, gembira dengan kesusahan orang tidak dianggap kesalahan
Tamak, bakhil, tidak mesra dengan orang tidak dianggap haram
Tidak tawakkal, tidak sabar, tidak malu dengan Tuhan,
tidak belas kasihan itu tidak dipandang kemurkaan Tuhan
Dosa-dosa kategori yang kedua inilah yang ramai orang terjebak,
orang tidak terasa satu dosa
Apabila tidak terasa perkara itu dosa, ia berlalu begitu sahaja, tanpa sedar, tanpa insaf
Akhirnya tidak bertaubat
Matilah seseorang itu di dalam kederhakaan tanpa sedar
Kadang-kadang dosa-dosa yang tidak disedari ini
berlaku kepada orang-orang yang dipandang oleh orang ramai orang baik
Ada orang ibadahnya banyak, sembahyang malam, puasa sunat di siang hari, sering membaca Al Quran, wirid tidak lekang
Setengahnya ulamak, menasihati orang, dia disegani
Kerana dosa-dosa tadi sangat tersembunyi, sangat tersirat, ia dosa hati, payah dikesani
Ahli-ahli ibadah dan para ulamak tadi pun tidak menyedarinya
Orang-orang yang mata hatinya celik sahaja yang dapat mengesani
Orang-orang yang rohnya bercahaya dan menyuluh yang seni-seninya
Yang dikatakan ulil abshor bukan ulamak, yang mampu mengetahui
Kecuali kalau ulamak itu juga ulil abshor
Nukilan: Abuya At Tamimi
4.4.2003 |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
D. KEMERDEKAAN KEBUDAYAAN
Bidang ini adalah bidang hidup yang penting yang ikut jadi penentu kepada watak sesuatu bangsa. Baik sistem budayanya baiklah bangsa. Tapi bila buruk kebudayaan yang mereka perjuangkan, buruk pulalah watak bangsa tersebut.
Dalam Islam, sebenarnya sistem kebudayaan cukup selamat dan menyelamatkan, sebab apa juga aktiviti budayanya, yang sangat menarik dan menghiburkan itu tidak terpisah dari Allah. Sambil berhibur, kita masih dapat mengingati Allah sambil berhibur tak lari dari disiplin, kami mencadangkan sistem ini dijadikan alternatif kepada budaya kuning yang telah meruntuhkan moral remaja kita seruntuh-runtuhnya.
Orang melayu khususnya hari ini macam mana mahu jadi bangsa besar, sedangkan kebudayaan yang dihidangkan pada mereka melalui pentas-pentas budaya, muzik, teater, drama, filem dan lain-lain lebih banyak mengajak bercinta-cinta dan kecewa daripada mengajak kepada perjuangan bangsa dan agama. Kelihatan pejuang-pejuang budaya tidak ketemu isu lain dalam perjuangan selain isu jatuh cinta akhirnya kecewa. Jutaan rakyat yang melihat, pulang membawa hati yang lembab, yang pupus dari semangat memperjuangkan empayar untuk bangsa dan agamanya. Mengapa tidak kita perjuangkan kebudayaan Islam yang terasnya ialah menjadikan manusia itu hamba Tuhan dan khalifahNya. Bukannya hamba teruna dara yang akhirnya merana. Kebudayaan yang memuja nafsu dan syaitan hendaklah ditukar kepada kebudayaan yang memuja Allah dan Rasul. Satu kebudayaan yang nilainya mampu memartabatkan orang Islam, menjadi pemegang-pemegang tampok ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan lain-lain di muka bumi Tuhan ini. Selagi kebudayaan bangsa tidak dimerdekakan dari unsur-unsur cinta dan seks ini, kita sebenarnya belum merdeka.
BERSAMBUNG
(sila lihat sambungan di dalam www.rufaqadaily.com)
[ Last edited by hafizi at 30-8-2005 09:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum
ashaari muhammad ni kan sesat dulu kan
dah insaf ke..
lantak la org nak benci ke hape ke..
banyak aku tgk org yg suka kat die ni fanatik nye..
die tak penah buat salah ke?
ma'sum ke?
aku geli baca kononnye die ni baik sgt ...
aku rase mod kene peratikan gak la postings kat website ni..
yg bace bukannye semuanya berpengetahuan sgt dlm islam..
pastuh dgn dakyah syiah nye la..itu la ini la.. bahaya la camni..
dah la permohonan murtad betimbun timbun... jgn la plak tpt ni jadik salah satu tempat nak menambahkan bilangan nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nape byk copy dan paste je dlm ni ? pelik, pelik |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PERANAN ILHAM
Memang di waktu ini, wahyu sudah tidak turun lagi. Ini kerana wahyu adalah untuk para nabi dan para rasul; dan nabi dan rasul sudah tidak ada lagi. Rasulullah s.a.w adalah penutup segala nabi dan rasul.
