biasanya budak budak yang kena buli dia tak akan cerita dekat parents or family dia and dia pun takde kawan baik yang nak share cerita. Bila pendam sorang sorang dengan masalah kat rumah, masalah bf/gf, pergi sekolah kena buli dia ambik jalan mudah untuk mati. yang mana ada family dekat or jauh yang bawah umur ni ajak lah dorang berborak jangan bagi dia simpan sorang sorang. walaupun kau tengok dia solat tak tinggal belum tentu iman dia kuat. bila masalah datang dalam satu masa, dia tak boleh nak tanggung and lonely buat dia rasa takde point pun nak hidup. orang terdekat aku tu sekarang masih dalam kes polis. doakan semuanya berjalan lancar untuk arwah. walau apa pun orang cakap, kami tahu dia macam mana. lemah lembut, baik sopan santun tak pernah marah. Even bila dia tak dapat apa yang dia nak pun dia diam kan je. dia memang baik. tapi malangnya dia terlampau rapuh, terlampau mentah.
Terima kasih. Perempuan, masih berlajar. Anak ketiga dari 4 adik beradik tapi dia pun tak rapat dengan adik beradik and suka bersendiri. mungkin dia murung hasil dari kes buli dekat sekolah.