Mungkin ada orang bertanya, kenapa Tuhan tidak terus turunkan wahyu kepada manusia selepas wafat Rasulullah supaya manusia akan terus mendapat panduan dari Tuhan. Sebenarnya tidak perlu wahyu itu terus diturunkan kerana agama Islam sebagai agama penutup telah selesai diturunkan dan telah pun disempurnakan oleh Tuhan. Manusia tidak perlu lagi kepada wahyu. Al-Quran itu, sudah cukup dan lengkap dan sesuai digunakan sebagai panduan untuk sepanjang zaman.
Namun begitu, tidak benar kalau kita katakan bahawa dengan tidak adanya wahyu, Tuhan sudah tidak berhubung lagi dengan manusia. Tuhan masih berhubung dan memberi ilmu dan kefahaman kepada manusia terutama dalam memahami ayat-ayat AI-Quran dan hadis yang maksudnya belum jelas atau yang perlu dijelaskan untuk panduan manusia di sesuatu zaman yang tertentu. Zaman berabah, tamaddun berubah, fikiran dan cara hidup manusia berubah. Oleh itu tafsiran ayat-ayat Al-Quran atau hadis perlu difahami sesuai dengan zaman yang beredar. Di sinilah peranan ilham.
Ilham diberi oleh Tuhan kepada orang-orang yang dipilihNya atau wakilNya terutama Mujaddid Nya untuk menerangkan maksud ayat-ayat dan hadis di dalam konteks dan suasana zaman yang berkenaan. Al-Quran, hadis dan hukum-hakam tidak berubah. Ia didatangkan melalui wahyu dan sudah lengkap. Tetapi fahaman terhadap ayat dan hadis itu boleh dijelaskan, dikuatkan atau ditambah dengan fahaman-fahaman baru dengan tidak menafikan fahaman-fahaman lama, sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman dan tuntutan semasa.
Di samping itu, kita tahu bahawa maksud sesuatu ayat Al-Quran itu berlapis-lapis. Ada dalil mengatakan sampai tujuh lapis. Satu-satu ayat boleh mengandungi berbagai-bagai maksud. Mungkin pentafsir-pentafsir Al-Quran sebelum ini telah mencungkil dua, tiga atau empat maksud dari sesuatu ayat mengikut kemampuan dan ilham yang diberi Tuhan kepada mereka sesuai dengan zaman mereka. Akan ada lagi tafsiran-tafsiran lain melalui pentafsir-pentafsir lain bagi mengkayakan lagi maksud ayat-ayat tersebut sesuai dengan zaman yang beredar. Inilah peranan ilham yang diberikan oleh Tuhan kepada wali-waliNya.
Akan tetapi harus diingat bahawa ilham bukan wahyu. Ilham tidak membawa agama baru. Yang mendapat ilham bukan nabi dan bukan rasul. Mungkin hanya bertaraf wali. Ilham hanyalah bantuan Tuhan kepada manusia supaya dapat lebih memahami ayat Quran dan hadis. Banyak ayat dan hadis yang maksudnya tidak jelas atau berlapis-lapis. Kalau tidak jelas, maka ia tidak dapat digunakan sebagai panduan. Mustahil Tuhan akan biarkan panduanNya untuk manusia tidak difahami hingga berlaku salah faham dan pergaduhan di kalangan manusia disebabkan ayat atau hadis yang tidak difahami itu. Tuhan bukan bermain-main dalam hal ini.
Sebagai contoh, ada ayat Al-Quran, yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun jari tangannya."
Di suatu era, susunan tulang jari-jemari tangan manusia yang kompleks dan rapi itu sendiri dikagumi ciptaannya. Di era yang lain, fungsi tangan manusia yang begitu tersusun rapi tulang-tulangnya hingga membolehkan tangan manusia digunakan untuk berbagai fungsi, boleh menggaru, boleh mencubit, boleh menampar, boleh menggosok, boleh menumbuk, boleh memegang, boleh meramas, boleh menyucuk, boleh mencungkil, boleh memerah, boleh mematah, boleh menguli, boleh mengurut, boleh menggengam dan berbagai-bagai lagi yang tidak boleh dibuat oleh tangan makhluk lain, itulah yang dikagumi. Di era sekarang cap ibu jari tangan manusia yang tidak sama di antara satu sama lain, itu pula yang dikagumi. Walaupun kawasan permukaan ibu jari manusia itu berukuran satu inci kali tiga suku inci, tapi ia boleh mengandungi cap ibu jari yang berbeza-beza di antara berbilion-billion manusia. Tidak ada satu pun cap ibu jari manusia yang sama dengan yang lain. Inilah peranan ilham dalam memahami sesuatu ayat dari era ke era.
Ada pula hadis yang bermaksud:
"Apabila As-Sufyani tiba diKufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga nabi Muhammad s.a. w; maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa panji-panjinya adalah Shuaib bin Soleh."
Siapa As-Sufyani? Siapa Shuaib bin Soleh? Kalau berdasarkan hadis ini sahaja, tidak ada siapa yang tahu dan akan faham maksudnya. Itu belum lagi soal "Abqo'", soal "A 'raf"dan lain-lain lagi yang terkandung di dalam beberapa hadis tentang akhir zaman. Tidak ada siapa yang faham akan maksud istilah-istilah yang terkandung di dalam hadis-hadis tersebut.
Jelas bahawa ada ayat dan hadis yang tidak akan dapat difahami kalau tidak dikupas dengan ilham. Di kalangan manusia, ada yang diberi ilmu dan ada pula sebilangan yang diberi hikmah. Hikmah ialah ilmu dalam ilmu yang hanya dapat dikupas dengan ilham. Begitulah peranan ilham.
Ada hadis yang bermaksud:
"Barangsiapa yang diberi kepadanya hikmah, dia sesungguhnya telah mendapat kebaikan yang banyak."
Ada pula pihak yang berkata bahawa ilham tidak boleh diambil kira sebab ia bukan sumber hukum. Sumber hukum hanya empat iaitu; Al-Quran, Hadis, ijmak dan qias. Ini memang benar. Ilham tidak boleh dijadikan sumber hukum. la tidak boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Tetapi ilham boleh membantu dalam memahami ayat Quran dan hadis yang kedua-dua itu adalah sumber hukum.
Dalam Islam, ilham tidak boleh dinafikan. Banyak kisah dalam Al-Quran yang membuktikan bahawa ilham itu wujud. Di antaranya ialah ilham yang diberi Tuhan kepada ibu Nabi Musa supaya menghanyutkan anaknya itu ke dalam sungai Nil, untuk mengelak dari dibunuh oleh tentera firaun.
Ilham adalah rasa yang dicampakkan oleh Tuhan ke dalam hati para walinya. Ilham tidak ada campur tangan akal. Wahyu dikhususkan untuk para nabi dan rasul. Hanya mereka sahaja yang mempunyai jiwa yang kuat untuk menerima wahyu sebab mereka itu dididik terus oleh Tuhan dari mulanya. Manusia tidak ada campur tangan dalam mendidik para nabi dan rasul. Kalau wahyu diturunkan kepada yang bukan nabi dan rasul, maka dia akan mati kerana kekuatan jiwanya tidak memadai untuk menerima wahyu. Pernah Rasulullah mendapat wahyu ketika berada di belakang unta. Berpeluh-peluh dahi baginda dan untanya terjelapak ke bumi kerana terlalu berat penanggungannya.
Para wali Tuhan hanya mampu menerima ilham. Jiwa mereka tidak cukup kuat untuk menerima wahyu. Ini kerana mereka tidak dididik oleh Tuhan sepenuhnya. Manusia ada campur tangan dalam mendidik para wali terutama di peringkat awal kehidupan mereka sebelum Tuhan mengambil alih mendidik mereka itu. Ini juga satu sebab kenapa wahyu tidak diturunkan lagi selepas wafat Rasulullah SAW. Tidak ada lagi orang di dunia ini yang cukup kuat jiwanya untuk menerima wahyu. |
|
|
|
|
|
|
|
by bateesta
Nape byk copy dan paste je dlm ni ? pelik, pelik
kau tanya mesin fotostat, berjinggut la tunggu jawapan :lol |
|
|
|
|
|
|
|
salam buat semua
yang HAK tetap HAK yang BATHIL tetap BATHIL
jadi pandai-pandailah memisahkan di antara keduanya
dan janganlah hanya menjadi PAK TURUT sahaja........
saya pun, pasai nak ikut NABI
saya kaji/selidiki NABI dr awal/kecil
maka sekarang, syukurlah saya dapat menerimanya dgn ikhlas sebagai NABI saya
"SESUNGGUHNYA PADA DIRINYA ADA CONTOH TAULADAN YANG BAIK"
kalau TUHAN bagaimana pula ya???????????????? |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Perbezaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya
1. Boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (rumah kos murah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orang-orang kaya.
2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah justeru hidup nafsi-nafsi telah menebal.
3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, sama-sama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan betapa orang biasa.
4. Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi menyorok-nyorok, sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan.
5. Dahulu orang alim, cikgu dihormati dan disegani, sekarang orang tidak
peduli.
6. Dahulu kalau pengantin baru di dalam masa sebulan menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak dan juga orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung.
7. Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan sama ada untuk menerima atau menolaknya, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.
8. Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan lebih-lebih lagi hendak berjalan berdua-duaan, dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua yang bukan muhrim sudah jadi budaya.
9. Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah bahkan setengah-setengah guru, dia menanggung makan lagi murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi komersil.
10. Dahulu kalau alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.
11. Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya, makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang jangan, akan dianggap mencuri atau menceroboh.
12. Dahulu kalau orang menangkap ikan sungai, dapat banyak mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.
13. Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri, adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.
14. Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tiada lagi.
15. Dahulu kalau anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh bersunat, begitu juga anak-anak perempuan khatam Al Quran lebih dahulu baru boleh kahwin. Sekarang bersunat atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.
16. Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al Quran mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, kalau nakal anak saya ini rotanlah dia dengan rotan ini. Sekarang merotan murid satu pantang larang.
17. Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.
18. Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.
19. Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-dua lelaki perempuan bukan muhrim jadi budaya.
20. Dahulu pasangan yang berkahwin lelaki dengan yang perempuan mesti ada jarak umur, di antara isteri dengan suami ialah suami lebih tua daripada isteri paling tidak lima tahun. Sekarang kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.
21. Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain seperti sebagai
polis, askar, kalau balik cuti bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung itu diziarahi sama. Kalau tidak dianggap tidak beradab. Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi.
22. Dahulu perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain perkara biasa.
23. Dahulu di dalam masa pertunangan jangan mimpi hendak bertemu lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-dua, betapa pula setelah bertunang.
SEKIAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafizi, maaf, nak tanya satu. Nak confirm jer. Abuya sekarang berada kat mana? Saya balik KB baru ni mak saya bagitau dia ada baca dlm majalah kata Abuya sekarang berada di New Zealand. Betul ke? Kalau betul kenapa beliau duk kat sana? Berubat ke?
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 30-8-2005 10:24 AM
Hafizi, maaf, nak tanya satu. Nak confirm jer. Abuya sekarang berada kat mana? Saya balik KB baru ni mak saya bagitau dia ada baca dlm majalah kata Abuya sekarang berada di New Zealand. Betul ke? K ...
Ustaz, menarik soalan ustaz kat hafizi ni...hehehe...mak ustazpun berminat nak tahu pasal Ustaz AM ker?...
setakat yg tatie tahu, ustaz AM sejak dibebaskan ISA tak pernah pergi luar negara....beliau bermusafir dari satu negeri ke satu negeri..dari satu daerah ke satu daerah...bukan cam grave selalu cakap tu, seronok-seronok dok rumah mewah senyap-senyap...tapi ustaz AM bermusafir seluruh Malaysia utk bertemu, melihat dan memantau perkembangan rufaqa...
itu ler yg tatie tahu...dan kesihatan ustaz AM secara fizikalnya mengikut pemeriksaan doktor bertauliah, adalah seperti seorg atlit walaupun sudah berusia 68 tahun..dan jgn terkejut ustaz AM kelihatan begitu muda orgnyer seperti seusia ustaz...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
kelihatan muda? kau biar betul :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 30-8-2005 11:46 AM
kelihatan muda? kau biar betul :lol
sakit perut gelak kat awak ler sniper.....laaa...betul ler apa tatie kata tu...takkan nak buat cerita ala-ala grave lak..apa tu alas kotongo..hehehe...sejak belalang tak der ni, awak buat joke pulak yer... |
|
|
|
|
|
|
|
joke? sapa yg gelakkan sapa nih :lol
meh aku quote:
kelihatan muda? kau biar betul
mana jokenya ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 30-8-2005 01:15 PM
joke? sapa yg gelakkan sapa nih :lol
meh aku quote:
mana jokenya ;)
laa...tak kisahlah sape gelakkan sape..yg penting sama-sama tergelak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|